Thursday, December 29, 2011

~Tak Sihat~


hari ni ana menaip entry dalam keadaan tidak sihat... baru je semalam start bersenam pepagi hari yang dingin(ceh ayat!) tiba2 rasa demam ini hari... petang ni kena pergi library sebab nak buat kerja sama member... huwaaaa! tugas ana sebagai setiausaha kelab memanah belum selesai... PENG!! <--- ini tanda ana pingsan... har3 taip pengsan pun tak betul...

ini dugaan ALLAH... harus bersabar... fight-o........ OH! (cam kenal je ayat ni... hahaha... ayat yamaguchi-sensei dalam j-drama gokusen...)

sejak kemalangan itu hari pada bulan febuari... kesihatan ana tak menentu... rasanya bulan ni dah 2X... first masa ana tengah ambik exam... time prinsip perakaunan pulak tu... huwaaaa... masa jawab bahasa arab tinggi pun baru nak baik sikit... lepas exam je balik terus demam satu hari... sampai pakai baju sejuk tebal2 macam nak ikut kakak pergi sweden... HA HA HA... dah lah malam tu bapa paksa ana makan ubat... arkhhhhh! tak suka makan ubat... uweks!

MyNote: okey lah... next entry... nak buat panjang2 takut tak terbaca... lagi pun ana penat hadap laptop lama2... moga2 hari ni jugak ana sihat... pisss... ana akan buat entry tentang kejadian bulan febuari... mesti ada ramai yang ternanti2...

Tuesday, December 27, 2011

~Kahwin terpaksa~


sebelum memulakan cerita ana nak senyum dulu...

sebenarnya ana bukan peminat tegar drama melayu... adalah 2 atau 3 drama yang ana minat... tak adalah terlampau minat... just minat gitu2... setia menunggu sehingga episod terakhir... tapi ada satu drama ni yang menghasilkan satu magnet yang menarik ana suruh tengok...
iaitu drama
.
.
.
.
.


ana tak adalah tengok drama ni dari episod pertama... sebab tu tak tahu sangat... tahu pun sikit2 je..^^

apa yang membuatkan ana tertarik dengan drama ni sebab ada satu babak yang rasanya sebijik..(mungkin tak adalah sebijik sangat)...macam video matluthfi...


hahaha... ada tak persamaannya... perkahwian secara paksa...

dan yang membuatkan ana rasa best tentang cerita ini ialah... dua orang adik beradik tiri suka dekat seorang perempuan yang sama... tak tahulah siapa yang dapat...

MyNote: ini hanya pandangan ana je tau ^^ 

Sunday, December 25, 2011

~Plan Cuti Panjang (Part 2)~

entry kali ni ana nak sambung kembali entry Plan Cuti Panjang (Part 1).. hehe,, macam filem pulak ada bahagian2 ni...



Plan Berjaya ^^

Plan pertama~
-->wot..wot.. ana berjaya! sungguh terharu sangat... ana berjaya menghasut kawan untuk membuat blog... 
sejak dia buat blog ni... ana dapat tahu ramai lagi rakan2 dari SAMNI yang ada blog... wow! dan makin bertambah dari semasa ke semasa...  ^^

Plan kedua
-->kerjaya sebagai pelukis komik hampir berjaya... tapi baru lima muka surat... kalau ada masa ana akan sambung melukis... sebenarnya bukan senang nak buat komik... kena banyak imej... kena banyak bayangan...  nak buat memek muka... jalan cerita... lukis gambar latar belakang... ish2.. banyak kerja... tapi kalau dah siap memang puas hati lah ^^

Plan ketiga
-->ada 2 atau 3 novel yang ana dah katam... tapi belum lagi terjah rumah makcik pinjam novel... hahaha... rasa2nya petang ni pergi kot... harap2 dia ada kat rumah... piss... sekarang ni, drama melayu banyak ambil dari novel... kan3..

Plan keempat
-->huwaaa.. ana belum lagi jejak kaki kat library... tak ada masa! menyampah! dah bertimbun-timbun kerinduan nak memeluk buku2 kat library... =(

Plan kelima
-->kawaii ^^ sekarang boleh online lama2... tanpa ada ganguan.. hahaha(abaikan benda ni... macam lawak dan tak best je..)

