Friday, April 13, 2012

Why I like when Single ??

Bismillahirrahmanirrahiim,

hahaha.. *gelak sorang2 pulak aku ni ek.. dah sewel apa..* ramai yang komen aku punya lukisan.. cute lah, chomel lah.. etc.. sebenarnya tak adalah cantik sangat.. tak pandai pun aku bab2 melukis ni.. lagi2 bab nak buat doodle.. anyway, kepada sesiapa yang nak request gambar macam tu.. silalah.. aku paling suka buat orang happy.. ngee~ 

okeylah.. kali ni aku nak share sesuatu yang best punya..

Kenapa saya lebih suka single? It is because:

1) Boleh tumpukan cinta kepada Allah je. Senang je nak beribadah. Ini lah alasan pertama. Fikiran tak lah ke laut daripada memikirkan orang yang tak confirm jadi husband or wife, baik fikir kan Allah je, ada jugak faedahnya. Sekurang-kurangnya gugurlah jugak dosa, tenanglah hati yang mengingati Allah kan.

2) Tak membazir wang ringgit. Tak payah topup, tak payah gayut-ing. No morning text, wake up call, good nite message. haih, macam leceh je nak text semua benda. -,- Kalau sekarang ni pun selalu topup sebab hal kerja je. Ewah.

3) Tak de siapa yang boleh membebel marah-marah. Belum sah halal lagi dah mengongkong.

4) Bebas berkawan dengan sesiapa sahaja. Yes, yang pasti masih dalam batasan ye anak-anak.

5) Kurang sakit hati. Bagi saya la, sia-sia je ada rasa sakit hati. Kan kejap-kejap jeles la, lepas tu sakit hati la. lepas tu menangis la. Aduh. Jangan bagi air mata kita ni menangis pada perkara sia-sia, nanti Allah marah.


6) Tak buang masa. Kalau masa yang sepatutnya boleh la nak buat solat Dhuha ke, mengaji ke, berzikir ke, tapi bila couple, kena la sibuk jaga hati dia dengan call dia setiap masa, text dia selalu, errr macam-macam lah. Hati manusia sungguh-sungguh kita jaga, Allah? -,-  

7) Enjoy the silence. Orang kata sunyi bila tak de orang nak text, tak ade orang kita nak call. But hey, enjoy the silence lah :D How? Dapatkan ketenangan jiwa dengan berzikir kepada-Nya. Nak lagi best senyap-senyap masa malam tu bangun Qiamullail. See, macam mana kita nak enjoy the silence tu depends on kita sebenarnya. 

8) Kurang bosan. Hari-hari menghadap muka sama je tak tahu lah nanti masa kawen nanti dah tak best. Makin banyak diteguk cinta sebelum nikah, makin kuranglah kenikmatan cinta selepas kawen tu.  

9) Kurang dosa. Dosa yang sedia ada ni pun rasa tak terkira dah. Malulah wahai hamba Allah, Allah terlalu banyak memberi tapi kita sendiri melupakan-Nya. Allah mencintai kita dengan nikmat tetapi kita membalasnya dengan maksiat.

10) Boleh fokus dalam matlamat (pelajaran dan sebagainya). Boleh belajar rajin-rajin, boleh dapat pointer tinggi-tinggi, boleh belajar ilmu agama tanpa had, kesimpulannya kehidupan lebih terfokus.

Ini dari pandangan diri sendiri la kenapa single dulu before akad tu lebih indah.



Orang kata bercinta berpada-pada, kalau terputus tak de lah merana sangat. Lagi-lagi usia muda yang memang tak tahu nak kawen bila kan. Maka wajarlah kita menumpahkan seluruh rasa cinta kita buat Allah. Bukan tak boleh, bukan salah. Okay.


Cinta itu FITRAH. Fitrah yang Allah bagi kepada semua hamba-Nya. Tak kan lah berdosa pulak jika kita rasa cinta tu kan. Tapi, FITRAH tu boleh bertukar jadi FITNAH bila dalam sesuatu hubungan tu korang ada buat apa yang Allah tegah. Tak semestinya niat nat kawen dengan dia tapi 24 hours kau berdua-duaan dengan dia. Niat tak menghalalkan cara. :) Ingatlah, even manusia tak boleh nak nilai niat kita apa tapi Allah tahu. Takpe, don't worry, masih punya masa untuk kita bertaubat dan menangisi dosa-dosa lalu. Better kita buru dulu keredhaan Allah.

copy paste dari..


anyway, kepada sesiapa yang tengah frust pasal cinta.. bacalah entri ni.. ^_~ tak pun minta pandangan dari beliau sendiri.. (klik gambar header beliau di atas)

MyLittleNote :: serius, tiba2 tak ada mood nak hapdate blog.. rajin berbelogwalking ja.. ayoyo.. tarak ada ayat maa.. sebelum ngadap lappy punyalah idea tu datang mencurah2 nak kongsi cerita.. last2 otak jadi tepu lepas hadap lappy.. err.. jom sesekali kala jenguk belog inche gabanna untuk mantapkan iman dan akal pemikiran.. yok!

12 comments:

  1. lagik indah berchenta lepas kawen...confirm2 dah halal & x berdosa gituew

    ReplyDelete
  2. nice entry . singgah blog kite meyh .wee~

    ReplyDelete
  3. untunglaaaa yg single...nk single jugak...hehee...

    ReplyDelete
  4. batul2.. lagi2 kalau yg dah bese single tak kisah pun henpon tak berdering ke.. tak da msj ke.. still ok.. kalo yag dah bese kapel mula mngalabah.. dan nampak lah yg single ni lagi banyak mendekatkan diri dengan Allah..

    nak doodle jugak!!! uhuk2..

    ReplyDelete
  5. betul2..
    yg pasti byk buruk dari baik bila ber'couple' sblm nikah ni.

    rasa cinta tak salah, tapi silap cara menyalurkan cinta boleh menjadikan cinta itu satu kesalahan.

    ReplyDelete
  6. wahh , great info .
    single better then double

    ReplyDelete
  7. yeah.. md sokong sangat2... tmbh2 part kurangkan dosa tu.. org kapel skrg ni melebih2.. zina mata hati telinga mulut semua ada.. erkk? hehe.. btw.. nanti besday la cik hanamiko kasi.. tau tau tau..

    **nada memaksa walaupun tersenyum

    ReplyDelete
  8. ke ni tgh butthurt dan menunggu?hehehe :P

    ReplyDelete
  9. semoga terus berkekalan hingga jumpa jodoh yg Allah tentukan... good girl!

    ReplyDelete
  10. nice one.tapi kalau dah terjebak like me ni,teruskan la hingga ke jinjang pelamin.hehehe

    ReplyDelete
  11. oh , i mmg suka single skrg nie.. hahaha !

    ReplyDelete
  12. ehem.. semoga begitulah hendaknye wahai adikku.. jangan hanya menaip je tau.. Doakan kakchik sekali der.. lalala

    ReplyDelete

berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.