Friday, July 29, 2011

Anime untuk si Dia


sempena birthday Kak Hanis semalam, hari ini saya nak bagi satu hadiah khas untuknya. atas permintaan Kak Hanis,, saya tunaikan..

ini gambar anime Kak Hanis tau!
siap dengan warna Biru 
your favorite colour ^.^

p/s : minta maaf lah,, gambar tak berapa cantik sikit.. nasib baik dapat edit biar bagi lawa dan comel macam tuannya ^0^


Thursday, July 28, 2011

Dum Dam!!!



hah! bunyi apa tu?? bunyi merecun lah.. tapi raya belum lagi?? tren dekat kampung aku. tak kira raya atau belum raya, tapi hari lain tak main lah. maklum, minggu depan nak dah masuk bulan umat Nabi Muhammad S.A.W iaitu bulan ramadhan. bulan Rasulullah nak dah habis(bulan shaban)..sob..sob T__T. belum lagi puasa,, dah ada yang main mercun. tengok lah nanti awal ramadhan, pertengahan ramadhan dan akhir ramadhan. dum dam... dum dam...lagi meriah bila akhir ramadhan.

asal lah aku ni,, bulan puasa belum datang dah cerita... tahun lalu banyak kenangan2 pahit dan manis bagi si hamba ALLAH ni...

p/s : sambung bila masuk bulan ramadhan ^0^


Duit syiling baharu Malaysia???

wah3... nampak gayanya ada duit syiling baharu... siap ada syiling emas(tak tahu lah syiling emas ke syiling celup emas).. nak tahu lebih lanjut sila ke (link)

mula2 tengok tu dah rasa macam duit luar negara... tak kenal langsung!


Wednesday, July 27, 2011

Anime

chopp! hehe, buat kejutan sikit. 
bila tengok gambar2 anime, teringat pulak dengan cerita Shakugan no Shana.. (haha, betul tak ni. main taram je!)
cerita Fruits Basket, Quran High School, Detective Conan, Sailormoon, Dragon Ball, Suzumiya Haruhi no Yuuutsu, Card Capten Sakura, Naruto, dan macam2 lah,, (banyak sebenarnya.. tapi dah lupa, banyak masa zaman sekolah rendah) dan yang paling penting K-ON!!,, best gila cerita tu..



 

oppss, maaf sangat2 sebab ada gambar yang tidak sesuai untuk di pandang ^.^

komik! aku pun layan juga. ada masa tu, aku akan bertukar2 komik dengan kawan2 lain. kiranya kami ni kaki komik.. sebab sifat minat komik ni.. jadi lahirlah satu bakat semula jadi.. iaitu melukis ^.^


Tuesday, July 26, 2011

release tension time!


opss,, hehe,, saje je nak kurangkan tekanan hidup. wah! rajinnya saya. (perasan!) gambar ni diambil semasa membersihkan kelas yang kotor dan berhabuk. yang saya pegang tu mop. memang pelik. apa kaitan mop dengan bersihkan kelas? ada kaitanlah! ketua kebersihan suruh mop lantai sampai bersih. lepas tu, undang2 dikenakan untuk membuka kasut bila masuk kelas. (undang2 pertama yang dilakukan di sekolah saya-undang2 sendirilah katakan>,<)

okey! cukup sampai disini untuk saya melalut tak tentu fasal. 