MyNote: bersambung next entry... Plan Cuti Panjang (Part 3)... malam tadi kan.. ana main MoneyDrop secara online... seriously.. rasa mengelabah... dah lah main 4 kepala... ana, kakcik, bapa, dan ibu... hahaha

Saturday, December 24, 2011

~Tip Bertudung~

8 tip bertudung serlah penampilan

  1. jika memakai baju yang bercorak atau berbunga, padankan tudung yang mempunyai warna paling sikit di baju kamu. contohnya, jika warna hijau paling sedikit di baju kamu, pilihlah tudung warna hijau.
  2. untuk penampilan yang lembut tetapi ceria dan berkeyakinan tinggi, pilihlah tudung polos atau kosong yang berwarna cerah seperti merah jambu, kuning dan biru.
  3. elakkan memakai tudung yang berwarna gelap dan kusam untuk mengelakkan kamu kelihatan sudah berusia.
  4. bagi wajah yang berbentuk bulat, pilihlah tudung bercorak kecil dan tidak penuh. ia untuk mengelakkan kamu kelihatan penuh dan tidak terurus.
  5. bagi yang berkulit putih, disyorkan memakai tudung berwarna hijau, ungu, lavender untuk wajah yang lebih segar. awas! tudung berwarna merah jambu akan membuatkan kamu kelihatan pucat.
  6. bagi yang berkulit kuning langsat, pemakaian tudung berwarna biru, lavendar dan merah jambu akan menyerlahkan lagi keserian wajah. awas! elakkan tudung bewarna hijau dan kuning supaya tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya.
  7. buat pemilik kulit sawo matang, warna hijau dan kuning membuatkan kamu kelihatan lebih cerah dan terang. awas! cuba elakkan memakai tudung berwarna kelabu gelap supaya wajah kamu  tidak kelihatan kusam.
  8. pastikan tudung kamu dikemaskan di bawah kerongsang selepas pinkan tudung, ia bertujuan mengelakkan lilitan tudung seperti menggelembung.
MyNote: nak menyelit... hari ni ana semangat nak tengok MasterChef sebab tema hari ini masakan negara matahari terbit.. kawaii^^

Friday, December 23, 2011

~Keputusan PMR~

(gambar hiasan ^^)

ana dengar2 budak form3 sekolah ana hanya 5 orang je yang dapat straight A... entah betul entah tidak... lagi pun ana belum dapat khabar yang betul... tadi pun online facebook cuma sementara... malas nak layan facebook lama2... 

dari semalam ana berdebar2... menantikan keputusan PMR... teringat kenangan lalu... semasa mengambil slip PMR... time tu, ibu nak buat kenduri... kenduri kecil2lan... ana ambil slip lambat sikit sebab tolong masak... lagi pun tak ada siapa yang nak hantar... pagi tu Syahira datang... dia bagi tahu yang dia dapat 4A... ana dah mula menangis... menangis sebab takut math tak dapat A... petang tu ana pergi sekolah dengan abang... hati mula tak tentu arah... masuk pejabat minta slip... masa nak tandatangan tu... ana tengok jeling2... banyaknya A... tapi ana tak kira... malas lah... cikgu pesan suruh tengok... tapi ana tak nak sebab takut... ana cakap nak tunjuk dekat ibu dulu... keluar dari pejabat... ana membilang jumlah A... syukur alhamdulillah... ana dapat-------------------->rahsia...^^ 

keputusan demi keputusan... dari UPSR... PSRA... dan PMR... ana jadi takut dengan keputusan SPM ana... itu belum lagi dengan keluar keputusan SMA... Ya ALLAH... ana betul2 risau... tapi Atiqah pesan....

