Saturday, December 31, 2022

Pengalaman merasai 2022 Mokkoji Korea di Malaysia

Mokkoji Korea adalah festival yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan dan diselia oleh Yayasan Korea untuk pertukaran Budaya Antarabangsa. Kiranya dari kementerian kerajaan Korea. Mokkoji adalah perkataan dari bahasa Korea yang bermaksud beberapa orang yang berkumpul untuk bermain, berpesta dan lain-lain. 


(kredit: Mokkoji Twitter @MOKKOJIKOREA)


Bagus juga kementerian ni, buat pertukaran budaya antara satu sama lain dengan negara yang mereka jelajah setiap tahun untuk menyediakan peluang pengalaman budaya dan kehidupan Korea dengan peminat-peminat Korea seluruh negara. Untuk tahun 2022 ni, mereka jelajah Uzbekistan dan Malaysia.


Pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur antaranya konsert, pameran k-drama, weebtoon (komik Korea), permainan, makanan dan lain-lain serta ada pentas kecil yang ada acara sesi kelas kecantikan, kelas menari k-pop dan lain-lain lagi. 




Sebagai peminat budaya, aku mengambil peluang untuk merasai pengalaman ni memandangkan ianya percuma! Yang paling penting aku nak jumpa penyanyi artis k-pop iaitu Jeon Somi. Barisan artis yang lagi 2 tu aku tak berapa kenal. Moobin & Sanha dari boy group Astro dan Blank2y.


Sebelum acara bermula, pihak penganjur telah membuat 'Giveaway' buat para peminat untuk menangi tiket konsert persembahan artis jemputan khas dari Korea ini. Selain itu juga mereka membuat 'Giveaway' untuk memenangi tiket sesi 'Hi-Five' bersama mereka di pentas kecil. 


Setelah menunggu beberapa hari, aku tak menang mana-mana tiket konsert kecuali 'Hi-Five' bersama Jeon Somi. Bagai pucuk dicita ulam mendatang. Memandangkan aku minat dengan Jeon Somi, rezeki dapat berjumpa face-to-face! 




Ketika sesi 'Hi-Five' ni, kami dimaklumkan tidak dibenarkan membawa phone naik ke atas pentas. Tak berapa puas hati sebab Moobin & Sanha serta Blank2y punya peminat masing-masing boleh naik atas buat rakaman video selfie bersama. Syarikat The BlackLable anak syarikat YG Entertainment agak ketat sedikit. Mentang-mentang syarikat antara Big 3 Entertainment Company dekat Korea. *rolling eyes* (selingan: kini tidak lagi, YG dah makin teruk sekarang ni dengan gosip-gosip kutukan dari peminat artis-artis dibawah naungannya)


Disebabkan tidak dibenarkan membawa phone untuk bergambar buat kenangan. Masa ni masing-masing cuba berkenalan dengan orang depan dan belakang untuk diberi kepercayaan memegang phone. Trust issues tidak dihiraukan asalkan ada gambar dan video sebagai bukti. Orang hadapan aku memberi kepercayaan kepadaku, manakala aku memberi kepercayaan pada orang dibelakangku. Semasa beratur, aku sehabis mungkin merekod untuk menghasilkan video yang terbaik. Skill sebagai photographer masih belum luntur dalam diri ini. Mujur tuan phone tu berpuas hati. Aku punya gambar/video? Hmm kecewa habis.


Hasil screenshoot dari video. Aku rasa sedih dan tak puas hati.
Harap orang tu punya video buruk. Macam mana dia buat dekat aku,
begitu juga dia. *aduh jahatnya aku*


Perasaan dapat berjumpa Jeon Somi - aku percaya bahawa ketinggian kami lebih kurang. Mungkin dia lagi tinggi? Melalui gambar diatas ini, aku nampak pendek sedikit disebabkan Jeon Somi memakai kasut tumit tinggi. Kalau aku memakai kasut tumit tinggi mungkin kami sama tinggi? Muehehe. Walaupun sama tinggi, yang penting BMI aku dan dia tidak la sama. Tangannya yang kecil comel tu terasa halus didalam tapak tanganku yang lebar dan besar ini. Ya, aku mempunyai figura tulang bersaiz orang lelaki. Berbahu bidang gitu. Apa yang aku cakap padanya? "I LOVE YOU SO MUCH!" dengan pantas aku ucapankan. Aku yakin juga dia blur sebab situasi berlaku dengan pantas. Mulut becok MC suruh kami bergerak pantas. Apooo ๐Ÿ˜’


Sementara menunggu konsert bermula, aku berjalan-jalan melawat kawasan. Nak pakai baju traditional hanbok kena beratur panjang dan lama. Nak pakai baju uniform sekolah perempuan, alahai kecik sangat. Nak cuba baju uniform lelaki pula, ada orang buat baju tu macam baju sendiri. Lama nak kena tunggu. Nak cuba aktiviti yang lain, kaunter dah ditutup. Permintaan terlampau tinggi sampai ruang pun sudah tidak mencukupi. Apa yang aku dapat cuma bermain permainan tradisional kanak-kanak saja iaitu tuho, jegichagi dan 'Green Light, Red Light' macam Squid Game tu.


