Friday, May 20, 2011

Just guess, who be my friend?

nak tahu tak, siapa jadi kawan aku. hahaha, siapalah yang malang tu? hehehe, jangan jealous kalau aku katakan Gavin Stenhouse jadi kawan aku.
alkisahnya...
aku try bagi message pada jejaka cute ni. tak sangka dia approve friend di facebook, siap balas message aku lagi. SEMALAM pukul 5.23am, pagi2 buta sudah replay message aku. terharunya bila dia ceritakan kisah tentang cerita Merong Mahawangsa. dia kata bulan 5 ni cerita tu sudah berada di UK dalam bentuk DVD. selepas tu dia kata, dia tak sabar nak menunjukkan kepada keluarganya. nice right?? he told me everything. memang gila2 terharu. selepas je aku baca message tu. aku tak tahu nak cakap apa sebab aku rasa begitu malu sekali kerana aku berhubung dengan pelakon utama Hikayat Merong Mahawangsa. Prince Rome. arkh!!!aku menjerit, terkinja-kinja macam orang gila. HAHAHAHA...dan aku pasti yang itu memang dia sebab dia mengakui dia adalah Gavin, siap suruh aku berhati-hati lagi. Cewah..hai, tak tahu nak cakap apa lagi. dan hari ini, aku cerita pada rakan sekelasku, kebanyakan budak tak percaya. yang lebih aku tak percaya dan terharu, dia langsung tak replay balik wall post orang lain. Thank you Gavin^_^

-created by-
Hanamiko Sakura
mood : Ya ALLAH, gembira tak terkata. Terima Kasih Ya ALLAH...hamba bersyukur kerana memberikan sedikit kegembiraan yang tidak terkata nilainya.

Wednesday, May 18, 2011

Mid Year Exam 2011

esok aku ada exam additional mathematics...huh!!!malas betul nak belajar...actually aku memang tak suka sangat dengan mathematics ni...berjaya dalam mathematics ni pun sebab aku suka fikir,,kalau malas, jangan harap aku nak buat latihan mathematics...buku pun aku tak sentuh...no way!!! banyak sangat nombor,,banyak sangat formula nak di hafal...setakat formula di bagi tapi tak tahu guna kaedahnya tak guna...hurm..nak kata menyesal aku ambil add mate nanti tak fasal2 kena marah...tak patut betul...tu lah dulu nak sangat ambil add mate sebab takut sangat tak dapat masuk universiti...dan yang paling teruk, ikut cakap kawan...tapi apa pun terpaksa lah berjuang...entah2 dengan kuasa ALLAH S.W.T aku dapat jadi seorang doktor yang aku idam-idamkan selama ini??? why not...^-^

-created by-
Hanamiko Sakura
mood : lalalalala lightless...lagu b2st...hehehe

Monday, May 16, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

alkisahnya begini,
aku baru mula tengok movie ni semalam...well, macam lambat pula...selalunya aku kalau nak tengok movie baharu,,aku tak tengok kat wayang,,aku tunggu je sampai cerita tu dekat laptop aku...baru lah aku menonong menghadap laptop sehari semalam...huhuhu...

Hikayat Merong Mahawangsa,
memang best...cerita ni menaikkan semangat aku untuk mempelajari sejarah...
Stephen Rahman-Hughes sebagai Merong Mahawangsa sebagai Raja pertama Langkasuka(lebih dikenali sebagai Kedah)...dia ni orang putih,,tapi gelap...nak tahu kenapa??sebab dia ni ada darah Melayu...tu lah fasal...hehehe....
Gavin Stenhouse sebagai Marcus,,putera Rome yang akan berkahwin dengan puteri China...
well, Gavin tu memang handsome...bagi aku,,tapi mesti ada orang kata Stephen tu lebih handsome dari Gavin,,bagi aku Gavin is handsome but very cute...right...hahaha,,mula tu aku teringin juga nak 'ngorat' si Gavin tu..(hehehe,,,dapat ke?) hahaha...rupa-rupanya dia sudah berpunya...Syarifah Amani punya...kih..kih..aku tak kisah,,sebab dia milik orang Malaysia...ceh...HAHAHA..dah ketawa macam orang gila pula dah...heish...Gavin ni kalau rambut blond dia panjang sikit,,wah..memang cute habis...hai..tak tidur malam lah aku dibuatnya..hehehe...
ini lah Gavin Stenhouse^_^

ini Stephen Rahman-Hughes...

