Wednesday, February 29, 2012

Jadi Photographer??

err... tadi ada member call... diaorang buat satu group photographer...
masalahnya...
diaorang semua lelaki...
aku seorang je perempuan dalam group tu...
setahu aku... 
ramai lagi budak2 perempuan yang minat fotografi ni...
aku terlalu sensetif dan terlalu malu jika berkerja dalam satu kumpulan lelaki...
err... gimana si dong!! 
aku pun suka fotografi!!
tapi...
tak salah kan kalau niat dengan hanya bekerja...
sebab aku nak jadi budak ayu... hehe
nanti diaorang ajar guna DSLR...
eh! aku dah pandai guna lah (eleh, pengang lens pun tak betul...hehe)
mungkin diaorang bagi pinjam...
err... benda tukan mahal...
har3..(ketawa orang jahat)
nak buat kakchik jeles yang aku ada DSLR...

gambar cedok dekat blog orang.. hehe.. jahat betul aku ni


MyLittleNote :: hati aku berbolak-balik... tapi aku dah setuju nak join... errrr...

Sunday, February 26, 2012

Yan Papa / ヤンパパ


drama pada tahun 2002... mungkin aku agak terlambat... serious, cerita ni memang best... memberikan kita semangat... bukan kah orang2 jepun ni tak mudah berputus asa??... tapi ada juga yang mudah putus asa sampai bab2 nak bunuh diri... ish2 nauzubillah... 

err... aku tak tau makna "Yan" ni... tapi dekat bekas VCD tu tajuknya young papa... bila search kat gugel, jadi yan papa... huhuhu...

drama ni juga terselit katun2 yang kawaii ^^ orang2 jepun ni pandai melukis... jeles aku tau! 

drama ni 10 episod yang menceritakan tentang seorang pemuda yang berumur 25 tahun jatuh cinta pada bosnya yang berumur 39 tahun... Kazami Yui, seorang pelukis komik yang gilakan dolpin dan dia mempunyai 3 orang anak... 2 orang anak perempuan yang berumur 17 tahun dan 11 tahun... serta seorang anak lelaki yang berumur 5 tahun... err... pemuda itu yang bernama Yusaku (kot lah... main hentam sebab aku tak tau eja nama dia dan nama penuh dia)

yusaku tu tak tau yang yui tu dah ada 3 orang anak... nyaris2 dia pengsan sebab yui bagi tau yang dia ada anak... keh3... tapi yusaku tetap terima yui sebab dia betul2 suka dekat yui... pada hari pendaftaran perkahwinan mereka, yui kemalangan dan meninggal... dan anak2 yui tak suka betul dengan yusaku... demi cinta pada yui, dia sanggup menjaga anak2 yui... 

eh! eh! aku cerita sampai sini saja tau... kalau nak tengok boleh donlod... 

drama ni tak adalah lawak sangat macam cerita Gokusen
lawak dia sikit2 je... bagi akulah ...

MyLittleNote :: ada sesiapa yang boleh bagi tau aku j-drama yang baru2 + lawak2 sikit??? ^^ sharing is caring kan =)

Tuesday, February 21, 2012

Muslimah Solehah



sungguh sedih dan terharu... rakan2 bulatan gumbira berusaha nak buat usrah dengan cara moden menggunakan skype... malangnya aku langsung tak tau guna dan tak reti nak donlod... video ni salah satu sahabat bulatan gumbira yang hadiahkan... terima kasih :'( < ni sedih sebab terharu tau...

gambar ni aku cedok dekat blog nur sakinah... ^^
kata2 itu amat berkesan dihatiku...


aku tak tau kenapa sejak dua menjak aku rasa macam nak menangis... rasa macam hina diri ini dihadapan Allah... dapat rasakan cahaya keimanan datang dalam diri ini... lagi2 dibantu oleh sahabat2 bulatan gumbira.... err... walaupun aku tak luah atau cerita probelem aku kat mereka... tapi mereka tahu probelem aku....
Ya Allah! terima kasih kerana dikurniakan sahabat2 yang sentiasa mengingatiku terhadapMu...
dan aku bersyukur mengenali sahabat2 lain yang sentiasa memberiku semangat...
terimah kasih Kak Nisa
arigatou Kak Fatin
Kak Hanis
Kak Ayu
dan semua2 lah ^^
semoga kalian menjadi muslimah solehah dan muslim yang soleh
sayang kamu sangat2 ^^