Tuho. (kredit: Hab Korea)

Jegichagi. (kredit: Gyeonggido) Funfact: permainan ni sama seperti Sepak Bulu Ayam.


Nama pun pertukaran budaya, konsert pula bukan saja bernyanyi menghiburkan para peminat. Ia juga ada sesi perkenalan pakaian tradisional, permainan, tarian tradisional serta makanan. Jeon Somi dapat juga dikenalkan dengan teh tarik. Suka dia siap peluk peket 3in1 bancuhan teh tarik ๐Ÿ˜†


Habis je acara, peminat masing-masing serbu pentas hadapan untuk bergambar. Disebabkan aku agak fobia dengan kes Itaewon, maka aku mengambil keputusan hanya melihat dari jauh dan cuba untuk menjauhi diri dengan orang lain. Dalam kesempatan itu, aku cuba juga pergi ke pentas hadapan buat rasa-rasa. HAHA.


Curious dengan keadaan pentas hadapan juga belakang tabir serta setting pentas.
Minat dengan pengurusan acara sebenarnya. HEHE

Habis acara betul-betul waktu magrib. Terus berlari ke surau agar tidak ketinggalan waktu. K-pop k-pop juga, solat jangan dilupai. Sebab tu aku suka pergi acara macam ni tak pakai makeup macam orang lain. Leceh nak ambil wuduk sebenarnya. HAHA


MyLittleNote:: Jeon Somi janji kalau buat jelajah konsert, Malaysia tidak akan dilupai. HAHA jya mata ne! 

Monday, December 26, 2022

Graduation Day! UiTM ke 94

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

sebelum tamatnya 2022, sebab aku ni sejenis perap cerita. kadang, cerita 2 tahun lepas pun pergi up. muehehe.


setelah 2 tahun menunggu, rasanya ni konvo paling lama nak tunggu. diploma dulu cuma setahun je, degree ni makan masa selama 2 tahun disebabkan pandemik covid-19. kawan yang habis belajar terus kahwin pun dah ada seorang anak. belum lagi yang datang bersama suami. tak kurang juga yang masih single. 


aku cuma dapat rasakan konvo aku ni tak berapa best. bapa pula sudah berusia warga emas. yang temankan bapa cuma abang sorang. adik beradik lain masing-masing busy dengan life. kebetulan sidang waktu tu waktu bekerja, takkan semata nak amik cuti attend adik konvo kot. 


masa aku sibuk duduk dalam dewan, aku dapat panggilan dari polis bantuan. katanya bapa duduk sorang-sorang. phone bapa masa tu takda kredit nak call abang atau aku. bapa dah terpisah dengan abang dalam kalayak ramai orang yang berpusu-pusu. tersangat la ramai orang! dalam dewan aku dah resah. risau dengan keadaan bapa. lagi-lagi dengan kakinya yang belum baik dari bengkak air akibat terseliuh. keluar dari dewan, kawan-kawan lain bergambar. aku mula mencari bapa sebab terlampau risau. jadi aku tak ada banyak gambar dengan kawan-kawan. apatah lagi gambar diriku seorang. ah sedihnya! 


keluar dari dewan memang nak dekat waktu asar, aku pulak belum makan tengah hari lagi. dapat je jumpa bapa, terus aku bawa pergi makan dengan abang. abang pula dia datang naik motor. ada hikmah juga la dia datang naik motor. dia ambil cuti half-day je. so dia bawa bapa dari tempat parking yang nun jauh tu ke dewan. waktu tu UiTM memang tengah sesak walaupun musim cuti semester. aku tak dapat bayangkan kalau budak-budak dah masuk semester baru. mesti double jem dalam UiTM ni. 


selesai makan dan berpisah dengan abang, terus pergi solat asar. lepas solat asar aku ajak bapa masuk UiTM semula sebab aku belum lagi pulangkan robe. sijil pun tak amik lagi. sempat la bergambar dengan bapa berdua ditemani dengan Adah (cousin) terima kasih sanggup datang lepas habis kerja. sobs. 


