Tuesday, August 18, 2020

Warming Up!

bismillahirrahmanirrahim. 


halu semua! it's been a lonnggggg hiatus for Hanamiko Sakura's blog. rindu sangat dekat kawan-kawan blog. korang apa kabar? sihat? 2019 banyak cabaran dalam hidup aku. begitu juga 2020. cabaran buat aku dan kita semua iaitu COVID-19. duduk rumah leklok eaaa... 


banyak sebenarnya aku nak cerita. dah siap tulis tajuk buat entri tapi takda isi lepastu simpan molek2 dalam draf. HAHA. inshaAllah ada masa dan mood writing datang, aku continue la cerita tu. simpan dalam blog untuk kenangan masa hadapan. bila tengok entri lama-lama zaman sekolah rasa macam sekarang ni dah besar. penulisan kena matang dari dulu. dan isi pun kena la matang dan buat cerita yang menarik untuk dibaca. zaman sekarang orang cari rezeki melalui media sama ada youtube atau blog. korang ada youtube channel ke? atau korang penyegan macam aku prefer writing je? takpeee kita into writing je acah researcher. hahaha. 


gambar semasa mendaki Gunung Datuk ahad lepas.


disebabkan tajuk entri pun "warming up". kita warming up dulu sebelum memasuki entri story yang menarik ya. lagi pun aku dah lama tak menulis santai macam dulu-dulu. buat cerita yang menarik. kongsi pengalaman yang menarik dan info-info yang menarik. andd.... oh ya! first time tau aku buka blog ni. tetiba blog punya setting berwajah baru. tergagap jugak la nak click mana satu. kena study balik ni. nak design templet blog lagi. tengok la aku dah janji nak buat design baru. dah setahun jadi sawang. lol >_<


MyLittleNote :: mati itu bila-bila saja boleh menjemput. al fatehah buat ayah angkat abang saya. arwah banyak jasa tolong ktorang satu family. 

Saturday, January 12, 2019

New Year New Post

Bismillahirrahmanirrahim

salam sejahtera salam bahagia salam dunia. sebelum aku teruskan sesi ucapan new year ni. maaf la blog bersepah sikit. blog disyaki mengalami penyakit yang dikesan sebagai dangerous website. Ya Allah...... virus apa yang datang dekat blog aku ni T.T sedih dia tu bukan dibuat-buat. ke dia bagi amaran suruh design web baru? gosh! I have been using this template since 2011 sampai sekarang. tu yang sayang aku nak tukar. kalau tukar pun aku dah lama tak main coding-coding ni. sejak jadi budak designer main dengan pencil ni ilmu coding acah budak sains komputer dah bersepai hilang entah ke mana. HAHA. 

semoga cuti semester bakal menjelma ni aku akan design balik tema template yang baru dan belajar balik dengan coding pada era baru ini. new year well must be new design in my blog maybe (?) actually ada banyak cerita nak story. sumpah banyak! tapi tu lah.. ehemm. zaman sekarang vlogger dah up balik. orang dah tak main dah blogger blogger. noob~~ well, aku lebih suka dalam bentuk penulisan dari bercakap dan tunjuk muka even sekarang ni pun aku nak belajar edit video guna adobe premier. belajar buat video sesaja jee. sebab suka kan. muehehe!

well guys. happy new year even sekarang dah 12 januari. have a blast year! saranghaeyo! 

MyLittleNote:: exam saya tak habis lagi geng. sempat dia update blog. hahaha. jya mata ne!

