Tuesday, May 29, 2012

Edogawa Conan & Ayuzawa Misaki...

Bismillahirrahmanirrahim.

Oh!~ minggu ni aku sedang pura2 bizi. He he he. Bizi nak menghabiskan tontonan movie Detective Conan dan anime Maid Sama. [^ 3 ^] *moe moe* jiwa jepun dah mari. Lol.

Hari tu aku ada pinjam DVD Detective Conan the movie collection dan Kaicho wa Maid Sama dekat member. Balik je aku terus tengok. Tak sabar nak tengok kecomelan Conan dan ke-encem-man Kaito Kid dalam The Lost Ship in The Sky. Malangnya, kesemua 15 movie hanya 3 movie yang dapat aku tengok. yang lain?… erkhhh! tak payah cakap la. By the way, antara The Raven Chaser, The Lost Ship in The Sky dan Quarter of Silence. Aku lebih minat dan suka pada yang The Raven Chaser. Mencabar dan mendebarkan serta mencemaskan. [O_o]

[Kredit]

Maid Sama. Terbaik! Ayuzawa Misaki macam aku lah. Tapi malangnya aku kureng sikap kepimpinan. Sebab.. sebab.. sebab.. aku pemalu. [T ^ T] sadis~

romantik kot cerita ni. adoii~ [Kredit] 

Ehem2x (bertukar kepada wajah serius balik). Walauapa pun. Tengok cerita anime dapat membantu aku untuk terus melukis kartun ala2 manga. Oyeah! Fighto-oh!

MyLittleNote :: entri mengarut lagi dari Hanamiko Sakura-san [^_~] jyaa! 

Sunday, May 27, 2012

Apa dah Jadi...?

Bismillahirrahmanirrahim.

Ayahanda Nur Sakinah beri surat.
TAHNIAH! ANDA BERJAYA DI TEMPATKAN DI UPNM.
Erk? (dengan ekspresi wajah terkejut beruk)
Tapi.. tapi.. aku buat rayuan dekat UiTM. Apa kes? Oh tidak!! (sambil meraung tak hengat dunia serta buat muka tak percaya)

Eh! chop!

Apa yang anda fikirkan? Itu Cuma mimpi aku je. tak kan lah aku dapat dekat UPNM. Tak dapat bayangkan kalau aku jadi askar. Glup! Hehehe. mimpikan mainan syaitan. ^_^

lokasi :: sungai congkak, Hulu Langat


MyLittleNote :: entry pendek. Malas kot buat panjang2. Rasa macam tak ada pembaca. Hehe. have a nice weekdays everyone ^_~

Saturday, May 26, 2012

Majlis di SAMNI...

Bismillahirrahmanirrahim.

semalam hari jumaat aku terjah sekolah terchenta. Urm. Ada kerja sebagai photographer yang tak bertauliah untuk majlis persaraan pengetua sekolah. Hati ini jadi sebak. Cukup setahun jadi pengetua. Dah pencen. Err, I mean dah bersara.  Hehe. Aku rasa dah sebulan lebih tak sentuh DSLR. Jadi gelabah sikit. Nak setting pun dah tak ingat. Adoi~ tulah. Dulu aku tuntut ilmu main2. Hehe. urm.. aku rasa ada lah sedikit sebanyak aku dapat belajar. Tapi, aku rasa semua gambar aku ambil semua hampeh. And the most important I learn. Aku dapat mengatasi rasa malu. Yela, nak jadi photographer mestilah jangan jadi segan2 harimau. Err, eh! malu2 kucing. Hehe. tak lawak pun (dengan membuat muka gaya serius) ngeh3. Okey. By the way, memang best dapat jumpa adik2 junior. Cikgu2, ustazah2, ustaz2, teacher2. Memang terbaik. Time shoot aku rasa macam nak nanges dapat jumpa balik cikgu2. Teringat ketika aku masih pelajar sekolah dahulu. Rindu nak dengar bebelan cikgu. Sedih kenangkan jasa guru kepada kita. Nak kita jadi pelajar terbaik. Sob.. sob.. sob.. Happy Belated Teacher’s Day 

pengetua berbaju biru ^^ bersama.. err, aku tak tau lah.. maybe unit2 displin?

