Wednesday, April 4, 2012

Bila dah Sentuh Pasal Buku...

dulu memang aku suka baca buku. sampai hari ni pun aku suka baca buku. err... dah macam budak tadika pula bila bercerita. saya suka................................................ ehem2. err... merepek sudah. dulu aku layan sangat novel cintan cintun ni. lagi2 layan novel alaf 21 walaupun umur aku belum 21 lagi. kihkihkih. emm, novel pertama yang aku baca err... antara novel bicara hati karya Damya Hanna atau jauh karya Aisya Sofea. antara dua tulah. pagi petang siang malam hadap novel. baca sorok2 sebab saya ulang sekali lagi. ehem2... novel alaf 21. takut kakak marah... ngee~ (sebenarnya tak ada siapa nak marah pun... cuma firasat ada orang marah... hehehe)

memang betul2 gila dengan novel cintan cintun ni.. isi dekat buku rekod nilam penuh dengan tajuk novel. sama ada novel dari alaf 21 atau prima. dan sekarang layan je novel dari terbitan mana2 lah... janji best ^.^ novel semua ni aku tak beli... ada yang pinjam dari kawan. ada yang pinjam dekat PPAS... err, PPAS tu perbadanan perpustakaan awam selangor... ^_^ ada juga novel beli. tak kan nak pinjam je kan.. :D

tapi, sejak aku baca novel cinta tiada akhirnya... karya Fauziah Ashari. minat baca novel cintan cintun tu jadi mati. err, nak tahu kenapa... rasanya tak boleh cerita kot... err, sejak itu aku baca novel cinta dah jadi...

a) geli geleman sejuk tengkuk ;
b) muntah berwarna-warni ; atau
c) kekejangan satu badan.

[ayat kredit kepada Inche Gabanna.. ngee~]

tapi ulat buku tu belum pupus lagi lah... tapi, tajuk novel tu dah bertukar genre. dari genre romantika jadi genre seram. genre siasat2. misteri. kejutan. genre romantika tu layan juga.. tapi dengan syarat berunsurkan lawak.. ermm...*melepaskan lelah jap* hehehe

novel yang aku minat gila2 kebabom melathop periuk dapur gas 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

[kredit to Google]
cerita ni memang lawak habis... siapa yang dah baca. meh sini kita kongsi2. novel ni aku baca masa form3 kot. jalan cerita ingat sampai hari ini. nak tatap berkali2 tak boleh sebab novel ni aku pinjam dari seorang sahabat. tiba2 jadi peminat setia novel Faizal Dzasrik. ngee~ lagi2 budak Lan si lower profile yang digelar ayam semput. Syuk, menambahkan lagi suku2 buaya yang ada di darat. dan Zareen, si kambing gurun yang sukakan jenama cap kambing dan agak berada kedudukannya. aku memang tabik gila watak Syuk... suka sangat. baca novel ni boleh jadi sewel sebentar. ngee~

Hlovate
siapa peminat Hlovate ?
aku minat novel dia. lagi2 novel tunas... yang ada geng magnificent 7. geng budak2 nakal. hohoho~ aku jadi nakal sekali. sweet sangat ukhuwah diaorang. 

er, sudah2 lah tu che Hanamiko Sakura oi... entri anda sudah melebihi syarat.. rasanya dah panjang ni..

err..

okey lah.. aku berhenti. kalau dah sentuh bab buku ni memang tak boleh berhenti langsung. semua nak cerita. nanti kalau aku ada baca novel lagi kita story mory key... >.<

MyLittleNote :: korang suka baca cerita apa? genre? buku terbitan? meh kita kongsi2 eratkan ukhuwah ^.^


11 comments:

  1. I plak suka layan novel romantik but funny.. Xde la romantik smpi kembang tengkuk..disebabkan i ni romantik orgnya (sila muntah) maka i mmg suka layan novel yg romantis !! Ngeee novel first yg i baca adalah ombak rindu.. Antara yg dh baca yg masih ingat adalah manisnya cinta..bicara hati..ape lg ekk dh banyak and lama sgt tinggal so dh lupa tajuk dah..

    ReplyDelete
  2. betul2.. zaman belum matang baca novel cintan-cintun.. sekarang konon dah matang xminat dah..

    suka sgt novel2 pts.. tak kisah lah yg mana tapi best layan citer pts sbb tak berat sgt.. nak carilah buku tu nanti.. =)

    ReplyDelete
  3. novel pertama yg ijah baca fauziah ashari setia menanti heeheh

    ReplyDelete
  4. saya lebih suka baca komik dan majalah katun.. huhuhu..

    novel... x pernah lg... huhu

    ReplyDelete
  5. genre buku yg akak baca pun berubah ikut usia.

    lps kawin akak dah tak minat genre cintan2..minat thriller karya Ramlee Awang Mursyid. Mula2 pinjam kat library awam, lps2 tu beli sendiri.

    lagi satu akak minat novel sejarah atau memori. Mcm..debu hiroshima, shamsiah fakeh.. Boleh tau pengalaman yg tak penah kita lalui.

    ReplyDelete
  6. ai ni suka yg romantic comedy
    x nak berat sgt nnt x enjoy
    x nak sedey sgt sebab ai ni mudah sgt nangesss...selalu beli tebitan kaki novel, alaf 21, karangkraf etc la

    ReplyDelete
  7. wah...try bgtau camne crite buku tue smpi Hani-chan xleh nk bc buku cinta dh, hehe.. XD

    akak suke genre romantik, msytery, horror, thriller, hihi~.. tp English aa.. akak xlyan malay nye, huhu~..

    rndu kat Hani-chan~!!! ^_^

    ReplyDelete
  8. sejujurnya saya tak suka membaca.hehehe

    ReplyDelete
  9. ct suka bce buku komik doraemon n lawak kampus...novel kurang.....banyak sgt halaman..hahaha

    ReplyDelete
  10. nanad paling suka novel2 hlovate ^_^

    ReplyDelete
  11. best best




    mari saya lukiskan doodle untuk korang.... join la segmen saya

    http://azlanthetypewriter.blogspot.com/2012/04/segmen-azlan-saya-mahu-doodle-dari.html

    ReplyDelete

berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.