Wednesday, October 26, 2011

Hilang semangat

semakin SPM nak dekat.. semakin tu lah semangat ana mular pudar.. kenapa dengan ana ni.. Ya Allah.. macam mana ni.. SEMANGAT HANISAH!!! GANBATTE!!! CHAYOK!!! BERUSAHA!!! (alamak! entah betul entah tidak tu maksud ganbatte tu berusaha.. hantam kromo je..)

ana nak balik semangat masa PMR dulu.. dulu rajin.. sekarang ni macam malas.. (pemalas punya tuan blog ni!)
tinggal lagi berapa hari lagi dah ni.. agaknya memang ana dah terdetik hati tak nak tinggalkan zaman persekolahan.. sekarang ni pun tengah keliru sama ada nak ambil STPM atau tak..(sebab tak nak tinggalkan alam persekolahan).. nak sambung STAM memang tak layak.. ana bukan terror sangat dengan bahasa syurga ni.. macam mana sekali pun ana kena tetap berusaha.. 

satu hari tu pernah borak dengan ibu tentang masa hadapan ana.. ana ada menyuarakan pendapat hati ana.. tak nak masuk U.. ooiiittt, ibu bagi amaran.. kalau tak nak masuk U, kena kahwin..(gurau2 je.. nasib baik tak serius.. fuhh!) tak tahu lah kenapa.. member2 ana pun ada kata takut untuk menghadapi dunia luar.. kalau masuk U,, takut kena buli lah..(terjebak dalam novel.. tak pun TV lah ni..ish2) kalau ana,, ana takut hadapi dunia luar.. tengok ana ni.. kalau dekat blog.. ana nampak okey kan?? cuba uji ana.. andai kawan2 blogger ana nak jumpa ana.. adush! bersua muka memang ana nampak macam sombong.. ana tak tahu nak cakap apa.. kalau cakap sikit dah melalut tak serupa bikin.. tak pasal2 menyakitkan hati orang tu.. tak pun.. campak ana sorang2 duk KL.. mana2 tempat lah.. rasa macam rusa masuk kampung.. tak tahu nak buat apa.. bluurrr... sudah la tu.. memang cari na'as cerita kelemahan diri kat orang.. tapi.. salah juga tu.. sebab nanti tak sedar diri yang diri tu ada kelemahan.. bak kata Mat Luthfi "Normal people make mistake" eh? betul ke ni pepatah mat luthfi sama cerita ana.. main hantam saja.. macam mana lah nanti paper BM.. ish2..

p/s = doakan ana ek.. biar ana ni semangat.. doakan juga kejayaan ana.. lagi2 SPM yang akan datang ni.. 14 November.. erk.. so scary.. 

perkataan yang membuatkan ana semangat :-
"kejayaan tidak datang bergolek.. tetapi kita yang harus bergolek untuk mencapai kejayaan.. sedang kita bergolek2.. ada bukit yang menghalang kita untuk bergolek keatas.. kerana bukit itu adalah cabaran.. kerana tiada cabaran.. tiadalah kejayaan"

lagi satu :-
tak sabarnya nak tunggu 13 Disember..(sebab hari tu last paper..hehe.. tak ada kerja ana ni >.<)


"buat air teh pekat2,
sediakan pinggan sediakan mangkuk,
tolong jangan hilang semangat,
berusaha chayok!!! chayok!!!"



:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Monday, October 24, 2011

So sad..:'(



peribahasa apa yang sesuai dengan ana ni.. ibarat kaca terhempas ke batu.. tak pernah ana rasa sesedih dan kachewa seperti ini.. ini memang semua salah ana.. kalau ana cari kucing kesayangan ibu tu.. pasti 'dia' masih hidup sekarang ni.. tapi kuasa Maha Kuasa Allah.. ada penganti kucing kesayangan ibu.. kesian kucing2 kecik tu.. 'bapak' 'diaorang' dah tak ada..

INI SEMUA SALAH ANA!!!





:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Sunday, October 23, 2011

Jumpa artis??

tak kemana ana ni.. duk rumah je.. tu pun dapat jumpa artis a.k.a Dato'.. tak payah pergi jauh2 dekat KL ke, Shah Alam ke.. kat sini pun dah jumpa..