junior form 5

lalala~ 

Majlis Teacher’s Day belum buat lagi. Dengar2 katanya habis cuti sekolah. Ada juga yang jemput aku. Maybe aku tak dapat join. University dah memanggil aku untuk sambung belajar. Tak tahu tercampak dekat mana nanti. Geng2 photographer aku semuanya dekat Selangor. Sorang dekat Unisel dan sorang dekat UIAM. Aku? Err.. aku tak dapat join diaorang kot. Hehe. adik2 junior semua suruh dekat UiTM Puncak Alam. Katanya dekat dengan rumah diaorang. Hehe. diaorang ni memang nakal. By the way, aku rasa semalam. Aku rasa begitu popular dekat sekolah. Macam geng Wannababes. Hehe. perasan deh.. cikgu2 semua cakap. Siapalah yang lawa2 tu? Rupa2nya H******** Hanisah. Err, lawa ke aku? Hehe. nasib baik tak kembang semangkuk. Kalau tak, naya je. hahaha!  

MyLittleNote :: adui~ sakit perut. Ni mesti gara2 aku melantak nasi minyak semalam. Hahaha!

Tuesday, May 22, 2012

It all about Usrah…

Where 1 problem is solved by MANY people, that is Usrah.
Where a happiness is shared TOGETHER, that is Usrah.
When 1 people forget, OTHERS reminding, that is Usrah.
Instead of hanging out alone, hang out TOGETHER, that is Usrah.
In short, Usrah is all about WE, not ME.
Let’s join any Usrah group today, have fun, connecting with people, while generating more and more PAHALA. InsyaAllah!

Bercerita tentang bulatan gumbira. Pengalaman pertama aku menjadi seorang naqibah memang tak dapat aku lupakan. Aku ni dah lah gugup. Tak reti nak cakap. Cakap pun tergagap-gagap. Na.. na.. ma.. nama sa.. saya.. err.. hahaha! Abaikan lah kegagapan aku tu. Aku tak adalah gagap seteruk macam tu. Hehe. Biasa2 je. Adalah juga gagap sikit. Gemuruh. Err, apa lagi ek? Hehe.

Banyak2 anak buah aku. Aku just respect 2 orang je. Sorang form 1 dan sorang lagi form 3. Memang diaorang baik. Asal bertembung. Diaorang hormat aku. Siap bagi salam. Kalau yang lain? Hampeh. Macam nak tak nak je layan aku. Err, ke aku ni jenis murobbi yang tak best dan tak osem? Alahai~ first time jadi naqibah. Huhu. Bila aku nak jadi dermawan sikit. Saja nak bagi anak2 buah aku gumbira. Disebabkan aku ni terlampau pura2 busy. Hanya 2 orang yang dapat aku hulurkan duit raya. Tu pun orang yang sama. Heish! Sabar jelah. Anak buah aku yang dua orang ni aku betul2 sayang. Time usrah, diaorang banyak tanya macam2. Tanya itu lah, tanya ini lah sampai aku sendiri tak dapat jawab. Dan diaorang juga focus bila aku bagi nasihat. Aku bangga bila anak buah aku yang form 3 tu berjaya memperoleh 9A dalam PMR 2011. Serius sedih sebab terharu. Sob.. sob..

MyLittleNote :: aku rindu sahabat2 bulatan gumbira aku..

