Sunday, April 29, 2012

Blog alyzafisol.com Giveaway...

Konichiwa minna-san.. ^_^ (bajet nak cakap nihon pulak tetiba.. hahaha)

syukur alhamdulillah.. ramai yang berpuas hati, yang teruja, yang terharu dengan award yang aku buat.. sesungguhnya aku memang suka buat orang gembira dan happy walaupun hati ini terluka.. ewahh.. tapi aku betul2 happy :) (serius...)

tapi kan.. untuk makluman, ehem.. andai takdir menemukan kita.. ecehh.. mula2 korang akan jumpa aku.. first time aku akan diam.. diiiaammm.. je.. dan bila korang tengok aku.. "eh, sombongnya minah ni.." "erk, kenapa pula diam? dekat blog bukan main kecoh" dan macam2 lagi yang akan timbul di kotak pemikiran korang.. right? sedangkan first time aku ikut pergi kem.. ada sorang member aku cakap.. dia takut nak tegur aku sebab aku ni pendiam.. dan dia fikir aku ni sombong.. (serius...) dan aku tak tahu nak ubah macam mana perangai aku ni.. maybe sebab aku kureng bersosial dengan orang luar.. (sedangkan aku bercakap dengan orang pun dah tergagap-gagap.. contohlah.. bercakap dekat kaunter pertanyaan.. dan lain2 tempat lah) that why, aku suka menulis.. if nak berhubung dengan aku.. mesej2 je ek.. call2 tak payah.. hahaha.. tak tahu nak cakap apa.. jumpa orang pun kadang2 rasa kekok.. gerr~ tolong lah ubah cik Hanamiko.. kata nak jadi super saiya.. eh! haha, tak adalah.. nak jadi cikgu.. kalau nak jadi cikgu kena pandai berkata-kata kan? (tiba2 rasa rugi sungguh tak belajar ilmu mantik.. huwuuu~ T^T) dan aku mula jadi kecoh bila enjin dah panas.. haha.. jangan risau.. aku tak akan diam je sepanjang perjumpaan kita.. hehehe

eh! aku dah merepek...
orite, lupa kan kisah lalu yang entah apa entah.. hehe

okey, sekarang ni aku di tag oleh seorang kawan blogger yang bernama Inche Arelan.. (tiba2 teringat anime arale-chan.. hehehe.. jangan marah tau =P) dia suruh join GA daa.. hahaha, nasib baik syarat GA tu tak berapa ketat.. ermm.. macam kena follow itu lah.. loikee ini lah.. banyak sangat.. eden tak mampu lor.. hahaha.. andai tiba2 aku jadi blogger bertuah kena join GA atau Segmen atau Contest dengan syarat macam tu.. awal2 aku undur diri.. minta maaf sangat2 :) 

eh aku ni.. membebel pulak..

orite.. banner dah tempek.. =)

siapa nak join.. sila klik banner di atas.. kalau dah join benda2 ala macam ni.. mesti kena bagi mangsa.. HAHA.. dan mangsa itu adalah.. jeng jeng jeng~
Cik Yatt
MeeSupergirl

*yang belum ambil award aku sila >KLIK SINI<

MyLittleNote :: gerrr~ pening kepala.. dah pakai cermin mata pun masih pening.. penyakit lama datang kembali.. =) migrain time tengah hari... hahahaha.. Sya!! I need you.. picitkan kepala aku.. ahaha!


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Friday, April 27, 2012

Followers Award


Salam Jumaat yang indah lagi mendamaikan :))
err, aku bukan nak berpidato sebenarnya.. (dah lama tak berpidato.. XD)
tapi aku nak kasi award.. 
ni award yang kedua aku buat..
award yang pertama iaitu Tomodachi Award.. 
(kepada sesiapa yang nak Tomodachi Award.. silalah ambil ^U^.. tapi khas untuk perempuan sahaja..XD)
dan award yang kedua aku nak bagi semua blogger ^_^
terutama sekali yang jadi follower aku..
yang bukan follower pun boleh ambil ^_^

tak amik ke? malu?
yela.. yela..
hamba bagi list buat tuan hamba.. XD
fuhh... fuhh.. fuhh.. penat tangan mengetuk keybord.. haha.. kepada sesiapa yang terjah di sini secara semula jadi.. sila lah ambil sekali.. jangan malu meow2 tau ^_~ dan yang tak ada dalam list.. sila ambil.. sebab hamba sudah kepenatan menyenaraikan nama.. hehehe

tujuan aku buat award ni sebab.... taniah!! selama err, berapa tahun ek aku aktif blogging?? (apa2 je lah..) aku sudah mempunyai 100 followers.. terima kasih kerana men-follow blog kureng saya ni.. :D btw, gambar award tu aku buat khas untuk korang.. tangkap guna DSLR.. asal keturunan bunga tu lahir di perkarangan rumah.. bukan di curi dari Inche Google tau.. XD

chop!! chop!!