ya.. tahniah untuk diriku.. anda berjaya juga dapatkan sekeping sijil ijazah sarjana muda walaupun sambung lambat. bila aku buat appreciation post dekat facebook tu, ada je jari gatal yang komen suruh sambung master. termasuk la cikgu sekolah menengah. sabar je la ๐Ÿ˜‚


tiket masuk untuk parents. takda tiket ni tak boleh masuk
dewan dan perlu memakai pakaian mengikut protokol yang ditetapkan

dah la tengah musim covid dalam keadaan berjaga-jaga. perghh belakang
pentas takda lansung penjarakkan. dengan suasa panas dan sempit.
makeup masing-masing cair ๐Ÿ˜†

bunga untuk kawan-kawan. asalnya nak bagi 1 batch. tapi aku beli tak
cukup. cukup untuk 1 kelas je

bukan usha pakwe, sekadar amaze dengan photographer punya attire

sempat bergambar dan berkumpul sebelum dewan digelapkan.
nak suruh graduan keluar dewan cepat-cepat, dengki sangat.

bergambar dengan lecture. sebenarnya aku bergambar dengan budak kelas lain.
tapi lantak la asal ada. 


MyLittleNote:: jadi emosi pula entri ni. haha.. jya mata ne! 

Friday, November 25, 2022

Twenty, Twenty-Two so far?

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

hai, sekarang pun nak penghabisan bulan sebelas. bagaimanakah keadaan 2022 saya dan anda? setakat ni segala checklist belum lagi tercapai. walaupun takda dalam list, but still tercapai dan rezeki tanpa diduga. checklist paling penting ni haa, aku janji nak rajin update blog. tahu-tahu semua kelaut ๐Ÿ˜ค dah karam agaknya.


kalau boleh la kan, aku nak aktif dalam dunia blog. taknak rajin sangat melayan sosial media. tapi tu la, dah kerja pun kena hadap sosial media. tu yang hari-hari duk hadap phone tengok life manusia dan kawan-kawan serta nak follow up trend terkini untuk gain customer dan viewers. lagi-lagi zaman sekarang TikTok jadi aplikasi yang hangat digunakan. mana taknya, video lawak banyak dekat situ, tips, suggestion dan lain-lain lagi. tengok video TikTok boleh jadi penghibur jiwa dan raga. tengah mood sedih, buka je TikTok terus gelak tak ingat dunia. rakyat Malaysia tu kadang tak pernah serius. 


nak buat recap 2022 macam melampau sangat sebab belum masuk hujung tahun, takpa la kita story apa yang seronok je. 


๐Ÿ“… awal bulan november aku masih lagi sibuk atas urusan kerja, urusan dari hujung bulan september sampai la awal bulan ni


SPRM ada bajet lebih kot siap ada tali landyard special. sebelum ni biasa je


๐Ÿ“… dapat jadi ejen tempat menggundi buat kali kedua juga pengundi untuk kali kedua. sebenarnya masa jadi ejen buat kali pertama tu aku kena buat senyap-senyap sebab masa tu masih lagi seorang pelajar. tak ke naya kalau terkantoi. masa jaga saluran, ia juga merupakan kelas sewaktu aku darjah 5 dulu. ahh lama betul. kenangan mengusik jiwa. pernah kena panggil duduk depan kelas sebab fail math. masa tu aku sorang je. pelik la budak pandai duduk kelas ke 2 boleh pulak fail math. mengamuk guru kelas aku masa tu. HAHA (ye, zaman dulu cikgu boleh mengamuk, zaman sekarang? ngamuk sikit kena panggil pihak atasan. lol)

๐Ÿ“… FIFA world cup berlansung seiringan dengan keputusan perdana menteri ke-10. masing-masing minggu ni mood tak molek. nahh, sekarang PM sudah diumumkan, public holiday pun sudah diberikan. mari la kita fokus pada FIFA. HAHA

๐Ÿ“… esok! 26 november, cousin aku nikah. ya, cousin pertama yang muda dari aku akan mulakan hidup baru. ye, betul la tu bila dah kira dengan jari. selama ni cousin yang tua dari aku yang mulakan hidup baru. yang muda-muda ni semua pakat ambil no giliran nak kawen. aku? HAHA gelak je la. dah la dalam siblings cuma aku sorang je yang belum kawen.


okay, itu saja. tebiat juga ye aku boleh update 2 entri dalam 1 hari. gituu balas dendam sebab dah lama biar blog ni sepi. nak pulak otak dan jari ni boleh pulak ligat ada idea. see ya!


MyLittleNote:: sekarang ni aku duk dengar playlist FIFA sound anthem songs. jya mata ne!