MyLittleNote :: mula2 buka belog  tak boleh sebab belog aku ada virus... uwahhh! nak nanges... tapi akhirnya berjaya alhamdulillah... kalau tidak, tak boleh nak berbelog... btw, maaf sangat2 sebab tak sempat nak terjah menerjah belog kauorang ek... kesuntukan masa... hehehe^^

Sunday, February 19, 2012

Kimono


kimono pepel... oh! wajah model tu sangat pelik... saje nak buat macam tu... tak de mood nak lukis muka... kih3...

kimono pinkiey.... tolonglah... aku tak suka warna pink... tapi aku tak tau kenapa aku buat kale ni jugak... tak tau saya.... kih3

idea untuk melukis kimono sebab aku baru lepas khatam baca novel Memoirs of a Geisha... buku setebal bege dekat McD... dengan muka surat sebanyak 764 m/s.... oh! aku memang sukakan jepun... semua tentang jepun... sampai sanggup baca buku setebal itu.... pasal kimono... yang satu je aku tau ~ obi ~ yang terikat dekat pinggang tu... hehe

MyLittleNote :: uit... sejuk betul pagi ni... tak tau nak buat apa selain berbloging... salam weekend ^^ tiba2 rindu sangat3 zaman sekolah... bila lah nak sekolah...

Thursday, February 16, 2012

Bulatan Gumbira

apa itu bulatan gumbira??... istilah kata2 Inche gabanna?? ^^ hehe... bulatan gumbira adalah usrah... semalam kita orang buat usrah dekat PPAS... mula2 tu aku rasa macam kekok sedikit.... maklumlah... aku ni kalau jumpa orang yang tak berapa kenal akan menjadi kekok dan pendiam... bukan sebab aku sombong tau.... aku memang macam ni... 


ketika dalam usrah tu... kawan2 yang lain sibuk berbincang pasal masalah diaorang.... aku?? aku hanya mampu diam sementara dalam hati dan akal fikiran bermain kata2 dan mengolah apa yang dibincangkan... mungkin mereka fikir aku tak ada masalah dalam bab bertukar menjadi tranfomers... ceh! bukan tranfomers... tapi dalam segi pemakaian yang begitu sempurna bagi seorang wanita islam... dalam segi permasalahan agama... dalam segi permasalahan orang sekeliling yang membuatkan kita lemah.... aku?? aku pun ada masalah... tapi aku takut nak luahkan dekat orang yang aku rapat... even ibu atau family... sebab aku takut diaorang tak nak dengar dengan bersungguh2 apa yang aku cerita... apa masalah aku... dan aku takut diaorang tak nak bantu aku.... jadi semua itu aku luahkan kepada Maha Pencipta kita... Allah... aku rasa tenang setenangnya.... kadang2 apa yang menimpa masalah aku jadi hilang lepas aku luahkan dekat Allah... lepas aku luahkan... aku pun berfikir... secara positif... mungkin Allah bagi akal dan fikiran kepada aku selepas aku luahkan... Terima Kasih Ya Allah! aku dapat rasakan yang Allah adalah kekasih aku walaupun kekasih Allah adalah Nabi Muhammad S.A.W.... rasa cemburu pulak terbit di hati.... tapi siapalah aku disisi Allah... hamba yang lemah, hamba yang alpa, yang hina, dan sebagainya lah.... aku tahu Allah sayangkan aku dan Allah sayangkan semua orang dan kamu juga readers ^^

MyLittleNote :: eh! entri ni terluah dekat kamu pulak... kamu tak kisah kan?? (^_^) V

Wednesday, February 15, 2012

Kuasa Istikharah

fikiran stress...
sebab tak tau nak ambil kos apa... 
jalan terbaik adalah solat sunat istikharah...

satu malam tu....
aku bermimpi....
menjadi peserta masterchef...
tapi masak dekat dapur afc next chelebreti chef...
aduh! aku kena marah sebab masak tak sedap....
membe cakap "kau kena ambil seni kulinari agaknya"....
aku bertambah ragu2...

lepas tu....
berangan nak ambil kos sains sukan....
kan aku suka bersukan....
lagi2 sukan archery....
tapi....
aku ragu2 lagi....

aku ikut hantar sepupu balik kolej dekat UPNM....
macam best je....
aku pun nak jadi askar....
tapi....
aku pakai cermin mata...
sah2 kena tendang macam bola....(eh! malam tadi selangor vs kelantan sapa menang ek??)

minta pendapat kakchik...
* kos setiausaha... errr...
* dan bla... bla... (aku tak ingat)

lepas balik dari seminar....
tak ada seorang pun sebut pasal maktab + cikgu...
kecuali kakak...
hati berbunga riang...
seperti dalam hati ada taman permainan...
tak ada perasaan ragu2 lagi....
rasa macam lapang dadaku ini...