time tu mereka tengah shooting di tempat kelahiran ana.. Kampung Bukit Kapar yang fofular gitu.. masa ana nak pergi rumah sahabat ana untuk study group.. sesaje je ana menjeling melihat siapa pelakonnya.. tup.. Dato' Jalaluddin Hassan.. tengah tersengeh2 dekat kedai bakso.. baliknya.. sekali lagi ana menyinggah dekat kedai runcit.. buat2 nak beli benda..(sebenarnya tak tau nak beli apa) keluar kedai 'ter'jumpa pulak dengan Dato' Rahim Razali.. dia tu nak melintas jalan menuju ke kereta.. dengan sakai dan kerek.. ana pun buat2 tak kenal dia.. abis tu nak buat apa?? lakonkan watak budak batak nampak artis?? ceh! kalau lakonan ana menjadi, tak pasal2 ana terjun ke bidang lakonan.. tak ke naya!(jangan perasan lah!)

he he he.. tak nak celoteh panjang.. anyway, ana bukan batak sangat jumpa artis pun.. dah malas rasanya.. ana bukan jakon okey.. mereka pun manusia biasa.. tak ada yang istimewanya.. sama je.. cuma hati je lain2..
lain lah dapat jumpa kumpulan Beast.. =) tengok, dah gila korea pulak minah ni..

*entry kali ni tak ada pantun ek.. malas nak fikir lah.. =)





:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Saturday, October 15, 2011

take my heart

bayangkan anda dilamar oleh orang luar.. maksud ana, anda dilamar oleh orang yang bukan bangsa kita.. contohnya orang korea ke.. haha.. mesti romantik..(alamak, dah masuk gear berang lah!)

semalam ana tertengok youtube pasal Sophia Ridza.. maybe anda semua ada yang atau tak kenal atau buat2 tak kenal atau buat2 kenal..(hey, berapa banyak 'atau' daa..) kalau yang tak kenal tu KLIK SINI.. malas nak terangkan lebih lanjut tentang dia.. maaf!

okey, ana akan terangkan serba sedikit.. sophia ni study kat koren.. then, dia pun masuk satu rancangan Chit Chat with Beautiful Ladies.. saluran KBS World.. ana pun pernah belek2 cerita ni kat tv.. ai, maklumlah ana ni pun minat korea.. tapi sekejap je ana tengok.. agak lawak lah sebab minah salleh cakap korea.. hehe.. tu belum lagi dengar dia orang cakap bahasa melayu.. ingat tak dalam pidato antarabangsa.. memang best dengar slang dia orang.. eh, dah melencong pulak ana ni..

pasal sophia ni, dia dilamar oleh mamat korea.. tak boleh blah.. dah lah muka mamat korea tu macam kim bum.. jealous eden.. mula2 tu mamat tu berjalan kearah gadis2 jelitawan dalam rancangan tu sambil membawa sejambak bunga ros putih.. jalan dengan perlahan2.. terus menuju ke sophia.. sophia lagi terkejut sampai terlompat dari tempat duduknya.. hahaha.. ana pun dah masuk mood korea.. malu2.. senyum2 ana depan laptop.. nasib baik tak ada orang perasan.. tak pasal2 ana dicop 'minah sewel' haha... okey.. sambung cerita,, akhirnya sophia terima lamaran untuk jadi gf mamat korea tu.. then, dia orang pergi first date.. hahaha.. nak tau cerita lain SILA TEKAN SINI lagi pun benda ni dah lama.. ana je yang ketinggalan zaman.. hehe..

waktu dilamar.. sweet..^_^

"manis ku katakan madu,
sendu ku katakan hempedu,
begitulah cintaku padamu."

ada ke pantun 3 kerat??
hantam saja..
tajuk dah jiwang, pantun pun jiwang..haha





:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Friday, October 14, 2011

Happy Birthday my Friend

esok 15 Oktober, kawan baik ana, kiranya BFF, best friend forever.. hehe Happy Birthday Sya.. nak tulis perkataan bahasa arab kat sini takut salah eja pula..


ini pun nak ditunjuk.. batak betul ana ni.. hehe



tapi kita orang dah tak bertegur sapa lagi.. hah! Cik Seha jangan nak bagi tau sesiapa pun.. ini rahsia ana dan sya.. 

kisahnya, ana terkilan dan kecewa dengan kata2 mak sya.. kalau ana ajak sya keluar.. mesti mak sya marah.. siap perli ana.. "nanti mesti hakimatul ajak pergi Shah Alam lagi" lagi pun ana ajak sya keluar pun pergi library.. belajar kat sana.. sya sendiri yang cakap dia selesa belajar kat sana.. sekurang2nya sya dapat selesakan diri di dunia luar.. sya pun tak biasa lagi.. anyway, sya pun akan menjalani PLKN.. sya tak biasa.. ana lah satu2nya kawan yang memahami dia.. sya sakit.. ana tak nak sya sakit waktu di sana nanti.. sebab sya tak pernah pergi mana2 camp.. kerana kata2 mak sya yang membuatkan ana merajuk hati.. ana menjauhi sya.. biar mak sya tak payah menadah telinga mendengar nama ana yang meniti di bibir sya.. biarlah.. lagi pun sya sekarang dah lebih cemerlang dari ana.. taniah sya.. sya pun tak tahu sebab ana menjauhinya.. maafkan aku sya..

