Monday, April 17, 2017

My First Contact Lens

bismillahirrahmanirrahim

dah lama sebenarnya berangan nak guna mata berwarna warni ni. minta pendapat minta pandangan dengan kengkawan yang dah pakai. etc semuanya bagi feedback positif dan ada yang negative. ambil masa juga la nak buat survey. bertahun kot! gigih? ya. untuk kesihatan dan kebaikan mata sendiri mesti la kena gigih buat survey. mana boleh terjah macam tu je. yedak (?)

influence dari orang sekeliling ke sebab nak pakai contact lens ni? tu salah satu sebab juga. sebab lain orang asyik ingat umur aku ni budak baru lepas SPM. ye makcik. saya tahu saya ni immortal macam Goblin. kihkihkih. ye, mungkin sebab pemilihan bingkai cermin mata aku ni. style sangat sampai nampak macam umur 18 tahun. hahaha!

so dengan itu aku amik keputusan nak beli juga. dah berapa banyak kali dah aku asyik usha kedai cermin mata. asal jumpa kedai cermin mata je nak terjah. lepas tu mengada nak tanya "cik, contact lens ni berapa harga?" lepas dah tahu harga blah.

satu hari tu ada kedai baru buka area office tempat aku kerja. kedai cermin mata. gedik juga nak pergi usha tanya harga, quite cheap dari kedai sebelum-sebelum ni pergi survey. next month lepas dapat gaji terus pergi beli. dalam hati masih ragu-ragu tu. disebabkan nafsu nak juga pakai. maka beli la. memang survey tanya mana-mana kedai bila aku bagitahu power diorang suggest kena beli 2 kotak. boleh la 2 kotak untuk 2 bulan. tapi kedai ni aku beli 2 kotak dia bagi RM50. harga asal satu kotak RM30. murah la tu kan. guna jenama iContact. member cakap iContact pun elok pakai. sebab dia pakai iContact juga. 



bermula la sesi membelajaran macam mana nak pakai lens. gigih juga. cina tu kata setengah orang nak belajar pakai lens hampir setengah jam. alhamdulillah aku belajar tak sampai setengah jam. mata berair je tetiba masa nak apply tu. dia kata normal kalau first time pakai. jadi kepada sesiapa yang nak cuba pakai contact lens. biasakan jari bersih anda menyentuh bola mata. atau jenis yang tak takut pakai eyes drop. dulu aku nak pakai eyes drop pun dah ketakutan. minta kawan pakaikan. gedik bukan?

bila pakai tu memang akan rasa mata tu ada something. lepas pakai kiri dan kanan, terus menangis peluk kawan office. rasa macam dapat mata baru. jenis orang yang dah lama pakai cermin mata memang gini perangai dia. LOL sangat! 

first day pakai kena 4 jam, next day 6 jam and the then 8 jam. kalau lebih 8 jam kena pakai eyes drop. dan kena jaga elok-elok mata tu bila dah pakai lens. jangan main hentam je. dan setakat ni aku pakai 6 jam lebih je. sebab silau mata aku tinggi. so nak buat kerja hadap laptop pun susah. berjalan kawasan terang dengan cahaya matahari je cerah. bila masuk building yang berlampu tu jadi orang yang rabun sebab tak berapa jelas. 

disebabkan aku ni kerjanya hadap laptop (buat kerja grafik) terpaksa la hold dulu pakai. pakai bila waktu sesuka hati je la. hahaha. membazir je. lepas tu cakap dekat member this is my first and last pakai lens. lepas tu dia bebel, kahwin nanti pakai juga lens. LOL. kahwin nanti aku nak pakai cermin mata. dulik apa! haha

MyLittleNote:: silau makin tinggi sekarang ni. gara-gara drive memalam orang pakai lampu tinggi. menyirap darah woi bila hadap manusia perangai jenis gini. aku tahu la kereta kau power dari aku. lol. jya mata!

Friday, April 14, 2017

April is Spring

bismillahirrahmanirrahim

semua orang ada instagram kan? kalau tak ada tu maybe dia tak berapa minat dengan laman sosial tu macam orang tak minat dengan wechat. bash budak-budak wechat!! haha. disebabkan aku banyak follow orang-orang yang stay dekat Jepun. follow orang-orang Jepun Muslim. maka instagram wall penuh dengan gambaran bunga sakura yang sugoii. *heart eyes*

kadang-kadang berangan nak berhanami dibawah pohon sakura. petals sakura berguguran lepas tu terjumpa jodoh pula. euwww sangat! err, yang jumpa jodoh tu abaikan la. haha. favorite flower dari kecik juga. cuma berharap sakura tu warna biru sebab aku suka warna biru. merepek sangat wehy. cukup la langit indah tu buatkan bunga tu nampak lagi lawa. dan berharap sangat dapat sentuh the real sakura. sakura malaysia tak berguguran. pokok pun renek. haha. tacoma je yang dapat buat aku rasa acah-acah berada dekat nihon. 