Ya Allah! sesungguhnya aku beristikharah kepada-Mu dengan ilmu-Mu, dan aku memohon kuasa dengan kuasa-Mu, dan aku memohon kepada-Mu daripada limpahan-Mu yang agung. maka sesungguhnya Engkau yang berkuasa dan bukan aku yang berkuasa, Engkau yang Maha Mengetahui dan bukannya aku, dan Engkaulah yang mengetahui alam ghaib. Ya Allah! jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku, maka takdirkanlah ia bagiku serta permudahkanlah dan berkatilah ia bagiku. jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah buruk bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku, maka palingkanlah ia dariku serta takdirkanlah kebaikan bagiku dan redailah ia bagiku

dengan ini, tanda itulah pilihan yang paling baik ialah dengan lapang dada untuk sesuatu perkara dan ia menjadi mudah dilaksanakan... dan tak perlulah menunggu mimpi bulan jatuh ke riba umpamanya... atau nampak cahaya atau nampak benda yang diingini... ^^

MyLittleNote :: err... bila aku belokwalking... kenapa ramai yang buat wordless wednesday??? apa benda kah itu???hehe... aku budak baru belajar berbelok...

Tuesday, February 14, 2012

Allah Selamatkan Kamu


hari ni besday kakak... Happy Birthday kakak... ^^

hari tu, aku tanya kakak nak apa masa besday dia nanti... kakak mintak ferari pulak... hehehe...

MyLittleNote :: kenapalah hari ni aku asyik nak melalut + merepek... 

Monday, February 13, 2012

Seminar

seminar pendidikan percuma program khas kerajaan 
(program usahama uitm)
err... mula2 masuk aku dah blur.... tak faham lah...
bukan aku nak sombong + meninggi hidung macam pinochio... 
sebenarnya... pasal bab universiti ni aku dah tahu serba sedikit...
macam mana life kat sana... dan etc...
terima kasih kepada kakak, esyam, kakchik, zaki...
yang menceritakan serba sedikit tentang universiti...
untung jadi anak bongsu... kih3

err.. gambar ni aku tangkap curi2... 

lepas je habis ceramah.... kakak kata suruh blah... sebab katanya nak daftar dan terus dapat surat tawaran kena bayar RM40.... err... lebih baik tak payah... tak minat pun dengan universiti.... apa ek??? dekat melaka tu... A famosa.... entah lah...

lepas tu,, kakak cadang suruh masuk maktab.... banyak kebaikan....
dapat elaun...
lepas keluar... sah2 dapat kerja...
lepas tu senang nak sambung belajar.... 

mula2 aku rasa macam blur.... sebab aku ni garang ajar budak2 kecik ni... kalau jadi cikgu pun aku nak ajar budak sekolah menengah.... membe cakap..."kau jadi guru displin je"
hehehe.... dan lagi satu... aku tak berapa suka jadi cikgu sebab aku tak pandai mengajar....

bila di tambah, tolak, bahagi, darap, pai kuasa 2, square roots...
aku ambil keputusan nak masuk maktab....
lagi pun.... guru kaunseling aku cakap suruh jadi cikgu....
tak apa lah.... aku terpaksan lupakan cita2 aku yang tak kesampaian....
jadi cikgu ni pun pekerjaan mulia... tapi aku nak berniaga... macam Rasulullah... erm... apa pun ganbatte Hani-chan... kih3

MyLittleNote :: dan alasan lain.... aku takut nak masuk universiti... wuahhhh !! =(

Sunday, February 12, 2012

B2st is Beast


salam you all...
aku buat entri ni bukan sebab aku minat gila + fanatik sangat dengan k-pop...(sekarang ni.. ada juga sesetengah orang yang minat k-pop ni sanggup bergaduh ~ alahai..)
sekadar minat2 biasa2 jerr...
eh!
merapu ikan kerapu... kih3

salah satu grup k-pop yang aku suka adalah 
B2st a.k.a Beast 




amik kau! banyak aku tempek gambar b2st ni...