Monday, July 25, 2011

Local disk (D:) dah hilang!!!

huhuhu,, mood nangis ni... local disk dah hilang. aku tak tahu nak cari dekat mana... nasib baik aku dah jujur dekat kakcik yang semua maklumat tu hilang dan aku janji  akan cari balik maklumat2 yang hilang tu. sedihnya... banyak sangat picture2 yang hilang termasuk picture time kakak weeding and tunang. sedih gila! sampai aku sanggup tanya member2 aku yang gila komputer ni. adoi!

minta maaf lah. kepada sesiapa yang tahu untuk mencari balik semua maklumat tu.. minta sangat2 tunjuk ajar..
ni step2 masa aku hilangkan :-
  • aku tertekan Alt+F3,
  • then, dia loading,
  • lepas tu restart balik,
  • then, keluar skrin biru yang menggandungi kod2 enta apa entah,
  • then, aku buka balik my computer,
  • kosong! tak ada apa2,
nak menangis dibuatnya..=(

Sunday, July 24, 2011

Modul Item Berfokus 2

esok MIBF 2,, tapi layan blog pulak.. bagi aku menjelajah blog salah satu untuk aku cari ilmu atau maklumat... sejak aktif blog,, malas pulak nak buka fb... ada blog pun satu kelebihan juga. sebab kata penceramah dalam slot teknik menjawab bahasa melayu, banyakkan menulis untuk melatih diri buat karangan... betul tak?? tak lupa juga pesanan Kak Ain Maisara,, penulis novel. dia cakap, kalau nak berlatih menulis kena rajin tulis dekat blog.. rasa berbunga2 hati ini sebab aku juga rajin menulis. hehe(perasan!) dan banyak idea untuk menulis. tapi ada masalah kekangan waktu.

hurm, okey lah... nak stop ber'blog'ing sebab esokkan exam.. kalau SPM cemerlang, kot2 boleh ikut jejak Kak Hanis pergi Jepun ^_^ (ada harapan ke? sebab belajar kat jepun hanya yang ambil sains je =( ..tak ape lah, dapat melancong pun jadi lah)




Saturday, July 23, 2011

sesi kaunseling

Hari ni aku dapat nasihat percuma seterusnya menjalani sesi kaunseling yang agak pendek. Sesi kaunseling itu hanya aku dan abang. Buat pertama kalinya aku mengalirkan air mata dihadapan abangku sorang ini. (yei, tak malunya!! :P) memang, sekarang aku sudah menganggap abangku ini sebagai tulang belakang bagi membantu aku untuk mencari keredhaanNya. Atau yang lebih romantic, untuk mendapatkan cintaNya.

Walaupun kadang kala abangku ini amat menyebelkan, amat menyakitkan hati. Tapi dia ni baik. Secara tingkah lakunya, pertuturannya, akhlaknya. Hatinya? Aku tak tahu. Tapi dia tidaklah sebaik seorang abang macam Abdullah Khairul Azzam. (hero cerita KETIKA CINTA BERTASBIH). Ehem, kepada blogger perempuan yang masih single minggel tu. Janganlah ter’sangkut’ dekat abangku ni pulak. Pengsan aku nanti.

Ingat tak post aku pasal “Hati rasa terbakar apabila bertemu dengannya” dial ah tu orangnya. Bila aku cerita dekat Syeda. Dia cakap “abang kau sayang dekat kau.” Tapi dalam hati aku terbakar. Tak ada pun yang backup aku. Bila difikir-fikirkan balik. Ada betulnya. Aku sepatutnya bersyukur sebab ada seorang abang seperti dia walaupun dia ni kedekut. Opss.. maaf, sengaja. Hehehe.
Banyak betul perbezaan sikap abangku ini. Maybe sebab dia ni mahasiswa? Atau dia sudah berjauhan dengan keluarga menyebabkan dia sudah menjadi matang? Entahlah.. tapi kadang2 sikapnya melebihi anak bongsu. Menyampah!

Haha.. bila di ingatkan balik, memang kelakar waktu kami membesar bersama. Maklumlah, hanya aku satu-satunya adik kesayangannya. Ceh, perasan! Adik-beradik yang lain masih mengejar cita2 yang diimpikan. Memang tidak dapat dinafikan. Sikap aku hampir serupa macam budak lelaki. Ganas betul aku ni. Hahaha.. perangai aku macam ni pun sebab aku selalu bergaduh dengan dia. Asal jumpa je gaduh. Macam anjing dengan kucing. Kadang2 dia menang. Kadang2 juga aku menang. Kadang2 tiada pemenang, sebab sebelum mengetahui siapa yang menang. Kami sudah mendapat ‘hadiah’ dari kakcik. Dush! Pap! Adoi… dua2 kena sebat. Hahaha. Hah! Baru aku tahu. Dia tu suka buli aku. Hari2 buli aku. Dari aku kecik sampai dia study dekat U. Pertengahan tahun, dia berubah. Dah matanglah katakan.