"keputusan kita sebenarnya bergantung pada sikap kita selepas exam"

"seteruk2 kita study... sama ada study hard atau study smart... tapi kita tak jaga hubungan dengan ALLAH dan hubungan dengan manusia... kita tak akan dapat keputusan yang cemerlang" 

kadang2 ana merungut masa ana jawap exam... then, Atiqah marah..."jangan fikir yang lepas2... kita kena fikir positif... jangan sekali kala fikir negatif" punya semangat dia bercakap... maklumlah... dia nak jadi pakar kaunseling... thanks Atiqah... sarangheo^^ hehe

MyNote: ana mesti yakin boleh!!! kata nak ambil course sains sukan...~~

Thursday, December 22, 2011

~Stockholm in Sweden~

(gambar hiasan dari Mr Google)

awal bulan disember kakak berangkat ke sweden atas urusan kerja... urm... =( tak dapat ikut sebab ana belum abis SPM lagi... (siapa je nak ajak ana... perasan lebih je..)

apabila kakak balik, membawa pelbagai cenderahati yang cute miut seperti pic di bawah ni...


mula lah ana membebel pasal winter di sana... tapi kakak cakap tak ada winter, cuma cuaca je yang sejuk... tapi bila hujan je, air yang bertakung tu terus jadi ais... maybe sebab awal bulan... so winter belum turun dengan lebatnya... lepas tu ana pun pinjam camera kakak... nak tengok pic apa yang kakak tangkap... marvelous! cantik2 semuanya... (maaflah,, pic nya tak ada^^)

sweden tu negara sains ke?? sebab tengok pic banyak yang berkaitan dengan sains... muzium sains lah dan bla.. bla.. bla.. lah.. ke sebab kakak pergi sana sebab sains?? (ish, memang lah.. kakak kan kerja pun berkaitan dengan sains... banyak soal lah kamu ni wahai tuan blog ni...)

then, ana pun sibuk2 nak tengok duit sweden... mulalah terdetik nak buat hobi baru... kumpul duit dari negara luar... mari kita tengok duit apa je yang ana ada sekarang ni... 
~>arab... ada(tapi duit ni dekat ibu... ibu buat muka marah masa ana mintak... takutnya!)
~>sweden... ada(duit ni dekat kakak, belum mintak lagi ^^)
~>indon... ada(in my hand)
~>thailand... ada(dekat kakak kot... tak ingat lah kat mana)
~>singapura... ada(in my hand... tapi duit syiling je)
tu je lah kot yang ada... teringin sangat nak kumpul ^^

tiba2 muncul minat yang baru... kumpul magnetic plak dari negara luar... dah pulak! seronok sangat... walaupun tak pergi mana2... melancong di luar negara... tapi ada saudara2 dan teman2 yang memberi cenderahati... thanks ^^ menambahkan lagi koleksi ana...
malam tadi kakcik balik bawa magnetic plak dari korea... wahhh! kawan dia yang bagi...

MyNote: okey lah... sambung besok2... nak masak^^

Wednesday, December 21, 2011

~Bergembira~

bersama teman2... ana menjelajah di tepian pantai yang bernama Pantai Bagan Lalang, Banting... sebenarnya kami mengikuti program kerjasama dari masjid At-Taqwa anjuran sahabat masjid... program ini bernama KEM REMAJA SOLEHAH... pengalaman yang menyeronokkan... tapi ada satu pengalaman yang supper dupper... lori kontena masuk laut... tak caya tengok ni..
.
.
.
.
.
.
macam mana?? percaya tak.. gambar ni nampak kabur sebab ana guna camera dari phone je.. ^^

program ini kami dapat mengeratkan persahabatan antara kami... selain sahabat2 dari bukit kapar..(dari sekolah yang lain..)

MyNote: huwaaa.. kenapa blog ana nampak kecik je... :(


Tuesday, December 20, 2011

Kimi ni Todoke (movie song)





Yasashi hidamari ni CHAIMU  ga DIREI suru
Under the gentle sunlight, the chimes seem to pause.
Hoho wo naderu kaze ibuki wa fukaku natteiku
I breathe deeper as the wind brushes my cheeks.
Toomawari no namida namae tsuketa ashita
Those indirect tears, the tomorrow we named,
Kasanaru miraiiro no RAI
And the criss-crossing lines stained future…
Adokenai konna kimochi mo hajiketobu hodo waraiaeta hi mo
Lets these innocent feelings and our days of laughter
Taisetsu ni sodateteikeruyouni
Become all the more precious to us.
Togiretogire no toki wo koete takusan no hajimete wo kureta
You showed me many new things, crossing the fragmented moments.
Tsunagatteyuke todoke
I want my feelings to join yours… to reach you...


