Friday, January 30, 2015

Selamat Bercuti Warga KL !

wah! nampaknya aku dah tunaikan azam tahun ni.
kembali rajin tulis blog.

memandangkan hari ini hari jumaat.
hari terakhir bekerja sebelum warga pekerja KL seperti aku bercuti selama 4 hari.
sabtu, ahad, isnin, selasa.
kira cuti agak lama juga tu. lama lah~

cuti cuti juga, dateline masih jalan dan bakal berakhir pada bulan 5.
tapi tak dapatlah merasa nak tengok projek tu siap sepenuhnya sebab habis praktikal awal bulan 4.
dan cuti kali ini aku terpaksa bawa balik kerja.
kerja detail drawing nak kena hantar dekat kontraktor.
fuhh~
masih lagi tak ada aura cuti.
T^T

malam nanti dah gerak ke Sungkai. ada Family Day !
lepas tu plan nak habiskan cuti dekat Seri Iskandar.
nampaknya aku tak boleh berpisah dengan Perak even aku anak kelahiran warga Selangor yang tulen. hehe. banyak kenangan yang manis dekat Perak tu.

plan je la. tak tahu jadi ke tidak. kuasa Allah yang tentukan :)

try lukis vector jong kook kononyer. XD

MyLittleNote:: tunggu masa nak balik kerja je. sambil tu update blog. ngee~ jya ne !

Monday, January 26, 2015

Berwajah Baru !

Salam Sore !
hahaha

saja nak bagi tahu blog dah wajah baru.
skin ku curi dari gallery Good Rich.
dimana ianya berfungsi untuk wall covering di dinding rumah anda.
kalau Good Rich tau. mati aku. haha!
don't worry, i will proposed your product to my client ;)
(psst: product dia mahai)

dan.
header blog.
maaf cik Fatin Liyana.
header anda terlampau simple dan comel membuatkan saya pun buat header sama macam anda.
maafkan saya sekali lagi.

asalnya memang mood nak redesign blog terchenta ni.
tapi sejak berabad blog tukar format. dan sampai sekarang aku masih belum study pasal format baru ni membuatkan aku terpinga-pinga nak design blog.
akhirnya aku pasrah.


azam tahun 2015
eceh.
inshaAllah.
saya akan rajin update blog.
even ramai kengkawan blog suda lama menyepi dan menyibukkan diri di instagram.
hehe

do follow my insta !
@ananeesa

MyLittleNote:: i just wondering. haruskah aku mengekalkan namaku sebagai Hanamiko Sakura atau nama sebenar? jeng jeng . jyaa ne ! (identitiku biarlah rahsia, melainkan kengkawan yang sudah mengenali diri ini)

Monday, December 29, 2014

Kisah Seterusnya

Hanamiko Sakura is typing...
stop
delete

Hanamiko Sakura is typing...
stop
delete

sigh.
aku tak tahu nak mulakan mukadimah yang macam mana. balik balik taip lepas tu delete. macam ini lah kalau kes dah lama tak menghapdet dan masalah writing block. heyyy, seorang blogger kadang-kadang mengalami writing block okay. (sebenarnya kalau malas tu cakap la malas okay)

oh ye,
sekarang semester baru bermula untuk adik-adik diploma macam saya ni. (tapi ni tengah cuti mid sem) dan sem ini seperti diutarakan. this semester, i'm practical student in somewhere company. hehe. somewhere company sudah tentunya dekat KL. pengorbanan nak cari ilmu jauh-jauh kena ulang alik dari Klang ke KL. mujur ada kakak-kakak berkhidmat di KL juga. kalau tak memang aku sorang-sorang terkontang kating dekat bumi metropolitan ni. by the way, kakak-kakak ini juga berulang alik dari Klang ke KL. dapat lah juga rasa pengorbanan dan kepayahan mereka kena bangun sebelum subuh untuk bergegas ke tempat kerja. terkejar-kejar KTM dan mengelak kesesakkan lalu lintas. (TT_TT)

kemudian.
Hanamiko Sakura loading...

sepuluh minit kemudian...

okay la. dah tak tahu nak cerita apa dah.

mari kita sama-sama menadah tangan berdoa semoga semua magsa banjir selamat hendaknya. dah ramai kematian yang dilaporkan. 


oh ye, saya ada perniagaan online. tapi saya buat dekat account instagram je.
sila sila jemput follow dan beli. hehe
@ananeesa

MyLittleNote:: bertaubatlah sebelum nyawa dicabut dari kandung badan. Jauhi Maksiat ! jyaa ne!

