INI SEMUA SALAH ANA!!!
Monday, October 24, 2011
So sad..:'(
Sunday, October 23, 2011
Jumpa artis??
tak kemana ana ni.. duk rumah je.. tu pun dapat jumpa artis a.k.a Dato'.. tak payah pergi jauh2 dekat KL ke, Shah Alam ke.. kat sini pun dah jumpa..
time tu mereka tengah shooting di tempat kelahiran ana.. Kampung Bukit Kapar yang fofular gitu.. masa ana nak pergi rumah sahabat ana untuk study group.. sesaje je ana menjeling melihat siapa pelakonnya.. tup.. Dato' Jalaluddin Hassan.. tengah tersengeh2 dekat kedai bakso.. baliknya.. sekali lagi ana menyinggah dekat kedai runcit.. buat2 nak beli benda..(sebenarnya tak tau nak beli apa) keluar kedai 'ter'jumpa pulak dengan Dato' Rahim Razali.. dia tu nak melintas jalan menuju ke kereta.. dengan sakai dan kerek.. ana pun buat2 tak kenal dia.. abis tu nak buat apa?? lakonkan watak budak batak nampak artis?? ceh! kalau lakonan ana menjadi, tak pasal2 ana terjun ke bidang lakonan.. tak ke naya!(jangan perasan lah!)
he he he.. tak nak celoteh panjang.. anyway, ana bukan batak sangat jumpa artis pun.. dah malas rasanya.. ana bukan jakon okey.. mereka pun manusia biasa.. tak ada yang istimewanya.. sama je.. cuma hati je lain2..
lain lah dapat jumpa kumpulan Beast.. =) tengok, dah gila korea pulak minah ni..
*entry kali ni tak ada pantun ek.. malas nak fikir lah.. =)
Saturday, October 15, 2011
take my heart
bayangkan anda dilamar oleh orang luar.. maksud ana, anda dilamar oleh orang yang bukan bangsa kita.. contohnya orang korea ke.. haha.. mesti romantik..(alamak, dah masuk gear berang lah!)
semalam ana tertengok youtube pasal Sophia Ridza.. maybe anda semua ada yang atau tak kenal atau buat2 tak kenal atau buat2 kenal..(hey, berapa banyak 'atau' daa..) kalau yang tak kenal tu KLIK SINI.. malas nak terangkan lebih lanjut tentang dia.. maaf!
okey, ana akan terangkan serba sedikit.. sophia ni study kat koren.. then, dia pun masuk satu rancangan Chit Chat with Beautiful Ladies.. saluran KBS World.. ana pun pernah belek2 cerita ni kat tv.. ai, maklumlah ana ni pun minat korea.. tapi sekejap je ana tengok.. agak lawak lah sebab minah salleh cakap korea.. hehe.. tu belum lagi dengar dia orang cakap bahasa melayu.. ingat tak dalam pidato antarabangsa.. memang best dengar slang dia orang.. eh, dah melencong pulak ana ni..
pasal sophia ni, dia dilamar oleh mamat korea.. tak boleh blah.. dah lah muka mamat korea tu macam kim bum.. jealous eden.. mula2 tu mamat tu berjalan kearah gadis2 jelitawan dalam rancangan tu sambil membawa sejambak bunga ros putih.. jalan dengan perlahan2.. terus menuju ke sophia.. sophia lagi terkejut sampai terlompat dari tempat duduknya.. hahaha.. ana pun dah masuk mood korea.. malu2.. senyum2 ana depan laptop.. nasib baik tak ada orang perasan.. tak pasal2 ana dicop 'minah sewel' haha... okey.. sambung cerita,, akhirnya sophia terima lamaran untuk jadi gf mamat korea tu.. then, dia orang pergi first date.. hahaha.. nak tau cerita lain SILA TEKAN SINI lagi pun benda ni dah lama.. ana je yang ketinggalan zaman.. hehe..
waktu dilamar.. sweet..^_^
"manis ku katakan madu,
sendu ku katakan hempedu,
begitulah cintaku padamu."
ada ke pantun 3 kerat??
hantam saja..
tajuk dah jiwang, pantun pun jiwang..haha
Friday, October 14, 2011
Happy Birthday my Friend
esok 15 Oktober, kawan baik ana, kiranya BFF, best friend forever.. hehe Happy Birthday Sya.. nak tulis perkataan bahasa arab kat sini takut salah eja pula..
ini pun nak ditunjuk.. batak betul ana ni.. hehe
tapi kita orang dah tak bertegur sapa lagi.. hah! Cik Seha jangan nak bagi tau sesiapa pun.. ini rahsia ana dan sya..
kisahnya, ana terkilan dan kecewa dengan kata2 mak sya.. kalau ana ajak sya keluar.. mesti mak sya marah.. siap perli ana.. "nanti mesti hakimatul ajak pergi Shah Alam lagi" lagi pun ana ajak sya keluar pun pergi library.. belajar kat sana.. sya sendiri yang cakap dia selesa belajar kat sana.. sekurang2nya sya dapat selesakan diri di dunia luar.. sya pun tak biasa lagi.. anyway, sya pun akan menjalani PLKN.. sya tak biasa.. ana lah satu2nya kawan yang memahami dia.. sya sakit.. ana tak nak sya sakit waktu di sana nanti.. sebab sya tak pernah pergi mana2 camp.. kerana kata2 mak sya yang membuatkan ana merajuk hati.. ana menjauhi sya.. biar mak sya tak payah menadah telinga mendengar nama ana yang meniti di bibir sya.. biarlah.. lagi pun sya sekarang dah lebih cemerlang dari ana.. taniah sya.. sya pun tak tahu sebab ana menjauhinya.. maafkan aku sya..
