Wednesday, June 29, 2011

Sukan sekolah

hari ni dekat sekolah ada sukan tara, best tak terkata sebab pada tahun ni ada 4 acara, selalunya 1 acara, iaitu lari pecut. dan bercabang kepada 4 iaitu, lari pecut 100 meter, lari pecut 200 meter, 4X100 meter, 4X200 meter. tapi tahun ni lebih sikit. lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru dan lari pecut. yang bestnya, buat dekat stadium. hehe.(nak berangan jadi atlet kejap lah. hehe)cewah..

-created by-
Hanamiko Sakura
mood : happy.. akhirnya dapat bermain dengan sukan kegemaranku...(lompat tinggi dan lompat jauh + lontar peluru) ^_^

Monday, June 27, 2011

Kisah Cinta

setiap orang pasti mempunyai kisah cinta yang tersendiri... orang seperti aku yang anti-cinta pun pernah bercinta suatu ketika dahulu.......

begini ceritanya....

ada hamba ALLAH yang dahulunya pernah berkata yang dia benci pada couple, kiranya anti-couple. dia selalu nasihatkan sahabatnya supaya jangan ber'couple' kerana couple tu haram. siapa sangka. tanpa diduga, dia pun ber'couple' dengan seorang mamat yang ditemuinya di sebuah kursus bahasa arab. mereka mula bercinta sejak mereka bermain SMS. tapi masalahnya, dia dilarang untuk menggunakan handset. dengan senyap dia menggunakannya. abangnya pulang bercuti. dengan perasaan gelabahnya, dia terpaksa menyimpan handset tersebut. waktu itu mereka ber'couple' ketika di tingkatan 3. selama berbulan-bulan mereka tidak berhubung sehingga tamat PMR.

hubungan mereka bagai tiada status. akhirnya, dia mengambil keputusan untuk mengganggu seorang mamat yang merupakan jiran kepada sahabat baiknya, kerana dia begitu tertarik dengan mamat itu. hari berganti hari, akhirnya dia ber'couple' buat kali kedua. kiranya, dia begitu sayang dan cinta terhadap mamat itu. tak kira macam mana perangai mamat itu, dia tetap setia tanpa penghujungnya. bagi dirinya, lelaki itu cinta pertamanya. mereka pernah dating, tapi cuma sekali. pengorbanan dia terhadap mamat itu tidak berbelah bagi. dia sanggup tunggu mamat itu pulang bercuti dari kolej. dia sangkakan panas terik sampai kepetang. rupanya ada hujan ditengah hari. mamat kesayangannya bermain kayu tiga dibelakangnya. lebih parah apabila perempuan itu sahabat baiknya sendiri. hatinya tetap tulus, dia tidak memarahi sahabatnya. bahkan dia lebih marah terhadap mamat itu sehingga mereka clash dengan rasminya. gara2 masalah itu, keputusan peperiksaan pertengahan tahunnya merosot. dia begitu sedih sekali kerana dia tidak dapat melupakan mamat itu. hari berganti hari, bulan berganti bulan. akhirnya dia berdiri semula setelah bersahabat dengan wanita yang bagi dirinya dikatakan solehah. dia bangkit untuk melupakannya walau disudut hati masih menyayanginya.

alhamdulilah, akhirnya dia dapat melupakan mamat itu. kini dia menetapkan hatinya untuk anti-couple. malangnya, niatnya diganggu. hadir seorang lelaki sebagai pelajar baru di sekolahnya. baik lelaki itu. dalam hatinya, dia menyatakan lelaki itu tidak handsome. bahkan semua lelaki dia menyatakan tidak handsome kerana itu adalah kunci utama buat dia untuk anti-couple. imannya selalu goyah. dengan izin ALLAH, mereka banyak terlibat dalam aktiviti satu kumpulan. pertembungan tanpa disengajakan. dan kebetulan yang lain berlaku antara mereka .sehingga sekarang dia masih memendam perasaannya terhadap lelaki itu. kadang2, lelaki itu membuatkannya dia cemburu terhadapnya. cemburu kerana lelaki itu pandai, baik, ramai orang suka padanya, berbakat. and everything about him dia cemburu.



