Friday, June 28, 2024

Refresh Bloglist Kembali Lagi!!!

Konnichiwa!!


Hampir 10 tahun lebih juga tak join segmen ni. Dulu masa aktif ber-blog agak aktif juga join mana-mana segmen. Seronok sebab dapat jumpa kenalan dan rakan-rakan blogger yang lain. Memandangkan kenalan blogger sekarang ni dah ramai yang hiatus. Mungkin ke arah sosial media yang lain. Orang kata "masih releven ke blog ni?" saya pun tak pasti. Jadi, saya nak join segmen dari kenalan baru blogger ThisNi3za. Mari la kita ramai-ramai meraikan segmen ini. Dengar cerita ada pemenang bertuah ๐Ÿ˜‰




Syarat nk join aktiviti ni mcm standard je...
1 - Mesti la kena buat 1 entry khas ttg segmen ni.
2 - Dah buat entry, content tu kena la tampal banner yang gigih aku buat ni. ๐Ÿ˜
3 - WAJIB korang tinggalkn link entry tu dkt entry ini. utk aku jejak blog korang.
4 - Mesti la support segmen ni dgn follow jgk blog ni utk yg belum follow ๐Ÿ˜†


MyLittleNote:: hari ni baru sempat nak blogwalking sejak buat posting entri tentang sunscreen. HAHA. Jya mata ne!

Thursday, June 20, 2024

Sunscreen Terbaik untuk Semua Jenis Kulit | Krim Siang SPF50 Texture Lightweight & Tanpa White Cast yang Boleh dengan Air

Konnichiwa!


Korang rajin tak pakai sunscreen? Sunscreen terbaik adalah salah satu asas rutin penjagaan kulit wajah yang penting untuk kita aplikasikan setiap hari. Kesan tidak memakai sunscreen semestinya akan meninggalkan kesan yang tidak elok pada kulit wajah kita. Salah satunya kesan yang tidak memakai pelindung matahari ini akan memiliki kulit yang "tua" sebelum usia. Ini disebabkan oleh kerosakkan tisu kulit dan kekurangan kolagen yang berpunca daripada sinaran UV.


Asas memakai sunscreen semestinya dengan 2 jari


Ada terbaca juga dari review orang yang rajin menjaga kulit wajah. Katanya memang sunscreen rutin wajib, jika tidak memakainya ia akan memberi kesan kulit wajah tampak berusia dari usia sendiri. Punya la takut nampak umur seperti 50an, terus aku rajin pakai sunscreen yang bagus. Sebelum ni memang malas sebab susah nak cari sunscreen terbaik yang sesuai dengan kulit wajah ni. Lagi-lagi diri ini berkulit hitam manis. Kebanyakan sunscreen akan memberi "white cast" kepada pemakai si hitam manis ni. Tu pun kena pandai pilih produk yang bersesuai dengan kulit wajah masing-masing. Kadang muka yang jenis cepat berpeluh pun agak tidak selesa dengan sunscreen yang tidak sesuai apatah lagi sunscreen untuk kulit berminyak.




Sekarang ni aku dah jumpa Hansaegee Aloe Vera Sunscreen yang sesuai sangat dengan kulit muka aku. Senang cerita memang produk ni sesuai dengan semua jenis kulit muka termasuklah kulit muka sensitif sebab ianya mengandungi bahan utama iaitu Glycerin, Sodium Hyaluronic & Allantoin serta estrak tumbuh-tumbuhan seperti Centella Asiatica, Morus Alba Bark dan Orkid selain dari Aloe Vera itu sendiri.


Sumber: Hansaegee Website

Sumber: Hansaegee Website


Pemilihan paling utama bila menggunakan sunscreen itu sendiri mengandungi sunscreen SPF50. Pilihan yang tepat sebab Hansaegee Aloe Vera Sunscreen mengandungi SPF50+ PA+++ dan tekstur tersangat la lembap yang memberikan kesan kelembapan pada kulit wajah kita. 





Lihatlah! Tiada "white case". Benda yang paling aku takuti ๐Ÿ˜† ianya sebati dengan kulit ni dengan sangat sempurna dan memberikan kesan "natural beauty" dengan mengikut tona warna kulit sendiri tanpa meninggalkan kesan warna walaupun krim berwarna putih kehijauan. Dengan tekstur yang ringan membuatkan sunscreen aloe vera ini tidak memberi kesan berminyak serta tidak melekit dan memberikan kesan segar pada kulit wajah. Ia juga menjadikan krim siang terbaik dan sunscreen untuk kulit berminyak.




Nampak tak perbezaannya? Mudah sebati, tidak berminyak dan tidak melekit. Puas hati rasa. Lepas ni, kalau pakai solekan tiada masalah sebab Aloe Vera Sunscreen ni boleh jadi sebagai asas solekan. 




