Sunday, July 29, 2012

Bila nak Maju kalau...

Bismillahirrahmanirrahim.


bila nak maju kalau mempelekehkan bangsa sendiri.

budak : ye pakcik.
pakcik : digi sepuluh. masukan terus.
budak : maaf ye. sistem ada masalah sikit. guna kad boleh? (sambil senyum ikhlas)
pakcik : boleh lah. tapi kau masukan.
budak : err, saya tak reti masukan. lagi-lagi digi. saya tahu masukan celcom dengan maxis je. (sambil mencuba untuk memasukan kod-kod yang tentera di kad topap)
pakcik : engkau kalau kerja dekat kedai ni kena tahu semua ni. macam mana kerja kalau tak tau buat. baik duduk rumah aje.
budak : tapi saya masih baru lagi pakcik. kena banyak belajar.
pakcik : kalau baru kena tau semua ni. kalau kerja dekat bengkel pun kena tau semua. 
budak : tapi, kalau tak kerja. menganggur nanti.
pakcik : kalau menganggur. cari kerja.

perbualan tamat di situ sahaja. setelah budak tadi tu berjaya memasukan nilai topap digi.

dalam hati budak tu pun berkata.
haish nak je cakap.

budak : pakcik. pakcik nak ke tengok anak bangsa pakcik merempat. menganggur kalau nak cari kerja kena bidang yang dia tahu. dekat syarikat, tempat mana-mana pun bagi peluang untuk belajar dahulu baru diserap masuk menjadi pekerja tetap....

dan budak tu membebel.. bla.. bla.. dan bla.. bla.. bla..

tangan di bahu, mata jeling atas.. eh!

MyLittleNote :: oh! itu cuma sekadar cerita yang direka sahaja oleh Hanamiko Sakura. muehehe!

Friday, July 27, 2012

New Style Doodle...

Bismillahirrahmanirrahim.

alhamdulillah. genap seminggu kita berpuasa. sekejap je masa berlalu. pejam celi pejam celik. lagu raya sudah berkumandang di stesen-stesen radio. pejam celik pejam celik. dah raya. eh! 

hari ni tak tau lah kenapa aku bersemangat nak buat dodol. err, bukan dodol nak buat kuih raya. buat doodle sebenarnya :D tapi kali ni style baru menggunakan microsoft excel. thanks kepada Nurdani atas tutor yang di berikan :D sangat simple dan berpuas hati bila menggunakan excel. (nanti lama-lama PS aku akan tinggalkan gara-gara terlampau suka menggunakan excel. hehe, jangan merajuk ye PS :P aku akan bertandang bila nak edit photo)

tadaa! tak ada kaki sebab M dah timbul. keh3 :P

tak chomel pun. aku buat ni pun hanya suka-suka. tak ada kaitan yang hidup atau yang mati. eh! 

MyLittleNote :: hari jumaatlah. yok! mari sama-sama baca surah al kahfi.. dan banyakkan berselawat.. :D (entri hari ni sebelum berangkat pergi kerja. mudah-mudahan tak jatuh motor hari ni. amin~) jyaa!

Thursday, July 26, 2012

Susahnya Mau Tidur...

Bismillahirrahmanirrahim.

sejak dua menjak ni tak tau lah kenapa tak boleh tidur. balik kerja pukul 22:45 terus hadap tv. hehe. malam tadi sempat tengok cerita thriller korea. tajuknya 29 February. kakchik kata tak faham. aku kata faham. *sambil tersengeh-sengeh* tulah. orang yang rajin baca novel Ramlee Awang Murshid memang akan faham bila tengok cerita berunsur thriller. (ye ke? memandai je aku ni -.-)

kepala pun sudah mau pening. kekurangan tidur kah? ke terlebih tidur? err.. pagi tadi habis aku kena belasah dengan Hazem-chan. aku yang sedang enak-enak tidur kena 'smack down' dengan dia. alahai anak buah ku sorang ni. kang akcu cubit-cubit nanti.

woot.. woot.. woot (bunyi burung hantu) aku sudah jadi burung hantu. tak pun jadi haiwan-haiwan yang aktif di malam hari. eh! hahaha. abaikan saja. malam aku segar bugar. siang aku mengantuk. dekat tempat kerja pun bosan membuatkan aku mengantuk tahap gaban. 

yang pastinya. rupa aku bukan macam ni kalau tak boleh tidur.
[credit to google]

MyLittleNote :: bulan depan keluargaku akan mula sibuk.. till then. jyaa!