ambil award aku kena ada syarat..
jawab soalan ini..
  1. best tak kenal hamba? (belum jumpa memanglah tak tahu.. ye dak? haha..)
  2. jumpa blog hamba di mana? (adakah di tepi longkang? haha..)
  3. andai tuan hamba secara tidak langsung bertemu hamba.. apa tindakan tuan hamba?
tiga soalan je.. tak banyak pun :))
apa2 pun.. semoga ukhuwah kita abadan2 hingga sorga XD

MyLittleNote :: tak sabar menunggu 4mei :))


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Thursday, April 26, 2012

Style Temenggong Jugah

sebelum tu syukur kehadrat Illahi kerana di beri peluang untuk bernafas di bumi ini. tanya dahulu khabar iman kita.. adakah iman hari ini semakin bertambah atau berkurang? oh! bercakap pasal iman.. tiba2 rindu terhadap sekolah.. SAM Nurul Iman.. Nurul Iman? tiba2 teringat watak Nurul Iman dalam novel Cinta 3 Suku.. entah siapa punya novel yang kakchik bawak balik tu.. baca je lah.. 


eh!

aku bukan nak bercerita tentang iman atau novel.. tapi aku nak cerita tentang style rambut gaya Temenggong Jugah.. haha.. sebenarnya, semalam aku main belasah je gunting rambut Hazem-chan.. last2 jadi macam tu.. tergelak terguling aku dibuatnya.. muahahaha! tak tahan weh.. Hazem-chan yang comel2 jadi macam tu.. gaya cop tempurung kelapa pun ada.. HAHA.. sampai ibu bising..

"Gelak macam orang gila.."

hahaha, kesian aku tengok si Hazem-chan.. bapa pula nak menakutkan aku..

"Nanti bapaknya marah lor.."

glup! telan air liur banyak kali.. tapi nasib baik masa abang ipar ambil Hazem-chan, dia tak cakap apa2.. ngeh3..

malas nak tangkap gambar.. aku lukis doodle.. simple2 je ^_^

sesungguhnya, aku dah edit balik rambut Hazem-chan.. tapi still lagi style Temenggong Jugah.. haha. tak menahan XD.. nampaknya aku dah boleh jadi tukang gunting rambut.. ^_^ weee~

MyLittleNote :: semalam semak matrikulasi.. alhamdulillah dapat dekat matrik Gopeng.. course perakaunan. oh! sesungguhnya aku elergik dengan nombor.. tak amik kot.. ngee~


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Wednesday, April 25, 2012

Hadiah dah Datang...

terima kasih sangat kepada Kak Ujie.. kerana telah memberi peluang untuk menyertai contest beliau.. iaitu Teka dan Menang.. alhamdulillah.. hadiah dah sampai. dapat je terus baca.. dapat surat cinta Kak Uije, melebar senyuman sampai ke telinga.. Semoga Ukhuwah kita terjalin hingga ke Sorga ^_^


buku yang aku dapat tajuknya ...dan cinta pun tersenyum.. mula2 aku fikir, macam manalah cinta tu senyum ek.. macam mana kalau.. dan cinta pun tergelak?? err, merepek lah aku ni.. haha..

tadaa..

hero cerita ni namanya Ervan.. pemuda dari indon.. berlagak diva kononya.. heroin cerita ni namanya Surihani.. gadis yang agak kasar dari mesia.. lawak juga cerita ni.. baru baca aku dah terkekeh ketawa.. bila belek2 buku ni.. eh!

Lisa Surihani??

haha.. heroin dia Surihani.. tup.. tup.. keluar Lisa Surihani. ada sebijik macam Lisa tak dekat gambar tu? haha.. baca novel ni belum habis lagi.. tak tau ending dia macam mana.. tapi yang pasti happy ending.. mana ada cerita yang tak happy ending.. ye dok? ngee~

MyLittleNote :: Ya Allah! sekarang aku di uji.. moga aku terus kekal menempuhi ujianMu.. kekalkanlah cintaku padaMu dan RasulMu..


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Tuesday, April 24, 2012

Percutian di Hujung Minggu...

alhamdulillah.. selesai sudah percutian aku ke negeri cik siti wan kembang selama 4 hari 3 malam.. ngee~ seronok sangat dapat jumpa mek, ayoh, dan lain2.. lagi2 berjimba ria di kawasan sawah.. tapi malangnya, padi dah dituai.. angin sepoi2 bahasa yang menyejukkan badan.. bermain di tali air membuatkan diri ini comot macam tak rupa manusia.. hahaha.. siapa tak suka balik kampung.. 


eh! cop...