hidup kisah cinta aku sedikit sebanyak ada persamaan macam kisah diatas... well, sekarang ni aku betul2 anti cinta dan memang tidak suka dengan couple... hahaha, bila belajar matapelajaran PSI fasal bab perkahwinan pun aku dah geli gelama... iyuuuu... aku tahu, suatu hari nanti aku juga bakal berkahwin.hehehe

-created by-

mood : =)

Sunday, June 26, 2011

My first doodle =)


hahahaha.... buruk betul doodle yang aku buat.... hahahaha.... lagi pun aku guna photoshop CS4... sudah lah tak tahu guna.... main taram je.... bila terfikir balik, lebih baik buat dekat paint je... buang masa... teringin sangat nak buat doodle sampai paksa budak lelaki yang rajin sangat dengan teknologi bagi photoshop... kejam betul....

tataplah doodle yang aku buat ni.... hahahaha

-created by-

mood : hehehe, tengah study add math terus lepak depan laptop sebab nak hilangkan stress sambil layan fb...hehehe

Friday, June 24, 2011

Background hilang...

aku nak tukar cursor jadi yang lebh comel... ceh... tapi aku silap tukar... aku tertukar background punya kod Html... wuwarkh!!!... background tu yang menjadikan blog aku lebih cantik..... tapi....

aku cepat2 cari background lain... sampai lah terjumpa background ni... huhu sob,,sob...

tak tahu lah kata blogger lain kalau singgah ke blog aku ni...

-created by-
mood : wuarkh!!!

Usaha Berjaya~~

penat betul jadi salah satu AJK sidang redaksi majalah sekolah... padahal aku cuma pegang jawatan photographer je.... dah bercabang-cabang tugas.... artikel.... graphic.... aku juga yang buat... hahaha... sekadar takat bantu membantu je lah....

hahahaha..... tak disangka-sangka.... kerja graphic design picture aku diterima.... (oleh boss editor yang cerewet....hehehe) dua picture yang diterima pula tu.... hehehehe.... kegembiraan macam menang lotery.... hahahaha.... tapi aku tak pernah main lotery ek... sorry sikit....


-created by-
mood : happy... happy... =)

Blogwalking =)

hari ini aku singgah blog Kak Hanis a.k.a Hana Sakura... asal buka blog,, mesti singgah blog dia... nak tahu kenapa??? dia membawa aku berjalan-jalan di jepun...

aku teringin sangat nak pergi jepun... aku tahu semua orang memasang angan2 nak pergi jepun juga... alasan aku untuk pergi jepun sebab aku suka dengan penduduk jepun yang ramah... penempatan yang sistematik....

hurm... macam mana aku boleh tahu ek???

aku selalu tengok kartun jepun.... anime lah.... dengan mengikuti blog Kak Hanis,,, aku dapat belaja berbahasa jepun.... that's why blog aku bernama



hahahaha.... nama tu pun nama pertama yang terlintas difikiran aku semasa membuat e-mail...
lupa pula dengan nama Hanakimi....=)

-created by-
mood : =) senyum sokmo....

Thursday, June 23, 2011

Teacher's Day 2011

hah!! mesti semua orang pelikkan kenapa post title aku macam tu... mestilah pelik sebab hari guru dah lama disambut... sekarang baru aku nak sebut... ceritanya begini....


ada seekor keldai tengah berjalan-jalan menunggu nasib....
cewah... tak ada kaitan dengan cerita aku pun...

alkisah...

