Thursday, October 19, 2017

Ijazah Sarjana Muda

bismillahirahmanirrahim

muda la sangat. wuuu~ 


sebenarnya aku dah lama berhenti kerja. sudahlah, aku sudah penat dengan hal-hal manusia didunia pekerjaan. penuh tipu helah. penuh dengan kebencian manusia serta hasad dengki. nahh, bukan bermaksud aku ni mudah putus asa. dunia pekerjaan memang macam tu. tak ada yang mudah semudah ABC. sama lah kita bila nak menuju ke syurga. bukan mudah kan? 


tajuk dah Ijazah Sarjana Muda
saya amat muda sekali. takpayah nak muda sangat sebab dah tua bangka baru nak sambung belajar. kehkehkeh. actually, aku ada apply UPU senyap-senyap. tak terniat pun nak sambung belajar as a full time student. plan aku memang nak sambung tetapi sebagai pelajar jarak jauh (PJJ), tapi aku ada konflik dekat tempat kerja. konflik dimana aku NAK sangat berhenti kerja dan cari kerja lain. TETAPI BOSS kau tak bagi berhenti kerja. kalau nak berhenti kang dia bagi gaji tinggi la apa la itu la. aku ni dah la baik sangat. asal nak berhenti kerja tengok muka bos dah rasa tak sampai hati nak berhenti kerja. kehkehkeh. 


tapi kita ada masa depan kita, kita ada planning kita sendiri. jangan biarkan orang mengawal masa depan kita tau! tak kesah la bos kau sayang sangat dekat kau macam mana sekali pun. ni bukan tips nak berhenti kerja tau. hahahaha.


isi UPU senyap-senyap ini bermaksud, aku apply tanpa bagitahu siapa-siapa pun dalam ahli keluarga aku yang aku nak sambung belajar. mulanya aku sesaja je nak isi. kalau sangkut, sangkut la. kalau tak sangkut kerja la. 


sebenarnya aku tukar course, dari seorang pelajar Senibina Dalaman di UiTM Seri Iskandar kepada seorang pelajar Pengurusan Taman dan Ameniti di UiTM Shah Alam. haaaa, ternganga apa itu ameniti. ameniti ni, kakak kata taman permainan. apabenda ntah. kehkehkeh. aku masuk balik kepada semesta pertama. jadi junior gitu padahal umur dah boleh kahwin anak 2.


 
hek eleh, tetiba ada bunga. hahahaha, dah namanya taman mesti la dalam hati ada taman. yedak?


sekarang ni tengah cuti mid sem dan aku sedang bekerja keras menyara anak-anak tekakkku dengan mengerjakan kerja sekolah yang bagi aku sangat kontra dengan apa yang aku belajar sewaktu zaman diploma dulu. dulu aku artis kut, menghasilkan kerja-kerja seni. bila duduk alam pekerjaan kau kerja bahagian grafik buat benda seni juga. dah tu bidang grafik fashion. aleh-aleh tukar bidang pengurusan dimana semua lecture kau amat mencintai alam sekitar seperti aku. kehkehkeh.


tu namanya cabaran. dan Allah tak akan letakkan kau ditempat itu jika kau tidak mampu. bila diletakkan disitu bermakna kau mampu and face it dengan penuh bergaya. jangan lupa untuk menyukuri nikmat Tuhan :)



ini pula gambar sewaktu induksi. program ini adalah program tradisi yang diberi nama Minggu Mesra Taman (MMT). kitorang kena camping tau. nasib baik 2 hari 1 malam je. kalau tak jenuh la aku kelaparan sebab kitorang kena masak sendiri bawa bekalan sendiri. gituu, dah macam zaman komander masa dekat Perak dulu. kehkehkeh.


roommates aku yang lain course semua jeles sebab course aku ni buat induksi dekat luar. camping pulak tu. waktu diploma dulu kalau nak buat induksi kena la buat dalam UiTM. ni pun ada senior cerita zaman diorang dulu waktu MMT 4 hari 3 malam. kena masuk selut la, masuk gua la etc. gila la, aku masuk course apa ni wehy?? HAHAHA


kenapa lelaki sikit?
biasa laaa. dari zaman aku diploma dulu budak-budak lelaki studio aku tu boleh kahwin 4. kehkehkeh. lagi pun ini gambar group kelas je, belum campur dengan group batch. 


MyLittleNote:: aku ni kadang mengada-ngada juga. baru masuk sem pertama dah tak sabar nak habis belajar sebab nak cari kerja. kehkehkeh. jya mata!