kerana sikap sya yang pentingkan diri sendiri pun membuatkan ana sakit hati.. hari ana tak datang sekolah.. dia bukannya nak bagi tahu kerja sekolah.. diam je.. alasan lupa.. ana tahulah sekarang ni dia dah pandai.. dia tak nak ana mengatasi dia agaknya.. sebab tu dia buat macam tu.. astaghfirullah al azim.. tak baik ana bersangka buruk dekat orang.. sekurang2nya ana luahkan.. kalau ana pendamkan.. nanti jadi nanah dalam hati.. bahaya.. minta maaf sya.. ana tahu sya bukan mudah untuk minta maaf.. sya sendiri yang cakap.. sya berubahlah.. kalau sya sendiri yang cakap i'm the perfect partner.. perfect buddy.. please.. be the perfect friend to me.. salah ke nak jadi sahabat yang sejati..

"merajuk hati buat2 happy,
nak buat orang lain tak perasan nanti,
kalau tak luahkan merana hati,
maafkan ana jikalau ana banyak buat sakit hati."

pantun pun dah tak jadi pantun.. erm..



:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Saturday, October 8, 2011

MyLovelyFriends, MyAward


mereka kawan2 ana yang ana sayang.. mereka kelakar, mereka loya buruk, mereka rajin, mereka happy, dan macam2 lagi sifat mereka sebagai seorang sahabat.. macam2 kerenah..

  • Cik Tiqa - penolong ketua kelas kami.. yang baik dan nakal..
  • Cik Aida - pengawas sekolah.. yang hitam manis berlesung pipit..
  • Cik 'Nisa - our head girl(penolong ketua umum) in SAM Nurul Iman.. yang rajin dan tegas..
  • Cik Eka - pembimbing rakan sebaya.. yang anggun lagi tinggi lampai..
  • Cik Nad - pengawas sekolah.. yang cepat perasan..(sorry.. hehe)
  • Cik Kai - pengawas sekolah.. yang tinggi lagi kurus..
  • Cik Ejad - pengawas sekolah.. yang friendly dan rajin speaking english and arabic language..
  • Cik Chak - pengawas sekolah.. yang mudah tersenyum2..
  • Cik ana - pengawas pusat sumber sekolah.. yang degil bin degul(hehehe.. ngaku pun)
  • Cik Zue - penolong ketua kebersihan.. yang kretif dalam seni khat..
  • Cik Ema - bendahari.. yang suka buat muka tembok..(hehe..)
  • Cik I-nor - yang cepat ramah dan mesra..
  • Cik Syira - yang pendiam lagi menawan..
  • Cik Dilla - yang heboh bercermin mata..(maaf..^0^)
  • Cik Anis - yang genius dan mudah tersengeh..
  • Cik Syeda - yang pakai brace dan mudah tertawa..
  • Cik Mira - yang becok dan bising..(hehe..)
  • Cik Mai - yang kretif dalam seni melukis komik..
  • Cik Ruz - yang suka ambil berat..
  • Cik Nia - yang mudah dibuli oleh kawan2nya..(kesian..)
  • Cik Sal - yang suka bersandiwara dan pandai berpura2..
mereka sahabat ana.. pelajar lelaki tak mau tunjuk lah.. mereka tu tak matured.. poyo.. gedik.. menyampah.. hehe.. kepada sahabat ana yang ana sebut,, jangan marah tau kalau ana komen bukan2.. dah macam tu sifat korang yang menyerlah dekat depan ana.. hehe
and the special friend is Cik Seha



ana baru dapat award dari Kak Hanis .. cool lah.. thank you!, arigatou!, sukran!, kamsahamida!..
teruja betul ana ni.. maklumlah.. first time dapat award.. terima kasih sekali lagi sebab senaraikan nama ana..  ^0^ hohoho

"anak monyet makan pengat,
anak gajah makan buah zaitun,
sebab ana dah teruja sangat,
lupa pulak nak tulis pantun."



:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Friday, October 7, 2011

2 in 1

kisah 1


percaya tak? ana jadi pekerja black canyon.. hehe. jadi pekerja tak sampai satu minit.. masa nak tutup kedai, pekerja2 kakcik bagi macam2 kat ana.. ais-krim lah, tembikai lah.. macam2.. lepas makan kakcik suruh basuh.. hahaha.. kerja basuh pinggan je.. kalau lebih kena bayar gaji lah...

kisah 2



siapa suka mat luthfi angkat tangan??
saya!!

siapa mat luthfi??
dia Vlogger,, nak tahu KLIK SINI tak pun KLIK SINI
nak tengok videonya pun ada..

mat luthfi vlogger,, ana blogger..
ramai peminat dia.. kalau jadi vlogger memang ramai peminat ek? kalau blogger.. haha,, ana rasa sorang pun tak hingin jadi peminat ana..(ceh!ana perasan lagi)

"ali tersenyum bila nampak suzy,
senyum sampai nampak gigi,
kalau nanti ana tak busy,
boleh ana undate lagi."



:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Wednesday, October 5, 2011

Hanamiko Sakura sudah menjadi biru

Blue Blogger
Chelsea the blue





:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Tuesday, October 4, 2011

Family

gambar hiasan..(dari en Google)

bila dengar cerita dari ibu, baru ana tahu tentang hubungan makhluk2 Allah SWT di dalam wad. macam happy family.. walaupun dalam keadaan sakit, tetap ceria macam kanak2.. hubungan itu terjalin antara pesakit2, orang2 yang jaga pesakit mahupun doktor2 dan jururawat2. kalau ada pesakit yang meninggal, semua ahli2 wad itu akan rasa terkilan dan kesian.. baru ana sedar.. lain kali ana nak buat karangan pasal hubungan kekeluargaan yang melibatkan bangsa2 lain yang berada di suasana hospital.. hebat tak.. kalau PM baca, tentu bangga.. terus nama ana diangkat menjadi sasterawan negara..(ceh, berangan lagi)

lagi pun memang terasa lah ana.. bila di ingatkan.. memang nak gelak habis.. haha.. ibu pulak seronok je dapat kawan baharu.. memang bagus untuk kesihatan bagi pesakit2 di wad tu.. bak kata orang, pesakit akan mudah sembuh bergantung keadaan sekelilingnya..
okey.. pantun macam biasa..

"hari ini, esok dan lusa,
mari bermain di tepi perigi,
kalau ada waktu adalah masa,
lain kali ana update lagi."

(made from myself, macam gila je ayatnya ni..haha)






:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Monday, October 3, 2011

Monolog hatiku..

sebelum ana meneruskan ceritera ana, tolong jangan bagi tahu sesiapa tau.. hehehe, monolog di dalam hati.. sesaje je nak berangan kejap dengan Hanamiko Sakura

bapa dirawat oleh doktor yang agak 'handsome'lah katakan.. namanya Dr...tut...(rahsia, mampos perasan kalau dia tahu) ana cuma minat and respect dia je.. love2 tak ada.(menyampah) mengikut panduan hati yang ana tahu, sekarang ana di peringkat mematangkan usia ana yang nak melangkah ke alam kedewasaan. secara jujurnya, ana memang belum matang lagi dari segi usia ana ini. hehe

sehari berada di hospital ketika merawat bapa, ana asyik memandang, menjeling kearahnya ketika menjalankan tugas.. siap speaking lagi dengan doktor lain. kalau cakap dengan ana?? ada lah juga.. just cakap "dik, tolong tekankan butang yang warna hijau tu." dan ana membalas."yang ini ke?" dia menjawab. "bukan, belah kanan nombor dua."ohh..hehe, malulah pulak. nasib tak tekan butang yang salah tu.. kang rosak alat tu nanti. haha

dan keesokan harinya ana menunggu(ceh, ayat tak boleh bla) tunggu dia tengah masuk bertugas lah.. jangan salah sangka.. nak hampir magrib baru muncung muka dia.. kalang kabut nampaknya.. baru dapat 'on call' lah katakan.. pakai baju pun just t-shirt belang hitam putih.. ada ke doktor pakai baju t-shirt masa pergi kerja..entah.. i'm not a doctor..never can be a doctor..

ada juga ana cakap dekat kakcik pendapat tentang doktor muda tu, kakcik cakap.."nampak macam pondan je"=,= hah!? pondan.. kulit cerah semacam, gaya fesyen baju t-shirt, seluar paras lutut, a pair of shoes, dan sehelai selendang berwarna coklat cair terlilit di lehernya. kuang2.. hah, masa tu ana terserempak dengan dia di Restoran Black Coffee, mentang2 tengah cuti tanpa fikir pasal pesakitnya.. nasib baik tak kenal ana masa tu.. buat dono je.. yang hairannya, macam mana ana boleh terminat dengan doktor tu.. ceh, tak sangka ana.. okey lah.. 

" Kalau ada sumur diladang,
bolehlah saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
lain kali ana update lagi."



:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...