Saturday, May 26, 2012

Majlis di SAMNI...

Bismillahirrahmanirrahim.

semalam hari jumaat aku terjah sekolah terchenta. Urm. Ada kerja sebagai photographer yang tak bertauliah untuk majlis persaraan pengetua sekolah. Hati ini jadi sebak. Cukup setahun jadi pengetua. Dah pencen. Err, I mean dah bersara.  Hehe. Aku rasa dah sebulan lebih tak sentuh DSLR. Jadi gelabah sikit. Nak setting pun dah tak ingat. Adoi~ tulah. Dulu aku tuntut ilmu main2. Hehe. urm.. aku rasa ada lah sedikit sebanyak aku dapat belajar. Tapi, aku rasa semua gambar aku ambil semua hampeh. And the most important I learn. Aku dapat mengatasi rasa malu. Yela, nak jadi photographer mestilah jangan jadi segan2 harimau. Err, eh! malu2 kucing. Hehe. tak lawak pun (dengan membuat muka gaya serius) ngeh3. Okey. By the way, memang best dapat jumpa adik2 junior. Cikgu2, ustazah2, ustaz2, teacher2. Memang terbaik. Time shoot aku rasa macam nak nanges dapat jumpa balik cikgu2. Teringat ketika aku masih pelajar sekolah dahulu. Rindu nak dengar bebelan cikgu. Sedih kenangkan jasa guru kepada kita. Nak kita jadi pelajar terbaik. Sob.. sob.. sob.. Happy Belated Teacher’s Day 

pengetua berbaju biru ^^ bersama.. err, aku tak tau lah.. maybe unit2 displin?

junior form 5

lalala~ 

Majlis Teacher’s Day belum buat lagi. Dengar2 katanya habis cuti sekolah. Ada juga yang jemput aku. Maybe aku tak dapat join. University dah memanggil aku untuk sambung belajar. Tak tahu tercampak dekat mana nanti. Geng2 photographer aku semuanya dekat Selangor. Sorang dekat Unisel dan sorang dekat UIAM. Aku? Err.. aku tak dapat join diaorang kot. Hehe. adik2 junior semua suruh dekat UiTM Puncak Alam. Katanya dekat dengan rumah diaorang. Hehe. diaorang ni memang nakal. By the way, aku rasa semalam. Aku rasa begitu popular dekat sekolah. Macam geng Wannababes. Hehe. perasan deh.. cikgu2 semua cakap. Siapalah yang lawa2 tu? Rupa2nya H******** Hanisah. Err, lawa ke aku? Hehe. nasib baik tak kembang semangkuk. Kalau tak, naya je. hahaha!  

MyLittleNote :: adui~ sakit perut. Ni mesti gara2 aku melantak nasi minyak semalam. Hahaha!

10 comments:

Hanis MY said...

meriahnya... wahh student kesayangan cikgu ni bagus bagus i loikee...

aku HaniAsyira said...

eh2,, hani dpt mana ye?? lupa pulak.. =)

Akue Achik said...

fuh...ada bakat tgkp gmbr...ohsem.. :)

shar90 said...

segan2 harimau plak jd photographer ea... hehehee xD

Cik Kay Jue said...

wah.. bestnyer dapat pergi ke sekolah balik melawat... :) ckj kalau sekolah tak de sapa kenal.. huhu.. ada DSLR? bestnyer...

syakirahmn said...

lawa dan manis ^^ ;)

woah. ada geng2 fotografer lg haaaa ;D

teha said...

hahaha ! kembang semagguk jap kan..

fardhila fawwazy blogspot said...

wah!photographer..bestnya..:) cntik2 gmbr ni.

Anonymous said...

pandai shoot..cuma lebihkan fokus lagi..

Anonymous said...

waaaaaa!!!
jelesnya!
aku kena masuk sekolah baru,tup-tup ko dapat bergembira kt samni.
wuuu~~~~

-tiq-