Wednesday, February 29, 2012

Jadi Photographer??

err... tadi ada member call... diaorang buat satu group photographer...
masalahnya...
diaorang semua lelaki...
aku seorang je perempuan dalam group tu...
setahu aku... 
ramai lagi budak2 perempuan yang minat fotografi ni...
aku terlalu sensetif dan terlalu malu jika berkerja dalam satu kumpulan lelaki...
err... gimana si dong!! 
aku pun suka fotografi!!
tapi...
tak salah kan kalau niat dengan hanya bekerja...
sebab aku nak jadi budak ayu... hehe
nanti diaorang ajar guna DSLR...
eh! aku dah pandai guna lah (eleh, pengang lens pun tak betul...hehe)
mungkin diaorang bagi pinjam...
err... benda tukan mahal...
har3..(ketawa orang jahat)
nak buat kakchik jeles yang aku ada DSLR...

gambar cedok dekat blog orang.. hehe.. jahat betul aku ni


MyLittleNote :: hati aku berbolak-balik... tapi aku dah setuju nak join... errrr...

Sunday, February 26, 2012

Yan Papa / ヤンパパ


drama pada tahun 2002... mungkin aku agak terlambat... serious, cerita ni memang best... memberikan kita semangat... bukan kah orang2 jepun ni tak mudah berputus asa??... tapi ada juga yang mudah putus asa sampai bab2 nak bunuh diri... ish2 nauzubillah... 

err... aku tak tau makna "Yan" ni... tapi dekat bekas VCD tu tajuknya young papa... bila search kat gugel, jadi yan papa... huhuhu...

drama ni juga terselit katun2 yang kawaii ^^ orang2 jepun ni pandai melukis... jeles aku tau! 

drama ni 10 episod yang menceritakan tentang seorang pemuda yang berumur 25 tahun jatuh cinta pada bosnya yang berumur 39 tahun... Kazami Yui, seorang pelukis komik yang gilakan dolpin dan dia mempunyai 3 orang anak... 2 orang anak perempuan yang berumur 17 tahun dan 11 tahun... serta seorang anak lelaki yang berumur 5 tahun... err... pemuda itu yang bernama Yusaku (kot lah... main hentam sebab aku tak tau eja nama dia dan nama penuh dia)

yusaku tu tak tau yang yui tu dah ada 3 orang anak... nyaris2 dia pengsan sebab yui bagi tau yang dia ada anak... keh3... tapi yusaku tetap terima yui sebab dia betul2 suka dekat yui... pada hari pendaftaran perkahwinan mereka, yui kemalangan dan meninggal... dan anak2 yui tak suka betul dengan yusaku... demi cinta pada yui, dia sanggup menjaga anak2 yui... 

eh! eh! aku cerita sampai sini saja tau... kalau nak tengok boleh donlod... 

drama ni tak adalah lawak sangat macam cerita Gokusen
lawak dia sikit2 je... bagi akulah ...

MyLittleNote :: ada sesiapa yang boleh bagi tau aku j-drama yang baru2 + lawak2 sikit??? ^^ sharing is caring kan =)

Tuesday, February 21, 2012

Muslimah Solehah



sungguh sedih dan terharu... rakan2 bulatan gumbira berusaha nak buat usrah dengan cara moden menggunakan skype... malangnya aku langsung tak tau guna dan tak reti nak donlod... video ni salah satu sahabat bulatan gumbira yang hadiahkan... terima kasih :'( < ni sedih sebab terharu tau...

gambar ni aku cedok dekat blog nur sakinah... ^^
kata2 itu amat berkesan dihatiku...


