Friday, March 30, 2012

Hot Scandal...

fuyooo! (o____0) tajuk entri PANAS...
hah! mesti korang fikir aku ada hot skandal kan... 
hey! hey! fikir bukan2 ek...
hehehe...

aku mana main skandal2 ni...
tak syok la...
skandal apa barang...
ngeh3 :P

korang2...
tengok lah video ni...
aku jamin bukan 18..... err... apa ek....
(what ever lah... hehehe...)
dan aku jamin video ni tak ada unsur2 yang.... yang....
(aku ni asyik tulis sekerat jalan apa pasal... DUSH!!)



MyLittleNote :: dah tengok dah?? kan aku dah kata... best kan... =^_^=


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Thursday, March 29, 2012

Small People can do Big things...

aaahaak! mesti korang pernah dengar ayat ni kan? mungkin... ada sesetengah pihak yang pernah dengar ayat sebegitu... dan mungkin tidak... yess! yang pernah dengar tu... dah semestinya dekat iklan rancangan memasak realiti tv kanak2... Junior MasterChef... oh! aku sudah jatuh cinta dengan rancangan ini sejak musim yang pertama... percaya atau tidak... kanak2 yang seusia 5 tahun ada yang dah pandai memasak... dan semenjak itu... aku mula mengenali dunia MasterChef... sama ada Mesia punya atau luar negara punya...

[kredit from Google]

[kredit from Google]

dab bila aku skodeng2 blog orang... terjumpalah seorang designer cilik yang terkenal... (dan aku belum mengenalinya... huhu) cecilia cassini, gadis berusia 10 tahun sudah menjadi pereka fasion yang terkenal di dunia... nak tahu lebih lanjut? sila KLIK SINI :)

[kredit from Google]

[kredit from Google]

dan yang paling terkejut... kanak2 berusia 2 tahun sudah pandai menolong... sama ada menolong memasak... mengemas atau etc... agak berapa tak suka lah jika budak kecik itu kacau aku buat kerja... kerja yang hanya disiapkan dalam masa 10 minit jadi 30 minit... ish... ish... ish... nak tahu siapa budak itu.... jeng... jeng~

siapa lagi kalau bukan Hazem-chan... HAHAHA

MyLittleNote :: cer Mesia buat Junior MasterChef pulak... ada ke yang nak join?? err... tak pun buat Junior Project Runway... zaman sekarang bakat kanak2 sangat besar... tak kan nak hantar anak suruh jadi retis kot... menyanyi melalak... lalala~ eh!


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Wednesday, March 28, 2012

Jom Berbahasa Jepun...

pemilik buku ini adalah abang kepada Nur Sakinah
disebabkan aku peminat jepun nombor satu... (ceh! peminat nombor satu...) maka aku beriya2 nak pinjam buku jepun dari Nur Sakinah... domo arigato gozaimasu :) serius, buku ni tak ada makna... ada pun just sikit2 je... terbeliak mata aku sebab satu haram pun aku tak berapa nak paham... hohoho~ tak apa... kamus jepun kat library kan ada :) *senyum teruja*

so, sekarang ni aku sedang berusaha nak mempelajari bahasa jepun... kadang2 rasa lawak juga sebab aku cakap jepun dengan member... nak tau apa dia orang cakap...

entah bahasa apa entah...

tak pun...

apa2 jelah...

hehe... so, jika aku nak pergi jepun (suatu hari nanti...) aku kena mula dari sekarang ^_^ bertuah betul aku dapat berkenalan dengan blogger Kak HanisKak AyuKak Fatin... mereka sekarang ni duduk jepun tau ^_^ (kalau yang dah tau lah... mereka ni kan antara blogger famos amos ^_^)

MyLittleNote :: sedang berusaha untuk apply maktab... tension seh... asal bukak je error... tak bagi aku jadi cikgu lah tu =P


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Tuesday, March 27, 2012

Perasaan Bersalah...

Ya Allah! aku rasa betul2 rasa bersalah... sungguh2 bersalah... glup! apa yang harus aku buat?? sungguh tebal rasa bersalah aku dekat hamba Allah ni... Ya Allah! ampunkan dosaku... tak patut aku cakap dia macam tu... main tuduh bukan2... tanpa usul periksa... aku tak tau lah apa dia rasa... sama ada rasa down... atau rasa ego dia tinggi tiba2... atau rasa...... err... entah lah... yang penting aku dah lukakan hati dia... ada ke patut aku cakap...

orang yang meluahkan perasaan sedih dekat belok atau pesbuk ibarat mempersoalkan kejadian Tuhan terhadap dirinya... mungkin boleh menjadikan seseorang mudah putus asa dengan ketentuan Tuhan...