sekolah aku busy...
tak tahu lah busy dengan apa... Yup!!! budak2 form 5 busy dengan MIBF 1.... nak tahu ape tu... exam lah... so, ditunda.... ditunda...
23 Jun...
Hari Guru sekolah aku....
hahahaha....
lawak lah.... tapi memang penat.... sebab aku uruskan untuk aktiviti guru....
buat pertandingan memasak.....
pertama kali diadakan....
lepas tu kita orang sambung masak sebab nak habiskan sisa2 bahan.... bukann sisa2 sampah okey... hahahahaha..... masak main campak2.... selesai.... apa lagi.... kami melantak....
Mee Hoon goreng....
2 jenis....
aku punya paling sedap... :)
hah!!! ni dia... masakan dari guruku sayang.... hehehehe... tapi satu je dapat tangkap gambar ni sebab battery camera dah low...hurm...

-created by-
mood : saje je budak2 pengawas tu pasang lagu sedih masa bagi hadiah kat guru2.... huhuhu.....

Saturday, June 18, 2011

~~Selamat Tinggal Token~~~

kucing aku hari ni mati... kena langgar... kesian dia... walaupun dia tu jahat... degil... tapi dia tetap kucing aku... masa pengebumian dia... aku menangis...

dah lah kepalanya berdarah... kesan darah atas jalan ditutup dengan tanah... aku tak sempat nak minta maaf dengan kucing aku tu... aku selalu pukul dia... sebab dia tu degil sangat... curi ikan lah,,, curi makanan lah,,, tu sebab aku sayang dia...

kawan kakchik cakap:-
kucing dekat rumah ibu dah banyak... sampai orang lain tak boleh hafal... redha je lah...

aku tak tahu... sama ada ayat itu memujuk hati aku yang sedang rapuh ini...

-created by-
mood : didalam kesedihan...

Pesanan buat Blogger

kepada blogger2 yang singgah ke blog saya... jutaan terima kasih.... sebab blog saya tidaklah secantik blok anda... saya memang menghargai kepada sesiapa yang membaca blog saya... itu membuatkan saya menjadi malu... hehehe...

mestilah malu sebab ada seseorang yang nak mengetahui kisah hidup saya sebagai hamba ALLAH....

pesanan yang terpenting....
kalau nak follow saya biarlah ikhlas.... bukan sebab...
* ugutan...
* belas kasihan...
* sebab saya dah follow anda... anda follow saya balik...

-created by-

mood : tandatangan baru... cantikkan...:-)

Friday, June 17, 2011

Alhamdulillah...:)



berbalik kepada tajuk diatas...
alhamdullilah...
kenapa??? aku dapat B+ dalam English subject... dan aku heran,,, kenapa kawan2 lain yang 'tere' dalam English subject markahnya under aku... dan aku selidik punya selidik... rupa2nya karangan aku ada proverbs... budak2 yang 'tere2' tu tak ada...

syukur alhamdulillah sekali lagi...
aku akan usahakan karangan aku.... sama ada karangan dalam Bahasa Melayu subject atau English subject... aku akan tambahkan seberapa banyak proverbs...

so... aku mesti study fasal peribahasa ke proverbs ke.... i'll do the best!!!! yeah!!

-created by-
Hanamiko Sakura
mood : berkobar-kobar untuk SPM...

Thursday, June 16, 2011

lunar eclipes 2011

gerhana bulan...


geramnya... sepupu aku cakap... gerhana start esok pagi... maknanya awal pagi esok... kalau aku tahu gerhana tu pagi tadi... dah lama aku menanti kehadirannya... boleh solat sunat gerhana sekali... heish.... sebel....

-created by-
Hanamiko Sakura
mood : tak ada mood kot.... HAHAHA

Yeah!!

impian aku akhirnya terlaksana.... aku teringin sangat nak jadi seorang photographer untuk majalah sekolah.... tak pegang jawatan sebagai ketua pun tak apalah... janji aku dibenarkan bawa camera pergi sekolah.... boleh tangkap gambar kawan2.... hehehe....

YA ALLAH, KUATKAN LAH IMAN HAMBAMU INI....

aku jadi anak buah dia... si dia yang aku minat... jadinya aku harus bekerjasama dengan dia.... aku takut... aku takut untuk melakukan zina hati.... aku tak nak dapat dosa....

