Monday, March 12, 2012

Wanita berperwatakan Lelaki

Nak tau tak kenapa aku buat entri macam ni tiba2... sebenarnya… aku nak tau lah pandangan korang terhadap wanita yang ganas, yang berjiwa lelaki dan berhati kewanitaan… emm… korang tau tak aku ni gadis alim yang brutal?? Emm… tak payah ambil tahu lah… bukan penting pun…(har3… tetiba pulak)

Ikuti kisah cerita ini… yang osem + kool… (eh! ikut gaya Inche Gabanna pulak dah)


Ada seorang gadis ini, yang ayu… yang sweet… yang kawaii… yang manis bak gula2 sekilogram dekat kedai runcit cik temah… tapi… perangai dia amat brutal… mengalahkan lelaki… jangan salah sangka… dia tetap tutup aurat sebagai tuntutan wanita islam… menutup auratnya dengan sempurna dan lengkap… siap dengan tudung labuh dan berstokin…

Sejak kecil, dia bersahabat dan amat rapat dengan abangnya… adik-beradik yang lain sibuk mengejar impian masing2… yang tinggal dirumah hanya dia dan abangnya sahaja… hanya bersama abangnya sahaja mereka bermain… main permainan budak2 lelaki… main bola sepak, panjat pokok, lumba basikal, main parit depan rumah, memancing, dan macam2 lagi permainan yang khas untuk budak2 lelaki… tapi dia juga main permainan budak2 perempuan… bersama anak2 jiran… mahu bermain dengan sepupunya… kesemuanya lelaki…

Apabila meningkat remaja, jiwanya seperti lelaki… tidak takut kepada cabaran… lebih suka kepada sukan ekstrem… dia lebih berani… perangai pun macam lelaki… bencikan sifat gedik seperti perempuan… bencikan sifat lemah… dia bencikan segala2nya yang menyebabkan dia menjadi lemah… malah dia lebih suka bersahabat bersama budak lelaki dari budak perempuan… katanya budak perempuan suka cerewet… memilih… penakut… dan macam2 lagi lah… satu hari, dia mengenali seorang rakan perempuan yang satu kepala dengannya… sama2 brutal… maka, terjalin satu persahabatan yang rapat sehinggakan rakannya itu berubah sejak berkapel… dia juga pernah terniat hendak menjadi lemah lembut… jalan dengan sopan santun… tapi semuanya tidak menjadi… dia tidak boleh! Noktah!! Dia juga pernah terdengar… jadilah diri kamu yang sebenar… berprinsipkan kata2 itu dia berdiri dengan sifat semula jadinya itu…

Tetapi, kadang2 terselah sifat kewanitaannya… sifat malu terhadap lelaki… sifat keibuan, apabila dia bekerja sebagai babysitter… serta sifat2 semula jadi sebagai muslimah solehah… jiwa sebagai lelaki tidak pernah berubah… dia juga pernah merasakan untuk menjadi pelindung terhadap kaum2 yang lemah… pernah juga dia terasa untuk melindungi ibu dan adik-beradik perempuannya… ada satu malam, dia bertukar menjadi singa betina apabila adik sepupunya hampir2 kena buli… pantang benar baginya jika ada pembuli yang membuli insan yang lemah…

Penampilan luarannya amat lah seperti lelaki… berambut pendek dan berpakaian seperti lelaki… katanya, memakai pakaian perempuan membuatkan dia rasa sesak dan sempit… memakai kemeja lengan panjang yang bersaiz XL walaupun berbadan S… lama-kelamaan… dia mula menyedari dirinya lemah… tidak sehebat seperti dulu… tidak sekuat seperti dahulu… tapi dia juga tetap menolong bapanya melakukan tugas2 sebagai seorang lelaki… kerana hanya dia seorang sahaja anak yang berada dirumah ketika itu… dalam kehidupannya, dia menjadikan khaulah al azwar sebagai idola… kerana dia bercita2 mahu melindungi golongan yang lemah… mahu menjadi sehebat khaulah al azwar…

Ehem2 … apa korang fikir?? Adakah dia seorang pengkid?? Atau tomboy?? Mintak pendapat kamu semua ek… J patutkah dia teruskan sifat dia atau dia harus berubah??