oppa yo seob >,< :: aku tak tau kenapa aku suka dia... oppss!!

aku minat b2st bukan sebab diaorang encem + kiut + dan seangkatan dengannya lah...
bagi aku... aku minat b2st sebab suara diaorang sedap bak mee sedap...
eh!
dan lagu diaorang pun sedap...
dencing pun bes... meletop!!
yang aku salut sebab diaorang pandai cakap melayu...
oh! ahli kumpulan k-pop yang lain...
err... tak berapa minat sangat....
dan grup gegel... aku suka 
4minutes...
oh! maaf 4minutes... nama grup anda tak dibesarkan sebab watak utama dalam entri ni adalah b2st... hihihi >,<....
asal dulu pun, aku tak berapa minat k-pop... sebelum k-pop meletup2 kat mesia ni... kezen aku yang beriya2 suruh tengok video k-pop ni... entah mana dia dapat tau pasal k-pop ni... ish2... kalau donlod video k-pop... dia nombor satu...

lagi satu... selalunya orang2 yang minat k-pop ni sanggup habiskan duit dia beribu2... err.. bagi aku... kalau aku minat nak sesuatu... lebih baik cari yang percuma... kih3... sef moni poket... 

ibu cakap... orang2 retis2 k-pop ni macam 'sotong' sebab mereka berwajah cerah + comel + badan pun kurus meliding... (maaf ye kepada sesiapa yang minat retis2 korea ni...)

MyLittleNote :: fuhh! lepas balik dari ceramah bla... bla... bla... pasal kemasukan ke universiti... kih3... nanti stori mori lori naik lori lagi ek... eh! maaf... melalut lagi...

Saturday, February 11, 2012

Mata itu...


zaman kecik2 dulu, suka sangat bercerita... lagi2 kalau buat karangan... mesti korang dapat A kan?? hehe...
buat karangan pasal pokok pisang, basikal, rumah... dan seangkatan dengannya....

tetiba aku nak buat cerita pulak... 

sejak pertembungan yang pertama kali itu, bayangan mata itu kerap bermain diminda....

cuba korang sambung cerita di atas... aku tau yang korang hebat2 dalam bab mereka cerita... jom kita kongsi2.... yosh!

MyLittleNote :: eh! entri ni aku nak beramah mesra dengan kamu ye... ^_^

Thursday, February 9, 2012

Kolam Air Panas

tujuan kami ke situ sebab kakchik nak sangat berendam dekat kolam air panas...
sila abaikan ayat yang salah itu...

masa kita orang datang... tempat itu macam tak ramai sangat... sungguh menakutkan... aku, ibu dan kakchik... blur.. blur.. sebab perasaan bercampur baur... tengok tempat tu macam bilik mandi awam... kih..kih.. dah lah tak boleh berkelah...

aku tengok je 2 orang wanita yang sedang seronok berendam... tapi,, kena angkut air masuk dalam baldi... baru boleh mandi... airnya sangat panas... jadi... aku hanya merendam kaki sahaja...
kemudian, datanglah seorang makcik... dia pun tanya dekat salah seorang wanita yang ada di situ...
er...


ceh! kakchik kata orang tu asal dari myanmar... rupa2nya dari korea... glup! orang korea tu tak faham apa yang makcik tu cakap... aku cepat2 suruh kakchik terjemahkan... dia pun blur... kih2 aku pun blur sekali... nasib baik ada makcik lagi satu tolong terjemahkan... kih2 lawak je... mula2 nampak diaorang pun aku fikir... 'orang cina ke'... hehehe... maklumlah... mesia ni negara yang berbilang bangsa... pelancong pun kita kata orang mesia... aku pun sibuk2 nak cakap bahasa korea... tapi aku tak pandai sangat... aku cuma tahu 'sarangheo' + 'anyongsayo'(ntah betul ntah tidak aku eja ni) + 'arasto' + 'kamsahamida'...
dan aku lebih banyak tahu bahasa jepun dari bahasa korea... [thanks kepada sesiapa yang ajar aku serba sedikit bahasa jepun ^_^ arigatou]... umm... lagi satu.... aku banyak tahu bahasa jepun ni tak bermakna aku terror dalam bahasa ni ek...



aktiviti yang seterusnya mandi.... kih2...

MyLittleNote :: balik tu, aku dan kakchik pening kepala... err... sebab kenapa ek??

