Sunday, April 29, 2012

Blog alyzafisol.com Giveaway...

Konichiwa minna-san.. ^_^ (bajet nak cakap nihon pulak tetiba.. hahaha)

syukur alhamdulillah.. ramai yang berpuas hati, yang teruja, yang terharu dengan award yang aku buat.. sesungguhnya aku memang suka buat orang gembira dan happy walaupun hati ini terluka.. ewahh.. tapi aku betul2 happy :) (serius...)

tapi kan.. untuk makluman, ehem.. andai takdir menemukan kita.. ecehh.. mula2 korang akan jumpa aku.. first time aku akan diam.. diiiaammm.. je.. dan bila korang tengok aku.. "eh, sombongnya minah ni.." "erk, kenapa pula diam? dekat blog bukan main kecoh" dan macam2 lagi yang akan timbul di kotak pemikiran korang.. right? sedangkan first time aku ikut pergi kem.. ada sorang member aku cakap.. dia takut nak tegur aku sebab aku ni pendiam.. dan dia fikir aku ni sombong.. (serius...) dan aku tak tahu nak ubah macam mana perangai aku ni.. maybe sebab aku kureng bersosial dengan orang luar.. (sedangkan aku bercakap dengan orang pun dah tergagap-gagap.. contohlah.. bercakap dekat kaunter pertanyaan.. dan lain2 tempat lah) that why, aku suka menulis.. if nak berhubung dengan aku.. mesej2 je ek.. call2 tak payah.. hahaha.. tak tahu nak cakap apa.. jumpa orang pun kadang2 rasa kekok.. gerr~ tolong lah ubah cik Hanamiko.. kata nak jadi super saiya.. eh! haha, tak adalah.. nak jadi cikgu.. kalau nak jadi cikgu kena pandai berkata-kata kan? (tiba2 rasa rugi sungguh tak belajar ilmu mantik.. huwuuu~ T^T) dan aku mula jadi kecoh bila enjin dah panas.. haha.. jangan risau.. aku tak akan diam je sepanjang perjumpaan kita.. hehehe

eh! aku dah merepek...
orite, lupa kan kisah lalu yang entah apa entah.. hehe

okey, sekarang ni aku di tag oleh seorang kawan blogger yang bernama Inche Arelan.. (tiba2 teringat anime arale-chan.. hehehe.. jangan marah tau =P) dia suruh join GA daa.. hahaha, nasib baik syarat GA tu tak berapa ketat.. ermm.. macam kena follow itu lah.. loikee ini lah.. banyak sangat.. eden tak mampu lor.. hahaha.. andai tiba2 aku jadi blogger bertuah kena join GA atau Segmen atau Contest dengan syarat macam tu.. awal2 aku undur diri.. minta maaf sangat2 :) 

eh aku ni.. membebel pulak..

orite.. banner dah tempek.. =)

siapa nak join.. sila klik banner di atas.. kalau dah join benda2 ala macam ni.. mesti kena bagi mangsa.. HAHA.. dan mangsa itu adalah.. jeng jeng jeng~
Cik Yatt
MeeSupergirl

*yang belum ambil award aku sila >KLIK SINI<

MyLittleNote :: gerrr~ pening kepala.. dah pakai cermin mata pun masih pening.. penyakit lama datang kembali.. =) migrain time tengah hari... hahahaha.. Sya!! I need you.. picitkan kepala aku.. ahaha!

Friday, April 27, 2012

Followers Award


Salam Jumaat yang indah lagi mendamaikan :))
err, aku bukan nak berpidato sebenarnya.. (dah lama tak berpidato.. XD)
tapi aku nak kasi award.. 
ni award yang kedua aku buat..
award yang pertama iaitu Tomodachi Award.. 
(kepada sesiapa yang nak Tomodachi Award.. silalah ambil ^U^.. tapi khas untuk perempuan sahaja..XD)
dan award yang kedua aku nak bagi semua blogger ^_^
terutama sekali yang jadi follower aku..
yang bukan follower pun boleh ambil ^_^