Friday, May 18, 2012

UNIC - Sekolahku...

err.. aku nak menyanyi lagu nasyid UNIC ni ke? eh! tak lah. saja je. tiba2 teringat zaman sekolah. semalam aku lepak sama2 dengan member2. member perempuan je. bermalam bersama sambil pillow talk. =) wuhuu~ malu pulak bila nak cerita pasal pillow talk. cerita2 budak2 perempuan gituew. hehehe. suka duka kami kongsi bersama. kenangan zaman sekolah bermain di kotak ingatan. yup! semalam kami luahkan perasaan. luahkan jika ada di antara kami dapat membantu. weee~ so suwet. terharu pulak tiba2 ni. dan di antara kami tiba2 nyanyi lagu nasyid ni pulak.. uhuk uhuk~


sob sob sob.. air mata terus merembes keluar laju2. oh no! malunya. XD
kitaorang sangat3 hargai persahabatan kitaorang. bukan dengan perempuan2 je. dengan budak lelaki pun sama. we are like a big family. melengkapkan apa yang kurang. membantu siapa yang susah. tahun 2011 memang tahun tak boleh dilupakan. SAM Nurul Iman yang sentiasa berada di hati. weewitt~ hahaha! semoga ukhuwah kami tidak terputus dan terus hingga ke sorga.

okeylah. malas nak bebel panjang2. nak taip panjang lagi, tapi melencong tempat lain. layan pesbuk la. belokwalking la. oh! aku buat kerja dalam satu masa. woha! (peringatan, jangan tiru gaya saya. nanti teruk membawa padah. kihkihkih)

sahabat yang baik di dunia akan menjadi musuh bila di akhirat.
 jadi, mulai hari ini. jom kita tegur kawan kita. kita kena berani dan yakin. sebab kita kan sayang kawan kita. ye dak? tomodachi till jannah everyone =D gambatte!! tegur saya bila saya buat salah dan silap ^_^

MyLittleNote :: yeahhh!! esok ada karnival dekat masjid. jom meriahkan masjid. ;)

Wednesday, May 16, 2012

Doa Rabitah...



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين.

اَللّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ، قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ، وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ، وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ، وَتَعَاهَدَت عَلَى نُصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ.

فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا، وَأَدِمْ وُدَّهَا، وَاهْدِهَا سُبُلَهَا، وَامْلَأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِيْ لاَ يَخْبُوْا، وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الْإِيْمَانِ بِكَ، وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ، وَأَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِيْ سَبِيْلِكَ.

إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْر،ِ اَللَّهُمَّ أَمِيْنَ وَصَلِّ اللَّهُمَّ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ.

Terjemahan:

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihani Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari'at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya."

MyLittleNote :: rasa tenang je hati ini bila dengar nasyid ni =D

Tuesday, May 15, 2012

Solidariti...

anda pasti sudah mengetahuinya. benar atau tidak.

oh! aku tiba2 sudah menjadi seperti tukang peniasat. memaksa orang untuk menjawab. hihi
pagi2 aku dah on pesbuk. dan aku hairan. kenapa ramai yang tukar DP kepada gambar doodle yang berwarna coklat? siasat. siasat. dan siasat. rupa2nya.

The Palestinian prisoners on hunger strike need your help, please share this with your friends to spread 

awareness about the biggest 

hunger strike in history..

Bilal Thiab ... 77 Days

Thaer Halahleh ... 77 Days

Hassan Safadi ... 71 Days

Omar Abu Shallal ... 69 Days

Mohammedd Al-Taj ... 61 Days


Mahmoud Sarsak ... 55 Days


Faris Al-Natur ... 48 Days


Ja'far Ezz Al-Din ... 54 Days


Abdallah Al-Barghouthi 33 Days


more than 2000 Prisoner .... 28 Days


Don't let the international media bury their case, all these prisoners are asking for are their basic rights as 

prisoners of war, visitation 

rights, right of education and other rights that are declared by international law. (via Maher Zain)



dan dengan sepantas kilat aku menukar pic DP ku juga.


di sebabkan aku tak nak sama (cehh! aku ni poyo sikit. semua tak nak sama.) maka, aku buat doodle khas untuk Solidariti (perpaduan)

alhamdulillah. tahanan Palestin sudah di bebaskan kerana jutaan solidariti masyarakat seluruh dunia yang menakjubkan terhadap tahanan Palestin, "hunger strike" yang dilancarkan berjaya dan israel telah bersetuju untuk menerima permintaan mereka. :) Allahuakbar!!

