Wednesday, January 2, 2013

Rezeki Awal Tahun or Jadi Zombie ?

tahun baru ini bikin aku tiba-tiba nak hapdet belog. oh! rajinnya. :b *semangat* dan malam ni dengan paksanya aku terpaksa berapa banyak paksa aku kena stay up berjaga macam zombie buat assignment. keesokan hari pada waktu pagi muka sudah jadi panda. tak ape. DEMI ILMU pahala itu datang mencurah-curah. DEMI ILMU, aku jalan nak pergi kelas tiba-tiba eksiden mati. mati bukan sebarang mati. mati itu mati tahap tinggi iaitu MATI SYAHID. dan DEMI ILMU juga, semua makhluk ciptaan Allah SWT di langit dan di bumi termasuk para malaikat akan mendoakan anda, aku, dan semua khalifah di bumi ini yang menuntut ilmu. Ya Allah, betapa beruntungnya siapa-siapa yang menuntut ilmu ni. so, dengan ini. aku tak boleh lah nak merungut pasal assignment ini yang berlambak-lambak. (sumpah rindu sekolah!! dengan tiba-tiba)

err.
aku nak cerita pasal benda lain sebenarnya.

fuhh~ malam ni rezeki aku berlimpah ruah. dan hari ni ada pasar malam dalam kampus ni. yang paling semangat adalah aku. kerana waktu tu aku laperr banget!! < kononnya nak cakap kuat makan.. hoho. punya beli macam-macam siap simpan makanan untuk dimakan waktu genting iaitu waktu tengah malam. pernah kah anda menahan kesakitan perut akibat kelapar di tengah malam? kalau setuju, angguk. (tak suruh loike pun :b) bagi sesiapa yang stay up lerr =.=' lepas tu, classmate datang bilik bawa kuih apa ni.. nanti aku tempek.  :b hehe. krukk krukk < garu kepala yang tak gatal. masa kat pasar tadi nampak kuih ni teringin juga nak beli. tapi sebab dah borong makanan banyaknya ya ampun. niat pun terkubur. aleh-aleh classmate datang dia bawa kuih tu. alhamdulillah. rezeki. banyak pulak tu dia bagi. arigatou ne! :D

ni hah, kuih yang aku tau namanya. tapi aku dah minta share dengan roommate. diorang hanya senyum je. err, malu kah cik adek maness :b akhirnya aku tak habis. cis!! nak simpan kat mana ni?? *pening*

assignment aku yang nanhado. kerja ni lah yang aku terpaksa buat banyak kali. cis!! hoho
(lettering)

akhir sekali. peneman dikala aku nak stay up malam. tapi tidak membantu, malah mengantukkan aku. waduhh!! (cawan comot. choyy!)

[tak ada gambar sebab malas nak tangkap dan uplod]
bege bakar. kononnya kempunan nak makan bege bakar. bege bakar lah satu-satunya homemade :D tapi aku teringin nak telan bege bakar Abang Burn di seksyen 7 Shah Alam. perghh!! 

hasilnya, gambar yang aku uplod semua pecah. *mencik!!* oh, guna kamera henpon berkuasa 2MP

MyLittleNote :: tidak!! aku tidak dapat mengawal kekantukan.. nak tidur dulu ye.. jya ne! zzzZZZZ

Tuesday, January 1, 2013

1 Jan 2013

jam sudah menunjukkan angka 12.14 minit pagi. bertarikh 1 January 2013. aku sudah penat membuat assignment. tangan lenguh untuk mendukung board besar. cis!! release tension kejap. ahak! release tension aku adalah online. main pesbuk. main pengicau. main belog. main instagram. eh! instagram tak termasuk. :p ngeh3.

oh! baru perasan. entri ni merupakan entri pertama di awal tahun 2013. #tepuk pipi bertalu-talu sebab tak percaya. hoho. alhamdulillah. umur dipanjangkan untuk bertemu dengan 2013. tahun yang baru ditahun masihi ni, apa yang akan terjadi pada diri ini. macam-macam boleh terjadi. kut-kut aku bertemu jodoh ke. #hahaha, statment hot!! 

tahun 2012. sudah menyajikan pelbagai pengalaman yang aku tempuhi. tahun mengambil result es.pi.em. tahun pestime mencari pengalaman bekerja. tahun mengenal erti kerinduan. err. rindu terhadap sekolah lama dan ukhuwah persahabatan dengan kawan sekelas. dan tahun mengenal erti homesick. err, apakah?

ayat fofular disetiap tahun baru.

selamat tahun baru. bina azam baru. semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya :)

google je~
MyLittleNote :: lapar pulak tetiba ni. hoho~ jyaa ne!

Saturday, December 15, 2012

Kenapa Ambil ID ??

sebagai budak part 1, ramai senior bertanya kepada kami. KENAPA AMBIL COURSE ID?
dan sebagai budak picisan seperti aku ni. aku ingin membuat alasan yang aku tak tahu kenapa aku ambil ID. 

ini dia, soalan dibalas soalan.

mungkin.
inilah yang dinamakan takdir Allah. sebab sebelum ni aku pernah apply sains komputer pada pilihan pertama. akhirnya, keputusan tidak mahu berada dipihak aku sebab aku salah apply. ish ish ish (geleng kepala). 

