ana nak balik semangat masa PMR dulu.. dulu rajin.. sekarang ni macam malas.. (pemalas punya tuan blog ni!)
tinggal lagi berapa hari lagi dah ni.. agaknya memang ana dah terdetik hati tak nak tinggalkan zaman persekolahan.. sekarang ni pun tengah keliru sama ada nak ambil STPM atau tak..(sebab tak nak tinggalkan alam persekolahan).. nak sambung STAM memang tak layak.. ana bukan terror sangat dengan bahasa syurga ni.. macam mana sekali pun ana kena tetap berusaha..
satu hari tu pernah borak dengan ibu tentang masa hadapan ana.. ana ada menyuarakan pendapat hati ana.. tak nak masuk U.. ooiiittt, ibu bagi amaran.. kalau tak nak masuk U, kena kahwin..(gurau2 je.. nasib baik tak serius.. fuhh!) tak tahu lah kenapa.. member2 ana pun ada kata takut untuk menghadapi dunia luar.. kalau masuk U,, takut kena buli lah..(terjebak dalam novel.. tak pun TV lah ni..ish2) kalau ana,, ana takut hadapi dunia luar.. tengok ana ni.. kalau dekat blog.. ana nampak okey kan?? cuba uji ana.. andai kawan2 blogger ana nak jumpa ana.. adush! bersua muka memang ana nampak macam sombong.. ana tak tahu nak cakap apa.. kalau cakap sikit dah melalut tak serupa bikin.. tak pasal2 menyakitkan hati orang tu.. tak pun.. campak ana sorang2 duk KL.. mana2 tempat lah.. rasa macam rusa masuk kampung.. tak tahu nak buat apa.. bluurrr... sudah la tu.. memang cari na'as cerita kelemahan diri kat orang.. tapi.. salah juga tu.. sebab nanti tak sedar diri yang diri tu ada kelemahan.. bak kata Mat Luthfi "Normal people make mistake" eh? betul ke ni pepatah mat luthfi sama cerita ana.. main hantam saja.. macam mana lah nanti paper BM.. ish2..
p/s = doakan ana ek.. biar ana ni semangat.. doakan juga kejayaan ana.. lagi2 SPM yang akan datang ni.. 14 November.. erk.. so scary..
perkataan yang membuatkan ana semangat :-
"kejayaan tidak datang bergolek.. tetapi kita yang harus bergolek untuk mencapai kejayaan.. sedang kita bergolek2.. ada bukit yang menghalang kita untuk bergolek keatas.. kerana bukit itu adalah cabaran.. kerana tiada cabaran.. tiadalah kejayaan"
lagi satu :-
tak sabarnya nak tunggu 13 Disember..(sebab hari tu last paper..hehe.. tak ada kerja ana ni >.<)
"buat air teh pekat2,
sediakan pinggan sediakan mangkuk,
tolong jangan hilang semangat,
berusaha chayok!!! chayok!!!"