Saturday, December 24, 2011

~Tip Bertudung~

8 tip bertudung serlah penampilan

  1. jika memakai baju yang bercorak atau berbunga, padankan tudung yang mempunyai warna paling sikit di baju kamu. contohnya, jika warna hijau paling sedikit di baju kamu, pilihlah tudung warna hijau.
  2. untuk penampilan yang lembut tetapi ceria dan berkeyakinan tinggi, pilihlah tudung polos atau kosong yang berwarna cerah seperti merah jambu, kuning dan biru.
  3. elakkan memakai tudung yang berwarna gelap dan kusam untuk mengelakkan kamu kelihatan sudah berusia.
  4. bagi wajah yang berbentuk bulat, pilihlah tudung bercorak kecil dan tidak penuh. ia untuk mengelakkan kamu kelihatan penuh dan tidak terurus.
  5. bagi yang berkulit putih, disyorkan memakai tudung berwarna hijau, ungu, lavender untuk wajah yang lebih segar. awas! tudung berwarna merah jambu akan membuatkan kamu kelihatan pucat.
  6. bagi yang berkulit kuning langsat, pemakaian tudung berwarna biru, lavendar dan merah jambu akan menyerlahkan lagi keserian wajah. awas! elakkan tudung bewarna hijau dan kuning supaya tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya.
  7. buat pemilik kulit sawo matang, warna hijau dan kuning membuatkan kamu kelihatan lebih cerah dan terang. awas! cuba elakkan memakai tudung berwarna kelabu gelap supaya wajah kamu  tidak kelihatan kusam.
  8. pastikan tudung kamu dikemaskan di bawah kerongsang selepas pinkan tudung, ia bertujuan mengelakkan lilitan tudung seperti menggelembung.
MyNote: nak menyelit... hari ni ana semangat nak tengok MasterChef sebab tema hari ini masakan negara matahari terbit.. kawaii^^

Sakura menempek di entri ini:

:: Copyright Hanamiko Sakura ::

1 comment:

berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...