aku tak tahu kenapa aku rasa minggu ni penuh dengan kejutan. kejutan sebab kerja cuma 4 hari or bulan ni last aku kerja. hohoho. *merepek* sabtu lepas akhirnya dengan berat hati aku dapat apply MC. first time kot sepanjang aku bekerja selama 4 bulan ni. kenapa MC? dah MC opkos la aku sakit. demam kus-kus jaa. pagi tu sempat juga travel pergi Hulu Langat, balik je. enggak enak badan sudah. bila bangun terhuyu-hayang macam mambang mabuk minum brendy.. hahaha! malam pulak, orang sibuk tengok Final Piala Malaysia. aku main game Plants VS Zombie puas-puas. xD cuaca tak menentu membuatkan ramai orang yang jatuh sakit. makin kaya lah hospital dan klinik swasta. eh! setiap kali pergi dan balik kerja, aku terpaksa merempuh hujan dengan menunggang motorsikal. kenapa tak drive? hahaha! drive dalam mimpi je sebab aku mempunyai lesen kereta terbang.
hujung minggu ni pulak lepas raya haji, jiran sebelah buat kenduri kahwin. esoknya hari Isnin nak pergi sekolah ambil sijil SPM. dan esoknya lagi, berdebar-debar sebab result interview nak keluar. malam tadi sempat pulak mimpi. dapat masuk tapi bukan dekat UiTM yang aku pohon. dapat pulak dekat University of Harvard. hahaha! sangat kelakar okey. aku menangis dekat ibu yang aku tak nak masuk University of Harvard. nak belajar dekat nihon jugak. hehe. dan esoknya lagi hari Rabu katanya menteri penerangan, Dato' Dr Rais Yatim nak datang dekat kampung halamanku ini. uhuk! banyak betul agenda.
untunglah kakak. (pregnant women tuu)
gambar ku curi dari wall pesbuk kakak xD
MyLittleNote :: alamak! lately jarang pulak nak update blog. bulan ni 2 post je. hahaha! jyaa ne!
semoga mimpi menjadi kenyataan... bangga tu dapat masuk harvard... kekeke...
ReplyDeletetak mungkin jadi kenyatan.. sedangkan pelajar cemerlang negara nur amalina baru masuk harvard.. apa lagi kalau saya.. kehkehkeh
Deletegambar tu bukan tun dr hasmah ke??
ReplyDeleteni dah sihat ke belum.. (tanya mcm marah je.. huhu)
yup! ^_^
Deletealhamdulillah,, sihat.. demam kus-kus je .. haha bukan demam teruk sangat pun.. hehe
Demam ngada nak main game... hoho =P
Deletewahhh. kita pon berdebar jugak ni huhuhuhu :( takut dgn result Uitm :( hopefully kite dapat kan awak :D
ReplyDeleteinshaAllah.. amin~ banyakkan berdoa ^-^
Deletewaa,, bapak best kalau mimpi tu jadi lah kenyataan nyaaa,haha :D
ReplyDeletemimpi dalam tidur je la... hehe
Deletemana tahu ada rezeki nanti, dapatlah belajar kat nihon. :)
ReplyDeleteinshaAllah amin.. belajar kat nihon tu nantilah sambung master + phd ;)
Delete