MyLittleNote :: sama2 kita sokong untuk membela saudara2 kita di sana. jom! dan hari ini merupakan hari Nakbah. nak tahu apa itu Nakbah TEKAN PUNAT INI

Monday, May 14, 2012

Segmen :: Saya Blogger Hot!

sebab tak tau nak bebel apa. so aku di jemput oleh CheguAlong untuk menyertai segmen beliau. selamat berkenalan CheguAlong =) terima kasih sudi jejak teratak buruk ni. hehehe.

iyah!! aku tempek banner ni besar gedabak. haha!

kepada sesiapa yang nak join. sila kelik banner di atas yauw~ haha! 5 hadiah misteri menanti anda. (dah macam promoter pulak aku ni. huhu!) kalau ada segmen kena ada mangsa. dan mangsa itu adalah.

jeng.
jeng.
jeng.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*














stop! berhenti jap minum air.

















*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
tadaa!

done ^_^

MyLittleNote :: saya blogger hot? oh tidak.. saya tidak se-hot yang anda bayangkan. saya pemalu >< hahaha! 

Saturday, May 12, 2012

Reunion...

masalah dah selesai. woyeh!
alhamdulillah. terima kasih kepada yang bagi pendapat tu. I really appreciate ^_~ thanks yauw~ haha. 

aku dah bincang pun dengan ibu. then, keluar pula keputusan muktamad. tak nak masuk matrik. stay dan tunggu result second intake upu. alhamdulillah. berkat istikharah, rasa lapang hati dan dada dengan keputusan aku tu. siap dengan senyuman tak lekang dibibir. ewahh. insyaAllah. doa2kan lah ye kawan2 ^_^

**********************

panjang bebenor intro itu tadi ek. hehe. actually, aku nak cerita pasal reunion.
sebelum kami bertaburan, bersepah di merata negeri. kami berkumpul pada 7 mei. orang putih kata apa? reunion? haha. yup. reunion. special reunion sebab makanan kami masak sendiri. pagi2 dah kena turun padang. rewang bak kata orang jawa. hihi. antara hidangan yang di sediakan. mi hon tom yam, sup, sate, nugget, sosej panggang, potato wedges and bubur. (bubur apa ntah. kawan yang masak)

masjlis besar start lepas zohor. sebelum majlis tu, kitaorang adakan check result upu beramai-ramai. riuh rendah dengan sorakkan kegembiraan. happy semua dapat. riuh dengan ayat perli-memperli. gurau-gurauan. 

jom layan gambar :)

our memories :') sob.. sob.. sedihnya.
lagi 3 orang tak ada.. 

bergambar kenangan.. sob.. sob.. (tiba2 menangis ni apasal? hehe)

suasana di hari raya.. opss.. suasana di jamuan reunion.

mamat ni tak boleh bla.. tension2.. aku selalu gaduh dengan dia dalam kelas.. HAHA
by the way, mamat slenge ni lah ketua kelas kitaorang..

cewek2 chakep.. HAHA.. masing2 dah berpunya tu.. :P

bakar sate.. bakar sate.. 

chocolate indulgence >_< 
alhamdulillah tahun ni banyak betul dapat makan kek SR..

ni jelah yang aku tempek. nak tempek banyak2 takut loading pulak. hehe.
[picture without copyright Hanamiko Sakura kredit from pesbuk]
[photography :: Abe Nubhan]

MyLittleNote :: bilalah nak berkumpul bersama lagi ni.. sob sob.. T^T

Thursday, May 10, 2012

What should I do?

nak tunggu result second intake upu or masuk matrikulasi?