aku memang orang kelahiran negeri selangor.. kampung aku semestinya dekat selangor juga.. sebelah bapa atau ibu.. tapi dekat kelantan tu.. kampung abang ipar.. hehehe.. bertolak pergi kelantan hari jumaat.. sampai sana dah magrib.. malam tu ada masak2 sebab esok subuh2 ada kenduri cukur jambul.. anak kepada adik abang ipar.. makan nasi dangang banyak2.. sampai terlampau kekenyangan.. hahaha.. hari sabtu, tak buat apa2.. saja jalan2 keliling kampung naik basikal mek.. hehehe.. malam tu, kaum2 adam pakat2 pergi stadium tengok bola.. kelantan vs kedah.. aku pun tengok juga.. dekat tv lah.. tak tau sokong mana.. mek pun kata " minat bola juga " dalam versi kelantan lah.. hehehe.. of korse aku minat.. dalam mesia aku sokong selangor.. dekat luar, aku sokong chelsea.. ngee~ esoknya pulak.. jalan2 dekat KB.. mula2 masuk pasar bulat.. dah lama tak masuk pasar bulat.. rindu sangat..(eceh! fefilling lah pulak..haha) kakak borong tudung.. ibu borong keropok.. aku tengok kakak speaking kelantanese.. fuyoo! tak macam orang jawa.. tabik sungguh dengan kakak.. sangat pro walaupun bukan orang kelantan.. ngee~ sedangkan aku sendiri pun tak berapa pandai sangat nak cakap kelantan.. hahaha

mengintai dari tinggat atas.. permandangan yang famos..

klik.. klik sebentar.. sebelum tersesat kehilangan jejak ibu, kakak, dan abang.. HAHA

dan ke esokkan harinya.. bertolak balik ke rumah sendiri.. sebelum balik selangor.. singgah dulu di Dungun, terengganu.. menziarahi adik abang ipar yang duduk dekat negeri penyu ni.. beli keropok lekor lagi.. ish.. ish.. memang feveret aku.. HAHA

sebelum sampai selangor, singgah lagi dekat perhentian apa ntah nama.. erm.. yang sebelum masuk terowong.. antara sempadan pahang dengan selangor tu.. singgah sebab nak solat asar.. aku pun terpandang insan jejaka yang berbaju merah.. dalam hatiku berbisik.. "macam Danny je?" aku tanya abang.. dan dia menjawab "pergilah tanya nama dia" glup! apalah.. ada ke patut.. tak mau lah.. entah2 salah orang ke.. takut pelanduk dua serupa.. nak tau Danny siapa??

[kredit to Google]

ni hah! orangnya..

MyLittleNote :: balik tu rasa macam tak sedap badan.. lawan juga virus2 demam tu.. alhamdulillah.. dapat juga lawan.. tiba2 terasa mood nak menetap dekat kelantan lah pulak.. seronok sangat.. ngee~


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Thursday, April 19, 2012

Contest Doodle Glider...


sila buat muka terperanjat.. hahaha.. serius tak tahu yang Hanamiko Sakura yang kerjanya membebel di blog ni pandai buat doodle.. sila gelak sekali.. muahahaha!! sangat susah dan tersangat lah letih tangan ini yang asyik memegang tikus untuk melukis doodle.. edit itu, edit ini.. tapi bila keluar hasilnya.. puas hati.. berbaloi-baloi.. ngee~

Sugar Glider aku pun ada nama.. namanya.. Bajeng Mabor Wedok.. hah! amik kau.. panjang bebenor nama dia.. huh? korang tak paham nama sugar glider aku ni.. hehehe.. itu bahasa jawa punya nama.. saja, tuannya orang jawa.. binatangnya pun kena jawa juga.. hahaha.. okey! maknanya, tupai terbang betina.. hah! tu lah makna nama sugar glider aku ni.. hehehe

asalnya sugar glider aku, aku nak bubuh make up.. biar cun malawe.. tup2 lupa pulak nak bubuh.. tengok matanya.. purple gitu.. melathop macam diva.. hahaha..

eh!

panjang pulak pembuka kata aku ni ek.. mesti korang tertanya2 kenapa aku tiba2 buang tabiat lukis doodle malam2 cenggini.. hahaha.. apa lagi, tajuk entri dah contest.. of kos lah aku lukis doodle untuk join contest.. alhamdulillah.. berjaya juga aku lukis doodle ni.. chomel pulak tu.. kalau tak.. comot macam tuan blog.. hahaha.. contest ni aku join dari anjuran MIJ a.k.a Merah itu Jambu.. siapa2 yang pro bab2 buat doodle ni.. di persilakan join contest ni.. please!! *sambil buat muka merayu* sebab jika penyertaan kurang dari 15 akan dibatalkan.. huwuuu.. sila klik sugar glider dalam mangkuk maggi di bawah ini.. 


ampun Cik MIJ.. curi doodle untuk tujuan promosi.. minta maaf.. :)

MyLittleNote :: woha! hari ni sampai 2 entri aku post.. hahahaha.. apa kejadah aku ni.. lalalala~ 


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Terokai Alam....

rindu sangat dengan sahabat2 yang selama ini menjadi peneman ketika aku mengembara ke alam semula jadi.. yup! aku sukakan dan amat meminati sukan lasak.. lagi2 dengan aktiviti outdoor game yang penuh cabaran.. (sila buat muka terkejut.. erm.. tak payah lah terkejut.. memang dah biasa dengar pun.. perempuan2 suka sukan lasak.. ye dok?)