Tapi, se’soleh2’ dia pun. Ada rahsia disebaliknya.. rahsianya… tutttt…. Hehe,, story lain kali lah.. penatlah nak menaip banyak2.. nanti pun tak ada nak yang baca post panjang lebar ni. Post blurr je..haha


Wednesday, July 20, 2011

Cerita Jepun

yeay!!! aku boleh update blog... sebab abang dan kakak aku sudah keluar menyelesaikan tugas yang tiada penghujungnya...(kejam betul aku ni>_<) semalam kawan aku bernama nisa' ada promote dekat aku cerita jepun... entah movie atau drama... begitu teruja masa proses promoted... (termasuk aku..) tapi aku dah terbayang cerita anime pulak.... cerita betul rupanya... (bukan anime) ceritanya begini.... menceritakan sebuah sekolah yang hanya khas untuk pelajar perempuan yang kaya-raya lagi mewah... tapi setiap pelajar diberikan seorang butler... butler tu ada grednya... peringkat2... ntah apa namanya.... ada seorang butler yang berpangkat tertinggi lagi tinggi...(berapa banyak tinggi daaa) semua pelajar mengidam-idamkan butler tu sebab butler tu handsome tahap nak mampos kot...hahaha(main tembak je aku ni) dan butler2 yang lain rasa cemburu terhadap butler tu.... tapi pelajar2 perempuan tu tak tahu siapa tuan dia... I mean,, dia punya cik muda dia.... semua orang tertanya-tanya....tanya sama pokok,,,apa sebab goyang... heish,,, melalut pulak aku ni.... dan cik muda butler tu adalah seorang pelajar perempuan yang miskin,,, pakai baju pun selekeh...tapi ada satu rahsia pada perempuan tu.... sebenarnya bapa budak perempuan ni orang kaya... tapi sebab keluarganya menentang pernikahan bapanya dan ibunya,,, akhirnya dia dihalau keluar.... sebab ibunya tu orang miksin...(tak adalah papa kedana...) macam mana butler tu jumpa budak perempuan tu pun aku tak tahu.... cerita tergantung sebab cikgu pun masuk untuk meneruskan sesi pembelajaran.... dan aku teruja untuk tengok cerita tu.... tapi aku tak tahu tajuk apa cerita tu.... bagi sesiapa yang tahu... tolong bagi tahu... kalau cerita yang aku cerita tak betul... minta maaf... sebab ini cerita hanya live menerusi penceritaan dan pendengaran.... tapi yang aku tahu,,, katanya heroin cerita tu sama macam heroin cerita my boys... hahaha,, bila teringat cerita my boys... lawak pulak...hehehe


Tuesday, July 19, 2011

Hati rasa terbakar bila berhadapan dengannya

ye,, memang terbakar hati ni... siapa lagi kalau bukan abangku seorang yang suka cari pasal...dah masalahnya aku dulu yang pinjam broadband dekat abang ipar... tiba2 dia pula nak pinjam... siap ugut lagi tu... betapa kejam.... arkkkhhhhh!!!! menjerit dekat blog pun tak guna.... ish,,, rasa nak tenyek2 je dia tu.... menyakitkan hati....

hah!!! kakcik baru je balik entah dari mana... dating agaknya... huh!!
tiba2 je tuduh orang main internet.... orang buka internet pun nak buat kerja.... in pun sempat buka blog kesayanganku ini.... sebab dah rindu tahap gila...( ye la tu... ) facebook??? tak sempat kot... project work add math pun belum siap.... nak nangis je... wuwuwww....