mula2 aku ingat nak masuk matrik dulu sementara tunggu second intake upu. ye! jujur aku cakap yang aku tak dapat upu. sedih beb! member2 semua happy. ada yang dapat unisza, uiam, dan uitm. yang tak dapat upu tu diaorang pakat ramai2 masuk matrik. ada juga sambung form 6 (best nya diorang yang sambung form 6. jeles. >.< jadi budak sekolah balik) then, bila aku dapat upu. (insyaAllah!) aku nak cabut dari matrik. tapi bapa tak bagi pula. suruh stay je dekat matrik. urm.. (buat muka seposen jap) 

second idea gila aku.
tunggu result second intake upu tanpa masuk matrik. kalau tak dapat. melepas matrik. urm.. tak apa lah. cari kerja mulakan hidup baru. cari ilmu tak semestinya dekat sekolah, kolej, mahu pun universiti kan. (pujuk hati sikit)

think positive.
mungkin masa aku apply upu aku salah pilih course kot. yela, masa tu aku tak sempat nak kemas kini. tup tup dah tamat tempoh. mungkin Allah bagi rezeki dekat aku untuk second intake punya. yang rayuan ni aku betul2 pilih course dengan berhati-hati. pilihan pertama, diploma sains geomatik (sumber alam). aku tahu course ni terpaksa berjemur di bawah matahari. pilihan kedua, diploma sains komputer. hah! diploma sains komputer ni lah pilihan pertama aku masa apply upu dulu. tapi malangnya tak dapat. urm, tak apa. yang kali kedua mesti dapat.

ramai yang kata suruh masuk matrik. tapi hati ini tidak rela. macam sedikit tidak ikhlas. kalau course sains yang aku dapat dekat matrik. kompem aku terus masuk tanpa berfikir panjang. perakauan. aku rasa pandang course ni dengan sayu je. minta maaf perakaunan. 

ada yang kata. nak pilih course tu biarlah ikut kesesuaian dan minat kita. kalau tak minat kompem tak boleh bawak. ye dak? alaa~ macam mana ni. tarikh pendaftaran matrik nak dah dekat. aku pun belum terima atau tolak tawaran matrik tu.

MyLittleNote :: =.=' blurr~

Wednesday, May 9, 2012

International Books Fair 2012

so exited bila akhirnya aku dapat jejak kaki ke PWTC. teruja banget! hahaha. yela, first time pergi. mana tak teruja. huwuu~ aku, kakak, kakchik, Hazem-chan dan seorang kawan aku. kitaorang terjah nak masuk waktu zohor. nak pergi pagi2 aku pulak menyimpang dengan kawan2 shopping barang dekat tesco. haha. last2 kakak jemput aku dekat tesco je. aku dan kawan aku tu punya lah teruja sampai menjerit-jerit keriangan. woha! 

sebab malas nak cerita panjang. aku buat list apa pengalaman yang aku dapat di international books fair 2012. ngee~

* jadi model tak bertauliah.
* bertegur sapa dengan Akim AF. (bertegur sapa you, bukan beramah mesra. huhu)
* cabutan bertuah dengan karangkraf. (just like dan dapat buat cabutan bertuah. hehe)
* jumpa Ain Maisara. (novelis buku remaja yang terkenal. woha!)
* jumpa penulis2 buku yang terkenal. (HM Tuah Iskandar, Ramlee Awang Murshid, dan lain2)

berpusu-pusu, bersesak-sesak. aku just dapat 1 buku je. hehe. maklumlah, bajet duit sikit. tahan nafsu. ^_^

ini kes aku malas nak upload gambar kepunyaan sendiri.. haha.
 [Kredit to Google]

penulis ini juga kawan blogger kita Cik Haruno Hana. wuu~ tepuk tangan. *clap clap* aku mula kenal beliau ni dari blog. bukan dari novel. serius aku tak tau pasal novel ni. bila first time terjah blog beliau. barulah aku tahu tentang novel ni. sebab tu aku cepat2 cari novel ni bila sampai ke booth kaki novel. hehe. by the way Cik Hana. novel ni saya anggap sebagai komik. hehe. TERBAIK!!