Ya Allah! lepas tu aku memandai nak nasihatkan dia... aku ni bukan baik sangat... tapi terselit dalam hati aku yang aku ini terbaik... boleh membimbing orang yang kesusahan... astazfirullah al-azim... Ya Allah! ampuni dosaku... kadang2 aku rasa macam nak hentak2 kepada aku dekat dinding... tapi iman aku melebihi nafsu waktu itu... alhamdulillah~ 

aku dah minta maaf dah dekat dia... tak tau lah dia maafkan ke tak... dah lah dia tu tengah frust putus cinta... ish aku ni... maybe aku rasa belum cukup bersedia untuk membantu orang... 

MyLittleNote :: kalau aku buat macam ni lagi... tolong lempang aku hokey... aku dah bagi keizinan ni...


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Monday, March 26, 2012

Terjah Putrajaya…

Sungguh teruja dan betul2 teruja sebab akhirnya dapat juga pergi putrajaya… impian jadi kenyataan… memang countrywomen betul aku ni kan… XP tambah kenyataan… aku akhirnya dapat tengok PICC depan mata… (teringat ketika PABM diadakan disitu… aku kan peminat PABM no.1 =P) bangunan lawa2… warna-warni… meriah bak funfair dekat belakang rumah… (ceh! tipu je… mana ada funfair dekat belakang rumah... hehehe)

Mula2 tengok belon udara panas… perasaan aku… em,, tak best sebab tak dapat naik… hehehe















serius... gambar tak cantik... hanya tangkap melalui phone sakai...*ngeh3*
tarikh kejadian :: 17 March 2012...

MyLlittleNote :: masih belum puas menikmati keindahan putrajaya… kalau aku duduk rumah sendiri/sewa tak apa… balik rumah tak ada orang bising… boleh lepak sampai pagi… tapi.. tak boleh lah… balik rumah ada orang bising… *dolan dolan sampek tengah wengi… (tak tau translate sendiri… kah kah… kejam sungguh aku ni…)

*jalan2 sampai tengah malam…


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Sunday, March 25, 2012

Sekadar Angan2...

otak aku ligat berfikir... membayang-bayangkan... berimagenasi... apabila.....

[kredit to google]
Let's Copaque memberi biasiswa pelajaran ke jepun...
dan aku orang pertama yang isi...
dan aku dapat study di nihon...
dan aku study dalam bidang kartun, anime dan animasi...
lepas dapat segulung ijazah...
aku kerja dekat let's copaque...
dan aku buat animasi aku sendiri...

hehe... betapa tinggi khayalan aku... yep, aku yang gila nihon dan anime... serta art... ^_^
belum tentu let's copaque buat biasiswa... ngeh3...
dah memandai-mandai aku tentukan... =P

MyLittleNote :: happy birthday kepada Hazem-chan yang sekarang berumur 2 tahun... tak lupa juga kepada sesiapa yang menyambut kelahiran pada hari ni... serta selamat pengantin baharu kepada sesiapa yang kahwin  +bersanding pada hari ini..(ngeh3... mood sebab jiran sebelah buat kenduri...xoxo~)

hati ini terasa... jahatnya aku ni~
betul2 jahat + kejam...


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Friday, March 23, 2012

Pengalaman Buku yang Paling Berharga

[kredit from Google]

ya... pengalaman aku terhadap seorang lelaki... bukan kerana aku benci terhadap manusia yang bernama lelaki... sebab pengalaman aku mengenali seseorang yang membuatkan aku menjadi lebih berhati-hati... mengenali hati budi seorang lelaki... bak kata pepatah... patah tumbuh hilang berganti... bagi aku... benda yang dah patah dalam hati aku tu... tak akan tumbuh jika ada seseorang yang datang dengan ikhlas kepada aku lillahitaala... tidak menilai dari luaran tapi menilai dari sudut dalaman... menerima segala keburukan serta kekurangan...

aku mendapat hidayahNya ketika aku kecewa dan mula berputus asa... aku mengenali seorang hamba Allah yang banyak membantu aku... dari situ aku mula berubah... sama ada dari segi pemakaian serta dari sudut hati... dan aku juga mula belajar mencintai Allah... tapi apakan daya... hati manusia... kadang2 terselit rasa suka terhadap seseorang... 

oleh itu... jika ada seseorang yang mengenali aku... aku bukanlah perempuan sombong yang bongkak... aku cuma mahu menjadi wanita yang mahal... mahu menjadi wanita yang terbaik buat bakal suami... mahu menjadi muslimah yang solehah dan juga hamba Allah yang bencikan pada pergaulan bebas... 