aku ada join satu program sekolah yang di anjurkan oleh Pusat Kokurikulum Negeri Selangor.. syukur alhamdulillah.. aku antara insan yang terpilih.. ramai kot kawan2 aku jeles tengok aku dapat join program macam tu.. FREE lagi tu.. program tu di namakan Program Perkhemahan Intergrasi Pusat..  masa aku join mula2 nama program tu, JELAJAH PULAU MUTIARA.. seronok jalan2.. yang paling best bila kena masuk hutan.. daki gunung.. dekat Taman Negara Pulau Pinang.. penghujung hutan tu ada tasik.. agak unik la sebab air dekat tasik tu, bahagian atas air tawar.. dan bahagian bawah air masin.. nak tahu lebih lanjut sila KLIK SINI.. then, kitaorang main anak penyu.. pengalaman pertama aku sentuh anak penyu.. XD

kenangan yo.. pelekat rama2 tu, masa kitaorang masuk taman rama2.. ada game treasure hunt.. best yo.. group aku menang.. tempat kedua je.. hampir2 je nak menang.. sebab ada dua group sama markah.. ditanya soalan cepu mas.. pasal kitaran hidup rama2.. adoii.. 

hah! kem ni aku pergi masa aku form 2.. muda lagi.. hahaha.. then, kali kedua aku join masa form 4.. siapa tak jeles.. aku sorang je pergi.. 

kem yang kali kedua ni pergi snorkeling.. woha!

tempat yang sama.. di Pulau Pinang juga.. tapi main snorkeling dekat Pulau Payar, Langkawi.. pagi2 dah bertolak pergi jeti.. naik feri menuju Pulau Payar.. waktu tu hujan renyai2.. pagi2 dan sejuk sangat.. masa naik feri tu.. ombak bergelora dengan kuat.. ramai penumpang yang mabuk laut.. tidak termasuk aku.. hehehe

try cari aku.. dengan wajah yang tak mabuk gitu.. hehehe..

sebelum menyelam.. tengok ikan2 berenang di dalam tangki ini..

aktiviti bersama ikan..

ketika ini aku tidak membayangkan keseronokan sebab aku tak pandai berenang.. budak2 lain happy je tengok ikan.. aku sibuk berenang sebab takut hanyut jauh.. penat betul.. time ni lah aku betul2 hampir lemas sebab aku tertelan banyak air laut.. glup! perit sungguh..

then, kitaorang tengok baby shark.. terkejut sebab baby shark tu makan roti.. err..

berangan nak naik cruise.. XD

bergambar kenangan di depan cruise..

kenangan pada hari terakhir sebelum bertolak ke Selangor..

Alhamdulillah.. masuk hutan sudah.. masuk laut pun sudah.. lepas ni nak terbang.. >.<

ahak! sebelum mengundur diri dan hilang buat beberapa hari.. aku tinggalkan satu ayat.. hasil copy paste dari 
dan sambungan entri aku sebelum ni..

Peringatan kpd semua lelaki

"Jangan kalian sentuh seseorang wanita walaupun hatinya.''
(Imam As-Syafi'e)



Kepada lelaki,
jangan main sentuh dengan perempuan, tak baik.
Walaupun cuit-cuit di facebook, juga tidak dibenarkan.
Kalau teringin nak sentuh jugak, test dulu sentuh bara api, (baranya, bukan apinya) kalau boleh tahan, ok teruskan ..
Tapi kalau dengan bara api pun tidak tahan,
jangan dicuba-cuba mendekatkan diri ke lembah kebinasaan..

Kepada wanita,
sudah terlalu ramai lelaki yang berilmu & berakhlak tinggi dalam menjaga hubungan sebelumnya,
kecundang di tangan seorang wanita..
wahai wanita,
tahukah kamu siapa kamu?
kamu adalah penentu jatuh bangunnya umat manusia..



MyLittleNote :: alhamdulillah.. selesai sudah entri aku hari ini.. kalau tak.. tak idea langsung.. DUSH!!


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Monday, April 16, 2012

Eh Eh Eh...

[kredit to Google]

Eh LELAKI,
Awak jangan berani2 nak sentuh saya apatah lagi cuit-cuit HATI saya ok..!!

p/s: it migh you little bit sounds poyo, but i dont care..!!

hahaha, ayat ni aku copy paste dari pesbuk.. ayat yang cukup menggoda aku untuk meghapdet entri pasal ni.. doakan aku semoga hati ini kekal menyintai Allah dan RasulNya.. ^_^ eh lelaki, jejaka melayu terhangat dipasaran.. jangan nak coba2 mencuit hati saya ok! saya tak akan layan.. kalau buat juga, saya backhand.. :P hahaha.. kalau nak berkawan tanpa main cuit2 ni.. boleh je..

MyLittleNote :: ohooohoi~ sebab sebenar aku terlebih happy di entri lepas ialah Jumaat ni balik kampung dekat Kelantan.. tidak bermaksud aku ore klate, tapi aku ikut Hazem-chan balik kampung laa.. hihihi (citt! skema bebenor lah aku ni.. choi!)