kerana sikap sya yang pentingkan diri sendiri pun membuatkan ana sakit hati.. hari ana tak datang sekolah.. dia bukannya nak bagi tahu kerja sekolah.. diam je.. alasan lupa.. ana tahulah sekarang ni dia dah pandai.. dia tak nak ana mengatasi dia agaknya.. sebab tu dia buat macam tu.. astaghfirullah al azim.. tak baik ana bersangka buruk dekat orang.. sekurang2nya ana luahkan.. kalau ana pendamkan.. nanti jadi nanah dalam hati.. bahaya.. minta maaf sya.. ana tahu sya bukan mudah untuk minta maaf.. sya sendiri yang cakap.. sya berubahlah.. kalau sya sendiri yang cakap i'm the perfect partner.. perfect buddy.. please.. be the perfect friend to me.. salah ke nak jadi sahabat yang sejati..
"merajuk hati buat2 happy,
nak buat orang lain tak perasan nanti,
kalau tak luahkan merana hati,
maafkan ana jikalau ana banyak buat sakit hati."
pantun pun dah tak jadi pantun.. erm..
Saturday, October 8, 2011
MyLovelyFriends, MyAward
mereka kawan2 ana yang ana sayang.. mereka kelakar, mereka loya buruk, mereka rajin, mereka happy, dan macam2 lagi sifat mereka sebagai seorang sahabat.. macam2 kerenah..
- Cik Tiqa - penolong ketua kelas kami.. yang baik dan nakal..
- Cik Aida - pengawas sekolah.. yang hitam manis berlesung pipit..
- Cik 'Nisa - our head girl(penolong ketua umum) in SAM Nurul Iman.. yang rajin dan tegas..
- Cik Eka - pembimbing rakan sebaya.. yang anggun lagi tinggi lampai..
- Cik Nad - pengawas sekolah.. yang cepat perasan..(sorry.. hehe)
- Cik Kai - pengawas sekolah.. yang tinggi lagi kurus..
- Cik Ejad - pengawas sekolah.. yang friendly dan rajin speaking english and arabic language..
- Cik Chak - pengawas sekolah.. yang mudah tersenyum2..
- Cik ana - pengawas pusat sumber sekolah.. yang degil bin degul(hehehe.. ngaku pun)
- Cik Zue - penolong ketua kebersihan.. yang kretif dalam seni khat..
- Cik Ema - bendahari.. yang suka buat muka tembok..(hehe..)
- Cik I-nor - yang cepat ramah dan mesra..
- Cik Syira - yang pendiam lagi menawan..
- Cik Dilla - yang heboh bercermin mata..(maaf..^0^)
- Cik Anis - yang genius dan mudah tersengeh..
- Cik Syeda - yang pakai brace dan mudah tertawa..
- Cik Mira - yang becok dan bising..(hehe..)
- Cik Mai - yang kretif dalam seni melukis komik..
- Cik Ruz - yang suka ambil berat..
- Cik Nia - yang mudah dibuli oleh kawan2nya..(kesian..)
- Cik Sal - yang suka bersandiwara dan pandai berpura2..
mereka sahabat ana.. pelajar lelaki tak mau tunjuk lah.. mereka tu tak matured.. poyo.. gedik.. menyampah.. hehe.. kepada sahabat ana yang ana sebut,, jangan marah tau kalau ana komen bukan2.. dah macam tu sifat korang yang menyerlah dekat depan ana.. hehe
and the special friend is Cik Seha
ana baru dapat award dari Kak Hanis .. cool lah.. thank you!, arigatou!, sukran!, kamsahamida!..
teruja betul ana ni.. maklumlah.. first time dapat award.. terima kasih sekali lagi sebab senaraikan nama ana.. ^0^ hohoho
"anak monyet makan pengat,
anak gajah makan buah zaitun,
sebab ana dah teruja sangat,
lupa pulak nak tulis pantun."
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
Kehidupanku
Diriku
Membebel
Luahan_Kisah Hati
Student Life
Perkongsian
Seri Iskandar
Alam Persekolahan
Travel
Kenangan
Study
Aktiviti Lasak
Cerita2
Doodle
Islam Agama yang Indah
Interior Design
Jepun
Berangan
Diari
Photography
Review by Hanamiko Sakura
Hazem-chan
Merepek makan Kerepek
Muhasabah
Novel oh Novel
Sahabat
Birthday Wish
Bulatan Gumbira
KDrama
Kesihatan
Korea
Sport
Work
Food
Park and Amenity Management
Books
Pendapat
Raya
Zaman Sekarang
DSLR
Doa
Drama Melayu
Fashion
Florist
Gaveaway
GiatMARA
Hadiah
Internship
New Year
Puasa Ramadhan
Segmen
Video
Art
Artis Mesia
Award
Facebook
Gathering
Hana-chan
Konsert
Kpop
Movie
Perkahwinan
Practical Training
Sewing School
SurpriseByHHH
Anime
Austim
Contest
Event
Exam
Final Year
Harith-chan
It about Love
J-Drama
KShow
Kampung Saya
Komander
Luar Negara
Original Sound Track
Penternak
Persoalan
Project
Sekolah
Tips
Ulang Tahun
Youtuber










