Monday, June 25, 2012

Cake...

Bismilahirrahmanirrahim.



[semua gambar cedok dari Google]

dah puas dah menatap kek2 sedap tu XD
jangan sampai banjir pulak blog aku ni.
hahaha!

apa aku merepek ni?
sebenarnya.
ada member suruh lukis gambar.
gambar nak tempek dekat dinding kelas.
ala~ yang buat hias2 kelas tu.
so, aku ambil keputusan nak lukis kek.
tu pasal aku tempek gambar kek banyak2 kat sini.
hohoho!
sorry kepada yang mengidam tu :P

MyLittleNote :: yang pasti aku tak akan tertipu dan terliur tengok kek2 comel dan cantik macam ni. sebab aku tak makan kek yang manis. jyaa!

Friday, June 22, 2012

Mimpi yang Pelik...

Bismillahirrahmanirrahim.

hampir seminggu aku tak jenguk blog kesayangan ni. Menjenguk teratak teman2. Rindu sungguh. Itu belum lagi sebulan, setahun atau err… Sejak kebelakangan ni mimpi aku sangat pelik. Sehari sebelum ujibakat MasterChef pada 16 June hari tu, aku ada mimpi yang aku masuk MasterChef. Lepas tu kena tegur dengan Chef Jo yang aku masak tak sedap. Alahai~ dari mimpi first time lagi. Asal aku masak tak sedap. Tak sedap aku masak. Petanda apakah itu? Naa~ mimpi mainan syaitan je. Nak aku masuk MasterChef? Urm, kena fikir 2 atau 3 kali. Ilmu aku tentang masakan pun cetek. Pernah sekali buat experiment nak buat resepi baru. Oh tidak! Hancur…

masterchef australia gitu.. keh3 [Kredit]


err… apa aku merepek ni???

Walau apa pun, sebagai seorang wanita yang sukakan aktiviti masak memasak ni. Aku menginginkan dapur yang lengkap dengan segala peralatan memasak. Bukan setakat periuk belanga. Tetapi… peralatan memasak yang amat diperlukan oleh seorang chef bertaraf antarabangsa. (cehh~ beranganlah kekononnya ><)

MyLittleNote :: Selamat menyambut bulan sya’ban ;) dekat kampung aku ni dah ada yang mula main mercun. Konon2nya nak sambut ramadhan lettew… hehehe. Jyaa!

Sunday, June 17, 2012

Omedetou...

Bismillahirrahmanirrahim.

keputusan second intake UPU dah keluar 14 June hari tu. Itu lah 14 June yang aku nanti2kan. Yang semua dok fikir ada apa dengan 14 June. So, dengan rasminya aku bagi tau yang aku tak dapat untuk second intake tu. Takpe. Never mind. Mungkin ada hikmah disebalik ini. Dan mungkin juga Allah dah sediakan yang terbaik untuk aku. Siapa tahu kan. :D takpe, takpe. Jangan pujuk aku. Aku tak sedih pun. ;P makcik dan kawan2 semua dah pujuk. Makcik aku tak puas hati sebab result aku okey. Tapi kenapa tak dapat. Bila diselidik. Laa~ rupa2nya aku salah isi. Urm. Sabar jelah. Tapi, aku dah buat perancangan yang terbaik untuk kali ini. Insya-Allah. Rezeki aku mungkin dengan cara ini. Doakan ye kawan2 =)

Mungkin dalam bulan 12 aku baru masuk sambung belajar. Kalau orang lain, mesti dah penat menunggu. Bagi aku, tak apa. Tunggu dan sabar. We will see and wait. Sekarang ni aku dah dapat lesen pelepasan dari ibu dan bapa untuk cari kerja. Dan bila aku dah kerja nanti, mungkin juga blog ini akan terabai. Kalau tak hapdet pun aku akan terjah teratak korang. Okey ;)

Menyesal tak ambil matrik? Naa~ tak menyesal pun. Sikit pun tak. Malah hati ni happy semacam. Hehe.