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Sunday, April 15, 2012

My Birthday Cake...

Bismilahirrahmanirrahim...

alhamdulillah.. aku rasa semalam aku orang yang paling seronok dalam rumah.. ngee~ (sampai terkinja-kinja melompat dalam rumah macam beruk.. hahaha) bukan sebab utama kakak belikan kek hari jadi untuk aku.. tapi sebab aku jumpa pakwe aku.. ceh! tipu je.. kan aku dah cakap aku single kat entri lepas... hehehe.. sebabnya.. adalah ^_~

tara.. marveles tak kek ni ?.. nampak je macam biasa.. tapi super duper sedap!! kek white chocolate macadamia.. hoho.. cer teka.. dari mana asal keturunan ini kek ? hehe..

birthday cake ni pun kongsi dengan bapa sebab birthday kitaorang dekat2.. memang sejak dulu lagi.. aku share kek dengan bapa.. :) 

MyLittleNote :: have a nice great weekend everyone :)


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Friday, April 13, 2012

Why I like when Single ??

Bismillahirrahmanirrahiim,

hahaha.. *gelak sorang2 pulak aku ni ek.. dah sewel apa..* ramai yang komen aku punya lukisan.. cute lah, chomel lah.. etc.. sebenarnya tak adalah cantik sangat.. tak pandai pun aku bab2 melukis ni.. lagi2 bab nak buat doodle.. anyway, kepada sesiapa yang nak request gambar macam tu.. silalah.. aku paling suka buat orang happy.. ngee~ 

okeylah.. kali ni aku nak share sesuatu yang best punya..

Kenapa saya lebih suka single? It is because:

1) Boleh tumpukan cinta kepada Allah je. Senang je nak beribadah. Ini lah alasan pertama. Fikiran tak lah ke laut daripada memikirkan orang yang tak confirm jadi husband or wife, baik fikir kan Allah je, ada jugak faedahnya. Sekurang-kurangnya gugurlah jugak dosa, tenanglah hati yang mengingati Allah kan.

2) Tak membazir wang ringgit. Tak payah topup, tak payah gayut-ing. No morning text, wake up call, good nite message. haih, macam leceh je nak text semua benda. -,- Kalau sekarang ni pun selalu topup sebab hal kerja je. Ewah.

3) Tak de siapa yang boleh membebel marah-marah. Belum sah halal lagi dah mengongkong.

4) Bebas berkawan dengan sesiapa sahaja. Yes, yang pasti masih dalam batasan ye anak-anak.

5) Kurang sakit hati. Bagi saya la, sia-sia je ada rasa sakit hati. Kan kejap-kejap jeles la, lepas tu sakit hati la. lepas tu menangis la. Aduh. Jangan bagi air mata kita ni menangis pada perkara sia-sia, nanti Allah marah.


6) Tak buang masa. Kalau masa yang sepatutnya boleh la nak buat solat Dhuha ke, mengaji ke, berzikir ke, tapi bila couple, kena la sibuk jaga hati dia dengan call dia setiap masa, text dia selalu, errr macam-macam lah. Hati manusia sungguh-sungguh kita jaga, Allah? -,-  

7) Enjoy the silence. Orang kata sunyi bila tak de orang nak text, tak ade orang kita nak call. But hey, enjoy the silence lah :D How? Dapatkan ketenangan jiwa dengan berzikir kepada-Nya. Nak lagi best senyap-senyap masa malam tu bangun Qiamullail. See, macam mana kita nak enjoy the silence tu depends on kita sebenarnya. 

8) Kurang bosan. Hari-hari menghadap muka sama je tak tahu lah nanti masa kawen nanti dah tak best. Makin banyak diteguk cinta sebelum nikah, makin kuranglah kenikmatan cinta selepas kawen tu.  

9) Kurang dosa. Dosa yang sedia ada ni pun rasa tak terkira dah. Malulah wahai hamba Allah, Allah terlalu banyak memberi tapi kita sendiri melupakan-Nya. Allah mencintai kita dengan nikmat tetapi kita membalasnya dengan maksiat.

10) Boleh fokus dalam matlamat (pelajaran dan sebagainya). Boleh belajar rajin-rajin, boleh dapat pointer tinggi-tinggi, boleh belajar ilmu agama tanpa had, kesimpulannya kehidupan lebih terfokus.

Ini dari pandangan diri sendiri la kenapa single dulu before akad tu lebih indah.



Orang kata bercinta berpada-pada, kalau terputus tak de lah merana sangat. Lagi-lagi usia muda yang memang tak tahu nak kawen bila kan. Maka wajarlah kita menumpahkan seluruh rasa cinta kita buat Allah. Bukan tak boleh, bukan salah. Okay.


