Saturday, August 17, 2013

Design Lapok

bismillah.

hari ni aku tak tau lak kenapa ada mood yang baik nak update blog. memandangkan assignment project tak siap lagi. ni gara-gara nak edit blog member punya pasal. oh, ini bukan salah dia pun, saja je aku nak membuang ketensionan yang melanda diri ini. 

oh ye.

lupa nak cakap. SELAMAT HARI RAYA!
aku raya ke-5 dah duduk dalam hostel balik da. menghadap segala benda assignment project yang harus disiapkan sebelum final exam. eheh! tinggal sebulan lebih je nak dah cuti sem. yahooo!

eh kejap. macam lari tajuk je. -__-

sejak blogspot berbaju baru ni kan. aku dah tak reti nak edit blog. nak design-design bagai. serius aku tak tahu. aku lebih suka dengan cara yang baju blogspot yang lama. aku tak reti T.T

entah mana nak edit template, entah mana design, entah mana edit html. serius semua mana!! ke nampak sangat aku dah tak gelodah blog ni? -__-

ok lah, dah pasang niat nanti cuti sem aku nak tukar design blog Hanamiko Sakura ni. inshaAllah :)

MyLittleNote:: selamat hari raya~ lalala~ jya ne!

Wednesday, July 24, 2013

Sebarkan Semangat Ramadhan

ehem. ehem. pabila kerja bertimbun-timbun hendak dikerjakan, apatah lagi esok final crit before submission. tapi aku relax je tak buat drawing. ini GILA! jangan sampai lecture esok mengamuk sudah. (apa punya student. adik-adik, jangan tiru perangai macam hakak ni ye)

yela, daripada menghadap perspective yang cuba aku buat tu jadi muka orang, better aku hadap lappy jap. online untuk mengurangkan stress yang bermaharaja lela. ye dak?

bila on pesbuk je, ada lah seorang sahabat ni upload pic dia bersama Fafau dengan AG. eheh? untungla. bila di skodeng-skodeng lagi. oho~~ rupanya HotFM datang kampung halaman ku. hurm.. araso araso. HotFM kan sekarang ni buat aktiviti dengan coca cola sempena bulan Ramadhan ni. tak sangka pulak kampung aku ni jadi sasaran. kampung terchenta gitu. *wink*


ahak! 
tengok pic ni pun aku dah rindu banget dengan kampung halaman ku. kat kawasan dewan ni la aku pernah training bola jaring dengan sahabat-sahabat sekolah. padang sebelah pulak, training bola tampar. miss that moments so much. :') dewan ni juga dah macam-macam aktiviti yang pernah aku buat sepanjang hidup aku, dari kecik sampai ke besau. (eheh! tercerita pasal diri sendiri la pulak)


actually, aku bukan join pun menda alah ni. macam mana nak join kalau aku duk terperuk kat kolej ni sambil buat assignment? haha.

pic semua aku curi dari pesbuk fanpage HotFM :)

nak bangga?
boleh lah sikit. tapi... hurm, dah ramai sangat retis datang kampung terchenta ni. seperti Neelofa? jeng jeng jeng. :p

MyLittleNote :: countdown back home and submission ID. pfft~~ semoga Allah permudahkan. :) jya ne!

Sunday, July 21, 2013

Tak tahu nak buat title apa -,-

ok.
nak bagitau selamat berpuasa je. saya punya busy dengan pelbagai projek yang nak kena siapkan sebelum balik raya. RUSH! RUSH! RUSH! semua kena RUSH! tapi sempat juga duduk hadap lappy jap online sebentar. siap men-hapdet gitu.

oh!
nak bagitau juga. yang pasti. cuti raya kali ni memang sangat sedih. lagi sedih dari tahun lepas punya. tahun lepas punya walaupun raya dalam status pekerja, tapi dapat la juga beraya dengan girang dan gumbiranya. lepas je raya tu, (yang tak berapa raya la sangat) RUSH! lagi dengan final project. arkhh! 

terjun gaung. eheh?

ok, tak jadi nak terjung gaung. kalau dah sampai final project, bermakna nak dah dekat cuti sem. yahooo!! 

menari.

Ya Allah, mudah mudahan sem kali ini berjalan dengan lancar. selancar-lancarnya tanpa minyak pelincir. nak balik kampung woo.

tiba-tiba. =.=

juga dijauhkan dari repeat subject. amin.

puhh kiri kanan. (lagi mengarut =.=)

saje nak bagi pic chomey! :p [not mine CREDIT]
MyLittleNote :: pestime puasa berjauhan dari family. oh no ... 

Sunday, July 7, 2013

Berpagian dengan SketchUp.

bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum dan salam sejahtera.

apa yang aku merepek pepagi buta ni?
pepagi buta ya, kerna saya menaip ini jam 01:38.
tujuannya sebab saja nak munculkan diri dilaman belog kesayangan. nampak sangat jarang update, lepaih tu suka sangat belogwalking kong kan?

setakat ini, aku sedang belajar menchentai membuat sketch up dari dodol. ya! itu nama doodle. dulu, lepas es pi em nak tunggu result keluar, punya beriya-iya aku belajar untuk mendalami dunia doodle. (sampai sekarang tak pro lagi. hampeh =,=')

ok never mind. 
apa kata aku buat benda baru?
dari buka photoshop and then kena marah lecture sebab tak buka sketchup. better aku belajar buat doodle guna sketchup. haha! (jadi ke doodle tu? tak pasal-pasal jadi 3D) lama-lama mahir la tu guna sketchup. *chesss ^^V



MyLittleNote :: practice make perfect ;) jyaa ne!

Thursday, June 6, 2013

Kisah Drama Korea...

assalamualaikum.
selamat sejahtera.
dan salam satu Malaysia.
err... kruk kruk *garuk kepala*

oh ye.
hari tu kata janji nak jumpa kat Selangor kan masa cuti sem. tapi nak dah habis cuti baru muncul. hahaha.

jeng jeng jeng *bunyi saspen*
maaflah. bukan kata malas tahap gaban nak hapdet. tapi sibuk dengan tontonan drama korea dekat ONE HD. hahaha. sepanjang cuti ni memang korea kauw kauw la. sampai satu rumah demam korea kejap. masa tu kakchik gila nak tengok Jewel in The Palace. masing masing sibuk nak cakap 'mamanyim'. aneh -,-

aku?
bukan sekadar tengok drama chenta chentun korea saja. drama kekeluargaan pun rembat sekali. sambil-sambil tu buat research sekali. amboiii. tak menahan gitu. *wink*

korea buat drama ni kan. banyak cerita dia buat. cerita pasal sukan. budak-budak sekolah. doktor. chef. polis. tarian. lakonan. nyanyian. syarikat kosmetik. fesyen. politik pun ada. tapi yang paling utama yang diorang masukkan, opkos la kisah chenta chentun depa. bukan itu saja. aku pun buat research pasal benda penting dalam study aku. opkos la design rumah dia. hahaha. yang tak menahan, handphone yang diorang guna. bukan kemain. GALAXY NOTE II. GALAXY SIII. belum lagi jumpa. GALAXY S4. pfftt...

oh ye.
apa lah yang aku bebel ea. dah lama kot tak bebel dekat sini. tak pa naa. jumpa di Perak pulak ye.

Seman anak Pak Lebai.
Good Bye!

MyLittleNote:: hapdet dekat phone punya pasal, entri jadi bercelaru -,-' jyaa ne!