Monday, October 3, 2011

Monolog hatiku..

sebelum ana meneruskan ceritera ana, tolong jangan bagi tahu sesiapa tau.. hehehe, monolog di dalam hati.. sesaje je nak berangan kejap dengan Hanamiko Sakura

bapa dirawat oleh doktor yang agak 'handsome'lah katakan.. namanya Dr...tut...(rahsia, mampos perasan kalau dia tahu) ana cuma minat and respect dia je.. love2 tak ada.(menyampah) mengikut panduan hati yang ana tahu, sekarang ana di peringkat mematangkan usia ana yang nak melangkah ke alam kedewasaan. secara jujurnya, ana memang belum matang lagi dari segi usia ana ini. hehe

sehari berada di hospital ketika merawat bapa, ana asyik memandang, menjeling kearahnya ketika menjalankan tugas.. siap speaking lagi dengan doktor lain. kalau cakap dengan ana?? ada lah juga.. just cakap "dik, tolong tekankan butang yang warna hijau tu." dan ana membalas."yang ini ke?" dia menjawab. "bukan, belah kanan nombor dua."ohh..hehe, malulah pulak. nasib tak tekan butang yang salah tu.. kang rosak alat tu nanti. haha

dan keesokan harinya ana menunggu(ceh, ayat tak boleh bla) tunggu dia tengah masuk bertugas lah.. jangan salah sangka.. nak hampir magrib baru muncung muka dia.. kalang kabut nampaknya.. baru dapat 'on call' lah katakan.. pakai baju pun just t-shirt belang hitam putih.. ada ke doktor pakai baju t-shirt masa pergi kerja..entah.. i'm not a doctor..never can be a doctor..

ada juga ana cakap dekat kakcik pendapat tentang doktor muda tu, kakcik cakap.."nampak macam pondan je"=,= hah!? pondan.. kulit cerah semacam, gaya fesyen baju t-shirt, seluar paras lutut, a pair of shoes, dan sehelai selendang berwarna coklat cair terlilit di lehernya. kuang2.. hah, masa tu ana terserempak dengan dia di Restoran Black Coffee, mentang2 tengah cuti tanpa fikir pasal pesakitnya.. nasib baik tak kenal ana masa tu.. buat dono je.. yang hairannya, macam mana ana boleh terminat dengan doktor tu.. ceh, tak sangka ana.. okey lah.. 

" Kalau ada sumur diladang,
bolehlah saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
lain kali ana update lagi."


Sakura menempek di entri ini:

:: Copyright Hanamiko Sakura ::

0 comments:

Post a Comment

berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...