Tuesday, September 18, 2018

Cuti Semester Sesi Julai Ogos 2018

bismillahirrahmanirrahim


setelah sekian lamanya aku tak menulis apa-apa diblog marhaen ini. terima kasih kepada mereka yang sudi jejak. sistor is so happy and terharu. sobs :') oh ya, sebelum aku mulakan cerita ini aku nak share sad story. masa final exam lepas raya hari tu aku demam teruk sampai kena suspect denggi dengan doktor. demam seminggu je pun dah kena suspect padahal bukan teruk sangat. siap doktor sahkan positif. what!? bila pergi hospital MA tu cakap, "ini bukan denggi dik" maka aku pun berhuhu depan MA tu sampai rasa nak terjelepuk sebab tak tahan sangat berdiri lama :') memang aku akan demam setahun sekali dan akan kena seminggu macam tu. malangnya ujian ini ditetapkan ketika waktu musim final exam. MashaAllah! ujian dia sangat berat waktu ketika itu. and now I pass it with flying colours! thank you Allah!

seminggu setelah itu, maka aku pun teruskan dengan pencarian kerja parttime sebab aku bukan sejenis duduk diam. tak bosan mereput dekat rumah cuma amat bosan dan sakit bila nak berjimba takda duit. maka kena lah pepandai cari duit sendiri kan. cuma kali ni aku tak sambung berskim khidmat pelajar dekat PTAR Puncak Alam lagi dah. memang staff kat sana memanggil aku but aku prefer kerja sendiri dengan menjadi runner surprised delivery. apa yang best jadi surprised delivery ni? masyuk memang masyuk, tapi aku dapat pengalaman travel alone ke sekitar Selangor dan KL. aku pernah sampai ke Bangi, Kajang, Rawang, Banting, KL dan lain-lain lagi yang aku rasa macam nak semput mengejar waktu bila tempat tu jauh ya amat. dan aku dapat tahu selok belok jalan sekitar Selangor even aku memang rakyat negeri Selangor yang berasal dari Klang ni. (sebenarnya aku cuma tahu jalan area Sabak Bernam, Klang dan Shah Alam je. kihkihkih)

by the way, surprised delivery apa yang aku buat ni?


yess! i do this. rasa seronok bila buat kejutan dekat orang tengok muka-muka mereka yang terkejut serta menghargai hasil tangan seni kita. aku ada juga buat runner untuk balloon selain surprised delivery ni. bila aku buat kerja macam ni, ada akak tu bagitahu aku

"you have a talented to make the bouquet, why not you just do your own business"

maka, terhasil lah business sendiri
Surprised by Triple H

please-please follow instagram ini ya!

nak whatsapp terus pun boleh!

okay, nanti kita bersambung kembali apa aktiviti cuti sem aku ni selain berbusiness. this activity is more memorable that I would cry

MyLittleNote:: done siapkan assignment kita berblogging. hehe. jya! mata ne

Friday, March 30, 2018

Park and Amenity Management

bismillahirahmanirrahim


saja nak share tentang apa tu Park and Amenity Management atau dalam bahasa melayunya, Pengurusan Taman dan Ameniti. course ini ditawarkan di UiTM Shah Alam dalam Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU). apa itu pengurusan taman dan ameniti? dari segi luaran ye la kita urus taman tu. sebab landskap arkitek dia design bagi client pastu dia blah. client pulak. apa yang dia patut buat bila dah dapat taman tu? taman tu pun bernyawa juga especially pokok-pokok yang hidup menyubur dekat situ. tugas tu memang tugas kitorang as Park Manager. secara kasarnya begitu la. secara detail nanti aku terang masa aku last sem iaitu sem 6 tau. kihkihkih. setakat apa yang aku belajar masa sem 1 dulu bukan setakat urus taman je. ada subjek tourism, subjek recreation and leisure. sebab tugas kita juga boleh jadi event manager. contohlah, taman tu kan. kita nak buat macam mana supaya orang boleh datang beriadah disitu untuk menghilangkan stress. 


okay, tu je lah yang boleh aku explain. nak explain lebih-lebih takut kelaut. selama aku baca blog orang jarang la kot diorang explain apa yang dia belajar terutama sekali kepada mereka yang ambil bidang diorang masa belajar diploma atau degree. tapi kalau korang nak rujuk sikit-sikit kepada korang yang search apa itu park and amenity management, silakan. supaya korang tak teragak-agak nak amik course yang korang minat.


