Tuesday, November 22, 2011

Mat Salleh sesat???

balik rumah dari sekolah.. ana terus menuju ke dapur untuk mencari sumber rezeki yang boleh mengenyangkan perut ana.. lapar gila!!


selesai makan..
kakcik mula menjalankan tugas untuk menyampaikan berita pannaass.. kepada ibu..
ceritanya..
pagi tadi ibu pergi kerja.. so yang ada dekat rumah hanya ada bapa, kakcik dan budak kecik(my nephew)..
kakcik pun terdengar satu suara yang memelikkan..(macam seram je..)
ada orang datang lah.. 
kakcik intai, dia ingat kawan bapa.. tengok macam orang cina.. cerah kulitnya.. tapi kemerah-merahan.. orang putih ke?? kakcik pun turun selepas mengenakan tudung yang sesuai.. 
tetamu yang tak diundang.. rupa2nya orang putih dari itali.. orang itali kalau cakap bahasa inggeris kan ada slangnya.. kakcik tak ada masalah sebab dia dah biasa dengan bangsa lain cakap english.. pot..pet..pot..pet.. rupa2nya orang itali tu nak jual mesin gergaji(gergaji pokok).. harga yang ditawarkan RM500.. mak ai..0_0
kakcik ganyang minta kurang..erm.. tak dapat.. 
orang itali tu tanya kakcik dah kahwin ke belum sebab dia nampak kakcik dukung budak kecik.. mestilah kakcik still single.. orang itali tu pun tanya umur kakcik.. kakcik suruh teka.. orang itali tu tak boleh teka sebab kakcik pakai tudung... then, kakcik bagi tahu umur yang sebenar.. orang itali tu tak percaya sebab dia tengok kakcik macam budak sekolah menengah...(hehe, sebab faktor ketinggian..oppss!)
lepas tu, orang itali tu suruh tunggu 3 bulan lagi sebab nak jodohkan kakcik dengan ananknya.. hehe kakcik tolak.. hurm, tak nak ana ada abang ipar orang putih..


1 comment:

  1. um.. betul tu.. jangan terima.. entah2 orang tu tipu je..

    ReplyDelete

berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.