Wednesday, July 24, 2013

Sebarkan Semangat Ramadhan

ehem. ehem. pabila kerja bertimbun-timbun hendak dikerjakan, apatah lagi esok final crit before submission. tapi aku relax je tak buat drawing. ini GILA! jangan sampai lecture esok mengamuk sudah. (apa punya student. adik-adik, jangan tiru perangai macam hakak ni ye)

yela, daripada menghadap perspective yang cuba aku buat tu jadi muka orang, better aku hadap lappy jap. online untuk mengurangkan stress yang bermaharaja lela. ye dak?

bila on pesbuk je, ada lah seorang sahabat ni upload pic dia bersama Fafau dengan AG. eheh? untungla. bila di skodeng-skodeng lagi. oho~~ rupanya HotFM datang kampung halaman ku. hurm.. araso araso. HotFM kan sekarang ni buat aktiviti dengan coca cola sempena bulan Ramadhan ni. tak sangka pulak kampung aku ni jadi sasaran. kampung terchenta gitu. *wink*


ahak! 
tengok pic ni pun aku dah rindu banget dengan kampung halaman ku. kat kawasan dewan ni la aku pernah training bola jaring dengan sahabat-sahabat sekolah. padang sebelah pulak, training bola tampar. miss that moments so much. :') dewan ni juga dah macam-macam aktiviti yang pernah aku buat sepanjang hidup aku, dari kecik sampai ke besau. (eheh! tercerita pasal diri sendiri la pulak)


actually, aku bukan join pun menda alah ni. macam mana nak join kalau aku duk terperuk kat kolej ni sambil buat assignment? haha.

pic semua aku curi dari pesbuk fanpage HotFM :)

nak bangga?
boleh lah sikit. tapi... hurm, dah ramai sangat retis datang kampung terchenta ni. seperti Neelofa? jeng jeng jeng. :p

MyLittleNote :: countdown back home and submission ID. pfft~~ semoga Allah permudahkan. :) jya ne!

Sunday, July 21, 2013

Tak tahu nak buat title apa -,-

ok.
nak bagitau selamat berpuasa je. saya punya busy dengan pelbagai projek yang nak kena siapkan sebelum balik raya. RUSH! RUSH! RUSH! semua kena RUSH! tapi sempat juga duduk hadap lappy jap online sebentar. siap men-hapdet gitu.

oh!
nak bagitau juga. yang pasti. cuti raya kali ni memang sangat sedih. lagi sedih dari tahun lepas punya. tahun lepas punya walaupun raya dalam status pekerja, tapi dapat la juga beraya dengan girang dan gumbiranya. lepas je raya tu, (yang tak berapa raya la sangat) RUSH! lagi dengan final project. arkhh! 

terjun gaung. eheh?

ok, tak jadi nak terjung gaung. kalau dah sampai final project, bermakna nak dah dekat cuti sem. yahooo!! 

menari.

Ya Allah, mudah mudahan sem kali ini berjalan dengan lancar. selancar-lancarnya tanpa minyak pelincir. nak balik kampung woo.

tiba-tiba. =.=

juga dijauhkan dari repeat subject. amin.

puhh kiri kanan. (lagi mengarut =.=)

saje nak bagi pic chomey! :p [not mine CREDIT]
MyLittleNote :: pestime puasa berjauhan dari family. oh no ... 

Sunday, July 7, 2013

Berpagian dengan SketchUp.

bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum dan salam sejahtera.

apa yang aku merepek pepagi buta ni?
pepagi buta ya, kerna saya menaip ini jam 01:38.
tujuannya sebab saja nak munculkan diri dilaman belog kesayangan. nampak sangat jarang update, lepaih tu suka sangat belogwalking kong kan?

setakat ini, aku sedang belajar menchentai membuat sketch up dari dodol. ya! itu nama doodle. dulu, lepas es pi em nak tunggu result keluar, punya beriya-iya aku belajar untuk mendalami dunia doodle. (sampai sekarang tak pro lagi. hampeh =,=')

ok never mind. 
apa kata aku buat benda baru?
dari buka photoshop and then kena marah lecture sebab tak buka sketchup. better aku belajar buat doodle guna sketchup. haha! (jadi ke doodle tu? tak pasal-pasal jadi 3D) lama-lama mahir la tu guna sketchup. *chesss ^^V



MyLittleNote :: practice make perfect ;) jyaa ne!

Thursday, June 6, 2013

Kisah Drama Korea...

assalamualaikum.
selamat sejahtera.
dan salam satu Malaysia.
err... kruk kruk *garuk kepala*

oh ye.
hari tu kata janji nak jumpa kat Selangor kan masa cuti sem. tapi nak dah habis cuti baru muncul. hahaha.

jeng jeng jeng *bunyi saspen*
maaflah. bukan kata malas tahap gaban nak hapdet. tapi sibuk dengan tontonan drama korea dekat ONE HD. hahaha. sepanjang cuti ni memang korea kauw kauw la. sampai satu rumah demam korea kejap. masa tu kakchik gila nak tengok Jewel in The Palace. masing masing sibuk nak cakap 'mamanyim'. aneh -,-

aku?
bukan sekadar tengok drama chenta chentun korea saja. drama kekeluargaan pun rembat sekali. sambil-sambil tu buat research sekali. amboiii. tak menahan gitu. *wink*

korea buat drama ni kan. banyak cerita dia buat. cerita pasal sukan. budak-budak sekolah. doktor. chef. polis. tarian. lakonan. nyanyian. syarikat kosmetik. fesyen. politik pun ada. tapi yang paling utama yang diorang masukkan, opkos la kisah chenta chentun depa. bukan itu saja. aku pun buat research pasal benda penting dalam study aku. opkos la design rumah dia. hahaha. yang tak menahan, handphone yang diorang guna. bukan kemain. GALAXY NOTE II. GALAXY SIII. belum lagi jumpa. GALAXY S4. pfftt...

oh ye.
apa lah yang aku bebel ea. dah lama kot tak bebel dekat sini. tak pa naa. jumpa di Perak pulak ye.