10 June 2012. Lahirlah putera kesayangan kak Hanis dan suami kedunia. Alhamdulillah. Omedetou kak Hanis-san :) teringin sangat nak bagi hadiah dekat akachan Ken Hamza. Tapi tak tau pulak alamat kak Hanis dekat nihon tu. Tapi, aku dah buat hadiah doodle untuk akachan Ken Hamza.


Ampun kak Hanis kalau doodle ni comot dan tak cantik. Tak bubuh nama akachan Ken Hamza sebab masa tengah buat tu tak tau lagi nama dia. Hehe. sekarang ni dah tau ^_^. Terimalah hadiah yang tak seberapa ni kak Hanis ^_^

MyLittleNote :: rasa macam nak menghilangkan diri dari dunia blog jap. hihi jyaa!

Saturday, June 16, 2012

GiveAway :: "Birthday GiveAway And Up Your Follower by Ainie"


Happy Belated Birthday to kak Ainie Muniera yang ke-19 tahun ^^ semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. may Allah bless you always. mula2 dulu, nak ucapkan terima kasih banyak2 dekat kak Ainie sebab sudi menjemput aku untuk join GA ni. arigatou gozaimasu ^^ dan dengan itu, aku pun join. sambil2 tu, jom lah join GA ni. klik banner di atas okey. segala terma & syarat sila terjah blog beliau. hadiah menarik menanti anda ;)

macam biasalah. setiap penyertaan GA mesti kena tag menge-tag ni..
blogger bertuah yang aku tag ialah..
jeng.. jeng.. jeng..
.
.
.
.
.

selamat ber-join :D eh!

MyLittleNote :: kalau boleh aku nak contact lens.. boleh cik Ainie? muehehe.. jyaa!

Tuesday, June 12, 2012

MingMing...


yes! aku tau kucing ni comel. comel macam tuannya =P (masuk bakul angkat sendiri daa~) ini kucing namanya MingMing. kucing yang lain selain Bundle. boleh la banyaknya kucing dekat rumah aku. nanti aku perkenalkan satu2 ek. hehehe

MyLittleNote :: tak ada menda nak post. lepas ni nak baca novel fiksyen 302 karya RAM. jyaa!

Sunday, June 10, 2012

Sukan Sunnah :: Memanah...

Bismillahirrahmanirrahim.

salah satu sukan sunnah yang paling aku suka antaranya memanah. i love archery very much. sukan yang aku idam-idamkan sejak kecik. alhamdulillah. impian jadi kenyataan bila sekolah buat kelab baru. kelab memanah. masa tu nyaris2 aku nak keluar kelab sebab ahli kelab dah terlampau ramai. jadinya terpaksa pujuk budak2 suruh keluar. dengan rela hati, aku pun nak ikut keluar. tapi ditahan oleh kawan aku. well, wakil perempuan form 5 cuma 3 orang je. sadis. disebabkan kelab ini juga aku dapat wakil sekolah dalam pertandingan memanah peringkat daerah. nak tau cerita sila tekan INI

banyak kebaikan melakukan aktiviti sukan sunnah ni. aku ambil contoh bagi kebaikan memanah.


[Kredit]

Memanah
Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.

Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.

Bersabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)

[Kredit from LINK]

dah setahun 2 bulan tak main archery lagi. sedih sangat. kalau nampak ada yang main archery. melompat-lompat nak ikut main. huwuu~ tapi apakan daya. peralatan memanah boleh mencecah ribuan ringgit. kalau tengok sukan archery dekat tv, terus je zapps duduk depan tv. buka mata besar2. kalau diorang main tak betul. aku mula membebel. lainlah kalau atlet yang main. aku pun mengangguk-angguk. ohh~ macam tu ek..

syukur alhamdulillah. semua sukan sunnah aku dah pernah cuba. berenang, memanah, berkuda. semua dah. yang berkuda tu aku just naik kuda je. kuda tu tak lari pun. hihi. masa tu umur aku 11 tahun. naik kuda dekat zoo melaka. ^_^

MyLittleNote :: finish hapdet. aku nak pergi kenduri kawen ni. lagi satu, sapa nak belajar main archery. meh lah. aku tolong jadi sifu. hehehe. jyaa!

