hari raya korban bakal tiba. esok je kan, hehe. ada yang bergumbira. ada yang tidak. ada yang half. half? like separuh gembira separuh tidak. siapa itu? salah satunya aku. tengah berhoha-hoha ingatkan cuti 3 hari berturut-turut. malangnya tidak. tidak sama sekali. sabtu terpaksa ku kerahkan sepenuh tenaga untuk melakukan aktiviti seperti biasa di tempat kerja. macam tulah kalau kerja aliran perkhidmatan. seperti yang kakchik cakap. kerja seperti itu tidak ada life. hahaha!
oh. aku bukan nak bebel tentang cuti aku ni. bukan nak cerita pasal kenangan. dan bukan nak membebel aku dah tunggang lembu buat korban kat surau. eh!
there are some tips I want to sharing with you all. (alamak! bajet speaking pulak dah -_-')
ini aku ambil tip copy paste dari majalah wanita. tip dari seorang bekas pemotong daging Istana Buckingham. yela, sempena raya korban ni. yang kebanyakan berkaitan daging. apa salahnya aku kongsi tip. hehe. (bebel lagi, daripada tadi tak share tip pun -_-')
tiada istilah daging segar kepada daging seperti daging lembu, kambing dan tuna merah. daging segar hanyalah kepada daging putih seperti ikan dan ayam. kita boleh nikmati daging putih secepat yang mungkin selepas disembelih dan masak. namun tidak kepada daging merah. daging kambing sepatutnya dimasak selepas 7 hari disembelih manakala daging lembu pula selepas 21 hari disembelih. daging kambing dan lembu yang baru disembelih mempunyai kolesterol tinggi. urat dalaman dan urat otot masih hidup yang boleh dilihat apabila daging itu masih bergerak-gerak. apabila dimasak, ia mempunyai kolesterol yang tinggi. oleh itu, simpanlah dahulu daging itu sebelum dimasak demi menjaga kesihatan serta enak dinikmati.
meleleh ayak liur >_<
[google]
cara penyembelihan pula. lembu itu tidak perlu diikat secara kertelaluan dan ditindih kerana boleh menyebabkan haiwan itu tertekan ketika disembelih. apabila lembu kelihatan stess, ia akan lambat mati maka akan menyeksakan haiwan tersebut. lembu juga tidak perlu dikepung dan kehadiran orang ramai membuatkan lembu menjadi takut dan mungkin akan mengamuk. jika disembelih dengan cara yang betul, lembu akan mati dalam masa 3 minit. jika tidak betul, sejam selepas sembelih lembu masih hidup dan ia juga menyeksakan haiwan.
perghh! lembu ni ada rambut
[google]
oleh itu, dikesempatan ini saya nak mengucapkan ................................
[google]
dan selamat berpuasa hari ini ;)
MyLittleNote :: hari raya korban ini mengingatkan aku tarikh pemergian arwah ustaz yang disayangi :') jyaa ne!