Main Panggang-panggang di Fireplace, Shah Alam

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

katanya Fireplace mempunyai menu daging wagyu yang berpatutan harganya. jadi aku pun mengajak cousin, untuk menikmati keenakkan daging wagyu ni. kebetulan masa birthday dia aku janji nak belanja makan, jadi aku ajak dia makan disini. 


waktu ni datang ramai orang, jadi aku dan cousin terpaksa menunggu diluar. tak ramai pun, cuma meja makan semua occupied ๐Ÿ˜…


meja makan yang berkonsepkan japanese style. ruang kosong ni akan diletakkan dulang.


ruang kosong tadi dah diisi dengan dulang. menu pun nampak sihat.


asap panggangan akan disedut dari bawah. nampak unik! 


overall semuanya seperti berkonsepkan Japanese restaurant. daging wagyu pun sedap dan lembut. baru rasa yang panggang, belum lagi rasa celup-celup macam steamboat. mula-mula aku ingat macam tak cukup je dengan portion yang agak sikit, tak sangka kenyang.


Fireplace ni terletak di seksyen 13, Shah Alam. jadi untuk mereka yang berdekatan dengan Fireplace boleh la datang ke sini untuk menikmati daging wagyu yang harganya agak berpatutan. orang kata buat ngaso-ngaso pun dah cukup. HAHA

MyLittleNote:: lepasni kita pergi mana pula untuk makan-makan. hehe, jya mata ne!

Monday, June 13, 2022

Meet and Greet: Blimey

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

dah lama layan channel Blimey ni dari tahun 2017, apa yang aku minat dengan mereka ni sebab cara editing, producing content dan macam-macam lagi. lagi-lagi content mereka melibatkan Malaysia. content dan editing mereka ni makin lama makin profesional setanding variety show dekat Korea. semakin lama aku semakin minat dengan kerja producing ni. tapi tak terfikir pun untuk jadi producer, cukup la sekadar jadi graphic designer. tu pun dah rasa terbeban. jadi talent? jauh panggang dari api. walaupun ada talent, tapi setakat belakang camera je. depan camera aku tersangat la kaku. 


haritu Blimey berkesempatan beraya bersama dengan peminatnya. apa tunggu lagi, ini la masanya aku nak jumpa diorang depan-depan! setelah sekian lama asyik tertangguh disebabkan kerja. sebelum puasa haritu diorang datang Malaysia setelah 2 tahun disebabkan covid. Blimey jemput peminat-peminat jika berkesempatan untuk datang ke restaurant yang terpilih untuk content pengalaman bekerja di restaurant Malaysia. disebabkan masa tak kena dengan waktu kerja, aku tak dapat la datang. kali ni Blimey kembali lagi ke Malaysia untuk content yang seterusnya.

 

tetiba panjang pula mukadimah




aku ajak Adah (cousin) memandangkan hanya satu-satunya teman sebaya yang belum kahwin dan boleh go on dengan benda yang aku minat. ps: aku ada je kawan lain, tapi kebanyakannya dah berkahwin dan tak minat pun dengan apa yang aku minat. lol


cuaca tak berapa nak cun masa on the way. Blimey bagi info pertemuan tu terpaksa buat dalam sebuah cafe berdekatan. tapi bila dah sampai elok pulak cuaca, lagi cun masa tu cuaca redup. bila sampai ramai la juga yang menunggu siap aku kena panggil dengan peminat yang lain suruh tunggu tempat diorang tunggu. tapi masa tu aku dah terlampau lelah dan teringin sangat nak minum ice latte, jadi aku tetap cari juga cafe tu. nak masuk cafe tu aku nampak la Blimey dari luar, tapi masa tu pak guard dan mungkin pekerja ? staff ? Malaysian Blimey crew ? nak halang aku untuk masuk. katanya akan dibuat dekat tempat asal disebabkan tiada permit untuk berkumpul ramai-ramai dalam cafe. disebabkan keinginan ice latte dan kehausan tu lagi tebal dari berjumpa dengan Blimey, diorang benarkan aku masuk. 


sambil tunggu air siap, aku sempat la perhati dari jauh. salah satu crew diorang (Malaysian Blimey crew?) datang dekat kalau nak jumpa Blimey terus. aku segan betul! rasa macam tengah tengok youtube je. Adah dah tarik tangan suruh jumpa juga. maka terjadi la meet and greet yang singkat dan bermakna itu. 


๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ


I was like: ohh macam ni rupanya di belakang camera


habis je sesi beramah mesra tu, aku playing tourist dengan Adah disekitar Dataran Merdeka. peminat-peminat yang tunggu pun beratur panjang jumpa Blimey. dalam hati aku pun rasa macam bersyukur juga, kalau tak kena tunggu dan beratur. 


Jade unnie dan Dasol unnie tersangat la ramah. karakter sama saja even di belakang dan dalam youtube. cantik pun ye. biasa la orang korea. haha. selama tengok content Blimey, aku curios betul dengan ketinggian Dasol. nampak dia betul-betul tinggi dari tetamu jemputan dalam content. bila dah jumpa face-to-face ni baru la aku puas hati. 


MyLittleNote:: it's been a while, sejak tugas dekat office bertukar jadi website wartawan ni, aku dah jarang buka blog. jya mata ne!