MyLittleNote :: ini entri termatured yang pernah aku buat... ngeee~


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Thursday, March 22, 2012

Kem Form 4...

Syukur Alhamdulillah… aku antara insan yang terpilih untuk menjadi urusetia bagi satu program bagi pelajar2 tingkatan 4… mula2 aku fikir kena jadi fasilator… err, serious aku tak pandai nak cover budak2… nanti aku jadi gemuruh… oh! Lupa nak bagi tau, aku dan Nur Sakinah yang jadi urusetia… tempat dekat sekolah lama kami… semestinya sekolah kebanggaan kami iaitu SAM Nurul Iman… fuhhh! Memang seronok masuk sekolah balik… jumpa adik2 junior yang rindukan kami… dan sebaliknya…


Jadi, tugas aku sebagai urusetia hanyalah mengurus apa yang patut… tolong2 ke… tapi, tugasan yang berat untuk kami ialah mengurus game outdoor untuk peserta… bukan aku nak bangga… syukur kepada Allah yang telah memberikan aku beribu2 idea yang tak boleh dipakai… sebab idea aku semua mengarut… hahaha… aku adalah ratu mengarut… =P adalah juga idea aku yang boleh dipakai… kalau tak mesti dah kena lempang bertalu2 dengan Nur Sakinah… hahaha…

adik2 form 4 yang happy dengan
aktiviti yang kitaorang buat

Malam tu ada aktiviti camp fire… ceh,, aku tipu je… hahaha… sebenarnya aktiviti untuk mentarbiyah budak2… iaitu panas berapi… hohoho… mula2 aku tengok tentatif program, perut dah kecut… otak aku dah terbayangkan api neraka… Ya Allah, aku betul2 takut masa tu… takut tercampak ke api neraka… time tu, semua keadaan menjadi tegang… fasilator semua menjadi garang… siapa yang couple, siapa yang tinggal solat, siapa yang kurang ajar dengan guru dan ibu bapa, dan banyak lagi lah pengakuan yang mereka(peserta) kena jawab… elok lah juga diorang kena hadap unggun api yang besar… time aku dulu, kena menghadap kubur malam2 seorang diri tau… tak boleh tutup mata… suruh pandang je kubur tu… adakah korang rasa seram?? Hehehe… tapi aku bukan insan terpilih untuk menghadap kubur itu… yang terpilih dikalangan budak2 lelaki… tu siapa yang berani saja yang ditawarkan… aku pun nak juga… yela, sekurang-kurangnya nak memantapkan iman aku ^-^ (boleh caya ke aku ni… baru sampai dah menangis meleleh air mata… hahaha)

aktiviti malam... serius... gambar buruk ngeh3
Esoknya… semua fasilator menceritakan pengalaman mereka semasa mereka study di Mesir… banyak betul sejarah islam di Mesir… lagi2 ada makam imam kita… iaitu imam Syafiee… tujuannya supaya budak2 form 4 tu nanti semangat dengan SMA…  ganbatte minna-san ^-^ semoga korang semua tunaikan janji korang untuk berubah… menjadi muslim dan muslimah yang soleh dan solehah ^-^

Kesimpulannya, (ceh… macam karangan pulak..) aku banyak sangat dapat ilmu… walaupun aku hanya urusetia… ilmu boleh dituntut dimana-mana saja… kan3 J

sekolah terchenta...


Orang yang belajar bahasa arab dan faham bahasa arab… apabila membaca Al-Quran ibarat membaca surat cinta dari Allah J


MyLittleNote :: jumaat dan sabtu aku jadi fasilator... err... terpaksa tinggalkan saudara2 yang sedang bertungkus lumus buat kenduri kahwin... dekat sebelah rumah pulak tu... sebab aku sayangkan adik2 junior lillahitaala... aku sanggup buat apa saja untuk mereka ( ^-^ )


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Wednesday, March 21, 2012

Happy Birthday


20 march... tanggal kelahiran buat sahabat blogger kita inche Woofer Strom ^^
err... minta maaf kalau lukisan ni nampak buruk... saya tak pandai nak edit... hehe
dan warna merah ditempek kerana ia adalah warna kesukaan beliau...

ehem2... jangan lupa tempek gambar ni dekat blog ek.... (ceh... memaksa pulak...)