MyLittleNote :: isu2 semasa… yang akan aku kupaskan untuk entri akan datang J (tiba2 dapat rasakan aura peguam syariah XP… har3) kepada cik faseha jika terbaca entri ini… aku hanya mampu (^_^) V kacang pice~

Ayam berkokok di atas rumah,
Ilalliqa’ maassalamah…

Tuesday, March 6, 2012

Berjiwa Lelaki Berhati Wanita




sekarang rambut pendek menjadi tren fesyen remaja sekarang...(eh! betul ke tren remaja zaman sekarang... main hentam kromo je aku ni..)  tapi ada juga yang cakap... perempuan tak boleh berambut pendek kerana ia menyerupai lelaki... err... 

zaman sekarang yang banyak berlaku isu2 macam ni...
lelaki jadi lelaki, perempuan jadi perempuan...
err... eh! salah lah... ampun tuanku...
lelaki jadi perempuan dan perempuan jadi lelaki...
hehehe

tapi kan,, aku nak minta pendapat korang... macam mana pula dengan perempuan yang menyerupai lelaki tapi hati kewanitaan... jiwa lelaki tapi hati perempuan... 

macam...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


gambar contoh~

pernah tengok cerita Wild Romance ???
perempuan ni... walaupun luaran nampak lelaki,, perangai kasar macam lelaki tapi hati tulus macam perempuan... sifat dia pun macam perempuan... siap jatuh cinta lagi < dekat lelaki okey...

contoh lain... macam cerita Coffee Prince
pernah tengok kan *senyum sambil angkat kening sebelah ala ala ziana zain*

 emmm.... siapa boleh jelaskan... boleh kita share2 dekat orang lain ^^

MyLittleNote :: pertama kali tengok k-drama secret garden... fuhhh! heroin dia... buat aksi stunt macam angelina jolie... saya suka saya suka..*ton suara mei mei*

Saturday, March 3, 2012

Gambar Profile Baru


apalah aku ni... dah lah lukisan comot... nak kale pun comot...(ini sebab si tuan blog malas nak kale betul2... rajin melukis dan malas mewarna.. =P)

jari-jemariku ini asyik tergedik nak menukar gambar... sekejap gambar tu... sekejap gambar ni... ehem2... blog background pun sama... tak ada yang pemenent... tapi insya-Allah... background yang berkale putih bertatahkan bunga sakura... akan ku kekalkan.... 

oh! meh aku terangkan sikit serba serbi tentang gambar ni... sebenarnya... aku teringin sangat sampai naik mental nak sekolah dekat jepun... baju dia lawa2... pakai seket... eh! kalau aku nak pakai seket labuh lah.... bila ditengokkan... sekolah kat jepun dia orang tak pakai rencana kan?? baju sekolah yang melambangkan mereka sekolah dekat mana... agaknya lah... itu pendapat aku... suasana belajar dekat sekolah jepun ni... membuatkan aku jadi jeles... oh no! 

um... tak payah nak berangan dek oi... umur dah sesuai study dekat universiti... tak payah berangan nak study dekat sekolah...

MyLittleNote :: aku kerjanya asyik berangan je kan... =P hahahaha (tengok tu... jadi mental gelak sorang2...)

Friday, March 2, 2012

Gelek2 Goyang Inul

tak ada kerja pergi lukis benda ni... Har3...

dah lama bebenor aku tak melukis ek... hehe... tiba timbul M besar dalam diri... err... nak tunggu rajin melukis bila tengah study dalam keadaan yang bosan atau tengah exam... eh! bukan jawab exam dengan melukis... tapi lepas jawab kat paper tu... ada masa lukis... hehehe... 

MyLittleNote :: okeylah... bai2 for now...=P (euww... gediknya budak ni... har3)

Thursday, March 1, 2012

Dapat Surat Cinta??

Hahaha… kemain lagi tajuk entri ni… hehe… siapa je yang nak bagi surat cinta dekat aku ni… ish2… kalau dapat tak mau aku baca… buat muntah hijau je… dan aku tak nak menduakan cinta Allah ^_^ cehh… romantiknya…

Sebenarnya aku dapat surat ke-dua dalam hidup aku… err… alah… surat dalam peti surat yang dihantar posmen pet…lalala~ surat pertama bila kakchik bagi aku kad birthday… susah2 je… dari perak sampai Selangor… time tu birthday ke-13… hehe… muda lagi… =P

hehe... aku masih simpan lagi kad ni... dah berapa tahun ek??

tak segan2 aku tunjukkan dekat korang ^^

Surat ke-dua, surat tawaran kolej dalam bidang kejururawatan… err… kolej swasta aku tak terima… tapi, jadi jururawat… salah satu impian aku… tapi sebab aku ni tak ambil aliran sains tulen… so, diblack list… tata jururawat~ aku betul2 teruja sampai lebar senyuman aku ni… sakit otot2 pipi ni… asyik sengeh2 macam orang sewel… eh! bukan tersengeh macam kerang busuk ke?? err... Siapa tak suka dapat surat pertama dalam hidup… (aku lah tu… mungkin orang lain tak ambil kesah kot… ada ke yang ambil kesah??...err…)hohoho~ meri x’mas  



tak jemu2 aku memandang namaku yang comel dekat surat tu... eh! eh! aku dah besar lah... dah boleh hidup sendiri... dah ada surat sendiri... lalala~

MyLittleNote :: err... sebenarnya... dalam entry sebelumnya... bukan dalam group photographer... tapi diaorang buat business media ArtMuslim Studio... dan diorang lantik aku jadi salah satu photographer mereka... err... arkhhhh!! aku tak sedia jadi orang 'besar'... eh! apakah itu??