[kredit to google]

[kredit to google]

dan April is my month. and I love April. dulu waktu kecik-kecik main dengan cousin, suruh dia panggil aku April. terlebih tengok drama indon lerr ni. lepas tu panggil dia Disember. haha motif sangat! #babyapril sebenarnya. hikhik

and I really don't know why I'm so fall in love with Japanese people, country, culture and many more! really love it. impian dari kecik sampai la sekarang. cuma belum ada rezeki lagi nak pergi ke sana. I hope one day. 

MyLittleNote:: sekarang ni cuba nak belajar bahasa jepun. belajar kenal huruf hiragana duluan. kanji payah banget sik XD jya ne!

Tuesday, March 28, 2017

Its called Baby Addicted!

bismillahirrahmanirrahim

my first try update blog guna phone. just wondering how could you insert the emoji inside the entry 😅 yaa, mesti lah you all update guna phone kan. I je yang masih kuno. masih lagi update guna apps blogspot yang macam emmm. susah pulak tu nak insert gambaq. gitu.

-------------------------------------------------

sebenarnya takda benda sangat yang nak dicerita atau dikongsi. lately memang aku suka sangat tengok gelagat baby comel. lagi-lagi tengok Yusuf Iskandar. siapa kenal? comel sangat 😭 Yusuf Iskandar anak kepada pasangan blogger terkenal waktu ketika dahulu Hanis Zalikha dan Hairul. Azreen. 

Selain itu aku suka stalk anak Dr Fatin Liyana dan Dr Anwar Fazal. nama dia Ajda. comel sangat. matanya kuyu ikut mata umi abi dia. sebab mata Dr FL dgn Dr AF lebih kurang je. haha. lepas tu Ajda ada dimple. cute overload! 

anak Marian Rivera dan Dingdong Dantes pun comel. baby Zia (nama dia panjang, jadi bagi nama pendek ja 😅😂) kecik-kecik hidung dah mancung ikut hidung mama dia. ada dimple macam mama dia jugak 😅 oh ya, Marian ni pelakon Philiphine.

lepas tu suka tengok Sayuri chan. mama dia mix chinese malay. papa dia japanese. Sayuri omeyyyy pipi bolat. (boleh stalk instagram dia @littlesayuri__)

okay lah. itu je pun nak cerita. hahaha. comel sangat sampai rasa nak anak sendiri. padahal belum kahwin dan jangan fikir bukan-bukan. rindu nak cium bau baby ahli syurga ni. omeyyyy. hahahaha


[kredit to google]

MyLittleNote:: dan sangat mengharapkan ada anak buah baru. jyaa mata! 😊

Saturday, March 18, 2017

Software yang patut Desginer ada !


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

software yang selalu digunakan dari adobe. software dari adobe memang best la kalau nak guna tu. yang aku tahu hanya photoshop, reader a.k.a pdf, illustrator dan lightroom serta in design. yang lain minta maaf la tak tahu sangat. kebangakkan software yang aku tahu tu, cuma lightroom dan in design sahaja la yang aku tak pernah guna. dan premiere pro ni pun aku baru tahu fungsinya. haha, kuno. 

kebanyakkan laptop atau PC seorang designer akan berlambak-lambak software yang ada. yang paling selalu diorang akan pakai photoshop, in design, atau illustration. bagi seorang photographer atau videographer diorang akan guna photoshop atau lightroom untuk edit gambar. sony vegas pro untuk buat video or something else software yang videographer pakai la. oh ya, premiere pro salah satu software adobe yang boleh anda edit video.

software ini memang best la pakai kalau nak buat video gempak.

as a architecture or engineering or industrial designer software wajib diorang mesti ada autoCAD. CAD bermaksud computer aided design. software ini diorang akan buat drawing mengikut scale yang ditetapkan. digunakan untuk membuat detail drawing yang gila-gila detail sampai mata naik juling. haha. itu mengarut. tapi yang penting buat drawing ikut scale. 



buat drawing guna autoCAD memang garisan anda tidak akan nampak senget. straight je.

kalau nak buat 3D selalunya guna google sketch up. tak pun guna 3D Max. sketchup ini bagus kalau nak buat drawing ala-ala perspektif yang nampak real life. beza 3D Max dengan google sketch up ini, 3D lebih nampak advance. anda akan dapat merekabentuk sesuatu ruang yang anda sendiri idam-idamkan melalui sofware ini. ianya lebih kurang macam permainan game sims. 