mungkin.
ini juga takdir Allah setelah berkali-kali aku melakukan istikharah. memohon pilihan manakah yang layak bagi aku. course yang berkaitan matematik, ku cuba untuk menjauhkan diri. eh! bukan bermakna aku benci matematik. aku cuma tak suka. senang cerita yang berkaitan dengan nombor. terutama sekali akaun dengan add math. wakaka! :P *ayat ini di-bold-kan dan dibesarkan hurufnya* TAK SUKA BUKAN BERMAKNA BENCI, TAK BAIK LAH BENCI ILMU ALLAH KAN :) anda paham adik manes, eh! kompem ke yang baca ni adik-adik? maap ^_^''

ini dia.
alkisahnya, dulu aku masa kecik-kecik tak tau lah kenapa suka sangat main pondok-pondok. main rumah-rumah. then, siap decorate lagi. bila ibu tak bagi beli mainan rumah-rumah, dengan akal fikiran kanak-kanak, aku mula melukis plan rumah di dalam buku tulis yang kononnya boleh main la. bilik ni aku nak letak mana, bilik tidur ada berapa dan etc. then, bila masuk rumah orang. aku siap tengok setiap sudu rumah macam ruang tamu ke. tak ada lah sampai masuk bilik orang. ANAK SAPA LAH TU. kalau rumah yang bertingkat tu. hati aku ni rasa macam nak sangat naik tingkat atas rumah orang tu. kalau naik betul-betul kena cubit dengan ibu pulak. -_-' sekali lagi ANAK SAPA LAH TU.

dan, bila pergi pusat membeli-belah mana-mana yang ada exhibition jual rumah. kan ada model rumah. aku siap datang dekat model tu dan teliti betul-betul. kalau dekat sekolah, subjek pendidikan seni yang suruh buat rumah, aku lagi semangat nak buat. ingat lagi dulu, aku dah buat penat-penat. boleh dikira macam model rumah betul walaupun agak buruk (maklumlah, hasil kerja budak-budak) aleh-aleh, esoknya dah rosak. budak mana yang rosakkan ni. aku geram betul! impian aku berkecai nak tunjukkan dekat cikgu. :( 

oh, itu je kot. ekceli, aku nak juga merewang study pasal benda lain. maklumlah, UiTM Seri Iskandar ni ada fakulti seni reka. nak juga tengok orang study fashion design, photography, art (seramik) and etc. kan aku dah cakap yang aku minat seni. ok finish :P

and last but not least, aku di sini bukan nak bebel pasal ID ni kan, oh! maksud aku, interior design ye bukan interior decorate yang macam Eric Leong buat tu. hehe ;) yaa~ bak kata pensyarah aku kata KAMI ADALAH PEREKA EMOSI. sekian terima kasih. dan aku tak nak lah cerita pasal ID ni di entri seterusnya melainkan permintaan orang ramai.. (kononyer la :P) ID is just simple work yang memerlukan tanggungjawab yang besar. BESAR PUNYA!! tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang. macam tu lah kot sebab lebih banyak tertumpu pada projek. perghh!! 

my first project XD

ni baru satu, belum lagi banyak projek..

MyLittleNote ::  till then, nak makan dulu.. jyaa ne!

Monday, December 10, 2012

Bermula lah Kehidupan Baru

hajat dihati nak ber-blogwalking ditangguhkan atas dasar setiap kali nak komen mesti connection internet lemah. glup! terima kasih lah yang sudi datang ke teratak buruk yang tak lama lagi akan diubah sempena tahun baru 2013. eh! jangan risau, teratak anda sudah saya jenguk tanpa diberi keizinan untuk meninggalkan jejak kasih. :)

minggu ni merupakan minggu yang kedua bagi aku dalam sesi pembelajaran di universiti. keadaan aku sekarang ni boleh la dikatakan sebagai culture shock. yela, aku dah biasa jadi budak sekolah. kononya lah jadi budak sekolah. merasakan diri ini tak matang-matang. masih menggunakan pencil case yang kartun-kartun yang chomey-chomey. tak padan dengan umur. bak kata lecture aku, lecture dia dulu akan campak pencil case student dia yang pakai kartun-kartun ni. so far setakat ni, aku dah tukar pencil case aku. :P

sekarang ni aku tengah pening-pening lalat. lalat? oh! lalat itu tiada kaitan, just rasa pening tu macam duduk atas rakit dekat laut yang bergelora. begitu lah rasanya. dengan projek pertama yang akan dilaksanakan. oh! interior design memang skopnya sangat luas. pufftt~ (geleng kepala)

saje nak letak XP
[credit form Google Image]

oleh itu. gambatte ne to me XD 

MyLittleNote :: pisst~ siapa kat sini orang Sabah? saya dapat roommate Sabah. XD

Tuesday, December 4, 2012

Sebulan Menghilang

hola! cik Hanamiko Sakura sudah kembali. dapat ku rasakan aura pecahan rekod untuk tidak menghapdet belog selama sebulan. huwahaha! *clap clap* ekceli, banyak sebenarnya aku nak bebel dekat sini. kenapa aku menghilang? kemanakah gerangan tuan hamba cik Hanamiko Sakura? eh eh eh.. banyak soalan pulak. tanpa membuang masa, waktu dan karen. ingin aku umumkan bahawasanya aku sekarang dalam status dah sambung study. alhamdulillah~ berkat doa kalian yang tidak putus-putus tanpa menjemukan. akhirnya aku tercampak ke UiTM Seri Iskandar Perak. siapa orang Perak di sini? meh datang jenguk aku. hahaha! (merepek jap) 

cer tanya budak-budak yang dah pernah study dekat UiTM ni
minggu apakah ini. hahaha!

pfft~ adakah aku akan aktif berbeloging selepas ini?
insyaAllah. kalau tenet di kolej ini laju mengalahkan kepantasan Dato' Lee Chong Wei bermain badminton. eh! hahaha!

lagi satu, banyak sebenarnya nak story mory lory ni.. tapi nanti la ye.. wakakaka!

MyLittleNote :: hari ni hari konvo Zaki. tahniah buat beliau ^^