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan...

pagi2 indah yang sunyi. senyap dengan bunyi cengkerik. krik.. krik.. krik.. pabila memandang langit. kosong. kosong bak kata najwa latif. bintang pun tak ada. macam mana nak nyanyi lagi twinkel twinkel litel setar? jam menunjukkan waktu untuk tidur. walaupun agak lewat kerana diri ni sudah merasakan seperti burung hantu. tidur pun tak menentu. makin sukar nak tidur awal. kalau tak tidur awal takut sahur nanti terlajak. terpaksa menggunakan brek emengenci. strittt~ (alamak! bunyi tak jadi sudah :P)

eh! aku ni kenapa la. berangan nak jadi penulis tapi karangan terabur. tak bombastik betul! tak best! tak releven! tak syok! tak segala tak. tak!

maaf. abaikan repekan aku.

salam ramadhan al mubarak! :D seronok. happy sesangat dapat jumpa ramadhan balik. syukur alhamdulillah. niat hati nak solat terawikh penuh tahun ni. tapi, apakan daya. kita yang merancang Allah yang menentukan. kerana aku sudah bekerja. terpaksa buat solat terawikh sekerat. :( sobs.. tapi. tak semestinya solat terawikh hanya satu2nya amal ibadat dalam bulan puasa. lain2 pun boleh buat. :D 

bila diingatkan kembali. tahun ni pestime aku tak berpuasa sebagai seorang skul studen. dah tak ada tadarus bersama kawan2. dah tak ada sambut khataman al-quran dekat sekolah. pas tu dapat bunga telur isinya gula2. yang ehem2 sibuk bawa gula2 tu lari masuk tandas. yang nakal2 tu sibuk nak pura2 makan gula2 tu. haish! kenangan zaman sekolah.

[credit to google]

MyLittleNote :: salam ramadhan sekali lagi. ampunkan segala kesalahan ku sepanjang daku sebagai seorang blogger. andai menguris perasaan. menguris kad gores atau kad topap. eh! hehe. ya! lupa nak pulak. selamat menjadi sebahagian pelajar universiti of ramadhan. semoga kita mendapat dekan dan gred segala ujian, cabaran di universiti ini. :D

Thursday, July 19, 2012

Pabila Bola Bergolek...

Bismillahirrahmanirrahim.

hari ahad yang lalu. (ya! sikit2 hari ahad. sikit2 hari ahad. tak ada hari lain ke nak cerita? sebab hanya hari ahad je off day untuk aku -.-) office kakak buat pertandingan bowling. antara peserta dari family kami ialah abe RH dan kakchik. aku? huwaa~ kakak tak masukan pun :( tapi, apa pun.. aku curi2 main. bagi wakil kakchik la. :D 

suasanya agak happening dengan kerenah kawan2 opis kakak. kitaorang main enjoy2. memula tu agak gemuruh juga lah. tengok mereka2 semua ni nampak macam pro. tak sangka. pro2 mereka, ada juga masuk 'longkang'. hehehe (termasuk aku lettew :P)

cer teka pusat bowling mana ni?

selama aku main bowling ni. pestime aku dapat strike. 2 kali pulak tu 0_o woha! (jakun sikit :P) yela, main pun macam tu je. main baling2. tak pro betul. hampeh -.-

walauapa pun, group kakchik yang diwakilkan oleh aku menang tempat ke-3. manakala group abe RH mendapat tempat ke 13 ke 14 ek? lupa pulak.. -.- hehehe.

MyLittleNote :: 2 hari lagi :D