lalu booth gempak starz. meleleh je tengok komik kouru. alaa~ nak beli komik kouru. last aku baca komik dia tajuknya maid maiden. huwaa~ nangis lari masuk bilik. anyway, kouru is my faveret pelukis komik >_< harharhar.. lukisan dia betul2 macam lukisan manga nihon. 

sebab aku ni kaki buku, bukan kaki shopping. kawan aku dah tarik2 minta balik ke booth Akademi Sains Malaysia. (our port untuk letak barang/lepak untuk melepaskan penat lelah.) takut duit keluar lagi. kesian dia. haha.

MyLittleNote :: kepura-puraan busy aku akan melanda khamis ni. haha XD. 

Tuesday, May 8, 2012

Jihad Melawan Nafsu...

Jihad paling besar adalah jihad melawan Nafsu~
Seandainya kamu jatuh cinta pada seseorang kerana agama & akhlaknya~
Namun kamu telah membuat keputusan untuk tidak meluahkan perasaan kamu padanya~
Selagi mana kamu pendamkan perasaan dihati, selagi itu kamu akan perolehi pahala jihad melawan nafsu~

Jika kamu benar-benar mencintainya, berdoalah kepada Allah s.w.t agar ditemukan jodoh antara kamu & si dia~
Siapa tahu jika Allah s.w.t perkenankan dan si dia akan tergerak menerima kamu~ 

Andai kata ajal menjemput sebelum kamu sempat meluahkan perasaan padanya~
Kamu akan perolehi ganjaran pahala yg amat besar~
Iaitu pahala mati syahid~

[Kredit from Here]

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

”Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya. ”

Riwayat al-Bukhari.
Huraian
i) Di samping faktor-faktor luaran seperti dunia, manusia dan syaitan, faktor dalaman iaitu nafsu turut mendorong manusia melakukan maksiat kepada Allah S.W.T.

ii) Mengendalikan hawa nafsu merupakan jihad terbesar yang sangat berat dan wajib dilakukan manusia. Tanpa kemampuan mengendalikan hawa nafsu, manusia akan jatuh ke jurang kehinaan kerana nafsu sentiasa mengajak kepada keburukan dan kemudaratan .

iii) Orang yang mengikut hawa nafsu seringkali semakin asyik dengan kesesatannya itu bahkan sampai tidak merasa berdosa dengan maksiat yang dilakukan sehingga sanggup dan tanpa malu melakukan tindakan yang melampaui batas. Sebagai contoh, muda-mudi hari ini didapati begitu banyak yang berkelakuan tidak senonoh seperti bercumbu-cumbuan di khalayak ramai dan yang seumpama dengannya sedangkan kita mengetahui bahawa menurut hawa nafsu mengakibatkan kehidupan moral dan akhlak mulia manusia menjadi rosak . 

iv) Adalah amat penting bagi setiap umat Islam memiliki nafsu yang selalu memperoleh petunjuk dari Allah S.W.T sebagaimana nafsu yang telah dimiliki oleh Nabi Yusuf a.s sehingga beliau dapat menghindarkan dirinya dari segala bentuk kemaksiatan.

MyLittleNote :: terpanggil untuk share artikel ini :)
cerita pengembaraan di International Books Fair akan bersambung tak lama lagi.. (penulis tak ada ayat nak buat cerita >_< sediahnya.. huwaaa~) dan diri ini makin pura-pura busy.. muahaha!