urm... hari ini orang sekeliling aku tuduh aku macam2...( kecuali kawan2 dekat sekolah,, my parents and sister yang sulung tu )... huhuhu,, sob..sob


Tuesday, July 12, 2011

PLKN 2011

perkara utama yang aku nak cakap yang aku tak dapat PLKN.... urm,,, tak ada rezeki... hah!! kalau macam tu senang aku nak masuk U 'kan... hehe... (pujukkan hati ini),, teringin juga nak pergi plkn,, sebab aku nikan suka sukan lasak,, yang extrem gitu...


hurm,, sedihnya...=(

-created by-

mood: bukan rezeki saya,, maybe ada hikmah disebaliknya...
p/s: sukan sekolah akan disambung... buat masa ni ditunda sebab saya tengah melayan perasaan kecewa...

Monday, July 11, 2011

sukan tahunan sekolah 2011

finally...
sunday, 10 July 2011
stadium kuala selangor


firqah biru a.k.a solehuddin al ayubi(betul tak ni??)-the winner-


firqah merah a.k.a salman al farisi -the second winner-

hah... gempaq 'kan... hehehe,, just guess, aku dari firqah mana???
merah lah... the second one...
syukur alhamdulillah... berkat tahun akhir di sekolah... dari form 1 sampai form 4,, firqah merah tak pernah menang.... asyik digondol oleh firqah hijau a.k.a hamzah asadullah... firqah kuning a.k.a khalid al walid??? tak tahu lah.... lupa...

kami berkumpul di masjid Bukit Kapar,, tanah kelahiranku.... sudah semestinya...XD
then, kami bertolak.... hureyyyyy....
dan kami sampai....
laaaa.... aku ingatkan stadiumnya macam stadium dekat shah alam yang besar gila.... hakks... stadium biasa je.... tapi macam stadium tengok bola.... gempaq,,

acara pertama bermula dengan perbarisan...
firqah merah dah kalang kabut macam lipas kudung nak menjayakan perbarisan kami... tema kami tahun lepas tema kaum china,,, dan maskotnya dragon... tapi tahun ni,, tema kami nun jauh di sana... di negara terbit matahari.... apa lagi kalau bukan Japan.... dan maskot budak kecik.... ULTRAMEN... siap dengan raksasa yang tak berapa seram.... uuwarhhhh.... takut tak...hehe
yang tukang pegang sepanduk... of course lah aku.... (tak ada pengalaman masa tu...wawawaaa) kostum gempaq.... aku pakai pakaian ala2 kimono....(bukanya kimino pun)idea gila aku... gambar tak ada ek...sorry...

perasaan aku masa pakai kimono tu memang gemuruh....gemuruh jiwa, semangat membara,... heish aku ni,, menyanyi pula... yola,, aku ni sudah biasa pakai tudung labuh,,, bajuh labuh,,, aleh2 kena pakai baju yang sendat gitu... tapi tak slim macam orangnya lah... huhuhu...
kontroversi....
cikgu tak berapa setuju pula... siap dapat nasihat lagi... aduh!!! risau aku.... makkkk!!! tolongggg... taktik aku yang agak gila.... pakai baju sukan labuh...(bahagian dalam)... mak oiii,,, pakai baju kimono keluar baju sukan.... wawawaaa.... kalau kakak aku nampak,,, mesti kena sembur.... kakak aku tukan suka kiritik baju pelik2 yang aku pakai.... hehehe....

perbarisan selesai....
hah!! sebelum tu ada persembahan dari PSSGM.... apa tu??? PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MALAYSIA... gempaq.... siap yang berlawan lagi tu... pweiitttt....
then, sorakan demi sorakkan dari firqah masing2.... firqah merah... gempaq!!! ada sorakkan bahasa jepun lagi.... budak2 lelaki buat gaya sumo....wowww.... i like...i like...

tiba2....


to be continue....