Monday, October 9, 2017

Masalah Blog

bismillahirrahmanirrahim

maaflah kawan-kawan. aku semakin stress sebab masalah yang berlaku di blog ni macam tak settle. aku dah cuba atas nasihat kawan-kawan. clearkan cache dari beginning of this google chrome di download. perghh, sejak dari zaman SPM atau tingkatan 4 macam tu. lama kut tak clearkan cache. hahaha. kecuali aku rajin clearkan browsing je la dulu. history apa yang aku search selama ini. sekali hamik kau segala data dan email yang senang nak log in tu hilang lepas clearkan cache. kukihkukih. (kecuali password, sebab aku bukan penyimpan password dekat google chrome. mula-mula tu macam, wahh. berjaya. sekali dia keluar sekali lagi THIS PAGE IS TRYING TO LOAD SCRIPTS FROM UNAUTHENTICATED SOURCES. google chrome ni nak bagitahu yang blog aku ni bermasalah dan sangat bahaya. aku cuba load la bahaya tu. cuba nak tengok tang mana bahayanya. google memang cari pasal dengan aku ni. hahaha. tak load pun benda bahaya tu. cuma aku agak annoying dengan simbol yang berada dekat http tu. urghh. dengan arrow dekat blog aku yang biru tu tak muncul. nak cakap internet slow aku dah siap download movie HD lengkap tanpa sangkut kot. HAHA. stressnya!! logo tu betul-betul annoying. 

korang tengok la ni (gedik nak mengadu. puihh! haha)

bila cuma buka dekat firefox elok je dia. firefox je yang baik. hahaha. nak ubah design aku takut lupa main coding. aku takut blog ni berat dah sebab design-design kuno yang aku buat dulu macam rainbow color link dekat tajuk entri. aku buat masa zaman SPM kut. lama tu. hahahaha. sebab tu sayang nak buang. sebab I is a sentimental value person. sangat menghargai benda-benda lama. update chrome? dah jenis yang latest ni. nak latest macam mana lagi. cuma tengok setting bagai patah haram aku tak faham. lol

MyLittleNote:: selagi masalah ni tak selesai aku tak rasa puas atau rasa selesa nak update blog. nangis. jya mata!

ps: dia punya stress tu sampai lupa nak tulis tajuk entri. kahkahkah #update

Monday, September 4, 2017

I need a help!!!

bismillahirrahmanirrahim


memandangkan entri kali ni aku nak minta tolong, kepada sesiapa yang baca entri ini. tak tahu la lepas dapat penyelesainya nak delete atau pun tidak. haha 😅

korang ada masalah tak nak singgah ke blog picisan saya ini? seperti macam mem-blocking sesuatu yang membahayakan? kenapa ya blog saya ini seakan-akan ingin menimbulkan sesuatu virus yang saya tidak ketahui. saya cuba clean kan segala sidebar saya. tetap berlaku juga. macam mana ni? 😭😭😭  ã… ã…  ada sesiapa boleh tolong tak? pleaseeeee~ jebal~  takkan saya nak kena reset balik blog? dah la saya ni lupa teruk tentang coding2 ni. maklum lah, main coding zaman spm. zaman templet blog yang lama. haha. tu pun rujuk blog tutorial edit blog. entah kemana la blog itu pergi nak buat rujukan. 

MyLittleNote:: banyak benda nak kena story mory ni. kan cerita saya ni seronok (?) 😋 😆

Wednesday, August 9, 2017

Beauty Product | Peripera (Oil Capture Pact)

Bismillahirrahmanirrahim,

hai! aku pun tak tahu kenapa tiba-tiba mood nak review product? tak la, bukan serius review. aku cuma nak kongsikan kegilaan aku. kegilaan mengapakah? kisahnya aku tanpa tersengaja membeli product ini. kau tahu sendiri kan beauty product dari oversea ni mahal ã… ã… 

ni semua disebabkan Kim So Hyun. sebab aku suka dia! dan aku dapat tahu dia ni duta Peripera. one of korean cosmetic product. lepas tu aku jalan-jalan lah dekat watson Setia City Mall which is terletak di Setia Alam. terjumpa pulak dah rak Peripera ni. kemudian, terjumpa pula dah Oil Capture Pact ni. tercuba-cuba kemudian terjatuh hati. comel je bedak ni XD

masa nak beli ni, dah out of stock. jadi sis redha. dan keesokkan hari dan berapa bulan kemudian aku pun jalan ditempat yang sama. and I'm glad stock sudah kembali ada! yahooo! disebabkan ianya limited stock. aku pun rembat satu. nak bagitahu harga pun aku tak sanggup. takut menyesal. LOL and this is my first beauty product yang paaaling mahal. AHAHHAHAHHA (gelak tak tahu la gembira ke sedih)


kecik ni je bedak dia. dan aku lebih suka bedak jenis macam ni berbanding BB cushion. eii berminyak habis. tak sesuai untuk orang yang kulit berminyak pakai BB cushion ni.


tada~!!


span tu fluffy gebus gebas. (●ã……●)


tada~!! bedak ni colour putih dan sesuai dengan semua jenis kulit. maksud saya tona warna kulit. bedak ni sekadar bedak serap minyak.

