Thursday, March 21, 2013

Mati

mati satu perkataan yang mudah untuk kita eja. M . A. T. I. semua orang akan mati. bukan orang je. semua mahluk Allah. sedangkan elektrik pun boleh mati dekat rumah tu. mati adalah satu kepastian selepas kehidupan. even baby dalam perut tu pun roh dah ditiupkan. kalau tiba-tiba gugur. mati lah jawabnya. (betul tak? kalau salah tolong betulkan ye *smile*) 

mati tu pun bila-bila masa je. kita pun tak tau bila kita akan mati. mungkin ketika itu kita sedang mengerjakan ibadah yang menghasilkan pahala. or mungkin ketika itu kita sedang sibuk bersuka ria mengerjakan maksiat? (nauzubillah!)

saya tak dapat gambaran macam mana sakitnya mati. dan saya tahu mati itu sakit yang paling sakit dalam dunia ni. sedangkan sakit bersalin pun berada carta kedua selepas mati. bagaimana pula kepada mereka-mereka yang selama ini menghadapi kesakitan penyakit yang mereka hidapi ini. mungkin penyakit-penyakit kronik. mungkin juga penyakit-penyakit misteri. mana tahu kan. mungkin juga sakit selepas kemalangan. saya juga tidak dapat mengambarkan bagaimana mereka yang meninggal dengan tiba-tiba. hari ni sihat walafiat dan keesokkannya dia tiada? dengan erti kata lain mati mengejut. ya! mati mengejut dengan tiba-tiba. itu yang saya amat kuatiri. bukan sebab saya takut akan mati. ini sebab saya takut akan amalan saya. cukupkah ia? 

pernah tengok kah video pemain bola sepak tiba-tiba rebah di tengah padang bola? bila dihampiri, pemain tersebut tidak bernyawa. mungkin juga. saya yang duk taip entri ni tiba-tiba lepas publish rebah dan tidak bernyawa. mungkin. probability. mana kita tahu. kuasa Allah.

lupa mati.
orang yang lupa mati ni amat benci kepada kematian. dia akan melupakan kematian untuk menikmati kehidupan di dunia dengan gembiranya. soal mati seolah-olah tidak penting dalam hidupnya. dosa dan pahala dianggap remeh yang mengganggu kehidupannya yang ingin meraih kenikmatan dunia.

nauzubillah. moga kita semua dijauhkan. amin~

takut mati.
orang yang takut mati pula dikategorikan sebagai orang yang betul-betul takut akan mati. apabila dia disahkan mati akibat penyakit yang dihadapinya. dia akan menjadi lemah dan tidak berdaya. seolah-olah dia mati lebih awal yang dijangkakan. bukan juga hanya kepada orang yang mengalami penyakit kronik. malah orang yang sihat pun boleh takut akan mati. orang yang takut mati ini berpunca dari kurang ilmu tentang kematian. mati ini bukan hanya setakat mati sahaja. selepas mati kita ada satu perjalanan yang akan ditempuh.

ingat mati.
orang yang ingat mati ini seperti orang yang ingin mengerjakan haji. mereka tidak memikirkan hal tentang lain. kecuali memikirkan tentang matlamatnya yang akan mereka capai bila mengerjakan haji kelak. seseorang yang ingat mati akan lebih berusaha untuk melakukan amal kebaikan, kerana mereka fikirkan yang mereka masih tidak lagi cukup akan amalan yang mereka lakukan. dan mereka akan melakukan yang terbaik bagi amalan yang mereka kerjakan.

moga-moga kita tergolong dalam golongan seperti itu. amin~


sebelum tu. tok sah lah bubuh muka comey-comey kat pesbuk naa.. :)

MyLittleNote :: aku tak tau lah kenapa aku taip entri ni. mungkin sebab ada sesuatu yang menyebabkan aku ingat akan mati? bila dengar orang meninggal dalam keliling kita mungkin itu salah satu sebab mengapa kita ingat akan mati. wallu'alam. moga roh beliau dicucuri rahmat..

Tuesday, March 5, 2013

Kadang-kadang Ku Terfikir..

kadang-kadang saya terfikir jugak.

macam mana boleh terjebak dengan dunia blogger?

macam mana boleh jadi budak ID?

dan macam-macam.

tapi tak de lah nak tanya.

macam mana boleh jadi manusia. -.-

sah-sah lah kan jawapan tu dah tertulis dalam Al-Quran.

oh ye! cuti sem nak dah dekat. tak sabar rasa nak balik. kalau final project ni dah selesai. akan ku buat aktiviti kuak lentang. err... kruk kruk *garu kepala*

sabtu ni pulak ada event department. malaih pulak nak pergi. it's call ID Day berkonsepkan ALIVE. okey! kira osem lah jugak. sabtu minggu lepas, ada dinner aka prom la kononnyer. seriyesli, perkara itu semua pestime dalam hidup aku. yela, dulu aku budak sekolah agama.


kali ni, aku cuba mengelakkan menaip perkataan 'muahaha!', 'wakaka!' and so on. seriyesli, aku sendiri baca macam nampak tak matang. malu kot. *lari sorok bawah kerusi*

MyLittleNote:: till then, nak pergi kelas. tapi sempat pulak hapdet blog. choyy! 