-created by-
Hanamiko Sakura
mood : :(

Tuesday, June 14, 2011

Kesedihan~ kekecewaan~ hanya Allah saja yang tahu

pagi tadi aku menangis.... mendengarkan luahan kata2 dari seorang guru yang mengajar mata pelajaran prinsip akaun.... aku menangis bukan sebab cikgu pasang lagu sedih sambil bercakap.... aku menangis sebab aku kecewa dengan cikgu.... bukan apa,,, dia bersungguh menyatakan anak muridnya tiada kesungguhan dalam menjayakan folio prinsip akaun.... aku sampai tak tidur malam untuk menyiapkannya.... tiada rehat langsung.... tempoh kerja kursus itu cuma sebulan.... padahal, kementrian pendidikan bagi tempoh 2 bulan.... memang tak masuk akal.... kalau kami duduk asrama tak ape juga... ini kami duduk di rumah.... lagi2 aku.... takkan aku nak menghabiskan masa untuk menghadap kerja kursus tu.... aku pun ada tanggungjawab lain sebagai seorang anak.... lebih2 lagi aku anak bongsu.... adik beradik lain dah 'blah' dari rumah.... maklumlah.... ada yang sudah mendirikan rumah tangga,, ada yang bekerja... ada yang sambung belajar..... jadi seorang anak bongsu memang banyak tanggungjawab.... bukan saja anak sulung seorang....


ye.... memang aku akui.... aku hantar folio tu waktu magrib.... siap datang rumah cikgu waktu magrib..... memang seorang yang tidak beradap.... dah lah datang jauh2.... bawa motor.... perempuan.... magrib.... cikgu langsung tak risau pasal aku..... aku kecewa sangat.... itukah yang dinamakan penganti ibubapa disekolah.... aku betul2 kecewa.... cikgu siap bagi amaran.... "cikgu tak nak terima folio yang hantar pada buka sekolah".... mana tak gabranya aku....


lepas tu.... cikgu cerita peristiwa ni di kelas.... memang cikgu tak sebut siapa orangnya.... tapi aku terasa.... siapa yang makan cili,, dia yang terasa pedasnya.... aku betul2 terasa......

fasal folio tu....
kalau aku tak minat dengan mata pelajaran tu.... dah lama aku copy paste dengan orang lain.... dan aku tak akan buat dengan bersungguh-sungguh.... aku memang kecewa gila dengan cikgu tu......

*******************************************************************************************

seorang cikgu nakkan perasaannya difahami oleh anak muridnya....
tapi cikgu tu nak ke faham perasaan anak muridnya.....

cikgu tak akan faham perasaan anak muridnya....

tapi aku juga akui yang biadap terhadap guru adalah satu dosa.....
tapi macam mana dalam keadaan situasi begini????

-created by-
Hanamiko Sakura
mood : tak pernah2 seumur hidup aku sebagai seorang pelajar berasa begitu kecewa terhadap seorang guru...

Saturday, June 11, 2011

Semarak Membara menuju SPM.....


entri kali ni aku nak katakan program SEMARAK SPM & PMR.... terbaik.... memang best.... aku dapat masuk kelas kedua... mula2 tu agak tercabar sebab aku dari kelas pertama... kenapa dapat kelas kedua pula.... tak boleh jadi ni.... lagi2 bila cikgu cakap kelas ditentukan mengikut gred.... arkh!!!! tapi ALLAH S.W.T ada rancangan di sebalik hal ini.... kelas yang aku masuk tu betul2 TERBAIK!!!! best gila.... mata pelajaran yang mengantuk pun tak jadi ngantuk.... budak2 nya semuanya happy macam kanak2 ribena.... lagi2 aku dan member yang lagi seorang.... kami betul2 budak hyper active... hahaha..sebab tu dia dapat PELAJAR TERBAIK dalam program tu.... kalau tak... aku pun dapat juga.... tapi bukan rezeki aku....


lain tajuk*************

kerja kursus prinsip akaun aku belum siap lagi.... kunci kira2 aku belum imbang lagi.... imbangan duga terlaras sudah imbang.... kunci kira2 pula buat hal.... geramnya.... arkh!!!!!! nak je gigit2 kertas tu.... uweks...