MyLittleNote :: taniah buat teman2 blogger jika ada yang amik result SPM... dan juga rakan2 sepejuangan yang tidak jemu2 menaikkan semangat aku... fuhh!! frust gila... tapi apa pun... SPM bukan penentu segala2nya... ia cuma tiket menuju universiti... ^^


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Sunday, March 18, 2012

Bila Kita...




Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI...

Bila jadi baik, ORANG MELUAT...

Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM...

Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAA NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?..."

Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA...

Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN...

Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGOS...

Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR...

Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'...

Bila kita pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free...

Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!....."

Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?.."...

Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"...

Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"..

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.. ingat pesanan ini :-

"Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia....."


MyLittleNote :: berdakwah memperjuangkan agama Allah.. ^^ jihad fisabilillah


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Saturday, March 17, 2012

Perangai Anak...

Ehem2… aku buat entri sebegini bukan sebab aku dah ada anak… err, anak buah adalah… hehe… memang patut syurga terletak dibawah kaki ibu… memang payah jika membela, mendidik, mengasuh seorang anak… bab2 membela budak memang aku dah ada pengalaman sekarang ni… duduk rumah menjaga Hazem-chan sementara menunggu keputusan SPM yang tak lama lagi akan keluar… tapi, bab2 melahirkan anak… err, don’t ask me tau…=P pernah juga terdengar cerita ibu2 yang dah ada pengalaman ni… sakitnya tidak tergambar oleh daya imaginasi… glup! Tiba2 rasa takutlah pulak…

Okey… berbalik kepada tajuk asal… waduh! Payah banget urusin anak kecil… kadang2 bikin tension otak kepala ni… dengan perangai yang…….. entah lah… sampai berat aku jadi turun 2kg… dari 56 turun 54… gara2 menjaga budak kecil… serabut juga kan… em… memang perangai budak2 macam tu ek? Asyik nak ikut kehendak mereka aje… kalau tak dapat… mengamuk sakan… (mungkin dulu kecik2, aku lebih teruk) err, antara aku dengan Hazem-chan agak lain… disebabkan aku tak ada adik… aku layan Hazem-chan macam adik sendiri… well, kalau ada adik… tak lain tak bukan… memBULI… jahat tak makcu macam aku ni… HAHAHA… *dengan membuat wajah orang jahat*

HAHAHAHA

Ehemmm… budak umur 2 tahun dah pandai membuli… mungkin balasan aku membuli dia… dia pun membuli aku… huwahhh! Dan aku jugak dapat rasakan aura kejahatannya bila dia mengenakan aku dengan…….. buat2 nages kena buli… lepas tu, aku kena marah dengan ibu… see, memang agak tension lah… mentang2 putu sitok… dimanjakan sangat dengan atok dan nenek dia…

Ahak! Keluar mentol dari kepala… kalau korang rasa nak cepat turun berat badan… jaga budak kecik… yang hiperaktif tau… tip ikhlas dari aku… hehe… terbaik ^_-

Putu = bukan putu piring atau putu mayam… putu means cucu in bahasa jawa…
Sitok = means hanya satu/ seorang

MyLittleNote :: hari tu pergi sekolah, ramai cikgu + ustazah kata aku dah slim… err, apakah dulu aku gemuk?? kamu.. kamu.. dan kamu... terima kasih kepada sesiapa yang tag aku untuk join segmen... nanti banyak masa akan ku buat entri tentang segmen yang kamu tag... eden tak cukup waktu dan masa lah...

Ayam berkokok diatas rumah,
Ilalliqa’ ma’assalamah

J


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Monday, March 12, 2012

Wanita berperwatakan Lelaki

Nak tau tak kenapa aku buat entri macam ni tiba2... sebenarnya… aku nak tau lah pandangan korang terhadap wanita yang ganas, yang berjiwa lelaki dan berhati kewanitaan… emm… korang tau tak aku ni gadis alim yang brutal?? Emm… tak payah ambil tahu lah… bukan penting pun…(har3… tetiba pulak)

Ikuti kisah cerita ini… yang osem + kool… (eh! ikut gaya Inche Gabanna pulak dah)


Ada seorang gadis ini, yang ayu… yang sweet… yang kawaii… yang manis bak gula2 sekilogram dekat kedai runcit cik temah… tapi… perangai dia amat brutal… mengalahkan lelaki… jangan salah sangka… dia tetap tutup aurat sebagai tuntutan wanita islam… menutup auratnya dengan sempurna dan lengkap… siap dengan tudung labuh dan berstokin…