Cinta itu FITRAH. Fitrah yang Allah bagi kepada semua hamba-Nya. Tak kan lah berdosa pulak jika kita rasa cinta tu kan. Tapi, FITRAH tu boleh bertukar jadi FITNAH bila dalam sesuatu hubungan tu korang ada buat apa yang Allah tegah. Tak semestinya niat nat kawen dengan dia tapi 24 hours kau berdua-duaan dengan dia. Niat tak menghalalkan cara. :) Ingatlah, even manusia tak boleh nak nilai niat kita apa tapi Allah tahu. Takpe, don't worry, masih punya masa untuk kita bertaubat dan menangisi dosa-dosa lalu. Better kita buru dulu keredhaan Allah.

copy paste dari..


anyway, kepada sesiapa yang tengah frust pasal cinta.. bacalah entri ni.. ^_~ tak pun minta pandangan dari beliau sendiri.. (klik gambar header beliau di atas)

MyLittleNote :: serius, tiba2 tak ada mood nak hapdate blog.. rajin berbelogwalking ja.. ayoyo.. tarak ada ayat maa.. sebelum ngadap lappy punyalah idea tu datang mencurah2 nak kongsi cerita.. last2 otak jadi tepu lepas hadap lappy.. err.. jom sesekali kala jenguk belog inche gabanna untuk mantapkan iman dan akal pemikiran.. yok!


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Tuesday, April 10, 2012

Otonjobi Omedeto !!!

9/4/94~ tarikh yang paling cantik.. 

hahaha, nampak sangat puji diri sendiri.. 
semalam birthday Kak Fatin a.k.a blogger CikTen10.. :)
jadi atas pemintaan beliau..
aku ada hadiah khas untuk Kak Fatin..
terimalah hadiah saya yang tak seberapa ni.. ngee~


err, minta ampun Kak Fatin.. memang nak post semalam.. tapi mood melukis tak ada pulak.. lagi2 bila Hazem-chan mencurahkan lagi seni dia ke lukisan tu.. terpaksa buat banyak kali.. hehehe.. antara kuning, purple dan turquoise.. saya pilih turquoise sebab warnanya lawa.. hehe.. nak campur warna2 tu semua nanti jadi macam.......... err.. anda bayangkan sendiri.. ngeh3.. minta ampun sekali lagi kalau lukisan tu tak chantek.. terketaq2 tangan nak melukis.. takut tak jadi.. hehe

MyLittleNote :: semalam aku sangat famos.. ramai yang wish birthday.. sampai ada yang wish berkali2.. sms, PM dan wall post fb aku.. hahaha.. 3x pulak tu.. uish..


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Monday, April 9, 2012

Melepaskan Kemarahan...

semalam aku ada post entri pasal aku tengah BENGANG dengan seseorang... tett...(di bahagian sudut MyLittleNote) hahaha.. heish, marah ni belum reda lagi sampai hari ni. semalam lepas berbelogwalking. aku berambus keluar rumah pergi rumah nenek. main bola. lepaskan geram jap. masa main tu tendang bola kuat2. aku kalau dah marah main tendang2.. main tumbuk2.. kalau dah sakit, jadi lebam baru aku rasa lega sikit. err, so ganas kan aku ni.. bak my bestfriend cakap.. " kau kalau dah marah, suka sakitkan diri sendiri.. lukakan diri sendiri.. tak sayang diri ke.." oh! ayat yang sungguh pedas.. 

bermain diperkarangan rumah nenek..

oh tidak! mesti korang terkejut kan sebab geng bola sepak aku semuanya lelaki.. hahaha.. best main dengan diaorang. buat aku tergelak sakan. walaupun diaorang tu ada yang perangai macam gangster. sebenarnya diaorang baik.. dari segi bab lain, err.. aku tak tau lah.. memang kadang2 diaorang nakal sikit.. macam samseng.. hahaha.. akhirnya kumpulan aku menang.. woha! ada juga yang bengang dengan aku..(rasanya lah kot) dan ada juga yang puji cara permainan aku.. ngeh3.. puji diri sendiri lah pulak.. lalalala~ *sambil buat muka tak tahu* gambar ni di ambil ketika aku sedang semput sambil rehat.. dah lama tak main bola kot.. padang yang kitaorang guna pun kecik je.. 

MyLittleNote :: balik tu sungguh penat.. tengok ABPBH pun sekerat.. malas kot nak tengok.. lagi2 time yang ada lakonan cerita ombak rindu.. euww.. geli geleman aku.. uwekkss.. dan aku malas nak ambil tahu.. daripada anugerah bintang popular berita harian.. lebih baik Allah Beri Peluang Bertaubat HambaNya.. hehe.. walaupun kita tidak popular di kalangan manusia. tapi kita mesti popular dikalangan malaikat.. ngee~ (peringatan untuk diri ini juga :D ) 


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Sunday, April 8, 2012

Hannah Husna's 3rd B'day GA


sebab Kak Nisa kakak angkat saya di alam maya yang baik lagi kawaii (hehehe, suka suki je aku mengaku jadi adik angkat Kak Nisa.. perasan betul aku ni.. DUSH!! DUSH!!) jadi dengan ni aku join segmen beliau dengan hati yang ikhlas... ngee~ (ikhlas tau >.< sebab aku tertarik dengan hadiah yang beliau tawarkan.. ngee~) dan siapa2 yang nak join.. klik banner di atas ek ? 