-created by-
Hanamiko Sakura
mood : bengang....!!!!!

Monday, June 6, 2011

Kuat~tapi lembek macam sotong...

dah memang fitrah manusia sebagai seorang perempuan... aku mula2 memang tak percaya yang aku sudah lembik sekarang ni...

cik akak oit... anda tu perempuan... memang lah lemah...

tapi dulu aku kuat... antara anak perempuan yang terkuat dalam family aku... siap boleh tolong bapa buat kerja2 berat... tong gas yang berisi pun aku boleh angkat sorang2... hurm... tu masa kecik2... umur belum matang... hehehe... sekarang aku dah matang ke... jangan perasan... perangai macam budak bawah umur... ada hati nak jadi matang...

matang... aku memang tak suka jadi matang... sebab??? aku tak tahu... yang aku tahu nak main... hehehe....

kak oit... umur dah 17 tahun masih nak main... BALIK... pergi study!!!!

arkh!!! lari... sebelum apa2 yang terjadi... lebih baik aku cabut... hehehe... lari tajuk pulak...

balik kepada tajuk diatas... petang tadi aku tolong bapa angkat kayu... kerja2 orang lelaki... hai, maklumlah... cuma aku sorang je yang ada di rumah... tolong angkat kayu... simple work... lepas tu... angkat tangga pula... tangga ringan tak ape... tangga berat macam 1 tan... angkat cuma 2 orang je... aku dengan bapa... mak oit... berat...

tadi pun... nak turun pergi bilik mandi pun tak ada tangga... maklumlah... rumah aku rumah dua tingkat... ceh... jangan risau sebab aku heroin panjat memanjat macam monyet... hehehe... keluar dari bilik mandi... DUSH!!! adoi... kepala aku terhantuk dekat kayu yang berpalang... ini lah nasib bila jadi orang tinggi... nasib badan... kayu palang tu jadi senget... nasib baik tak jatuh dan terus timpa aku... naya...

-created by-
Hanamiko Sakura
mood : hurm...esok sekolah... tak ada mood pula... lebih baik pergi sekolah... study untuk SPM... daripada duduk rumah... asyik tengok TV dan hadap laptop main internet... huhuhu... that's my work... no body can stop my hobbies... kecuali pakwe aku ALLAH S.W.T

Sunday, June 5, 2011

Today~~

hari ini aku tak tahu nak buat apa... aku ada banyak kerja... tapi malas nak buat... lagi2 dengan kerja kursus akaun... arkh!!!! esok kena hantar lah... tak siap... tak tahu nak buat macam mana??? adoi... pening kepala... kucing2 kat rumah aku buat hal... tak nak keluar... asyik nak duduk dalam rumah je... degil... macam tuannya... hehehe... hari ini aku tulis blog pun saje2 tak ada kerja...

lebih baik cari kerja lah kak oit... hehehe... malas...

ok... I've to go now...
"ilaliqa'"

-created by-
Hanamiko Sakura
mood : blurrrr______________________!!