oh ya, disini aku sertakan sekali subjek yang korang akan belajar bila korang dapat tawaran kursus ini terutama sekali di UiTM. universiti lain ada je tawarkan program ni. kebanyakkan bergabung dengan course recreation. disebabkan UiTM ada program sport recreation. so park and amenity management ni dia tak letak "recreation". psss. nanti takut orang keliru.


sila zoom

baikkan aku siap bagi nama setiap subjek. senang la nanti kalau korang dah dapat course ni, plan cepat-cepat nak potong subjek apa terutama sekali subjek koko yang korang dah amik masa diploma UiTM dulu. yang seasal dari matrix, universiti lain, asasi, stpm so korang kena amik semua tak boleh nak potong subjek. lupa nak bagitahu yang course ni tak boleh nak short macam course lain tetiba masuk-masuk je sem 3. hahaha. sebab course ni khas untuk degree sahaja. diploma tiada. dia juga bukan macam architecture UiTM yang amik student dari lepasan spm. beza ya. 


MyLittleNote:: saya sangat happy (gembira dalam sedih) bila jumpa balik subjek finance. taknak jumpa nombor sekali jumpa daaa. masalah budak budak design masuk management memang gini. hahaha. jya mata ne! 

Tuesday, March 27, 2018

Because This is My First Life

bismillahirahmanirrahim


actually this is not about my first life. this is about drama called "Because This is My First Life". saja nak suggest korang tengok drama ni. kihkihkih. taklah, if kalau nak tengok apa salahnya kan? aku sendiri tak sangka wehy kehidupan sebagai seorang pelajar degree part 1 macam aku ni boleh dapat tengok drama dikala waktu hectic week. kahkahkah. bukan apa, ini namanya kena rancang aktiviti kita sebaiknya terutama sekali dari segi menyiapkan segala adik beradik assignment. 


Because This is My First Life ni drama terbaru dari tvN. terbaru? yela terbaru even ianya baru tamat 28 Nov 2017 hari tu T.T semuanya ada 16 episod dah setiap episod ada title masing-masing. kenapa aku sarankan untuk tengok drama ini? it not about love 100%. ianya termasuk dengan kerjaya, kehidupan masing-masing yang tak semestinya indah, pandangan masing-masing tentang perkahwinan juga terselit scene lawak. even mesti rasa alaaa. Min Ki tak hensem laa. (hero) hello. pada mata aku Min Ki ni hensem walaupun tak sehensem Lee Min Ho. aku kenal Min Ki pun dalam movie Haeundae (known as Tidal Wave) even dia pernah berlakon dalam drama Love Truly berganding dengan Eugene. seriously aku tak perasan Min Ki berlakon dalam Love Truly. hahahaha. pernah tengok kot drama zaman aku darjah 6 (setelah digoogle list drama Min Ki)


apalah yang aku bebel ni. nak bagi sinopsis pun korang boleh search sendiri dekat wikipedia. kalau aku cerita pun nanti copy paste balik ayat yang sama. nampak sangat plagiarism. hahaha. oh ya! budak umur bawah 15 tahun tak boleh tengok tau sebab drama ni untuk orang dewasa je. kalau tengok pun bukan faham sebab drama korea suka sangat bagi fakta. lol


watak dalam drama ni semua best!


okay lah, memandangkan entri ni tersimpan dalam draft dah lama sejak tahun lepas (padahal aku nak update lepas je habis katam drama ni -.-) mesti sebahagian korang dah tengok drama ni. jom la share korang suka scene apa dalam drama ni. watak apa and so on. 


oh ya! ost dia superb! ada 8 lagu semuanya dan aku jadikan playlist kalau tetiba nak acah tangkap drama-drama sikit. hehe


MyLittleNote:: sekarang ni aku dah jarang nak tengok korean drama. i don't know why. padahal list nak tengok tu banyak sangat. lagi-lagi nak tengok Korean Odyssey? haa gitu la.