Seman anak Pak Lebai.
Good Bye!

MyLittleNote:: hapdet dekat phone punya pasal, entri jadi bercelaru -,-' jyaa ne!

Friday, April 5, 2013

Cuti Terjun : Lumut - Pangkor

cuti terjun. mengambil ayat dari perkataan bidan terjun.
motip?
nda tau.

memandangkan cuti sem aku dah start.
dan memandangkan aku dah habis exam yang paling awal berbanding roommates yang lain.
oleh itu.
aku menghabiskan sedikit waktu untuk berlibur sebelum pulang ke negeri asal.
dan menjadikan kolej ini sebagai rumah tumpangan sementara.

memang asalnya nak pergi Lumut je.
tapi. tulah.
haish!
(geleng kepala)

diingatkan supaya.
kalau nak memilih pasangan untuk travel sila pilih dengan betul.


memulakan perjalan pada jam 1015.
malangnya. menunggu ketibaan bas hampir 1 jam 15 minit.
jadi, mengambil masa selama sejam setengah untuk sampai ke destinasi.
sambil-sambil tu sempat tidoq dalam bas.
masyukk!


sampai saja.
azan zohor berkumandang.
jadi, lakukan yang wajib dahulu sebelum lakukan aktiviti yang lain.
setelah itu. mengisi perut (sarapan + makan tengah hari.) di kedai mamak yang berdekatan.


padan muka hang!
senyap-senyap aku masukkan gambaq hang dekat blog aku.
HAHA!

memang perancangan awal nak melepak dekat Lumut.
aku yang suka travel plus tembak-menembak tanpa menggunakan senjata api ini terpaksa membatalkan niat untuk beraksi bersama-sama reptika ikan. cis!

maka dengan itu. makcik bertudung purple ini membuat keputusan terburu-buru dengan menyatakan hasrat nak ke seberang sana. maka, kami pun bertanya tentang harga tiket.
pfftt~ murah juga. pergi balik menelan belanja 10 hengget saorang. (maybe time ni bukan waktu cuti sekolah. yela kot)

JOM!! dengan semangatnya makcik bertudung purple ini berkata. aku pun, ikut je la.


memandangkan makcik bertudung purple ini pestime naik feri. diyo pun gelabah semace. muahaha! tu la. nak sangat.


dan menaiki feri ini pun mengambil masa selama 15 minit dan keatas.
aku sudah mula bosan. err.. bila nak sampai?
nak buat gaya ala-ala pelem titanic. segan pulak.

dan.
akhirnya sampai. disebabkan kami menyewa motosikal yang menelan belanja sebanyak 25 henget. kami pun tunggu punya tunggu tuan motor tu.

ayak Ah Sam nga.
mana ilu motor ma?

erk. talak pandai bikin ajuk cakap cina. = ='

bila kunci motor dan sekali dengan motor pun dapat. yeehak! apa lagi. melepaskan gian kerinduan bawa motor la. vrooomm vroomm vroomm...........
oh! pestime juga aku bawa motor dekat negeri orang ni. apatah lagi dekat pulau. oh em gee!


dah sampai pantai. yeay!!
maka, keluarkan camera cabuk dengan teknologi boleh membuat panggilan, sms dan mms serta wifi. tak faham? err.. guna hanset kamera ler. = ='



makcik bertudung purple. dengan girang gumbiranya selepas kena maki hamun dengan aku. hahaha! padan muka. :b


motif tulisan di batu tu? maybe saksi cinta kita berdua. euwww! kalau dah kahwin tak pe gak.


rasanya tak pernah dibuat orang pakai payung ni kat tepi pantai. = ='



tak dapat buat gaya dalam pelem titanic dekat feri. dekat tepi pantai pun jadi lah.




motif?
mengelakkan diri dari kena panahan cahaya matahari senja.
kononnyer la.


eh eh. ketam! 
makcik bertudung purple sudah mula bising. padahal aku jumpa dulu. cuma aku diam je. sebab masa tu tengah sibuk pot pet pot pet dengan ankel cina. 
ayoyo. bahasa melayu dia kureng paham sikit. maka, aku hanya mengangguk.
maafkan saya ankel. gomenei.

pasai ketam tu. isi tak de. tinggal rangka dia je. kira dah mati lettew.




and finally. I found Kota Belanda. tak puas berposing di sini sebab sudah kehabisan waktu.
takut ketinggalan feri dan bas.

err.. tak pe lah. tiga tahun aku bermastautin dekat bumi Perak ni. lagi pun dekat je. tak pe tak pe. sabar. esok-esok pergi lagi. (pujuk hatiku yang lara)


paling benci dan menyampah bila tak dapat masuk galeri ni sebab dah tutup. (gigit jari T.T)


akhirnya, kembali pulang ke Lumut.
balik tu. kami hampir-hampir ketinggalan bas. pfft~ alhamdulillah.
dan. barang yang kakchik pesan aku tak sempat nak beli sebab kedai dah tutup. TIDAK!!


and last but not least.
kbai!

MyLittleNote :: sanggup tak tidoq lagi sebab nak hapdet punya pasal. dan ini entri pertama aku yang paling banyak gambaq. (kot la = =') jyaa! jumpa di Selangor ya.