Sunday, February 24, 2013

Mengembara ke Kellie's Castle

sudah sedia maklum.
kepada pengikut-pengikut instagram saya.
err.. saya? (suara slow)

yang kini aku hangat dok post gambar Kellie's Castle.
hangat la kot. baru dua keping.
never mind. saje aku nak bubuh dua keping.
sebab upload gambar dekat IG nampak buruk bebenor.
so. and the really.
as a 'sakai' and the 'poyo' 'berangan' nak jadik photography.
tu diaa.
cerita saya bersama gambar kenangan di tempat misteri ni.

hi hi hi hi (tone bunyi sesuatu mengilai)

jeng jeng jeng (muzik saspen)

lap peluh.
bulu sudah meremang kot.
 wakaka!

I like this warning :D

bangunan ini menggunakan dinding jenis English bond.
tu diaa. aku sudah bebel pasal building construction and material.

all of us yang join this travel.
(broken english meh! -__-)

yang besau tu namanya Kellie's Castle.
yang kocik molek macam nak runtuh tu namanya Kellie's House.
runtuh sebab perang dunia ke 2

gaya macam istana ni dia yang punya je. :b

classmate and roommates

I love it this picture sebab ada rainbow. XD

oh ye.
nak tau sejarah pasai tempat misteri ni.
mung search sendiri boh.
muahaha!

tapi yang di-search tak akan keluar.
(mungkin -___-)
katanya.
dengar cerita.
(cerita yang ditampal pada dinding. kiranya tampalan pemberitahuan)
ada pengunjung or what else yang nampak or jumpa si roh Kellie ni.
dan juga anak perempuannya.
roh Kellie dilihat di koridor dalam istana ni.
manakala anak perempuannya yang aku tak ingat sapa namanya.
kelihatan dipintu biliknya.
kelihatan seperti budak-budak berumur 6 tahun.

jeng jeng jeng.
*lap peluh besau*

dalam istana ini juga ada terowong rahsia.
dimana aku teringin nak menyelusuri terowong berkenaan.
tapi malangnya ditutup buat keselamatan pengunjung.
pengakhiran terowong itu.
katanya.
kuil hindu.
by the way, sederet Kellie's Castle ni banyak rumah orang india.
no wonder si Kellie ini terbukti amat berterima kasih kepada bangsa-bangsa hindustan ni.
sebab mung search sendiri dekat wiki boh.
wakaka!

apa yang aku tak puas hati.
bila berjalan dengan orang yang tak suka travel.
macam ni lah jadinya.
sikit-sikit.
I NAK BALIK U, PANAS TAU! AUW!
(ayat pembohongan semata-mata)
-___-
maka.
kami pun tak sempat nak menyelongkar kawasan istana ni sepuas-puasnya.
sampai aku terlupa nak jenguk sebentar menonton gaya budak jakun pada kejadian Allah SWT ni.
iaitu pokok berwajah beruang.

gambar ndak ada bah.
tapi bila nak skodeng-skodeng cari gambar tu dekat pakcik gugel.
aku pun terjumpa la En Telor Power! post pasai istana ni. KLIK SINI  

yang paling memalukan dan kelakar.
aku terrrjadi model tak bertauliah pada seorang auntie dan uncle ni.
dengan wajah blur aku. ter-snap lah aku, sorang classmate dengan uncle tu.
haish. diorang pun gelak sakan + happy.
MyLittleNote:: yang paling semangat sekali aku dengan Ana (yang berbaju putih) sebab kami suka travel. XD jyaa ne!

Popular ? Domain ?

tujuan aku berblogging bukan sebab nak cari populariti.

bukan juga nak jadi peymes.

bukan.

bukan.

dan bukan.

saja suka-suka.

cari kawan.

bukan nak jadi blogger cerita pasal retis.

tapi nak cerita-cerita pasal diri sendiri.

cerita-cerita.

oleh itu, ada yang suggest kan aku suruh tukar domain.

hurm.

aku pun tak pasti nak tukar ke tak.

ada kata ianya berbayar.

hurm.

as a student.

mungkin aku tak tukar kot.

tak akan.

mungkin lepas belajar nanti.

mungkin kot.

harap-harap ada yang paham -__-' 

 
MyLittleNote:: perasan tak blog eden ter-private ;) muehehe! jyaa ne! 

Saturday, February 16, 2013

Anak Buah dan Mengomel Tentang Projek Akhir

oh ye!
dah lama tak membebel.
lagi-lagi berpura-pura sibuk.
kononnyer la.
menyampah!

almaklumlah.
dah dapat anak buah baru sekor.
gegurl la katanya.
-___-
sepatutnya due 22 hari bulan 2.
tapi keluar awal.
konon nak keluar tunggu maksu dia ni balik cuti.
wahahaha!
perasan sudeh.
8 hari bulan 2 hari tu dia keluar.
alhamdulillah.
hari jumaat yang indah nan permai.
penghulu segala hari.
dan kebetulan roommate aku sama birthday dengan anak buah sekor ni.
hehehe.


  konichiwa minna-san :D watashiwa Hana.

ok!
intro terlebih-lebih.
ekceli aku nak bebel pasal final project aku ni.
fuhh~
alhamdulillah.
sampai juga ke final project.
ini bermakna cuti sem nak dah dekat.
yabedabedu!!

final project ni amat memeningkan kepala aku.
yela.
nak buat concept lagi.
buat itu la.
buat ini la.
buat model la.
*tengok! aku dah mula merungut. haish bagi pelempang sikit*

PAKK!!
#-__- <<< muka kena lempang

terima kasih ea bagi sikit pelempang.

kalau zaman kanak-kanak.
terus je buat model.
tak payah susah-susah nak buat concept board bagai.
buat-buat.
tadaaa!
jadi rumah.

kerja budak-budak dengan kerja orang besar lain la cik kak oii!

MyLittleNote :: hari ni nak siapkan assignment yang berlambak. dan esok nak berjimba ria.. muahaha! jyaa ne!