Friday, June 8, 2012

Merepek lagi...

Bissmillahirrahmanirrahim.

hampir seminggu aku menghilangkan diri sebelum aku menghapdet entri INI dan INI. aku pergi mana? tak pergi mana2 pun. duduk rumah sambil menjauhkan diri dari dunia maya. menghabiskan tontonan DVD Ouran High School Host Club. dan err.. 

my feveret. ahaks ;) [Kredit]

oh! sebelum tu, entri lepas. ramai yang minta resepi donat coklat tu. (sebenarnya tak ramai pun. takat 2 atau 3 orang. hihi. saja nak buat saspen =P ) maaflah. saya ni bukannya tak nak bagi. resepi so simple. anggaran kuantiti bahan yang nak digunakan aku main agak je. ikut gerak hati konon2nya. gomene~ T.T

minggu ni. banyak sangat persoalan dari hotak kepala aku yang dah hampir nak berkarat ni. MACAM MANA NAK BUAT INSTAGRAM? sebab aku semakin jeles dengan gambar2 yang ditangkap menggunakan instagram. =.= aku pun nak buat juga. sobs.

MyLittleNote :: waiting 14 June. moga2 diterima. amin. jyaa!

Wednesday, June 6, 2012

Donat Coklat...

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari tu aku puasa. Err.. tiba2 ngidam nak makan donat coklat. Ni gara-gara aku belek majalah Rapi dan terpandang keenakkan donat coklat. Maklumlah. Time berpuasa ni, semua makanan nak dimakannya. Teringin nak makan tulah, inilah. Macam2. So, dengan segala kudrat kewanitaan aku. (cehh~) aku berjaya membuat donat coklat. First time tu. Ho ho ho. Memang mula2 tu aku tak reti nak buat donat. Tapi, ibu terchenta ada di sisi bersedia untuk menjadi ketua chef mengarahkan aku itu dan ini untuk menghasilkan donat coklat yang berkualiti tinggi. *blink blink* he he he. Jadi, aku pun menjalankan tugas berpandukan teriakan ibu dari ruang tamu. (kebetulan masa tu ibu tengah jahit baju)

Tuang.. tuang.. tuang..
Bancuh.. bancuh.. bancuh..
Uli.. uli.. uli..
Bentuk.. bentuk.. bentuk..
Goreng.. goreng.. goreng..
Akhirnya. Tada!

abaikan rupa donat tu. comot tapi sedap ^_^

MyLittleNote :: aya~ ingat tadi beriya-iya nak tengok cinta vlog. aleh2 jadi kembang anak tekak, terasa nak muntah berwarna-warni. eh!

Tuesday, June 5, 2012

Naqib atau Naqibah...

Bismillahirrahmanirrahim.

Naqib atau Naqibah. Ialah nama gelaran bagi pembimbing yang bertanggungjawab bagi sesuatu Usrah yang dijalankan. Naqib/ah ialah seseorang yang secara sukarela menerima amanah menjaga dan sedia membangunkan ahli-ahli Usrah dari hari pertama usrah diadakan hingga ke hari akhir Usrah.[^_~] dan gelaran Naqib untuk lelaki manakala Naqibah untuk perempuan.

Sumber :: Tip & Trik Usrah.


Dapatkan buku ini sekarang jika anda teringin membentuk sebuah usrah yang sumpah osem [^ 3 ^] (sambil promote sekali)

MyLittleNote :: ada seorang hamba Allah ni tanya aku apa itu Naqib/ah. jyaa!