Friday, June 3, 2011

Kungfu Panda 2

celik mata aku terkejut kerana aku baru teringat bahawasanya aku harus ke sekolah kerana ada ujian lisan yang belum sempurna itu... bangun dah pukul 10.30... macam mana nak pergi sekolah... dah lambat ni... kaunter tutup pukul 2.00... tak apalah... teruskan kerja2 rumah yang berlambak... masak, basuh baju, sidai baju, simpan baju,(lipat baju kakcik yang buat)... setelah selesai... kakcik ajak berjalan-jalan... pukul 3.30 kita cabut dari rumah... destinasi pertama di BSN... masukkan duit... tunggu punya tunggu sampai tertidur... rupa2nya kena masukkan melalui ATM... sengalkan??? dah lah penat menunggu... well,,aku tak tau masukkan duit... yang aku tahu keluarkan duit... kami mula beredar dari BSN dalam pukul 4.20... destinasi seterusnya menuju ke AEON Bukit Tinggi... setelah menyelesaikan urusan parking kereta... kami berjalan menuju ke kaunter pawagam... kakcik ada tanya mahu menonton cerita apa... aku hanya menjawab "apa2 je... kalau cerita ni semua akhirnya sampai kat rumah" kerek gila aku ni... ceh,, tiket wayang mula pukul 6.20... jadi kami mengambil keputusan untuk singgah di POPULAR... shopping buku... kakcik nak buat club member... guna nama aku sebab nak murah... student punya yuran just RM10... itu cadangan aku... dalam tempoh 2 tahun... setelah selesai urusan itu... apa lagi... lepak disitu sampai tiba masanya untuk menonton wayang... aku perhatikan saja kakcik... aik, tak nak beli popcorn ke??? aku dah lah tengah lapar ni... terus je... masuk2... DUMM!!! alamak... terkejut aku... maklumlah baru first time masuk pawagam... aku cakap dekat kakcik yang aku takut... 6.35... baru lah mula cerita KUNGFU PANDA 2 yang kami akan tonton... best... dan lawak... dah habis tu... kami menyinggah di food court... mengisi perut yang berkeroncong... lagi2 perut aku yang sudah lama memainkan lagu SEDETIK LEBIH... ceh... setelah itu kami start shopping... wohoooo..... 10.56...kami balik menuju ke rumah... dalam perjalanan pulang... kami banyak menghabiskan masa dengan berborak... kini barulah aku tahu yang dahulu kakak hampir2 keguguran... kalau tidak... mesti anak buahku tidak ada disisi ku lagi... dan aku belum lagi memegang gelaran MAKSU... kini barulah aku merasai kesyukuran terhadap keanugerahan yang ALLAH bagi... aku sayangkan anak buahku... aku tidak akan marah lagi terhadap anak buahku...


first time masuk pawagam...
memang terkejut...
tempatnya sejuk sangat...
tempat duduk yang selesa...
tak perlu mendongak...
scrin memang besar...
itu pun kakcik ajak tengok lagi...
tengok cerita NUR KASIH THE MOVIE...
aish...

-created by-
Hanamiko Sakura
mood : Happy... aku rindu dengan anak buahku sebab dia balik kampung....huuuuu....sedih....

Thursday, June 2, 2011

Cukup sampai di sini....

cantikan blog aku...memang cantik...penat aku mengubahnya biar nampak cantik,,menarik,, dan lagi ramai follower aku...i hope so...pagi tadi pergi sekolah sebab ada ujian lisan English dan pendidikan al-quran dan al-sunnah....naik motor...ketika itu memang terharu sebab ibu membenarkan aku membawa motor ke sekolah...memang rasa2 terharu sampai nak mengalirkan air mata...dan,,aku jumpa budak2 junior...mereka semua baru habis training memanah...J.E.L.O.U.S... dengan mereka semua...training untuk archery tournament peringkat negeri...betul2 jelous... arkh!!! tournament tu hanya untuk 16 tahun kebawah... dan aku tak dapat menyertainya kerana aku sudah tua... huh!!! lagi pun tournament tu bagi kategori sekolah agama menengah SAHAJA...ish..jelous2....

-created by-
Hanamiko Sakura
mood : jelous gila....(masa aku jumpa budak2 tu kelakuan aku terlalu over sangat ke?... aku rasa menggedik semacam je.... mesti budak2 pelik dengan perangai aku dan tak suka dekat aku... ish menyampah betul...aku anti dengan budak gedik... tapi aku sendiri yang gedik)