Friday, October 17, 2014

Cerita Hari Raya Korban

bismillahirrahmanirrahim.

sebenarnya ini buat julung-julung kalinya aku beraya diperantauan. mood exam nak masuk mood raya memang sakit lah kan. lagi sakit bila kena korban tak balik raya. ini memang makna korban dalam diri aku untuk raya tahun ni. dan ya, maafkan diriku ini untuk update cerita basi. kbai.

malam raya tu roommates memang tak ada. semua balik, tinggal lah aku keseorangan dan kesepian. dengar takbir mampu dari radio je. takbir dari surau dan masjid kedengaran sayup sayupan. dan pagi tu plan siap-siap nak solat sunat dekat masjid luar kampus.

tapi malang tak berbau. aku tertinggal solat raya. sampai je dah khutbah. masa tu memang kompius betul, aku kompius dengan khutbah jumaat dengan khutbah raya. haha ! khutbah jumaat kan khutbah dulu baru solat. khutbah raya, solat dulu baru khutbah. Allah , rasa macam dungunya saya. tuntut ilmu lepas tu lupa balik *nangis* patut lah bila datang masjid tu semua anak-anak muda atau pun yang tua (lelaki) pakat pandang pelik dekat aku. haha ! malu betul --'

lepas tu duk belek phone. tengok wassep, tengok insta. semua duk pakat makan-makanan pagi raya yang sumpah sedap untuk menu biasa pagi raya. dan aku hanya menikmati nasi lemak 2 hengget besama milo ais. *syukur*



haha ! tu je la kot nak cerita.
good news.
cuti sem sudah bermula.
dan sem depan praktikal.
honeymoon bak kata senior.
haha !
kbai.

MyLittleNote:: rasa macam banyak kali pulak dah post tentang raya haji ini. almost every year ! haha ! jya ne !

Sunday, September 7, 2014

Pesen 20 Fact About Me ?

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi ini.
diberi peluang untuk memperbaiki kelemahanku dan menghapuskan dosa.
diberi kesempatan untuk membuat amal kebaikan di jalanNya.

alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah

it's seem like aku dah lama benar tak update blog.
mesti ada yang fikir.

"eh, tuan tanah kedaung Hanamiko Sakura dah meninggal dunia ke?"

hahaha !
memang lupa nak diingatkan.
jika blog ini tidak terupdate selama 5 tahun la (konon)
hah ! 
memang tandanya la tu.
so, blog ini akan dibaca oleh keturunan ku.
*gelak sorang-sorang*

tak lawak okay !
*diam*

eh, panjang pulak intro.

isinya :

sekarang ni memang pesen orang yang ada account instagram ni buat #20FactsAboutMe
huishh.
siap hashtag kau letak jahh.
hahaha !
*tak lawak*
pesen ni kuat betul sampai ke Mesia

faktanya memang aku kena tag.
hmm, tapi aku rasa nak tunggu 3 kali kena tag baru aku update.
*bajet gila*

dan.
memang aku tak nak cerita kat sini pong.
hehe !

eh ? ada account instagram ke ?
ha'a, memang aku ada. tapi aku memang tak nak kasi korang tahu sebab. hmm, aku tak popular mana pun. ermmm.
*bajet lagi*



#20FactsAboutMe
is
1) Lazy to type another 19 facts.

*hahaha ! padan muka. kbai*

MyLittleNote:: entry kosong yang tak ada pengisian yang baik. emm. jya ne!