Monday, May 7, 2012

TudungPeople...

di hati rasa riang gumbira kerana akhirnya aku berjaya menambahkan bilangan pengunjung PTWC yang sesak macam tin sardin itu.. hihihi, seronok sangat. rasa tak puas. macam nak pergi lagi. tapi kaki dah penat + lenguh.. adeh~ hihihi. orite, sebab pengembaraan aku di PWTC tu sangatlah best. super dupper best. jadi aku terpaksa buat beberapa entri khas untuk jelajah aku ke International Book Fair 2012 ^_^

berbalik pada tajuk. TudungPeople.. mungkin ramai yang dah tahu.. cuma aku sorang je belum tahu.. hahaha. dan siapa belum tahu macam aku ni KLIK SINI atau KLIK SINI.. sebab aku malas nak terangkan.. hehe, 

tapi apa kaitan pesta buku yang aku pergi ni dengan TudungPeople ni?
ehem, macam ni ye.. semalam hari sabtu/5 mei.. kakchik suka sangat masuk dewan yang terletaknya KarangKraf tu.. bahagian pentas kecil ada macam2 aktiviti. di situlah kakchik menempek.. ngeh3.. masa aku syok2 jalan2 dengan kawan.. kakchik call suruh cepat2 pergi dewan tu.. gerr~ sabar jelah.. masuk2 je, kakchik tengah di dandan oleh owner's TudungPeople.. glup! malunya.. kakak siapa leh tu.. hehehe..

lepas siap semua demo cara nak pakai shawl tu.. aktiviti seterusnya, pertandingan mengayakan shawl gaya sendiri.. rupa2nya.. kakchik ikut serta dalam pertandingan itu.. terpaksalah aku merelakan diri jadi model.. haha XD tak patut betul.. kakchik pulak tak tau nak buat gaya apa.. masa pertandingan di jalankan.. aku tak tau kenapa owner's TudungPeople tu asyik senyum2 dekat aku.. (eh! ke aku yang perasan?) maybe aku buat lawak kot.. hehe.. part yang aku rasa terharu bila mana dia suruh gantikan dengan shawl yang labuh bila dia tengok aku pakai tudung labuh.. mula2 tu di bagi 2 shawl yang pendek.. lepas tu di tukar.. serius terharu sebab dia hormat aku pakai tudung labuh.. :')

lepas tu, owner tu bagi komen sikit.. malangnya dia tak berapa berkenan dengan gaya yang kakchik usahakan.. hehe.. by the way, dia kata aku cute =.=' haha.. yang lain dia kata beautiful.. ngee~ (bukan sebab aku nak bongkak bila di puji.. ni sebab aku rasa macam =.=' tak suka bila orang puji aku.. walaupun dengan alasan.. mengkagumi ciptaan Tuhan.. serius)

[Kredit from Here]

[Kredit from Here]

gambar atas ni lah owner's TudungPeople.. aku tertarik dengan shawl yang labuh2 tu ^_^

okey lah.. dah jadi tukang promoter pulak.. hehe. by the way, aku memang dah jatuh hati dengan product ni.. eh! kalau ada yang tertarik nak pakai shawl atau nak beli ni.. jangan keluar rumah tau.. sebab mereka menjalankan business online.. nak tempah sila e-mail.. :) 

MyLittleNote :: aku dan kakchik dapat shawl.. err, pendek lah.. so, aku tak pakai.. bagi kakchik je lah.. tapi dia pulak tak tau pakai.. hehe nasib baik ada aku yang reti gayakan shawl ni.. huhu 

Friday, May 4, 2012

Jumaat yang Indah...

hari datang dan berlalu. 
rakan2 seangkatan mula bertebaran.
insyaAllah sebelum bertebaran, kami akan berkumpul pada 7 Mei.
sepatutnya hari ini berpesta di PWTC.
berpesta bersama buku.
tapi, tak semua yang dirancang akan menjadi. :'(
eh! sedih2 pulak aku ni.


ini kucing aku.
nama penuh dekat i/c Jenny
nama manja Bundle.. bukan bundle dekat tepi2 jalan tu ek..
sebutan seperti menyebut nama Mis'bun'..
Bundle yang bermaksud ikatan..
err.. ikatan?
ya..
sebab ekornya pendek.. hihihi
kucing paling manja, paling gediks, paling err.. tak tau nak kata apa.. 
yang penting dia selalu cari pasal dengan aku..