Sejak kecil, dia bersahabat dan amat rapat dengan abangnya… adik-beradik yang lain sibuk mengejar impian masing2… yang tinggal dirumah hanya dia dan abangnya sahaja… hanya bersama abangnya sahaja mereka bermain… main permainan budak2 lelaki… main bola sepak, panjat pokok, lumba basikal, main parit depan rumah, memancing, dan macam2 lagi permainan yang khas untuk budak2 lelaki… tapi dia juga main permainan budak2 perempuan… bersama anak2 jiran… mahu bermain dengan sepupunya… kesemuanya lelaki…

Apabila meningkat remaja, jiwanya seperti lelaki… tidak takut kepada cabaran… lebih suka kepada sukan ekstrem… dia lebih berani… perangai pun macam lelaki… bencikan sifat gedik seperti perempuan… bencikan sifat lemah… dia bencikan segala2nya yang menyebabkan dia menjadi lemah… malah dia lebih suka bersahabat bersama budak lelaki dari budak perempuan… katanya budak perempuan suka cerewet… memilih… penakut… dan macam2 lagi lah… satu hari, dia mengenali seorang rakan perempuan yang satu kepala dengannya… sama2 brutal… maka, terjalin satu persahabatan yang rapat sehinggakan rakannya itu berubah sejak berkapel… dia juga pernah terniat hendak menjadi lemah lembut… jalan dengan sopan santun… tapi semuanya tidak menjadi… dia tidak boleh! Noktah!! Dia juga pernah terdengar… jadilah diri kamu yang sebenar… berprinsipkan kata2 itu dia berdiri dengan sifat semula jadinya itu…

Tetapi, kadang2 terselah sifat kewanitaannya… sifat malu terhadap lelaki… sifat keibuan, apabila dia bekerja sebagai babysitter… serta sifat2 semula jadi sebagai muslimah solehah… jiwa sebagai lelaki tidak pernah berubah… dia juga pernah merasakan untuk menjadi pelindung terhadap kaum2 yang lemah… pernah juga dia terasa untuk melindungi ibu dan adik-beradik perempuannya… ada satu malam, dia bertukar menjadi singa betina apabila adik sepupunya hampir2 kena buli… pantang benar baginya jika ada pembuli yang membuli insan yang lemah…

Penampilan luarannya amat lah seperti lelaki… berambut pendek dan berpakaian seperti lelaki… katanya, memakai pakaian perempuan membuatkan dia rasa sesak dan sempit… memakai kemeja lengan panjang yang bersaiz XL walaupun berbadan S… lama-kelamaan… dia mula menyedari dirinya lemah… tidak sehebat seperti dulu… tidak sekuat seperti dahulu… tapi dia juga tetap menolong bapanya melakukan tugas2 sebagai seorang lelaki… kerana hanya dia seorang sahaja anak yang berada dirumah ketika itu… dalam kehidupannya, dia menjadikan khaulah al azwar sebagai idola… kerana dia bercita2 mahu melindungi golongan yang lemah… mahu menjadi sehebat khaulah al azwar…

Ehem2 … apa korang fikir?? Adakah dia seorang pengkid?? Atau tomboy?? Mintak pendapat kamu semua ek… J patutkah dia teruskan sifat dia atau dia harus berubah??

MyLittleNote :: isu2 semasa… yang akan aku kupaskan untuk entri akan datang J (tiba2 dapat rasakan aura peguam syariah XP… har3) kepada cik faseha jika terbaca entri ini… aku hanya mampu (^_^) V kacang pice~

Ayam berkokok di atas rumah,
Ilalliqa’ maassalamah…


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Tuesday, March 6, 2012

Berjiwa Lelaki Berhati Wanita




sekarang rambut pendek menjadi tren fesyen remaja sekarang...(eh! betul ke tren remaja zaman sekarang... main hentam kromo je aku ni..)  tapi ada juga yang cakap... perempuan tak boleh berambut pendek kerana ia menyerupai lelaki... err... 

zaman sekarang yang banyak berlaku isu2 macam ni...
lelaki jadi lelaki, perempuan jadi perempuan...
err... eh! salah lah... ampun tuanku...
lelaki jadi perempuan dan perempuan jadi lelaki...
hehehe

tapi kan,, aku nak minta pendapat korang... macam mana pula dengan perempuan yang menyerupai lelaki tapi hati kewanitaan... jiwa lelaki tapi hati perempuan... 