untuk little Hannah si kecik yang kawaii..
 otonjobi omedeto >.<
may Allah bless you..
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..
gambatte kudasai in your life..
jadi anak yang solehah..
jadi muslimah yang solehah juga..
dan yang paling penting..
jadi budak baik.. ngee~
berbakti kepada kedua ibu bapa tau Hannah.. ^_^

MyLittleNote :: gerr~ geram dengan seseorang jap.. rasa macam nak tarik2 je rambut.. kang tak pasal2 kena penumbuk sulong sebijik dengan aku.. okey!! tarik nafas dalam2.. hembus... jangan buruk sangka Hanisah.. jangan buruk sangka!!! 


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Friday, April 6, 2012

Bulatan Gumbira Saya Betul-Betul Osem !!!

Bismillahirrahmanirrahiim...

ngee~ petang tadi ada usrah. seronok sangat. banyak sangat ronok2 sampai meleret. :D tapi berbulatan gumbira dengan murabbi baru. namanya Kak Fizah :D dia baru balik dari oversea. dia study dekat nihon daerah yamaguchi. baru habis gred kiranya. seronok sangat. dapat kakak baru. seronok. seronok. seronok. (kenapa tiba2 mood aku jadi mood budak2 tadika baru dapat jajan + gula2 ek? er.. abaikan saja XD) yess! aku kata seronok sebab dapat berjumpa dengan hakak yang baru balik jepun. you know what. i love about japan. ngee~ 

banyak sangat ilmu yang aku dapat. dan ahli2 bulatan gumbira aku dah tau kenapa aku really2 love japan. nak bagitau korang. ermm.. maybe next time lah XD boleh? hehehe


[kredit to inche gabanna picture]

MyLittleNote :: okeylah.. aku nak cauw. nak buat kerja sikit. hohoho~ 


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Wednesday, April 4, 2012

Bila dah Sentuh Pasal Buku...

dulu memang aku suka baca buku. sampai hari ni pun aku suka baca buku. err... dah macam budak tadika pula bila bercerita. saya suka................................................ ehem2. err... merepek sudah. dulu aku layan sangat novel cintan cintun ni. lagi2 layan novel alaf 21 walaupun umur aku belum 21 lagi. kihkihkih. emm, novel pertama yang aku baca err... antara novel bicara hati karya Damya Hanna atau jauh karya Aisya Sofea. antara dua tulah. pagi petang siang malam hadap novel. baca sorok2 sebab saya ulang sekali lagi. ehem2... novel alaf 21. takut kakak marah... ngee~ (sebenarnya tak ada siapa nak marah pun... cuma firasat ada orang marah... hehehe)

memang betul2 gila dengan novel cintan cintun ni.. isi dekat buku rekod nilam penuh dengan tajuk novel. sama ada novel dari alaf 21 atau prima. dan sekarang layan je novel dari terbitan mana2 lah... janji best ^.^ novel semua ni aku tak beli... ada yang pinjam dari kawan. ada yang pinjam dekat PPAS... err, PPAS tu perbadanan perpustakaan awam selangor... ^_^ ada juga novel beli. tak kan nak pinjam je kan.. :D

tapi, sejak aku baca novel cinta tiada akhirnya... karya Fauziah Ashari. minat baca novel cintan cintun tu jadi mati. err, nak tahu kenapa... rasanya tak boleh cerita kot... err, sejak itu aku baca novel cinta dah jadi...

a) geli geleman sejuk tengkuk ;
b) muntah berwarna-warni ; atau
c) kekejangan satu badan.

[ayat kredit kepada Inche Gabanna.. ngee~]

tapi ulat buku tu belum pupus lagi lah... tapi, tajuk novel tu dah bertukar genre. dari genre romantika jadi genre seram. genre siasat2. misteri. kejutan. genre romantika tu layan juga.. tapi dengan syarat berunsurkan lawak.. ermm...*melepaskan lelah jap* hehehe

novel yang aku minat gila2 kebabom melathop periuk dapur gas 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

[kredit to Google]
cerita ni memang lawak habis... siapa yang dah baca. meh sini kita kongsi2. novel ni aku baca masa form3 kot. jalan cerita ingat sampai hari ini. nak tatap berkali2 tak boleh sebab novel ni aku pinjam dari seorang sahabat. tiba2 jadi peminat setia novel Faizal Dzasrik. ngee~ lagi2 budak Lan si lower profile yang digelar ayam semput. Syuk, menambahkan lagi suku2 buaya yang ada di darat. dan Zareen, si kambing gurun yang sukakan jenama cap kambing dan agak berada kedudukannya. aku memang tabik gila watak Syuk... suka sangat. baca novel ni boleh jadi sewel sebentar. ngee~