I don't know which one dia punya logo. haha




aku belum pernah lagi try guna 3D Max ni. sebab laptopku tak dapat nak menampung keberatan software ni. mampu guna google sketch up saja. kita bukan saja guna untuk interior design je, selalunya budak grafik pun guna software ni. kat sini kita boleh main render-render ikut sesuka hati kita. lepas tu polish bagi nampak real even ianya cartoon je. 

logo yang lama

latest, lagi latest tak tahu la saya. haha




sketch up ni boleh juga render bagi real. tapi tak se-power 3D Max la. setakat ni aku belum lagi pro guna sketch up ni. kena pandai main warna, lighting and so on. 


last but not least.

satu lagi software dimana khas untuk mereka yang suka melukis macam anime etc. cute je logo limau nipis. hahaha. dan ia salah satu software kegemaran aku sebab senang nak melukis doodle dibandingkan melukis di photoshop. 



ini sajalah software yang aku tahu sebagai seorang designer. dan kemungkinan mereka ada menggunakan software yang lebih gempak dari apa yang aku senaraikan? dan sesungguhnya memang sekarang ni aku memerlukan laptop yang baru supaya dapat menampung kesemua software yang patut designer ada. aku designer apa? deisgner syok sendiri. hahaha

dan korang cerita lah software apa yang korang guna. manalah tahu ada yang guna software lain daripada yang lain. sebab lain bidang lain software yang dia pakai. right?

MyLittleNote:: seriously ini daft pada tahun 2015 dan akhirnya aku berjaya publish serta siapkan entry. hahaha. jya mata!

Monday, March 13, 2017

Derma Darah

bismillahirrahmanirrahim

semalam aku nak pergi derma darah. by the way, derma darah ni aktiviti kesukaan aku. tak tahu kenapa. memang dari zaman sekolah menengah nak derma darah. tapi waktu tu bawah umur memang tak dibenarkan la. ye dak? waktu pertama kali aku derma darah tahun 2013. semester ke berapa pun aku dah tak ingat. excited punya pasal. kawan-kawan pun excited juga sebab dia nak tahu dia darah jenis apa. aku memang dah tahu darah jenis apa sebab parents darah O, dah semestinya aku darah O. positive atau negative tak tahu pula. bila ditanya tentang itu dekat nurse/doktor dia cakap yang tu kena uji dekat makmal. okay fine. hahaha



time nak derma untuk pertama kalinya aku ada masalah bab tak makan lagi. sekali tu aku kena halau dengan nurse tu suruh pergi makan. dia cakap budak ni lepas ni nak derma tapi tak makan. lepas check up semua dia suruh pergi makan. tapi jangan lari la. pesannya. masa nak derma tu aku dengan sorang kawan ni. dia sanggup derma juga sebab nak teman aku. dan masalah yang kami hadapi sama iaitu tak makan lagi. dia nervous kemain. aku dah cakap takpayah nak derma. tapi dia nak juga sebab aku derma. childish sungguh. 

tahun berganti tahun. aku terlepas tahun 2014 sebab waktu tu aku busy dengan assignment dan project membuatkan aku kurang tidur. terlepas dengan aktiviti tu pun satu hal. kalau terlepas tu ibarat kau putus cinta dengan kekasih hati. frust woo.

tahun 2015 kembali lagi, waktu tu aku semester terakhir. lecture siap pesan dekat kami. "dermakan la darah you all yang pemalas tu. nanti jadi rajin" bila dia sangat stress dengan kami yang buat kerja macam kura-kura. masa tu aku amik kesempatan pergi derma. yahoo. kali kedua ni tak best sebab lepas derma lengan aku bengkak sikit. salah cucuk kot. sakit X(

dalam tahun yang sama aku derma buat kali ke 3 waktu tu dah habis belajar. dan first time juga derma untuk Pusat Darah Negara. masalah kali ni katanya aku macam low blood pressure. soalnya saya ni udah makan ya buk. tidurnya cukup aja. dan kali ni lepas derma bahagian yang kena cucuk tu smooth je. takda bengkak dan sakit. yang paling best goodiesnya dapat sekotak air jus yang besar tu, XD

tahun 2016 dapat juga peluang untuk derma. kali ni pun takda masalah melainkan blood pressure. yang tukang check tu pun macam risau. ye saya tahu saya ni ada masalah pening kepala dan migraine. 

kali terakhir derma darah

oh ya, tahun ni pun aku nak derma darah, semalamkan? yaa. aku kena reject. setitik darah yang diuji itu timbul. dan katanya mungkin aku kurang tidur atau makan makanan yang tidak berkhasiat. sobs sobs. kecewa alang kepalang. kecewa sesangat. dinasihatkan untuk memakan sayur yang berlebihan. mengingatkan tentang itu. ya, memang aku jarang makan sayur sejak dua menjak ni. yela, kat office aku makan apa. mee segera je lebih. lunch makanan yang disediakan pun sayur sangatlah sikit (dan aku ni jenis sayur addicted) bila balik rumah jarang makan. kat rumah memang selalu membedal sayur lagi-lagi ulam ulaman. sodap!

lepas kena reject tu baru la aku sedar yang aku ni dah mula pening kepala. seminggu lepas asyik pening tak sudah. low blood pressure barang kali. ni pun pening lagi, siap bangun dari kerusi dah jatuh kejelepuk macam tak boleh nak imbangkan badan. huwarkhh. apa masalah aku ni.

MyLittleNote:: bulan ni sangat la busy dengan kerja ni. haha. jya mata!