-created by-

mood : nak buat suspen sikit.... hehehe

sakit??

hari ni aku sakit... sakit2 sempat post entri... sebab semalam ada sukan tahunan kali ke 4 di stadium... masuk perbarisan dan akhirnya hujan... pening kepala... tapi yang paling sadis dan teruk... aku sakit dada, asyik terbatuk2, selsema.... sakit dada ni rasanya macam telan batu besar... mayak sakit woo... lagi2 time nak sendawa... Ya ALLAH,,, sakitnya... ibu tak tahu lagi... memang tak nak bagi tahu pun.... kalau bagi tahu pun bukan ibu nak percaya.... nanti ibu marah2... maklumlah... hari ini aku cuti.... ada je kerja yang nak kena buat... =,=

berita tergempar...
hari ini senarai calon PLKN dah keluar.... eleh,, aku mesti tak dapat punya... sebab abang aku dah tolong gantikan tempat aku...(thanks brother =)...)

sorry lorry,, aku dah janji nak post entri sukan tahunan 2011 aku... insyaALLAH,, sebab ni aku tengah nak berusaha untuk cari gambar aku yang pakai ala2 kimono... (yela tu!) koleksi gambar aku tak ada sebab masa tu aku pegang sepanduk.... mana sempat >_< .... dan pengalamannya, nanti aku story di entri lain.


mood : hurmmm,, sakit tak terkata... nanti petang ajak BFF aku pergi klinik la... YA ALLAH...
p/s : best friend for ever,, not boy friend for ever.... uweks..

Monday, July 4, 2011

^_^

hehe,, tak tahu nak tulis tajuk entri apa...

gambar saya masa lompat tinggi akan ditunda semasa hari sukan sekolah... (ソーリー - sorry =_=)
itu pun dah bergaduh sebab kawan yang masuk lompat tinggi nak tukar dengan saya yang masuk lompat jauh... faham tak???

hehe. saya memang suka cakap terbalik-balik...
tunggu 10 July 2011, ahad ni je....
^_^
minta maaf

-created by-

mood : ^_^ maafkan saya... maafkan saya... maafkan saya.... ( hai, dah berapa banyak maaf da...)

Saturday, July 2, 2011

warkhhh!!!

eh?? asal aku menjerit ni... ceh, tak ada makna aku nak menjerit kat blog... buang tenaga, lagi2 buang 'karen' kat rumah bapak aku ni... heish... bukan apa,, aku menjerit pun sebab.... gara2 lompat tinggi... nak tengok gambarnya??? tak payah lah... malu... dah lah tak lepas... rupa lawak je lebih... hehehe... mati2 ingatkan lepas... lepas lompat tu,, tergolek2 macam ayam golek...hahaha... rasa macam mandi kat Sunway Lagoon... hahaha

hah!! lontar peluru... memang balingan aku hebat macam atlit sukan negara(ceh, berangan je lebih >_<) hahaha... hebat memang hebat... unfortunately,, BATAL... hahaha... sebel je... disebabkan aku ter'over' acting macam atlit... kaki aku masuk 'kawasan larangan' ceh... ayat gempaq... maksudnya, kaki aku terlebih garisan yang sepatutnya... heish... 2 kali peluang aku buat benda yang sama... hehe, cikgu siap pesan... ehemm... ehemm...(nak betulkan suara kejap...hehehe) kamu nanti masa pertandingan jangan buat macam tu...dah lah cantik... balingan hebat

hahaha... mestilah hebat... ceh,,

kawan siapa lah ni yang berangan kerjanya.... angkat tangan...

hah.. lupa nak cakap... hari ni ada 1sukan 1malaysia... masuk the book of rekod... harap2 muka aku masuk paper... hahaha

-created by-

mood : semalam sedih, hari ni pening kepala tahap maksimum, esok siapa tahu kan... hanya ALLAH yang merancang...