MyNote: lirik lagu ni cuma separuh je.^^ enjoy

Monday, December 19, 2011

Doa Dhuha





Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh



Mualaf

hari ni baru je selamat khatam baca novel ni... mungkin ana dikategorikan sebagai pembaca yang lembab... orang lain dah masuk fasa novel baru... dia baru nak terhegeh2 baca novel ni... novel yang diadaptasikan sebagai drama........


fuhh! baca novel ni terbayang watak2 drama Nora Elena... tapi tak ada lah terbayang 100% ngee... ana ada juga berangan dan share cerita dekat member... kan bagus kalau cari husband yang mualaf... nak tau kenapa?? zaman sekarang pun ramai manusia yang beragama islam tapi tak hidup dalam agama islam... contohnya... budak remaja perempuan yang berpakaian yang tidak menutup aurat... tapi dia ngaku dia islam... hah! dah dapat jawapan... BAGUS ^_^ 

zaman sekarang juga susah nak cari suami yang baik... memang lah baik budi pekerti... tapi, mampu kah si dia membimbing kita sebagai seorang isteri ke jalan yang diredhai oleh ALLAH?? nak contoh?? seorang suami kenapa tidak menegur isterinya menutup aurat?? bahkan mereka tahu bahawa menutup aurat itu salah satu tuntutan agama... kadang2 ana pun kesian tengok suami2 islam di Malaysia... isteri2 mereka tidak menutup aurat... kesian sebab si suami terpaksa menanggung beban dosa yang secara tidak langsung dibuat oleh isteri mereka... dah la stop... ana tak nak terlampau matured sangat...hehehe

kalau dapat pasangan yang mualaf... kita dapat bantu-membantu antara satu sama lain... sama2 membimbing... kadang2 kalau dilihat dari sudut positif, mualaf ni lebih baik dari kita yang dilahirkan sebagai seorang muslim... betul tak?? mereka bersungguh2 menjadi seorang muslim yang terbaik... bersungguh2 mengenal dan mempelajari agama islam... kalau kita?? pergi surau pun malas(untuk lelaki,, maaf kalau ada yang terasa)

Sunday, December 18, 2011

Buruk sangka

serendah-rendah ukhuwah ialah bersangka baik kepada orang lain

setinggi-tinggi ukhuwah ialah mementingkan orang lain dari diri sendiri 

memang betul kata2 ustazah... sekarang ni makin ramai yang bermusuh-musuhan antara satu sama lain... sebab mereka tak bertolak ansur... berselisih faham dan macam2 lagi... mungkin kita tidak sangka dalam satu keluarga pun boleh rosak dan hancur gara2 tiada sefahaman... masing2 fikirkan diri sendiri.. tambahan pula,, memikirkan dirinya lebih betul dan hebat dari orang lain... we need remember that we are not perfect... Allah jadikan diri kita pun ada kelemahannya... sebab tu kita digalakkan bekerjasama antara satu sama lain... cerita kartun wonderpets pun tahu... kenapa kita tidak... kadang2 kita cuma bersuka ria mendendangkan lagu wonderpets tapi kita tidak memahami maksudnya... think positive...  and think deeply... one more... kenapa kita selalu buruk sangka dekat orang lain... tak puas ke rezeki yang Allah bagi?? sebab buruk sangka itu lah yang menyebabkan timbulnya sikap dingin... come on lah... bila melayu nak maju... mungkin kita juga akan merasa sakit hati jika orang lain buruk sangka dekat kita... cer fikir...

MyNote: maaf lah ye... entry kali ni ana ter'emo' la... sebab dah pening dengan sikap masyarakat... sebenarnya banyak lagi ana nak cerita... tapi terbantut pula 'ceramah' ana... kepada blogger yang terasa hati tu... ana minta maaf banyak2...(kot2 ada yang terasa lah kan)... ana kesal dan kachiwa dengan sikap masyarakat sekarang... lagi2 sikap anak muda sekarang... adoi! sekali lagi minta maaf... ana kalau nak bagi nasihat atau berdakwah memang tegas sikit... ana terasa dengan jiran ana yang buruk sangka terhadap ana... ana memang pantang kalau orang fikir2 bukan2 tentang ana... nasib baik ada seorang ibu yang menenangkan kepulan2 api membara di dalam hati...