Mudah unuk dibersihkan dengan air! Kadang ada juga sunscreen yang kena pakai "makeup remover" atau teknik "double cleansing". Agak payah bukan kalau nak ambil wuduk? Kena bawa "makeup remover" ke mana-mana saja. Mencari sunscreen terbaik adalah sunscreen yang boleh dibasuh dengan air yang menjadikan sunscreen mesra wuduk.





Kebanyakan memang produk dari Korea akan ditutup seperti ini. Lubang tiub yang kecil ini melindungi krim dari mudah bocor. Perasan tak kebanyakan produk selain dari produk Korea, lubang tiub akan selalu bocor. Geram pulak rasa. Tiub akan jadi comot dan susah untuk dibersihkan. Bila dah bocor, pembaziran akan terjadi. 


Kalau korang tak jumpa sunscreen terbaik yang sesuai dengan kulit wajah korang, cuba dulu dengan Hansaegee Aloe Vera Sunscreen. Sunscreen untuk semua jenis kulit. Banyak maklum balas yang memberansangkan yang boleh buatkan korang tertarik dan teracun untuk membeli. Memang terbaik lah produk ni. Berfungsi dengan 2 kelebihan iaitu melindungi serta melembapkan. Apa tunggu lagi!



Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk dibawah:

Brand: Hansaegee Nature


MyLitteNote:: untuk kesan yang lebih baik, bagus untuk kita pakai produk Hansaegee yang lain seperti pencuci muka dan pelembap muka. Jyaa mata ne!

Friday, May 10, 2024

Watson K Beauty Festa 2024

Konnichiwa!


Luaran Jepun, dalaman Korea. Begitu la konsep blog Hanamiko Sakura ni lama kelamaan ๐Ÿ˜‚


Semalam lepas restock barang-barang niaga aku terus ke JioSpace, PJ. Watson ada buat K Beauty Festa untuk tahun 2024. Tahun lepas pun ada buat juga. Saja datang nak tengok suasana macam mana. Dengar cerita boleh dapat macam-macam sample free-gift.


Pergi berdua bersama si kecil Harith-chan


Banyak juga produk-produk kecantikan dari Korea ni. Banyak-banyak ni juga yang aku kenal Cosrx, Somebymi, Beauty of Joseon, Glutanex, Axis-Y, Peripera & Pink. Yang lain-lain tu semua aku tak kenal ๐Ÿ˜‚ Bukan setakat skincare je, makeup & produk penjagaan rambut pun ada. 


Pentas utama


Zaman sekarang ni produk-produk kecantikan dari Korea menjadi kegilaan untuk orang-orang muda. Sedangkan produk SimplySiti kepunyaan Datuk Siti Nurhaliza pun dari Korea. Kalau nak ada skin cantik macam orang Korea boleh je pakai produk-produk ni. Tu untuk yang rajin dan ambil berat dengan rutin-rutin penjagaan wajah. Kalau aku ni, cuma sekadar cuci muka. Pakai pelembab dengan sunscreen pun jarang walaupun benda tu asas rutin penjagaan wajah. Hahaha, macam mana la muka ni tak banyak naik jerawat.


Nama pun acara Korea, sudah semestinya ada kpop terselit ๐Ÿ˜‚ dengan lagu-lagu kpop berkumandang. Harith-chan seronok berjalan sambil berjoget. Amboi


Makcu dia pun 2x5 juga suka kpop. HAHA


Banyak juga booth menarik dan juga permainan yang boleh dicuba. Kalau bernasib baik boleh dapat free sample produk mereka. Kalau tidak bernasib baik, tak dapat apa-apa. Dapat kupon diskaun pun ada. 










Syarat-syarat nak dapatkan free sample produk kena tangkap gambar diri sendiri dengan booth atau booth itu sendiri dan post gambar instagram story serta tag ig produk-produk tersebut.


hasil tangkapan. tak dapat banyak sebab tak join semua booth


click banner untuk mendaftar


Acara masih lagi berlangsung dari 9 - 12 Mei 2024. Khamis sehingga Ahad. Mungkin hujung minggu ni lagi banyak aktiviti menarik dan ramai orang ๐Ÿคช nasib la. Yang pasti takda oppa Korea. Laogong cina ada ramai. HAHA


Daripada pendapat peribadi aku, kawasan sempit yang membuatkan kau boleh berlaga-laga dengan orang lain. Dah la dekat Petaling Jaya kawasan rumah persendirian bercampur kawasan kilang dan kawasan kedai. Jadi pening pula memandu dikawasan tu. Apa yang tak berapa seronok la bila buat acara besar macam ni. Tempat letak kereta pula memang ada, gigih aku park jauh sebab taknak bayar parking. Rupa-rupanya FREE parking selama sejam. Yihh stress aku. HAHA


MyLittleNote:: nak jadi cantik macam Lee Young-Ae kena pandai jaga kulit muka dari awal. Jya mata ne! 