Wednesday, February 8, 2012

Bicara Hati

Statistik dalam kehidupan aku :: Bicara Hati merupakan novel err... pertama ke kedua ek?? tak pasti... novel yang pernah aku baca...

nak tau apa aku buat dengan novel tu??
.
.
.
aku bawak pergi sekolah... manalah aku tau yang novel benda larangan... aku tunjuk dekat kawan2...


waktu tu, tengah exam... membe aku pinjam... yelah,, kertas dah abis jawab... dia sibuk2 nak baca... last2 kena tangkap... kih.. kih.. nasib baik atas nama kawan aku tu... tapi,, buku tu buku milik makcik aku... err... diam je lah...

akhir tahun... mintak... hihi

MyLittleNote :: err... aku asyik lupa je nak tengok cerita bicara hati tu... ada sesiapa yang boleh ingat kan aku??? tolong ingat kan aku..... cerita itu... =P

Photoshop

er..

ajarkan saya guna photoshop...

er..

saya tak tau guna...


 MyLittleNote:: kalau dah pandai boleh buat doodle banyak2... buat anime ke... tercapai juga impian aku nak buat anime... ^_^

Tuesday, February 7, 2012

Datang dan Berlalu

hola!
pagi yang dingin sempena menyambut perayaan thaipusam...
aku tak menyambut tau!
haha... untuk orang yang beragama hindu sahaja...

lepas solat subuh aku terus menghadap laptop...
online pesbuk jap...
tujuannya bukan suka2... saja nak mengelakkan aku tertidur balik...
kan tak baik tidur lepas subuh...
mengundang kepapaan...

err... hari mendatang dan berlalu...
tak kerja,
tak pergi sekolah,
jaga Hazem yang busuk!
hahaha....
tolong ibu,
tolong bapa,
menyelinap pergi PPAS,
jalan2 raun kampung,
main futbal dengan sepupu budak lelaki,
novel + novel + novel
lukis komik (entah siap entah tidak)
hehehe...

bila lah nak sekolah ek...
tak sabar nak setedi
dah la... aku ni merungut je...
jom... cuci mata tengok lukisan aku...
.
.
.
.
.




Monday, February 6, 2012

~Ulasan Serba Serbi :: Hafalan Solat Delisa~

Alhamdlillah, selesai sudah aku menonton movie ni.. tapi tak sampai akhir sebab internet jadi low.. hihi.. tapi, aku dah baca cerita ni.. kalau orang kata, baca novel lebih best dari menonton ceritanya.. bagi aku… boleh lah.. sekurang2nya Smith dan Abi Usman encem.. uit, dah gatal dah.. har3…

Sekarang ni aku nak buat ulasan cerita ni mengikut apa yang aku baca.. dalam movie ni ada yang skip2… tentu saja… semua movie kalau diadaptasi ada yang skip2nya… hihi… ulasan ni juga, aku buat yang tak ada dalam movie tau2…

pinjaman dari PPAS


Waktu Delisa menyatakan “Delisa cinta umi kerana ALLAH”… pada waktu selepas solat subuh… dan ketika Abi Usman menelefon, Umi Salamah yang menjawab dahulu, diikuti Fatimah, Zahra, Aisyah… tapi Aisyah tak nak jawab sebab cemburu menguasai diri… lalu terus giliran Delisa… ketika Delisa akan mendapat hadiah dari abi, Aisyah makin cemburu… setelah selesai sesi telefon menelifon… umi baru memujuk Aisyah… diikuti Delisa…

Waktu malam sebelum kejadian tsunami, Delisa menonton televisyen… manakala umi menyulam baju tempahan Ustaz Rahman yang akan menikah… Fatimah hanya membaca buku tebalnya… Zahra dan Aisyah sedang merencana sesuatu yang rahsia… yang tidak boleh diketahui oleh Delisa… dan waktu itu, abi menelefon… dan Aisyah meminta maaf atas kejadian yang dia tidak mahu bercakap dengan abi… dan umi  menerangkan tentang kalimat Delisa yang membuatkannya mengalir air mata…