Hlovate
siapa peminat Hlovate ?
aku minat novel dia. lagi2 novel tunas... yang ada geng magnificent 7. geng budak2 nakal. hohoho~ aku jadi nakal sekali. sweet sangat ukhuwah diaorang. 

er, sudah2 lah tu che Hanamiko Sakura oi... entri anda sudah melebihi syarat.. rasanya dah panjang ni..

err..

okey lah.. aku berhenti. kalau dah sentuh bab buku ni memang tak boleh berhenti langsung. semua nak cerita. nanti kalau aku ada baca novel lagi kita story mory key... >.<

MyLittleNote :: korang suka baca cerita apa? genre? buku terbitan? meh kita kongsi2 eratkan ukhuwah ^.^



:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Tuesday, April 3, 2012

Outing...

yeah! aku outing jalan2 dekat Shah Alam... Shah Alam je kot... tu pun aku nak jakun... :D
mestilah jakun sebab kita orang pergi shah alam naik motor... bukan naik kereta atau kenderaan awam dekat mesia ni... hihihi... jalan2 with my bestfriend... Sya si budak pendiam :P *kutuk kawan sendiri pulak hehe*

Sya yang sedang tekun membaca buku tentang J.K Rowling 

mula2 pergi PPAS shah alam dulu... buat kali kedua kami pergi bersama... first time pergi kita orang sesat dekat shah alam... naya betul... alhamdulilah kali ni tak sesat... perjalanan dari klang ke shah alam mengambil masa selama 1jam... ^.^

ruangan yang paling hujung sekali

tension kot... mula2 kita orang pergi tinggat paling atas. bahagian dewasa. ada remaja mana entah buat bising sikit... lepas tu kacau barang aku... eeiii, sebel je... nak je cakap " mak bapak tak ajar ke duduk diam? " hanya pendamkan dalam hati je... last2 kita orang turun bahagian remaja... boring kot dekat bahagian dewasa... tak ada buku cerita langsung... banyak buku rujukan... dengan kesempatan itu, aku baca buku nahu jepun... pening kot... hehehe. macam tu ada hati nak belajar bahasa jepun seorang diri... :P

permandangan tasik shah alam... (tempat lepak kami)

then, kita orang lepak jap dekat tasik sambil makan tengah hari... makan roti beli kat Gaint je... maklumlah, aku ni tak bekerja... poket nipis... ngeh3 (ini bukan nak menarik simpati tau... hehehe)

tengok orang berkayak... teringin nak berkayak

Sya & Me... (segan pulak ada gambar sendiri... XD)
Bestfriends for ever ^.^

sebelum balik singgah jap dekat masjid biru... masa pun tak mengizinkan untuk lepak lama2 dekat shah alam... Sya pun tak nak balik malam... ngeri kot kalau balik malam bawak motor... oh! jangan bagi tau sesiapa yang aku bawak motor dekat shah alam... tak ada lesen kot aku ni... dah la first time bawak motor dekat bandaraya shah alam ni... ngee~ Sya pun dah terjerit2 sebab aku tak ada lesen bawak motor... bebel pulak minah ni... hehehe~

MyLittleNote :: today is my friend's birthday... otonjobi omedeto... kerja elok2... >.<


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Monday, April 2, 2012

Cerita Tentang Mereka...

Assalamualaikum wbt...

korang dah tengok kan video last entri...
lupa?? ala~ yang pasal Hot Scandal...
kih kih... aku tengok video ni pun dah gelak sakan...
diaorang ni memang best la... i give 5 star...
lawak2 juga... terselit nasihat bersama...
sumber rujukan diaorang ni memang mantop...

first time tengok video diaorang pasal Couple vs Kahwin...
ke Kahwin vs Couple?? err... mana2 je la... yang penting korang kena tengok...
search dekat youtube tau (dasar tuan blog malas nak kasi link... ngeh3)

[kredit to Google] salah satu babak dalam video Nasyid vs K-Pop

[kerdit to Google] sorry la... gambar nampak pecah.. :P

mereka dikenali sebagai MrTheAllShared...
terbaik!! :D
mula2 aku tengok rasa macam bukan budak sekolah...
well, nampak muka mereka2 semua macam matang...
then, tengok next video....
rupa2nya mereka sebaya aku... (bangga jap :P)
budak2 pandai.... walaupun sekolah asing2... tapi mereka ada ukhuwah yang erat...
bestfriends till jannah lah katakan XD (jeles tau!)
diaorang satu kampung dekat Tanjung...
bukan Tanjung Rambutan...
tapi Tanjung Karang... (bangga lagi :P)
dekat dengan kampung aku kot.... macam mana tak bangga....
ish ish ish.... cepuk kang aku ni... sikit2 nak bangga...
astagfirullah al azim.... tak baik ambil sifat Allah ni...
hehehe...

MyLittleNote :: seronok sangat semalam pergi outing kat shah alam dengan member... naik motor kot... hehehe... welcome april... alamak! nak dekat dengan birthday la... glup! umur makin tua ^_^


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...