semalam..
memujukkan hati yang gundah gulana.. (ewahh ^_~)
menyertai bulatan gumbira yang osem.. :)
dapat mempelajari ayat yang baru..
surah ali 'imran..
ayat 133 hingga 136..

bersegeralah meminta ampun dari Allah. balasannya adalah ampunan dari Allah dan sorga yang di dalamnya mengalir sungai2. dan itulah sebaik-baik pahala orang2 yang beramal.. 

sambil2 aku memperingati diri sendiri :)

MyLittleNote :: Seha, aku minta maaf.. panjang umur kita jumpa lagi.. ingat pesan aku, tiqah, nisa, dan niza.. jaga diri baik2 ye.. engkau kena berani menempur pelbagai cabaran dan dugaan.. kata nak jadi macam Khaulah Al-Azwar :) yosh gambatte ^_^ kenang daku dalam doamu, lupa daku dalam solatmu.. :)

Wednesday, May 2, 2012

Minat Seni...


minat aku terhadap seni tak pernah padam..
tak kisah lah seni apa..
seni mempertahankan diri..
seni lukis..
seni muzik..
fotografi..
seni reka..
khat..
kraftangan..
and so on..

dulu, sebelum aku jejak kaki dekat SAM Nurul Iman..
bapa ada pesan..
"sekolah tu tak ada seni"
demi agama..
seni aku tepikan..
besar pengorbanan tu..

ayam berkokok di atas rumah
illaliqa' ma'assalamah

MyLittleNote :: have a nice day everyone :) 

Tuesday, May 1, 2012

Lepaskan Rindu...

entri pertama pada bulan mei.. hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan.. hadek2 yang mengambil UPSR mula berdebar.. hadek2 yang mengambil PMR dan SPM.. masih relax.. eh! tak ada lah.. maybe mereka juga bertungkus lumus seperti hadek2 yang mengambil UPSR.. tiba2 ingatan ketika zaman sekolah mula bermain di kotak pemikiran.. bergunung kerinduan terhadap zaman seperti itu.. bermain, bergurau, bergaduh.. bersama teman.. oh! sweet memories.. 

bulan mei sudah menjelma.. tinggal berapa bulan lagi kita akan berjumpa dengan bulan yang penuh rahmat.. iaitu bulan ramadhan.. :') I really miss that month.. miss to date with ALLAH.. miss to meet Lailatul Qadar night.. oh! miss everything.. :)

sejak astro buka semua channel free.. aku asyik tengok tv je.. kihkihkih.. nasib baik bapa tak marah.. dapat juga melepaskan rindu aku terhadap seorang jejaka yang kuat. lagi kacak.. oh! my hero.. Son Goku.. hahahaha. opss.. nanti Cici jeles leh.. hahaha.. aku betul2 rindu nak tengok Dragon Ball.. yup! cerita zaman kecik2. di tayangkan setiap hari sabtu dan ahad.. pukul (tak hengat) di tv2.. yeahh! cerita kegemaran korang juga.. dulu dekat rumah pagi2 tak boleh buka tv.. so, aku dan zaki melarikan diri dari rumah semata-mata nak tengok Dragon Ball dekat rumah nenek. tengok ramai2 dengan kezen.. hahaha.. :'D aku nak tahu sangat.. macam mana Bezita dengan Bulma pulak.. dapat anak namanya Trunk pulak tu.. kihkihkih.. dan aku juga terlepas episod di mana Goku dengan Cici berkahwin.. (erk.. sungguh budak2 betul aku ni..) tak apalah.. old story.. hahaha

aku dapat rasakan.. readers blog aku dah mula buat muka slenge sebab aku buat entri mengarut.. hahaha.. oklah.. izinkan patik mengundur diri.. :D

MyLittleNote :: tak sabarnya nak sambung belajar..