tak amik ke? malu?
yela.. yela..
hamba bagi list buat tuan hamba.. XD
fuhh... fuhh.. fuhh.. penat tangan mengetuk keybord.. haha.. kepada sesiapa yang terjah di sini secara semula jadi.. sila lah ambil sekali.. jangan malu meow2 tau ^_~ dan yang tak ada dalam list.. sila ambil.. sebab hamba sudah kepenatan menyenaraikan nama.. hehehe

tujuan aku buat award ni sebab.... taniah!! selama err, berapa tahun ek aku aktif blogging?? (apa2 je lah..) aku sudah mempunyai 100 followers.. terima kasih kerana men-follow blog kureng saya ni.. :D btw, gambar award tu aku buat khas untuk korang.. tangkap guna DSLR.. asal keturunan bunga tu lahir di perkarangan rumah.. bukan di curi dari Inche Google tau.. XD

chop!! chop!!

ambil award aku kena ada syarat..
jawab soalan ini..
  1. best tak kenal hamba? (belum jumpa memanglah tak tahu.. ye dak? haha..)
  2. jumpa blog hamba di mana? (adakah di tepi longkang? haha..)
  3. andai tuan hamba secara tidak langsung bertemu hamba.. apa tindakan tuan hamba?
tiga soalan je.. tak banyak pun :))
apa2 pun.. semoga ukhuwah kita abadan2 hingga sorga XD

MyLittleNote :: tak sabar menunggu 4mei :))

Thursday, April 26, 2012

Style Temenggong Jugah

sebelum tu syukur kehadrat Illahi kerana di beri peluang untuk bernafas di bumi ini. tanya dahulu khabar iman kita.. adakah iman hari ini semakin bertambah atau berkurang? oh! bercakap pasal iman.. tiba2 rindu terhadap sekolah.. SAM Nurul Iman.. Nurul Iman? tiba2 teringat watak Nurul Iman dalam novel Cinta 3 Suku.. entah siapa punya novel yang kakchik bawak balik tu.. baca je lah.. 


eh!

aku bukan nak bercerita tentang iman atau novel.. tapi aku nak cerita tentang style rambut gaya Temenggong Jugah.. haha.. sebenarnya, semalam aku main belasah je gunting rambut Hazem-chan.. last2 jadi macam tu.. tergelak terguling aku dibuatnya.. muahahaha! tak tahan weh.. Hazem-chan yang comel2 jadi macam tu.. gaya cop tempurung kelapa pun ada.. HAHA.. sampai ibu bising..

"Gelak macam orang gila.."

hahaha, kesian aku tengok si Hazem-chan.. bapa pula nak menakutkan aku..

"Nanti bapaknya marah lor.."

glup! telan air liur banyak kali.. tapi nasib baik masa abang ipar ambil Hazem-chan, dia tak cakap apa2.. ngeh3..

malas nak tangkap gambar.. aku lukis doodle.. simple2 je ^_^

sesungguhnya, aku dah edit balik rambut Hazem-chan.. tapi still lagi style Temenggong Jugah.. haha. tak menahan XD.. nampaknya aku dah boleh jadi tukang gunting rambut.. ^_^ weee~

MyLittleNote :: semalam semak matrikulasi.. alhamdulillah dapat dekat matrik Gopeng.. course perakaunan. oh! sesungguhnya aku elergik dengan nombor.. tak amik kot.. ngee~

Wednesday, April 25, 2012

Hadiah dah Datang...

terima kasih sangat kepada Kak Ujie.. kerana telah memberi peluang untuk menyertai contest beliau.. iaitu Teka dan Menang.. alhamdulillah.. hadiah dah sampai. dapat je terus baca.. dapat surat cinta Kak Uije, melebar senyuman sampai ke telinga.. Semoga Ukhuwah kita terjalin hingga ke Sorga ^_^


buku yang aku dapat tajuknya ...dan cinta pun tersenyum.. mula2 aku fikir, macam manalah cinta tu senyum ek.. macam mana kalau.. dan cinta pun tergelak?? err, merepek lah aku ni.. haha..

tadaa..

hero cerita ni namanya Ervan.. pemuda dari indon.. berlagak diva kononya.. heroin cerita ni namanya Surihani.. gadis yang agak kasar dari mesia.. lawak juga cerita ni.. baru baca aku dah terkekeh ketawa.. bila belek2 buku ni.. eh!