macam...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


gambar contoh~

pernah tengok cerita Wild Romance ???
perempuan ni... walaupun luaran nampak lelaki,, perangai kasar macam lelaki tapi hati tulus macam perempuan... sifat dia pun macam perempuan... siap jatuh cinta lagi < dekat lelaki okey...

contoh lain... macam cerita Coffee Prince
pernah tengok kan *senyum sambil angkat kening sebelah ala ala ziana zain*

 emmm.... siapa boleh jelaskan... boleh kita share2 dekat orang lain ^^

MyLittleNote :: pertama kali tengok k-drama secret garden... fuhhh! heroin dia... buat aksi stunt macam angelina jolie... saya suka saya suka..*ton suara mei mei*


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Saturday, March 3, 2012

Gambar Profile Baru


apalah aku ni... dah lah lukisan comot... nak kale pun comot...(ini sebab si tuan blog malas nak kale betul2... rajin melukis dan malas mewarna.. =P)

jari-jemariku ini asyik tergedik nak menukar gambar... sekejap gambar tu... sekejap gambar ni... ehem2... blog background pun sama... tak ada yang pemenent... tapi insya-Allah... background yang berkale putih bertatahkan bunga sakura... akan ku kekalkan.... 

oh! meh aku terangkan sikit serba serbi tentang gambar ni... sebenarnya... aku teringin sangat sampai naik mental nak sekolah dekat jepun... baju dia lawa2... pakai seket... eh! kalau aku nak pakai seket labuh lah.... bila ditengokkan... sekolah kat jepun dia orang tak pakai rencana kan?? baju sekolah yang melambangkan mereka sekolah dekat mana... agaknya lah... itu pendapat aku... suasana belajar dekat sekolah jepun ni... membuatkan aku jadi jeles... oh no! 

um... tak payah nak berangan dek oi... umur dah sesuai study dekat universiti... tak payah berangan nak study dekat sekolah...

MyLittleNote :: aku kerjanya asyik berangan je kan... =P hahahaha (tengok tu... jadi mental gelak sorang2...)


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Friday, March 2, 2012

Gelek2 Goyang Inul

tak ada kerja pergi lukis benda ni... Har3...

dah lama bebenor aku tak melukis ek... hehe... tiba timbul M besar dalam diri... err... nak tunggu rajin melukis bila tengah study dalam keadaan yang bosan atau tengah exam... eh! bukan jawab exam dengan melukis... tapi lepas jawab kat paper tu... ada masa lukis... hehehe... 

MyLittleNote :: okeylah... bai2 for now...=P (euww... gediknya budak ni... har3)


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Thursday, March 1, 2012

Dapat Surat Cinta??

Hahaha… kemain lagi tajuk entri ni… hehe… siapa je yang nak bagi surat cinta dekat aku ni… ish2… kalau dapat tak mau aku baca… buat muntah hijau je… dan aku tak nak menduakan cinta Allah ^_^ cehh… romantiknya…

Sebenarnya aku dapat surat ke-dua dalam hidup aku… err… alah… surat dalam peti surat yang dihantar posmen pet…lalala~ surat pertama bila kakchik bagi aku kad birthday… susah2 je… dari perak sampai Selangor… time tu birthday ke-13… hehe… muda lagi… =P

hehe... aku masih simpan lagi kad ni... dah berapa tahun ek??

tak segan2 aku tunjukkan dekat korang ^^

Surat ke-dua, surat tawaran kolej dalam bidang kejururawatan… err… kolej swasta aku tak terima… tapi, jadi jururawat… salah satu impian aku… tapi sebab aku ni tak ambil aliran sains tulen… so, diblack list… tata jururawat~ aku betul2 teruja sampai lebar senyuman aku ni… sakit otot2 pipi ni… asyik sengeh2 macam orang sewel… eh! bukan tersengeh macam kerang busuk ke?? err... Siapa tak suka dapat surat pertama dalam hidup… (aku lah tu… mungkin orang lain tak ambil kesah kot… ada ke yang ambil kesah??...err…)hohoho~ meri x’mas  



tak jemu2 aku memandang namaku yang comel dekat surat tu... eh! eh! aku dah besar lah... dah boleh hidup sendiri... dah ada surat sendiri... lalala~

MyLittleNote :: err... sebenarnya... dalam entry sebelumnya... bukan dalam group photographer... tapi diaorang buat business media ArtMuslim Studio... dan diorang lantik aku jadi salah satu photographer mereka... err... arkhhhh!! aku tak sedia jadi orang 'besar'... eh! apakah itu??


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...