Wednesday, May 8, 2024

Modul 2: Pengendalian Mesin & Peralatan Jahitan

Konnichiwa!


Sudah tiba masanya untuk aku bercerita pengalaman semasa belajar menjahit di GiatMara iaitu GiatMara Kuala Selangor. Kita skip dengan modul 1 dan kita teruskan dengan modul 2. 


Seminggu selesai orentasi, cikgu beri kami tugasan untuk belajar meneroka mesin jahit sendiri dengan bantuan nota yang diberikan. Ya, cikgu pun dah macam lecture. Diorang tak ada ajar satu persatu sebab cikgu fokus bab praktikal dari teori. Jadi, kami belajar sendiri mengenali mesin jahit. Mesih jahit industri. Cuma bila kami ada yang tak faham baru cikgu tunjukkan.


Yang paling sakit, bila jahitan tak kemas cikgu suruh tetas ๐Ÿ˜ญ 


Kenapa kami skip kepada modul 2? Sebab modul 1 sudah belajar semasa orentasi. Modul 1 berkaitan Pengurusan Keselamatan & Kecemasan. Belajar bersama dengan bomba dan APM. 


Mesin jahit ni 6 bulan banyak berkhidmat dengan ku ❤


Hampir 2 minggu juga cikgu suruh kami buat latihan ni. Latihan ini bertujuan untuk mengasah kemahiran menjahit dengan baik dan kemas. Pernah tak tengok jahitan pakaian yang tak berapa kemas? Benang tercabut la, apa la.. ini tujuan dia. Lagi pun cikgu cakap batch sebelum ni cikgu tak suruh buat latihan ni yang mengakibatkan pelajar-pelajar tersebut tidak menghasilkan jahitan yang kemas. Pengawai pengesahan luaran pun tidak berapa puji. Bayangkan la setiap cawangan ni kena bersaing dengan setiap negeri. Setiap negeri ada kursus jahitan ni walaupun tak semua daerah ada kursus yang sama. Sebab itu setiap tahun akan ada pertandingan kemahiran TVET ni. 


Masa ni aku sukarela nak masuk pertandingan. Last-last tak masuk pun.


Gambar tak banyak mana pun. Semua gambar ni mujur ada post dekat instagram. Banyak gambar dah hilang dalam phone lama yang rosak tu. Oh nak update, phone samsungku memang tidak boleh diselamatkan lagi. Sedihnya! Processor chip rosak iaitu duduk dalam motherboard. Kesimpulannya, sentiasa backup la gambar-gambar anda. 


MyLittleNote:: next kita cerita tentang modul 3 pula. jya mata ne! 

Tuesday, April 16, 2024

Selamat Hari Raya 1445H & Selamat Bekerja

Konnichiwa minna-san!


Harap semuanya selamat. Selamat hari raya, selamat bekerja, selamat bersekolah, selamat masuk kelas, selamat buat assignment, selamat jumpa bos, selamat jumpa client dan selamat semuanya! Hari biru ku bermula hari ini. Hari selasa. Semalam masih lagi berehat walaupun tidak kemana-mana raya ini. Raya tahun ni, nenek beraya dengan kami. Tinggalah aku, bapa dan nenek. Bak kata kakak, kami beraya tiga bujang ๐Ÿ˜† adik beradik lain semua beraya rumah mentua masing-masing. Dulu sebelum PKP, kakak akan bergilir-gilir dengan abang. Tapi kini semuanya tidak lagi bergilir-gilir. Mujur kakchik dan Zaki rumah mentuanya dekat. Maka diorang balik malam raya pertama. 


Solat raya bersendirian. Nenek dah duduk dekat saf depan


Bila kita beraya dengan orang tua yang tak boleh nak kemana-mana ni, memang duduk rumah layan tetamu je. Tetamu nenek pun ramai. Saudara mara, anak-anak buah nenek, anak-anak buah arwah atok. Pakcik dan makcik serta sepupu sepapat. Maka OOTD memang tiada. Mood raya tu hilang entah ke mana. Raya tahun lepas galak betul jahit baju raya kemain banyak. HAHA.


Tahu-tahu dah bulan 4. Cepat je masa berlalu. Bulan 1 haritu, perjalanan terasa perlahan. Tengok nanti, tahu-tahu dah bulan 12. Azam tahun baru nak sentiasa update post baru pun dah kelaut. Azam korang tahun ni setakat ni macam mana? 


MyLittleNote:: ini cuma random post sahaja. HAHA, jya mata ne! ์‚ฌ๋ž‘ํ•ด