Thursday, December 15, 2011

Tomodachi Award


  1. Kak Hanis (http://hanasakura-tomodachi.blogspot.com)
  2. Anis Mira Amira Lee (http://anis-rosli.blogspot.com)
  3. Nur_Sakinah (http://sayatahusayabudakbaik.blogspot.com)
  4. Kak Fatin (http://cikten10.blogspot.com)
  5. Kak Ayu (http://ladychenta.blogspot.com)
ana sebenarnya dah lama nak buat award.. award ni ana buat sebelum SPM.. lukisan tu ana yang buat.. tapi khat tu bukan ana yang buat.. rakan sepejuangan yang tolong buatkan.. maaf lah.. tak berapa cantik sangat.. ana main edit aje.. sangat berbesar hati jika nama yang disenaraikan menerima award ini.. semoga persahabatan terus kekal walaupun tak pernah jumpa.. hihi.. tapi ada syarat..

  • ceritakan kenangan anda bersama sahabat anda.. sama ada sedih, ceria, gumbira dan sewaktu dengannya..
  • tag seberapa banyak mungkin award ini kepada sahabat anda.. (tag hanya kepada sahabat perempuan sebab pic award tu hanya gambar perempuan.. maaf ye!)
so simple syaratnya.. ^_^


Sahabat untuk Selamanya-Padi(OST Upin&Ipin)


Dua tiga kapal berlayar di samudra
Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama
Menikmati indahnya dunia



Karena sahabat untuk selamanya

Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Berakit-rakit kita ke hulu
Berenang-renang kita ketepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita


Mencari sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya setia


Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya setia

Teman Setia-Finalis Kamilah Bintang

sesaat mula bersua
mengapa kau senyap saja ia.
mari besrama..
kita terokai mana hidup penuh ceria

jangan lah menyepi dan berlari 
atau sembunyi ,dari mencari teman sejati

semestinya sungguh istimewa 
penuh rasa setia...
tiap masa kita kan bersama..
bercanda,berdansa,ketawa
semestinya sungguh istimewa ..
kejar cita bersama.
tiap masa bersama merasa
terluka,kecewa,gembira,segala-galanya

walau ku jauh terpisah
tak kira mana berada ia.
takan bepisah..
ikatan yang dibina oleh teman setia
biarlah..abadi rasa ini(rasa ini)
sudi berganti kita sedari,kita fahami

semestinya sungguh istimewah ..
penuh rasa setia (setia..)
tiap masa kita kan bersama
bercanda,berdansa,ketawa

semestinya sungguh istimewa(istimewa..)

kejar cita bersama


tiap masa bersama merasa
terluka,kecewa,gembira,segala-galanya

hulurkan lah  tangan   agar bisa di sambut wahai teman
takan dilupa kenagan besama
terluka,kecewa,gembira,selama-lamanya

semestinya sungguh istemewa(istemewa)
penuh rasa setia
tiap masa besama yeah..
bercanda,bedansa,ketawa

semestinya sungguh istemewa(istemewa)
penuh rasa setia(setia..)
tiap masa besama yeah..
bercanda,bedansa,ketawa

tiap masa bersama rasa
terluka,kecewa,gembira,segala-galanya

p/s: hee.. lagu2 di atas khas untuk sahabat2 ana.. maaf ye.. iringan muzik tak ada sebab ana malas nak upload video.. ^_^



Tuesday, December 13, 2011

MERDEKA!!!

tanggal 13, 
bulan 12,
 2011,
hari yang seronok,
hari yang gumbira,
sambut dengan jiwa yang merdeka,
mari kita seluruh budak2 sekolah agama,
ramai2 menjerit merdeka,
MERDEKA!!!


p/s : ikut lagu tanggal 31 tau.. hehehe.. maklumlah.. baru tamat SPM...