Lisa Surihani??

haha.. heroin dia Surihani.. tup.. tup.. keluar Lisa Surihani. ada sebijik macam Lisa tak dekat gambar tu? haha.. baca novel ni belum habis lagi.. tak tau ending dia macam mana.. tapi yang pasti happy ending.. mana ada cerita yang tak happy ending.. ye dok? ngee~

MyLittleNote :: Ya Allah! sekarang aku di uji.. moga aku terus kekal menempuhi ujianMu.. kekalkanlah cintaku padaMu dan RasulMu..

Tuesday, April 24, 2012

Percutian di Hujung Minggu...

alhamdulillah.. selesai sudah percutian aku ke negeri cik siti wan kembang selama 4 hari 3 malam.. ngee~ seronok sangat dapat jumpa mek, ayoh, dan lain2.. lagi2 berjimba ria di kawasan sawah.. tapi malangnya, padi dah dituai.. angin sepoi2 bahasa yang menyejukkan badan.. bermain di tali air membuatkan diri ini comot macam tak rupa manusia.. hahaha.. siapa tak suka balik kampung.. 


eh! cop...

aku memang orang kelahiran negeri selangor.. kampung aku semestinya dekat selangor juga.. sebelah bapa atau ibu.. tapi dekat kelantan tu.. kampung abang ipar.. hehehe.. bertolak pergi kelantan hari jumaat.. sampai sana dah magrib.. malam tu ada masak2 sebab esok subuh2 ada kenduri cukur jambul.. anak kepada adik abang ipar.. makan nasi dangang banyak2.. sampai terlampau kekenyangan.. hahaha.. hari sabtu, tak buat apa2.. saja jalan2 keliling kampung naik basikal mek.. hehehe.. malam tu, kaum2 adam pakat2 pergi stadium tengok bola.. kelantan vs kedah.. aku pun tengok juga.. dekat tv lah.. tak tau sokong mana.. mek pun kata " minat bola juga " dalam versi kelantan lah.. hehehe.. of korse aku minat.. dalam mesia aku sokong selangor.. dekat luar, aku sokong chelsea.. ngee~ esoknya pulak.. jalan2 dekat KB.. mula2 masuk pasar bulat.. dah lama tak masuk pasar bulat.. rindu sangat..(eceh! fefilling lah pulak..haha) kakak borong tudung.. ibu borong keropok.. aku tengok kakak speaking kelantanese.. fuyoo! tak macam orang jawa.. tabik sungguh dengan kakak.. sangat pro walaupun bukan orang kelantan.. ngee~ sedangkan aku sendiri pun tak berapa pandai sangat nak cakap kelantan.. hahaha

mengintai dari tinggat atas.. permandangan yang famos..

klik.. klik sebentar.. sebelum tersesat kehilangan jejak ibu, kakak, dan abang.. HAHA

dan ke esokkan harinya.. bertolak balik ke rumah sendiri.. sebelum balik selangor.. singgah dulu di Dungun, terengganu.. menziarahi adik abang ipar yang duduk dekat negeri penyu ni.. beli keropok lekor lagi.. ish.. ish.. memang feveret aku.. HAHA

sebelum sampai selangor, singgah lagi dekat perhentian apa ntah nama.. erm.. yang sebelum masuk terowong.. antara sempadan pahang dengan selangor tu.. singgah sebab nak solat asar.. aku pun terpandang insan jejaka yang berbaju merah.. dalam hatiku berbisik.. "macam Danny je?" aku tanya abang.. dan dia menjawab "pergilah tanya nama dia" glup! apalah.. ada ke patut.. tak mau lah.. entah2 salah orang ke.. takut pelanduk dua serupa.. nak tau Danny siapa??

[kredit to Google]

ni hah! orangnya..

MyLittleNote :: balik tu rasa macam tak sedap badan.. lawan juga virus2 demam tu.. alhamdulillah.. dapat juga lawan.. tiba2 terasa mood nak menetap dekat kelantan lah pulak.. seronok sangat.. ngee~