Keesokkan harinya, Delisa bersiap2 ke sekolah… waktu itu, Zahra dan Aisyah sedang menampal kotak2 berwarna biru dipintu rumah… hiasan2 cantik… Delisa bertanya kepada umi, tapi umi tak tahu… waktu amali solat, Cikgu Nur yang menguji setiap anak2 muridnya… tiba gilian Delisa… gegaran mula berlaku… ketika Delisah menyebut “…wa-ma-ma-ti…” tepat2 gempa berlaku seterusnya diikuti tsunami… Delisa buat tidak tahu dan berusaha untuk khusuk kerana dia teringat pesanan Ustaz Rahman… (oh iya, Ustaz Rahman ngak ada karna dia pergi ke Meulaboh… menemui calon isterinya… hihi)ketika bergegar, Delisa tidak berganjak… dan Cikgu Nur pun tidak berganjak walaupun orang ramai sudah bertempiaran lari… pasu bunga di atas meja Cikgu Nur jatuh pecah lalu menguris lengan Delisa sehingga berdarah… apabila air menerkam di seluruh sekolah itu, Delisa jadi pengsan… kaki kanan Delisa terkena pagar sekolah dengan hentakkan yang kuat… lengan kanannya jadi patah… ketika ribut2 dan air ada di mana2… Cikgu Nur sempat berpaut dengan papan… kemuadian dia menjumpai Delisa yang hanya tenggelam timbul… dan Cikgu Nur sempat mencapai Delisa… tetapi, papan itu hanya muat seorang… dikoyakkan tudungnya dan mengikat Delisa dengan papan itu… dan dibiarkan pergi… akhirnya, Cikgu Nur syahid…

Delisa tersadai di kaki bukit Lhok Nga… tersangkut di semak belukar… waktu itu, Delisa bermimpi….(tau kan mimpinya apa… he)berdekatan dengan mayat Tiur… keadaan Delisa amat mengerikan berbanding Tiur kerana banyak lebam di muka Delisa… berhari2 Delisa terdampar di situ… dengan panas terik dan hujan yang sejuk… (lupa nak tulis… gigi Delisa 2 batang patah…hehe… jadi Delisa susah nak makan buah epal…) ketika di temui oleh Smith… dia nampak cahaya diwajah Delisa… dan bunga2 putih dikelilingi Delisa… Smith jadi terpegun… lalu menyelamatkan Delisa bila dia tahu Delisa masih bernafas… ketika Delisa dirumah sakit, hidayah datang kepada Smith, dan Sarjan Ahmed megajar Smith berwuduk dan mengucap shadat… Smith menjadi mualaf, dan menukar namanya menjadi Salam………………. Continue

MyLittleNote : panjang bebenor entry ni… nanti aku sambung ek… sabar… hihi.. pagi tadi... dalam pukul 1 lebih,, rumah jiran sebelah, gempar... ada ular sawa dekat reban ayam... agak besar + panjang juga ular tu... lepas tu, panggil wak yang ada senapang... huss! lemah jantung aku bila bunyi das tembakan... dah lama juga aku tak dengar bunyi tembak2 ni... dulu, aku pernah main tembak2 guna revolver... hihi... kalau kali kedua suruh pegang senjata api... tak mau aku... ngee... seram...


Saturday, February 4, 2012

~Dingin Salju Indiana~

oh mr google


mr google

novel yang di adaptasi menjadi drama

mr google

hati aku tiba2 terasa melekat dengan cerita ni... mula2 cerita ni memang aku tak ambil kisah... buat dono je... almaklumlah... aku ni salah satu penduduk mesia yang tak suka tengok drama melayu... kalau buat drama berunsurkan islamik... aku pun tak terasa nak melayan sangat... tiba2 aku jadi minat dengan drama ini saat mereka menjejak kaki di bumi orang puteh... lagi sweet + sweet sampai naik gula dalam darah aku bila babak Nana dengan Iskandar... hurm... mana lah nak cari jejaka macam Iskandar... bila berbual,, pandang pompuan pun tak nak... siap bagi nasihat dekat Nana untuk menutup aurat...

so, yang lagi real mesti dalam novelnya kan...
tercari2 sampai botak pening kepala aku... tak kira! nak juga cari buku tu sampai jumpa...
serius... satu2nya cerita tanpa hero... ada 3 heroin yang meneraju cerita ni...
hero wataknya setakat tengelam timbul macam sabut kelapa dekat parit depan rumah aku je...
har3... merepek sudah... =)

MyLittleNote : petang tadi sesaje je *arep melu kakchik *dandani kereto... fez time shake hand dengan orang cina... macam salam akad nikah je... ibu cakap... salam tanda berjaya...

*arep melu = nak ikut
*dandani kereto = betul/baiki kereta