Sunday, December 11, 2011

Sanah Helwa

hari ini ana berbahasa arab, hehehe.. makna sanah helwa=selamat hari lahir/happy birthday...
dihari yang mulia.. pada 11 December bersamaan hari keputeraan sultan selangor... lahir seorang blogger Nur_Sakinah.. and she my best friend too since we from sekolah rendah lagi.. okey tak English ana.. ana hantam saja sebab ana anak orang jawa... hahaha...

dear Faseha...
anti insan terpilih sebab ana buat entry khas untuk anti... sebab ni satu-satunya hadiah yang terbaik buat anti... semalaman ana berperah otak untuk memikirkan apa hadiah yang terbaik buat anti... selama ni pun ana berusaha untuk memberi hadiah untuk anti tapi semuanya gagal diserahkan kepada anti... jadi rasanya ini hadiah yang terbaik buat anti.. jangan menangis ye... hehehe >.<



tu dia... cake ada bling2 gitu.. dah tua rupanya anti ni.. hehehe..




Friday, December 9, 2011

My Girlfriend is a Gumiho




mengesahkan sekor rubah berekor 9... hahaha,, macam naruto lah..
ehem.. ehem.. rubah ni teringin sangat nak jadi manusia.. lepas tu dia bagi bebola ajaib dekat seorang lelaki... hanya lelaki tu tahu dia ni rubah berekor 9.. bila rubah ni sedih, akan hujan... kalau bersin, ribut.. kalau apa entah.. nanti jadi macam2 cuaca berlaku... bila rubah ni rasa lemah.. dia akan berubah... matanya biru.. berbulu-bulu.. hehehehe.. rasanya rubah ni jatuh hati dekat lelaki tu kot... hahaha
baru tengok semalam.. malam ni tengok lagi.. hehehe



Plan Cuti Panjang

salam sejahtera buat penduduk dunia... hehehe,, dah lama tak update... kemana ana menghilang... ada orang cari ana tak?? hehe... jangan nak perasan... 

memang membosankan bila cuti panjang2 ni... tak tahu nak buat apa... nak pergi outing, tak pandai... bosan lah jalan2.. buat sakit kaki je... hehe,, berapa banyak bosan daa... okey, here the plan..

  1. Hasut orang suruh buat blog...
haha... jadi setan pula hasut-menghasut ni... bosanlah cuma ana je sorang yang jadi blogger dekat kelas... dulu ada seorang member jadi blogger,, tahun ni start buat blog dah terus bosan... pelik lah.. kan jadi blogger ni best.. kan?? kan?? ada seorang lagi member merupakan seorang blogger... dia lagi lama dari ana... tapi dia jarang update lah... tapi ana dah hasut anak sepupu... hahaha(ketawa orang jahat..)

     2.   Lukis komik...

lalalala... berangan nak lukis komik... lukis je boleh.. tapi tak pandai nak buat cerita... selalu buat komik tersangkut... tapi ada suatu masa dulu... ana ada buat komik.. menjadi sampai habis... hehehe,, bangganya.. tapi nak buat juga komik.. lepas siap je nak buli seseorang suruh scan komik ana... hah! boleh ana update komik... nak tak??

    3.  Baca novel...

baca novel salah satu hobi ana... tak payah susah2 nak beli, ana ada mak cik yang support novel... dia tu ada sealmari novel... berlambak2... lepas habis baca novel terus berangan... lepas tu berangan nak buat novel... ana pandai buat novel,, novel tersangkut dan tergantung.. hahahaha... cerita dah mantop... tapi tak tahu nak buat ayat yang gramatis... tu lah masalahnya... T.T

    4.   Melepak di Library...

library adalah rumah keduaku... dimana tak ada katil untuk tidur disitu...(hahaha... merepek pulak ana ni) eh, sebut pasal PS,, dah lama tak pergi PS Desa Bukit Kapar... rindu pulak dekat mak cik tu.. hehehe... ana dengan buku tak boleh dipisahkan...(jangan pisahkan aku dan dia..eh menyanyi pulak)

    5.   Online lama2...

ana suka menjelajah diseluruh dunia melalui internet... satu hari tak ada kemudahan ini rasa macam meletup dunia ana... bosannnn banget... jadi layan TV... tu pun terlampau terdesak... hehehe

cukup sampai disini.. nanti ana cerita lagi plan2 menggila ana...  muahhhaahahaha...