BAGUS KE?
bagus ke tidak? jawapannya aku belum guna lagi sebab sayang. sayang la dah mahal-mahal beli. hahaha. sampai rasa nak jual balik. but one day aku akan pakai juga. nak habiskan bedak-bedak yang aku baru beli. dah beli, beli lagi. apa teruk punya perangai. tapi yang pasti teskturnya lembut. tidak sama seperti bedak-bedak compact yang lain yang pelbagai tona warna itu. macam mana aku tahu? sebab dah pakai tester thats why jatuh chenta! giteww.

dan aku suka dengan Peripera ni. concept dia macam remaja sikit. Kim So Hyun pun muda dari aku. tapi dia cute sangat! sekarang ni dia buat product baru iaitu lipmatte ke lipstick ntah. warna pun cantik. botol dia pun cute!

kalau nak skodeng product-product Peripera ni boleh je terjah official instagram diorang
juga

sekian

dari daku yang start suka dengan barangan product beauty dan cosmetic dari korea. lol

MyLittleNote:: gigih nau taip entri waktu kerja. stay for next storiesss! jya mata!

Saturday, August 5, 2017

Hiking 2.0: Bukit Gasing, Petaling Jaya


bismillahirrahmanirahim

ini aktiviti outdoor ku iaitu hiking untuk next bukit yang aku tawan.
namanya Bukit Gasing terletak di Petaling Jaya. dekat je dengan KWSP PJ tu. nun disana.
yang pasti tempat ni macam jungle tracking semata sahaja. nak jogging dalam hutan ni pun okay juga. bagi sesiapa nak merasa jogging naik turun bukit. atau tangga? ahahaha


ni track dia. boleh rujuk peta sini. dan ia mempunyai track yang berlainan. tapi kami melalui track yang melalui jambatan gantung. oh ya, kali ni aku pergi dengan geng lain tau. bukan kawan-kawan sekolah. nak plan dengan diorang masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing. kali ni aku pergi dengan kakchik dan geng hiking barunya. hiking ni aktiviti baru kakchik. kalau tak aku memang suka hiking dia suka run. tapiii.. aku mana suka run. hahaha. malas la nak run. penat. bagi aku hiking la paling aku suka. pelik tapi itu la hakikatnya. kihkihkih. kini kakchik sudah berjinak-jinak dengan hiking. mihmih.


dengan teman baru. maaf la gambar gegar sebab tangkap pun tengah berjalan. lagi pun kawan kakchik tu cakap. hah.. cepat sikit nak selfie tu. meh, aku bukan suka selfie sangat. hahaha. aku kan photographer. photographer type dia bukan suka selfie okay. hahaha. tangkap gambar ni nak buat kenangan bahawasanya hutan ini indah. gitu. btw, kawan kakchik tu lelaki. biasa la lelaki ni kan pantang kacau bila perempuan nak tangkap gambar nanti dia kata selfie. hahaha.


ceri hutan tak silap. bagi aku cantik. oh btw, aku memang suka tengok tumbuh-tumbuhan lagi-lagi dalam hutan. tenang je.


aktiviti wajib aku adalah baca segala informasi yang terpampang dimana-mana saja termasuklah di dalam hutan hatta di dalam muzium. mesti orang ingat aku ni nerd. who care. ilmu kot. haha


ini fern hutan yang aku tak pernah nampak. tu yang jakun pergi tangkap gambar. nak petik pun nak simpan mana kan. mengikut ilmu yang kakak pernah cerita (kakak dulu dia belajar sains perladangan) ada fern yang glow in the dark. aku pun tak tahu la fern mana satu. kihkih.


dah namanya ala ala park, jadi disediakan bangku untuk berehat.


masa tu kami hiking lepas zohor. sepatutnya pergi pagi, tapi pagi aku mengajar tuisyen. gigih tunggu aku habis kerja baru pergi hiking. dapatlah tengok sunset. lepas tu tangkap gambar style silhouette.


style silhouette nombor 2. yang ini aku pun tak tahu kawasan puncak ke apa, sebab bukit ni takda peak. ni kawasan di mana ramai orang yang berehat disebabkan kepenatan mendaki tangga semacam dekat Batu Cave tu.


ini la tangga tangga kesukaan kalian. hahahaha


tangga extreme sebab kena langkah akar pokok.


tadaaa. ini la pintu masuk dia. pintu masuk pun ada banyak, sebab banyak track kan? jadi kami masuk sini keluar ikut laluan lain. maaf tutup muka sikit. sebenarnya nak tunjuk penanda tu. tapi yang ada muka sendiri. hehe

bagi aku ia tak berapa extreme sangat. amik masa pun tak banyak sangat macam mana aku hiking Bukit Kutu dulu. turun pun dah petang cepat-cepat cari surau nak solat asar. nak jamak tak boleh ye sebab rumah dekat. bhahaha.

MyLittleNote:: ini sebenarnya hiking sebelum puasa hari tu yang aku nak cerita. berapa lama ntah duduk dalam draf. writing block masalahnya. bukan sebab malas. sebab tu dua tiga menjak ni aku rajin blog walking dari update blog sendiri. banyak benda nak cerita. jumpa nanti. jya mata!