aku tak tau kenapa sejak dua menjak aku rasa macam nak menangis... rasa macam hina diri ini dihadapan Allah... dapat rasakan cahaya keimanan datang dalam diri ini... lagi2 dibantu oleh sahabat2 bulatan gumbira.... err... walaupun aku tak luah atau cerita probelem aku kat mereka... tapi mereka tahu probelem aku....
Ya Allah! terima kasih kerana dikurniakan sahabat2 yang sentiasa mengingatiku terhadapMu...
dan aku bersyukur mengenali sahabat2 lain yang sentiasa memberiku semangat...
terimah kasih Kak Nisa
arigatou Kak Fatin
Kak Hanis
Kak Ayu
dan semua2 lah ^^
semoga kalian menjadi muslimah solehah dan muslim yang soleh
sayang kamu sangat2 ^^

MyLittleNote :: mula2 buka belog  tak boleh sebab belog aku ada virus... uwahhh! nak nanges... tapi akhirnya berjaya alhamdulillah... kalau tidak, tak boleh nak berbelog... btw, maaf sangat2 sebab tak sempat nak terjah menerjah belog kauorang ek... kesuntukan masa... hehehe^^

Sunday, February 19, 2012

Kimono


kimono pepel... oh! wajah model tu sangat pelik... saje nak buat macam tu... tak de mood nak lukis muka... kih3...

kimono pinkiey.... tolonglah... aku tak suka warna pink... tapi aku tak tau kenapa aku buat kale ni jugak... tak tau saya.... kih3

idea untuk melukis kimono sebab aku baru lepas khatam baca novel Memoirs of a Geisha... buku setebal bege dekat McD... dengan muka surat sebanyak 764 m/s.... oh! aku memang sukakan jepun... semua tentang jepun... sampai sanggup baca buku setebal itu.... pasal kimono... yang satu je aku tau ~ obi ~ yang terikat dekat pinggang tu... hehe

MyLittleNote :: uit... sejuk betul pagi ni... tak tau nak buat apa selain berbloging... salam weekend ^^ tiba2 rindu sangat3 zaman sekolah... bila lah nak sekolah...

Thursday, February 16, 2012

Bulatan Gumbira

apa itu bulatan gumbira??... istilah kata2 Inche gabanna?? ^^ hehe... bulatan gumbira adalah usrah... semalam kita orang buat usrah dekat PPAS... mula2 tu aku rasa macam kekok sedikit.... maklumlah... aku ni kalau jumpa orang yang tak berapa kenal akan menjadi kekok dan pendiam... bukan sebab aku sombong tau.... aku memang macam ni... 


ketika dalam usrah tu... kawan2 yang lain sibuk berbincang pasal masalah diaorang.... aku?? aku hanya mampu diam sementara dalam hati dan akal fikiran bermain kata2 dan mengolah apa yang dibincangkan... mungkin mereka fikir aku tak ada masalah dalam bab bertukar menjadi tranfomers... ceh! bukan tranfomers... tapi dalam segi pemakaian yang begitu sempurna bagi seorang wanita islam... dalam segi permasalahan agama... dalam segi permasalahan orang sekeliling yang membuatkan kita lemah.... aku?? aku pun ada masalah... tapi aku takut nak luahkan dekat orang yang aku rapat... even ibu atau family... sebab aku takut diaorang tak nak dengar dengan bersungguh2 apa yang aku cerita... apa masalah aku... dan aku takut diaorang tak nak bantu aku.... jadi semua itu aku luahkan kepada Maha Pencipta kita... Allah... aku rasa tenang setenangnya.... kadang2 apa yang menimpa masalah aku jadi hilang lepas aku luahkan dekat Allah... lepas aku luahkan... aku pun berfikir... secara positif... mungkin Allah bagi akal dan fikiran kepada aku selepas aku luahkan... Terima Kasih Ya Allah! aku dapat rasakan yang Allah adalah kekasih aku walaupun kekasih Allah adalah Nabi Muhammad S.A.W.... rasa cemburu pulak terbit di hati.... tapi siapalah aku disisi Allah... hamba yang lemah, hamba yang alpa, yang hina, dan sebagainya lah.... aku tahu Allah sayangkan aku dan Allah sayangkan semua orang dan kamu juga readers ^^

MyLittleNote :: eh! entri ni terluah dekat kamu pulak... kamu tak kisah kan?? (^_^) V