bila geledah nak cari gambar Gavin Dan Stephen hahaha...aku jumpa blog orang ni tau...dia menceritakan kisah HMM ni...lawaknya dia bagi komen fasal cerita ni...memang lawak...gempaq pun ada....hehehe..lagi pun aku sudah tinggal jejak dekat blog dia...hahahaha...

lagi satu aku nak beritahu yang si Stephen ni sudah berkahwin...dengan kawan baiknya sendiri...mereka berkahwin pada tahun lepas...nasib baik tak berapa nak minat dia ni....sebab tengok muka dia dah pelik...kuang2..hahaha

-created by-
Hanamiko Sakura
mood : asyik nak gelak je bila mengenangkan kisah ni....cerita ni pun ada lawaknya...kepada sesiapa yang cakap cerita ni tak best....memang rugi...hehehe

Saturday, May 14, 2011

Design blog baharu tau n_n

hari ni aku asyik memghadap depan laptop sebab nak change design blog aku......lihat,,,blog aku sudah ada bubble.....cantikkan....tapi warna hijau,,,nak warna purple....my favorite color...tapi tak boleh....itu pun aku belajar dari blog orang lain.....terima kasih^__^

dan aku terpaksa change blog tu pun sebab bubble warna gelap.....tak nampak.....so tukar warna cerah sikit.....sekarang ni pun aku sedang berusaha hendak menaik tarafkan lagi aku punya blog.....minta tunjuk ajar...sebab saya orang baharu disini......

bila geledah,,scan,,,cari,,,,discover,,,banyak ragam dekat blog ni....banyak udang banyak ragamnya, banyak orang banyak ragamnya....wah,,sudah bermain pepatah melayu...ceh^_^baru ku tahu suasananya di blog ini......ada yang best,,,ada yang????blur??? pun ada...hehehe....

******

kepada pembaca2 yang sempat menyinggah ke blog saya ni,,,terima kasih^_^....kalau rajin sila lah jadi penatap blog setia saya yang tidak berapa cantik seperti anda semua.....lagi bagus jadi FOLLOWERS saya^_^......

post saya kali ini(selepas bertanda*) nak berinteraksi dengan anda sebelum saya berinteraksi seorang diri.....macam orang gila...hehehe

hidup saya tidak lah seceria hidup anda,,,hidup saya biasa2 saja....tapi hobi saya suka mengetahui tentang hidup orang lain tanpa ada gambaran.....contoh macam novel,,,novel tu tak real...nak yang real....mengikuti blog ini.....kalau baca kisah hidup orang lain ada gambaran tak best,,,,sebab tak boleh nak bayangkan.....bayangan sendiri lagi seronok....hehehe...banyak betul saya mengomel pada post kali ini......sudah lah,,,,kepada semua yang menyinggah ni,,,tahun ni saya SPM,,doakan saya^_^....ikuti kisah saya seterusnya...

-created by-
Hanamiko Sakura
mood : happy sebab dapat berjumpa dengan kamu semua di alam maya^_^

Friday, May 6, 2011

Memang Sibuk!!!!

bulan ni memang dikatakan sibuk....ingatkan selepas bulan 4 dah tak ada apa2 lagi.....tapi,,,,hampeh sebab bulan ni mesti siapkan kerja kursus,,,,mid year exam lagi.....arkh!!!!ingatkan nak study group dengan member camp.....tapi,,,,apa dah jadi....terpaksa tangguh kepada bulan depan merangkap hanya lagi 4 bulan nak SPM.....bulan 7 dah Model Item Berfokus 2,,,,belum lagi dengan Percubaan SPM.....Ayoyo....hidup ketika menghadapi SPM memang mencabarkan.....dan perlu bersiap sedia dengan segunung kesabaran......hye,,,pening.....

-created by-
Hanamiko Sakura
mood : mood statik,,,,bengang dan stress je lebih.....%-%